RSS
Write some words about you and your blog here

NUT ZINNIRAH :)

Salam semua.

Ni ada sekisar cerpen untuk kalian :)

Bukan ana buat.


September 2005

“Ummi, Nur dah beli tiket dah. Esok petang jam 2.40pm Nur ambil bas dari Puduraya. Kita jumpa esok. Nur rindu kat ummi..”
“hm, eloklah tu. Ummi masakkan yang sedap-sedap untuk kamu. Char kuey teow pedas. Tu ayah kamu pesan, balik esok jalan hati hati. Nak lagi kat Pudu tu, ramai orang asing kan?”
“Alah ummi, depa pun orang juga,”
“Ummi tau. Cuma kamu hati hati lah ya?”
“Ok ummi. Nur tau. Ok, Nur nak pergi kuliyah dah ni. Jumpa esok tau? Cayang ummi. Assalamualaikum,”
Punat handphone ditekan lembut setelah mendengar lafaz jawapan salam daripada insan yang sangat disayanginya itu. Jam di skrin handphone menunjukkan angka 9.00 pagi. Awal lagi ni, ada dua jam lagi sebelum kuliyah mula.
Sekilas itu juga pandangannya terancap pada tarikh yang tertera di skrin yang sama. Hm, dua hari lagi..
Dia menyarung sepatu kain berwarna biru lembut yang sudah dimilikinya hampir dua tahun, pemberian seseorang yang sangat istimewa. Perlahan dikuak daun pintu biliknya itu, menyeluk poket mencari anak kunci yang tersangkut pada key chain yang tertera tulisan SERATAS berwarna kuning, lalu dikuncinya pintu tersebut. Roomatenya sudah lama keluar ke kelas. Mereka berlainan jurusan.
Sedang dia khusyuk mengayun langkah menuruni anak tangga kolej kediamannya itu, handphonenya tiba tiba berbunyi sambil bergetar, tanda ada sms yang tiba.
Assalamualaikum Zinnirah, malam ni usrah kita mula jam 8.pm sebelum Isya InsyaAllah. Kak minta nanti sampaikan pada sahabat sahabat yang lain. Jzkk.”
Zinnirah tersenyum.InsyaAllah, jawabnya dalam hati. Pesanan daripada Kak Nurul Adni, naqibah yang amat dihormatinya dijadikan nota mental untuk disampaikan pada yang lain. Pertemuan seminggu sekali ini memang sangat dinantikan oleh mereka. Kesibukan mengaji ilmu dunia seringkali membuatkan diri mereka mersa tertekan, namun apabila diselangi dengan perjumpaan yang penuh dengan rasa ukhwah dan jalinan mesra antara hati hati yang hadir, membuatkan tekanan itu menjadi kendur dan akhirnya lenyap digantikan rasa tenang yang nikmat. Zinnirah tersenyum.
Perhentian bus berhampiran kolej kediamannya itu seperti biasa sudah penuh dengan siswazah(kebanyakannya) yang juga sepertinya, memerlukan medium pengangkutan untuk menuju ke tempat pengajian masing masing. Bas bas berhawa dingin yang selesa milik Universiti MAlaya ini tidak pernah menghampakan para penuntut, kekerapan 10minit apa bus jarang jarang tidak dipatuhi. Jadi masalah kelewatan tidaklah menjadi agenda utama bagi para penuntut di sini. Yang menjadi masalah utama adalah..
“Penuhla nampaknya, bas hari ni kan, Zin?”
Zinnirah tersentak dari lamunannya, menoleh ke kiri arah datangnya suara tersebut. Nurul Wardah tersenyum lebar.
“hei, Wardah. Kau ni buat aku terkejut saja. Bagi lah salam dulu cik adik oi. Aku ingat kan pakwe mana lah yang nak mengurat aku tadi. Baru saja aku nak cair tau?”
