RSS
Write some words about you and your blog here

Kem Kerjaya...

Salam semua, ana mulakan post ana ni dgn memanjat kesyukuran kehadrat Ilahi dgn limpah kurnia-NYA ana masih lagi dpt menghirup udara segar yg apabila ditarik nikmat ini ana akan mati. Ana juga bersyukur kerana ana masih lg bernaung di bawah Islam & Iman.

Pada 31.2.2009-1.2.2009 ana telah menjalani satu program yang dipanggil Kem Kerjaya utk semua pelajar form 5 SMIH. Program ini bermula selepas solat Zohor dalam pukul 2:00 petang.
Program ini bermula dengan pendaftaran para peserta di kantin. Selepas pendaftaran selesai, perasmian program bermula. Selepas perasmian kami ade Ice Breaking. Kami habis dalam pukul 4:30. Selepas solat Asar, peserta lelaki bermain Police & Theif. Kumpulan ana dikira menang. Game habis dalam pukul 6:00.

Selepas solat Maghrib kami mendengar tazkirah yg disampaikan oleh Ammar Taqiuddin.
Malam tu kami ade satu slot dimana kami diminta buat bangunan & bahannya perlu dibeli. Penjualnya adalah fasilitator. Sebelum membali bahan2 tu, kami perlu bermain dengan pelbagai permainan, antaranya ialah osom, berjudi, teke-meneke, soduku & bom. Sementara pelajar yg lain membeli bahan, ade juga pelajar yg kena tinggal di dalam dewan. Pelajar yang tinggala di dewan kene bernasyid lagu tema, ana adalah salah satu mangsa yg kene bernasyid, tapi best juga la. Lepas game habis ade resolusi yang disampaikan oleh Salman Hishamudin.

Keesokan harinya, lepas solat Subuh kami bermain Kapten Ball. Memang best la game ni.
Lepas khidmat diri ada forum yg disampaikan oleh 3 orang ahli panel iaitu Talhah Ajmain, Azlan Nabes Khan & Amirah. lepas habis forum tibalah slot mengenai pengenalan kerjaya. Abang2 & kakak2 fasi buka kaunter kos diorang ambil. Mula2 ana pegi ke kaunter STAM, akak yang jaga kaunter ni kata, Stam boleh amik setahun @ 2 tahun, semua subjek belajar dalam bahasa Arab & ada 10 subjek. Kalau berjaya leh pegi Mesir, Jordan & banyak lagi. Lepas tu ana pegi pula ke kaunter Pengajian Islam, kaunter ni dijaga oleh Talhah. Dia kata, kalau nak terus buat PhD kene blaja 10 tahun, fuhh lama tu. Tapi kalau Degree 6 tahun, dia kate lagi, masa buat asasi dapat biasiswa, tu yg best tu. Sekarang ana tengah pening nak amik STAM @ Pengajian Islam @ Ekonomic. Ya Allah kau tunjukkan lah jalan mana yang harus ku pilih. Setakat ni je la cite ana..ASSALAMUALAIKUM...

0 luahan hati:

Post a Comment

sape nk comment sila klik disini