RSS
Write some words about you and your blog here

HADIS KE 8 DARI HADIS 40 KARANGAN IMAM AN-NAWAWI, RINGKASAN SYARAH IBN DAQIQ AL-EID, CUBE HAYATI MAKSUDNYA...

Dari Ibnu Umar r.a. berkata, bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Saya diutus untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad s.a.w adalah utusan Allah, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Apabila mereka melakukan perkara-perkara itu, maka terpeliharalah daripadaku darah dan harta mereka, kecuali menurut hukum Islam, dan perhitungan amal mereka terserah kepada Allah s.w.t.( HR Ahmad, al-Bukhari dan Muslim )

HURAIAN

Tentang maksud Hadis ini para ulama menjelaskannya berdasarkan sejarah, iaitu tatkala Rasulullah s.a.w. wafat dan Abu Bakar Ash Shiddiq diangkat sebagai khalifah untuk menggantikannya, sebahagian dari orang Arab menjadi kafir. Abu Bakar bertekad untuk memerangi mereka sekalipun di antara mereka ada masih mengaku Islam cuma menolak membayar zakat. Ketika Abu Bakar bertegas memerangi golongan yang engkar itu ‘Umar berkata kepadanya: “Bagaimana engkau akan memerangi manusia sedangkan dia masih mengucapkan laa illaaha illaallaah dan Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Aku diperintah untuk memerangi manusia sampai dia mengucapkan laa illaaha illaallaah...dan kelak perhitungannya terserah kepada Allah Ta’ala.’

Abu Bakar lalu menjawab: “Sesungguhnya zakat itu adalah kewajipan yang bersifat kebendaan yang turut termaktub dalam peringatan Nabi s.a.w.” Lalu katanya: “Demi Allah, kalau mereka menghalangiku untuk mengambil walaupun kadar seperti seutas tali unta yang mereka dahulu serahkan sebagai zakat kepada Rasulullah s.a.w. nescaya aku akan perangi mereka kerana keengkaran itu.” Maka kemudian Umar menyokong tindakan Abu Bakar untuk memerangi kaum tersebut.Kalimat “aku diperintah untuk memerangi manusia sampai dia mengucapkan laa illaaha illaallah, dan barang siapa telah mengucapkannya, maka dia telah memelihara harta dan jiwanya dari aku kecuali kerana alasan yang hak dan kelak perhitungannya terserah kepada Allah.” Al-Khatthabi dan yang lain-lain berkata: “Yang dimaksud oleh Hadis ini ialah kaum penyembah berhala dan kaum musyrik Arab serta orang yang tidak beriman, bukan golongan Ahli Kitab dan mereka yang mengakui keesaan Allah.”Tersebut juga di dalam Hadis lain kalimat “dan sesungguhnya aku adalah rasul Allah, mereka melaksanakan shalat, dan mengeluarkan zakat.”

0 luahan hati:

Post a Comment

sape nk comment sila klik disini