RSS
Write some words about you and your blog here

AMALAN YG DITOLAK ALLAH....

مَنْ أحْدَثَ في أمرنا هذا ما لَيْسَ منهُ فهو رَدٌّUmmil Mukminin, Ummi Abdillah, Aisyah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Barang siapa mengada-ngadakan yang baru (bid’ah) dalam urusan (agama) kami ini, amalan yang bukan bahagian daripadanya, dia tertolak.( HR al-Bukhari, Muslim dan Abu Dawud )Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan: “Barang siapa mengerjakan suatu amal yang bukan berdasarkan perintah kami, dia tertolak. “




HURAIAN




Hadis ini merupakan salah satu pedoman penting dalam agama Islam yang merupakan kalimat pendek yang penuh dengan arti yang dikurniakan kepada Nabi s.a.w. Hadis ini dengan tegas menolak setiap perkara bid’ah dan setiap perkara (dalam urusan agama) yang direka dan diada-adakan. Sebahagian ahli ushul fiqh menjadikan Hadis ini sebagai dasar kaedah bahawa setiap yang terlarang dinyatakan sebagai hal yang merosak.Hadis ini patut dihafal, disebarluaskan, dan digunakan sebagai bantahan terhadap kaum yang ingkar, kerana isinya mencakup semua hal. Adapun hal-hal yang bukan pokok agama sehingga tidak dilarang dalam Sunnah, maka tidak termasuk di dalam larangan ini, seperti menulis semula Al Qur’an dalam mushaf dan pembukuan pendapat para ahli fiqh yang bertaraf mujtahid yang mengemukakan keterangan masalah furu’ dari pokoknya, iaitu sabda Rasulullah s.a.w.. Demikian juga mengarang kitab-kitab nahwu, ilmu hitung fara’id, dan sebagainya yang semuanya bersandar kepada sabda Rasulullah s.a.w. dan perintahnya. Kesemua usaha ini tidak termasuk dalam amaran yang dinyatakan .

0 luahan hati:

Post a Comment

sape nk comment sila klik disini