Nurul Wardah tertawa kecil mendengar teguran daripada Zinnirah itu. Dia memeluk ringan fail hijau ke dadanya, mungkin mengandungi nota nota untuk kuliah hari ini. Perwatakannya simple namun tetap menarik, memakai jubah yang juga hijau gelap serta bertudung labuh melepasi pinggang.
“hm, ye lah tu. Owh, kau mengharap pakwe yang tegur kau ya? Nakal! Sejak bila ni?”
“sejak azali lagi! Haha, tak dalah, gurau saja. Aku ni, sapalah yang nak tegur,”
“hm, ye lah tu. Tak da yang nak tegur ke, kau yang tak mahu ditegur?”
Zinnirah sekadar tersenyum. Tidak melayan pertanyaan daripada Nurul Wardah itu. Sengaja dia menyibukkan diri meninjau-ninjau hujung simpang akan kelibat bas yang sepatutnya sudah tiba untuk waktu sekarang. Nurul Wardah pula, turut tersenyum. Dia sudah maklum akan reaksi ini.
“ha!Tu bas dah datang! Cepat Zin, beratur kat depan. Nanti kelepasan pula kita,”
“hm, ok,jom cepat,”
Mereka beriringan bergerak ke depan bersaing dengan segerombolan siswi dan siswa yang juga mempunyai hajat yang sama, Cuma tempat tujuan yang mungkin berbeza.
Susah payah berebut akhirya membolehkan mereka mendapatkan tempat menaiki bus yang sarat. Wardah sudah pun menempatkan diri di sebelah seorang siswi manis ber baju kurung warna krim. Zinnirah masih tertinjau-tinjau. Hanya ada satu yang tinggal. Sebelah tempat kosong itu dimiliki oleh seorang siswa yang sedang khusyuk membaca. Mungkin bersiap untuk kelas sebentar lagi agaknya. Zinnirah sempat bermonolog. Hm, duduk saja lah, tak da pilihan, teragak agak dia membuat kesimpulan.
“boleh saya duduk di sini?”
Tanpa menoleh siswa itu menggangukkan kepala tanda memberikan kebenaran untuk Zinnirah duduk. Dia duduk, juga tanpa menghiraukan lagi siswa tersebut. Dia juga mula mencari-cari nota untuk dibaca. Fakulti Perubatan tempat pengajiannya agak jauh dari kolej kediamannya. Sempat lagi kalau nak selak selak nota semalam.
Agak lama dia menatap akan nota nota berwarna warni di tangannya itu yang menerangkan tentang struktur normal anatomi badan manusia yang perlu dihafalnya untuk semester pertama pengajiannya dalam bidang ini. Thorax, upper limb, lower limb. Itu antara yang perlu dihafal serta difahaminya sebelum dia meneruskan pengajian ke bahagian bahagian yang lain. Nama nama otot, mudahlah nak ingat, insertion and origin yang jadi masalah! Origin bermaksud tempat asal bermulanya sesuatu otot tersebut manakala insertion pula tempat pengakhirannya. Tisu otot, antara komponen badan manusia yang sangat penting dalam memastikan kesemua system dalam badan ini berfungsi. Tanpa tisu otot, manusia mustahil untuk duduk, berdiri, berjalan, bercakap apatah lagi berebut bas pada awal pagi untuk pergi ke kuliah! Zinnirah tersenyum sendiri. Namun, untuk mengingati kesemua tisu ini, dia terpaksa memerah otaknya. Tisu skeletal yang baru dipelajarinya ini sahaja terdiri lebih kurang 700 jumlahnya keseluruhan. Menjadi yang paling banyak menjadikan sedari awal semester lagi mereka di tekan dengan topik ini. Kemudian, buat pembacaan sendiri tentang cardiac muscle dan smooth muscle, dua lagi jenis tisu otot yang wujud di dalam sistem otot manusia. Begitulah pesanan puan pensyarah yang belum sempat dikenalinya lebih rapat sebelum ini. Suatu hari nanti dia mesti merapati pensyarah tersebut, azamnya dalam hati.
