RSS
Write some words about you and your blog here

PENGALAMAN

Ucapan Salam ku mulakan post kali ini. Alhamdulillah ana baru balik dari program ANDA REMAJA BIJAK anjuran KRJ BP. Agak penat sikit hari ini walaupun tak buat apa2 sangat.






InsyaAllah ana nak cerita sikit suasana ketika di sana








7:30 a.m.
Ana dan adik ana bertolak dari dengan menaiki motorsikal. Rumah ana dengan tempat tu dekat je. Mak & ayah ana pergi dengan kereta. Sampai je di sana ana dengan adik2 ana tolong kemas2 tempat tu. Lepas tu ana kena jadi ajk pendaftaran. Ana pon jadilah AJK Pendaftaran dengan dedikasi(cm btol je). Alhamdulillah pendaftaran selesai dalam pukul 8:30 a.m.








8:45
Alhamdulillah program pon bermula. Program bermula dengan berkenalan dengan KRJ. Apa itu KRJ? Lepas tu ada sedikit game yang dipanggil "Panjang Pendek Tinggi Rendah" dan Bangun Duduk". Game ini menguji para peserta supaya memberikan perhatian yang penuh kepada setiap patah perkataan yang disebut. Program telah di handle oleh Mak Chu(Rozita) dari awal sampai habis. Lepas main game, pengisian pon bermula. Ana tengok, ramai peserta yang excited mahu dengar pengisian, lebih2 lagi peserta perempuan. Alhamdulillah pengisian pertama habis dalam pukul 10:00 a.m.








10:15 a.m.
Program bersambung dengan melakukan satu aktiviti. Alhamdulillah aktiviti ini diketuai oleh anak2 Pak Chu. Aktiviti ini dipanggil Chicken Dance.











Dari hujung kiri Ikram, Irham, Ikmal dan yang kanan sekali ialah Irfan.Tapi adik yang ana bernama Isyraf tak nak masuk sebab dia segan. Ana pon tak tau apa yang menyebabkan dia segan, bukan nak buat jahat pon.







Memang best buat aktiviti ini. Ramai yang ketawa melihat telatah kami. Ana pon nak tergelak bila lihat balik video yang dirakam. Hati peserta2 ini sungguh gmbira bila buat aktiviti ini. Lepas Chicken Dance ada pesembahan nasyid dari sekolah tersebut.






Agak terhibur juga dengan persembahan mereka. Banyak sungguh gaya yang keluar dari persembahan mereka. Mereka buat persembahan sebab nak berlatih untuk pertandingan nasyid peringkat kebangsaan di Sg. Petani Kedah. Ana doakan semoga mereka berjaya. Apa2 pon NAJAHAN lagi sedap..heheh.



Lepas melihat persembahan nasyid, pengisian kedua bermula. Pengisian kedua lebih menarik. Kalau nak diceritakan ana tak mampu sebab terlalu menarik.Sebelum penutup ada bacaan doa dan ikrar. Alhamdulillah ana sekali lagi di suruh untuk mengetuai bacaan ikrar ABJZ. Lepas berikrar kami bersalam-salaman dan balik.



Ana dan adik2 ana sekali lagi kena mengemas dewan tersebut. Alhamdulillah lepas siap mengemas ana dan adik ana balik dahulu. Masa pada waktu itu menunjukkan pukul 1:00 p.m.

Ana rasa setakat ini sahaja post untuk kali ini.



ASSALAMUALAIKUM...



AJK Pendaftaran ARB(ABJZ)
irfan masiri(Abg IM)


























0 luahan hati:

Post a Comment

sape nk comment sila klik disini