Dia menutup helaian-helain nota, lalu menyisipkan kembali kemas di dalam fail merah jambu yang sedari tadi di ribaannya. Di bucu kanan hujung fail tersebut terjepit kejap sekeping kad tanda pengenalan diri bagi setiap warga kampus UM ini(sepatutnya kad itu disematkan di dada). Kad matrik teknologi terkini, yang disekalikan dengan fungsi kad atm Bank Islam bagi kemudahan para pelajar mengeluarkan wang. Dua dalam satu. Nurzinnirah menanggalkan kad tersebut, lalu membeleknya buat kesekian kali.
Nurzinnirah Anuar
Fakulti Perubatan
Universiti Malaya Kuala Lumpur

Budak medict yang ayu. Itu gelaran yang diberikan kepadanya oleh rakan rakan yang lain. Wardah mengambil jurusan Pengajian Islam. Begitu juga beberapa lagi sahabat seusrahnya- Wardah, Sarah, Raudah dan Hana. Hanya mereka ini sahaja sahabat rapatnya di kampus yang terletak di tengah kesibukan bandaraya Kuala Lumpur ini. Hidup berjauhan dari keluarga, bukanlah perkara biasa bagi dia, sungguh pun dia juga bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh(SBP) suatu masa dahulu. SERATAS. Di Sini Pemimpin Di Lahirkan. Cogankata itu seolah olah sudah sebati dalam dirinya sementelah dia lima tahun mengorek ilmu di lembah hijau di kaki Bukit Larut itu. Rumah mereka pula hanya berjarak sepuntung rokok sahaja dari sekolah bestari itu. Namun masih jelas lagi di pemikirannya akan peristiwa hari pertama dia mendaftar di sana. Dia mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian peringkat menengah di salah sebuah sekolah elit kerajaan itu berdasarkan keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR. Hari pertama dia mengenal akan peritnya perpisahan.
“Nur, jangan macam ni, malukan pada kawan kawan tu. Tengok, depa seronok saja nak sekolah kat sini. Nur budak baik kan? Tak mahu nangis-nangis macam ni,”
“Nur tak mahu mmi. Nur nak ikut ummi balik. Sapa nak tolong ummi masak, kemas rumah, beri ayam makan, halau burung kat bendang..erm.ha, sapa nak buat semua tu kalau Nur tinggal kat sini? Kita balik ya, mmi?”
Ummi tersenyum lebar mendengar jawapan petah terbit dari mulut comel si cilik. Ayah turut tersenyum, sedari tadi tidak bergerak dari tempat duduk hadapan kereta, sekadar memegang watak penonton dalam drama yang dilakonkan oleh ummi dan anak perempuan tunggalnya itu. Ayah tidak suka masuk campur hal hal begini, dia tahu ummi mampu mengendalikannya.
“Nur, sayang ummi. Ummi tahu, Nur selalu tolong Ummi kat rumah, kat bendang. Ummi bangga ada anak solehah macam Nur. Semua jiran kita puji Nur tau? Hm, tapi, ummi kan, lagi bangga kalau anak anak ummi belajar rajin raijn pandai pandai, dapat pula masuk sekolah bagus bagus macam sekolah ni. Nanti senang Nur nak masuk universiti. Ingat tak, dulu Nur janji, Nur nak jadi apa bila ummi dah tua nanti?”
“ingat!ingat! hm, Nur nak jadi cikgu! Nur nak ajar orang sampai jadi pandai,”
Ummi terus tersenyum. Budak kecil yang masih suci jiwanya sangat mudah dibentuk. Kalian bak kain putih yang masih belum tercemar, perlu dicorakkan dengan tinta asuhan agama Allah sebagai asas, lalu dikukuhkan dengan warna warni kehidupan yang diteladani daripada Muhammad terpuji, nescaya kalian pasti menjadi tunjang dan asset pada umat ini.
Ummi menganggukan kepala, sambil memaut mesra bahu si cilik. Nurzinnirah mula reda tangisnya, sambil matanya terus menatap bangunan aspuri yang tersergam indah dengan memegang nama srikandi Islam yang mulia- Fatimah Azzahra. Satu lagi blok pula bernama Siti Aisyah- blog di mana dia bakal ditempatkan sebentar lagi, dan menjadi penghuninya untuk tempoh beberpa tahun mendatang. Ummi membiarkan anak kecil itu melayan perasaannya, sambil menoleh ke arah ayah, lalu tersenyum. Ayah juga melemparkan senyuman indah buat ummi, permaisuri hatinya yang tabah melayan karenah anak, sambil tangan ayah menunjukkan tanda thumb up pada ummi. Ummi makin lebar senyumannya.
“tapi ummi..”
“tapi apa sayang?”
“sapa nak tolong ummi?”
“Amarkan ada. Apa, Nur ingat Nur seorang saja yang tolong ummi selama ni?’
Suara kecil yang menyampuk dari arah belakang kereta itu menarik perhatian ummi dan ayah yang sedari tadi terfokus pada Zinnirah. Nurzinnirah turut memalingkan muka ke arah itu.
“abang Amar!”
Amar menyorong perlahan-lahan basikalnya ke bawah pokok, lalu menongkatkan basikal itu di situ. Lantas, dia melangkah menghampiri ummi, menarik tangan ummi lalu mencium dengan penuh rasa sayang dan hormat. Perilaku yang sama juga dibuatnya pada ayah. Ayah mengusap lembut rambut hitam si kecil itu.
“macam mana ujian kamu? Ok tak?”
“alhamdulillah ummi, Amar rasa Amar dapat jawab. Depa kata, InsyaAllah keputusannya akan di ketahui dalam masa seminggu dua lagi. Sebelum tempoh tu, nampaknya, terpaksalah Amar sekolah kat KE(King Edward) dulu,”
Ummi dan ayah mengangguk serentak. Nurzinnirah pula sekadar diam.
“Kenapa Nur ummi? Merah saja mata dia Amar tengok. Nak masuk sekolah best pun sedih ke? Kalau Amarlah yang dapat, hm, syukur sangat,”
“mana ada Nur nangis pasal dapat sekolah ni. Nur sedih pasal nak pisah dengan ummi dan ayah. Tu saja,”
Ayat si kecil membela diri.
“oh, pisah dengan Amar tak pelah ya? Tak sedih?”
Si abang yang cuba menguji adik kesayangan.
“tak sedih pun. Selalu buli Nur. Baguslah berpisah macam ni. Tak sapa dah nak kacau Nur,”
Si adik yang pura pura ceria.
“ye lah tu. Lepas ni tak da sapa lah nak rebut rebut tidur dengan ummi. Kan ummi kan?”
Amar terus mengusik Zinnirah, sambil pura pura berlari ke arah ummi lalu memeluk pinggang wanita bertudung labuh itu. Ummi pula seperti sepakat dengan anak lelakinya itu, turut memeluk mesra bahu kecil Amar. Namun segera dilepaskannya, bila melihat bibit bibit mutiara kembali bertakung di kolam mata Zinnirah. Teringat usahanya sebentar tadi memujuk si kecil itu, dia terus berkata,
“tak Nur, Ummi tak beri abang Amar kamu ni tidur dengan ummi dah. Dia dah besar panjang. Tak malu nak tidur dengan ummi lagi,”
Ummi memainkan taktik psikologi memujuk si kecil yang hampir gugur kembali air matanya. Amar pura pura menarik muka masam, faham dengan percaturan ummi. Zinnirah pula, melonjak keriangan. Ayah, sekadar meneruskan senyuman.
“haha, padan muka. Perasaan nak rampas tempat Nur bila Nur tak da ya? Jangan harap kan mmi?”
Amar meneruskan muka masamnya, sambil melangkah mendekati Zinnirah. Tangan kanannya menyeluk saku seluar. Perlahan lahan dia menarik keluar tangan kanan tersebut, lalu di hulurkannya pada Zinnirah.
“cis, ingatkan nak beri hadiah tadi,”
“Sapa nak bagi hadiah kat Nur. Cepat salam, Amar nak balik ni dengan ummi dan ayah,”
Zinnirah pula menarik muka masam. Namun, tetap disambut huluran tangan itu.
“nah, pensil tekan yang Nur nak hari tu. Amar belikan untuk Nur guna kat sini,”
Tangan kirinya yang disorokkan dibelakang badannya ditarik, lalu dihulurkan kotak segi empat tepat lutsinar yang mengandungi sebatang pensil mekanikal di dalamya kepada Zinnirah. Zinnirah menyambut, dengan senyuman lebar di bibir.
“ma kacih, ingat juga abang Amar ya,”
“mestilah Amar ingat. Ok, ni pesanan dari Amar. Jaga diri elok-elok, studi rajin-rajin. Jangan risau ummi kat rumah, Amar janji Amar akan tolong ummi. Kalau ada orang ngurat, buat tak tau saja tau?”
“haha, apalah abang Amar ni, mana ada orang nak ngurat,”
“baguslah macam tu. Amar cemburu tau, tak dapat sekolah macam ni. Padan muka Amar, tak buat UPSR betul betul. Macam mana lah Amar nak jadi doctor nanti agaknya..”
“Saudari. Boleh saya tumpang lalu?”
“Zinnirah! Hei, kau termenung apa tu?”
Dua suara yang bertubi masuk dari kedua cuping telinganya membuatkan dia tersentak.
Kelihatan siswa di sebelahnya tadi sedang berdiri, bersedia untuk melangkah melepasinya yang duduk di bahagian aisle bas tersebut. Zinnirah terpinga-pinga, namun terus bangun untuk memberikan laluan kepada jejaka tersebut. Dia hanya tersenyum melihat wajah Zinnirah yang masih lagi kelihatan keliru.
“Zin, kau ok?”
Wardah bertanya prihatin. Risau juga dia melihat keadaan sahabatnya yang seperti orang hilang ingatan itu. Zinnirah melangkah menuruti Wardah turun dari bas itu.
“Zin, Kenapa ni? Cakaplah something,”
“Hm. Aku tak da apa apa, jangan risau. Aku just mengelamun saja tadi,”
“Zinnirah, Kenapa kau ni asyik mengelamun saja akhir akhir ni. Kalau kau ada masalah, kongsilah dengan aku. Aku kan sahabat baik kau,”
“betul, tak da apa apa. Ha, sebut pasal kongsi. Aku teringat aku kena kongsi satu sms dengan kau. Ni kak Adni pesan, malam ni ada usrah jam8. Habaq kat yang lain na?”
“oh ye ke? Wah, esok dah mula cuti mid sem pun kak Adni ingat pada kita ya? Sayangnya dia pada adik adik dia ni, tak jemu jemu berusaha mentarbiyahkan kita”
Mereka terus menghayun langkah menuju ke blok blok akademi sambil berbual bual perlahan. Zinnirah lega, kerana berjaya mengalihkan topik perbualan daripada berkisar akan apa yang difikirkannya sebentar tadi. Abang Amar..bersemadilah kau di sana dengan tenangnya.
“ok Zin. Aku masuk dulu. Jumpa malam ni k? Ha, jangan nak termenung lagi pulak. Karang tak tau terlajak sampai ke mana,”
Zinnirah melambai sahabatnya itu yang masuk kedalam Fakulti Pengajian Islam tempat dia menuntut ilmu jurusannya. Dia pula terpaksa berjalan beberapa blok lagi untuk sampai ke fakultinya. Dia cuba melarikan pemikirannya daripada terus memikirkan hal yang sejak kebelakangan ini selalu barmain di pemikirannya. Amar, nama itu tidak pernah pudar daripada lipatan kenangan hidupnya, walaupun jasad insan yang dipanggilnya abang suatu masa dahulu sehingga hari ini gagal ditemui, bersama dengan ratusan lagi jasad lain yang terhempas di Laut Andaman September 2003, dua hari lagi daripada tarikh hari ini. Ini bermakna sudah hampir genap setahun dia terpisah dengan insan yang amat mengambil berat akan dirinya suatu masa dahulu.
abang Amar, tenanglah kau di sana..Nur Zinnirah menggiatkan bibirnya berzikir, cuba untuk menenangkan hatinya yang resah. Kepada Mu lah aku berserah segalanya yaAllah..dan dia melangkah masuk ke bangunan fakultinya untuk mengikuti kelas pengajian hari ini.

“Jadi kita kena sentiasa ingat bahawa sekiranya kita mengaku kita ini beragama Islam, mahu diakui sebagai umat baginda Muhammad saw, jangan sekali kali kita lupa bahawa tujuan kewujudan kita di dunia ini hanya dua sahaja iaitu patuh pada perintah Allah swt dan mencegah kemungkaran. Islam itu sendiri bermaksud tunduk dan patuh pada perintah Allah swt tanpa bantahan. Dalam alQuran surah alBaqarah ayat 131 ada dinyatakan. “Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Tunduk patuhlah!" Ibrahim menjawab: "Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam". Maka adik adik kakak yang kakak kasihi sekalian, ingatlah..sentiasa kita cuba melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita ini. Selain kita belajar, kita juga bergelar daie di jalan Allah. Ingat sungguh pun kita tahu bahawa menuntut ilmu pada usia kita ini adalah nombor satu, jangan sekali kali kita lupa bahawa menyampaikan ajaran Allah di muka bumi ini bukan tanggungjawab nombor dua. Faham kan semua?”
Nurul Adni menutup hujah hujahnya sambil tersenyum manis memandang wajah wajah bersih anak anak usrahnya yang seadri tadi khusyuk memasang telinga mendengar butir butir ilmu yang sedikit di dadanya yang cuba dikongsi bersama dengan adik adik harapan bangsa dihadapannya ini. Jemari mereka pula tidak henti henti menari mencatit apa yang penting ke dalam buku nota di tangan masing masing. Ternyata salah satu daripada adab adab usrah itu tidak pernah mereka lupakan.
Nurul Adni sangat bersyukur dikurniakan mereka ini sebagai anak anak usrahnya. Nurzinnirah yang pendiam tetapi suka tersenyum, Nurul Syauqeena Wardah yang sentiasa ceria dan suka mengusik sahabat sahabatnya yang lain, Siti Sarah yang intelektual, Nur Raudah dan kembarnya Nurul Hana yang sentiasa ingin bersama dalam apa sahaja yang mereka lakukan benar benar mengusik hatinya yang sedari dulu merindukan hilai tawa insan yang bergelar adik adik. Dirinya yatim piatu, di besarkan oleh neneknya yang tua di kampong, dan kini dia mengaji di Universiti Malaya ini sealiran denga anak anak usrahnya ini, kecuali Zinnirah. Mereka sudah lama berada di dalam halaqah ini, lebih dari dua semester dan perjumpaan mereka setakat ini berjaya di kekal kan pada kekerapan dua minggu sekali. Alhamdulillah, walaupun kadang kadang masing masing sibuk dengan urusan pengajian masing masing, namun setakat ini mereka tidak pernah lagi untuk tidak menghadirkan diri dalam halaqah ini, malahan pertemuan dua minggu sekali ini begitu dinanti-nantikan oleh dirinya, juga adik adik nya ini. Mereka semua individu yang dahagakan tarbiyah diri.
“hm, kak Nurul, termenungkan siapa tu?”
Suara lunak Wardah mengejutkan dia dari lamunan. Semua gadis gadis bertudung labuh yang manis bersimpuh di sekelilingnya di dalam surau berhawa dingin ini ternyata memfokuskan pandangan masing masing ke arah naqibah mereka ini. Nurul Adni sekadar tersenyum.
“jadi nampaknya sampai sini dulu pertemuan kita malam ini. Kak tengok masing masing macam dah tak sabar sabar nak balik ni. Tiket dah beli ya masing masing?”
“hm, InsyaAllah esok petang kami semua bergerak ke Puduraya sama sama kak. Zinnirah lah kak, beria lah.a nak balik kali ni nampaknya. Minggu lepas lagi dia dah beli tiket tau,”
Celoteh Wardah disambut dengan gelak tawa daripada yang lain sambil Wardah mengaduh akibat cubitan yang dihadiahkan oleh Zinnirah di pinggangnya.Zinnirah sekadar tersenyum tanpa kata.
“Zinnirah balik Taiping kan? Sampaikan salam kak pada mak ayah kamu dengan lafaz Assalamualaikum..juga pada kamu yang lain lain, sampaikan salam kak ya? Kak doakan kamu selamat pulang dan selamat kembali ke sini. Kerinduan lah kak jawabnya..”
“kak tak balik ya?’
“hm, nampak nya macam tu lah. Ada banyak assignment yang nak diselesaikan”
Zinnirah mengangguk. rasa hormatnya pada kakak naqibahnya ini mematikan hajatnya untuk bertanya lebih lanjut akan keputusan Nurul Adni yang tidak mahu pulang itu. Bukannya kali pertama dia melihat Nurul Adni tidak pulang bila cuti semester begini. Semester lepas pun tak balik, dua semester sebelum tu pun sama. Mungkin Kak Adni ada masalah peribadi agaknya..
“hm, boleh kak tanya Zinnirah sikit?”
Zinnirah tersentak. Hm, dia yang berkira-kira ingin bertanya pada kak naqibahnya itu, dia pula yang ditujukan dengan persoalan. Zinnirah tersenyum sambil menggangguk perlahan. Sahabat sahabatnya yang lain sudah pun mula bergerak meninggalkan musolla ini setelah selesai bersalam salaman antara satu sama lain, tanda perpisahan untuk kali ini.
“ada apa kak Nurul?”
“Zinnirah sedih ya? Ada macam benda yang mengganggu saja kak tengok. Selesa tak kalau nak kongsi dengan kak masalah nanti tu?”
Zinnirah sudah menduga persoalan itu yang bakal terbit dari bibir yang sentiasa murah dengan senyuman itu. Maka, dia sudah pun bersiap siap dengan jawapan yang patut diberikan.
“hm, dua hari lagi kak..genaplah dua tahun ana terpisah dengan seorang yang sangat menyayangi ana, mengambil berat akan hal hal ana, dari sekecil kecilnya, sampai lah hal hal yang penting seperti berkawan, nak study apa, nak masuk u mana..mungkin tu sebabnya ana nampak macam apa yang kak nampak ni. Ana just terkenangkan dia..”
“Amar Mujahid ya? “
Zinnirah mengangguk perlahan, sambil pandangannya dilontarkan jauh ke hadapan. Mereka melangkah pulang menuju ke kolej kediaman masing masing yang terletak tidak jauh dari musolla tempat pertemuan mereka untuk berhalakah sebentar tadi. Zinnirah terus diam, sengaja ingin menantikan buah pemikiran yang pastinya akan dilemparkan oleh Nurul Adni.
“sabarlah Zin..tu saja yang kak mampu katakan pada nanti. kamu doakanlah keselamatan arwah di sana. Semoga dia ditempatkan di golongan mereka yang mendapat redha Allah,”
“Zin sentiasa doakan kak,”
“lah tahzan..yang lepas biarlah berlalu. Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaannya bukanlah satu tindakan yang bijak Zin. Itu, sama ertinya seolah olah membunuh semangat, membunuh harapan..seolah olah kita menghalang diri kita daripada meneruskan kehidupan ini,”
“hm, Zin tak dapat kak. Abang Amar sangat penting dalam hidup Zin. Zin dapat jadi macam ni, semua sebab bimbingan daripada dia. Dia yang ajar Zin jadi tabah, jadi perempuan yang dahagakan tarbiyah, tak mudah kalah, faham akan matlamat hidup..tapi Kenapa awal sangat dia tinggalkan Zin kak?”
“Astagfirullah..Zinnirah adik kak..bawa mengucap dik. Kata kata nanti tu, walaupun benar, namun sangat bahaya pada akidah kita. Tak baik kita mempersoalkan ketentuan dariNya. Berbaik sangka denganNya Zin. Setiap kesulitan tu pasti ada kemudahannya. Zin, tenang ya?”
Zinnirah tidak lagi dapat menahan sebaknya seperti mana yang dapat disembunyikan selama ini daripada pengetahuan sahabat sahabatnya yang lain. Biarpun Wardah sekali pun, sekadar diam sahaja apabila melihatkan Zinnirah tidak mahu melayan pertanyaannya apabila diajukan akan soalan soalan sebegini. Walaupun dia sering berlagak tabah, namun kesedihan di wajahnya sedikit sebanyak dapat dikesan oleh sahabat sahabatnya itu. Apatah lagi, mereka seusrah, banyak kehidupan mereka di sini dijalani bersama. Namun kali ini, Zinnirah tidak lagi mampu bertahan. Dia benar benar sebak.
Nurul Adni menarik lengan adiknya itu, lantas mereka sama sama duduk di sebuah bangku yang kebetulan berada di situ. Mereka sudah pun sampai ke kolej kediaman mereka. Nurul Adni merapatkan kepala Zinnirah ke bahunya. Zinnirah semakin terhenjut henjut menahan esak.
“Zinnirah.. kak faham perasaan kamu. Bukan senang kita nak terima, terpisah dengan orang yang sangat kita sayangi, apatah lagi dialah orang yang kita tau sangat sangat menyayangi kita. Kita kena sentiasa ingat, ketentuan Tuhan itulah segalanya. Ingat macam mana Nabi kita dilanda kesedihan pada masa Baginda kehilangan semua orang yang menyokong baginda? Tahun kesedihan..baginda kehilangan Khadijah, juga kehilangan Abu Talib, dua insan yang menjadi tulang belakang perjuangan awal baginda. Zin ingat tak, macam mana baginda hadapi keadaan tu? Susah juga kan? Tapi perjuangan hidup kena diteruskan juga. Tak boleh kita biarkan diri kita terus mengalah dibawa perasaan sedih tu. Tanggungjawab yang kita pegang jauh lebih besar mehnahnya daripada kesedihan yang kita terima,”
“ kak tak faham..”
“Zinnirah adik kak..kak faham. Hm, kak tanya nanti satu soalan. Agak agak nanti, darimana kak tahu nama abang Amar Mujahid kamu?”
Zinnirah tersentak. Betul juga. Seingatnya sepanjang setahun dia mengaji di Universiti Malaya ini, dia tidak pernah menceritakan kepada sesiapa pun akan perihal Amar Mujahid. Siapa lagi yang tahu akan kemalangan yang menimpa Amar? Dia cuba memerah memori ingatannya. Hanya satu nama sahaja yang mungkin. Tapi, dia sudah lama terpisah dengan nama itu.
“ha, fikir apa tu? Terkejut ya macam mana kak kenal Amar Mujahid?”
Zinnirah mengangguk, dan cuba untuk menyatakan keraguan yang timbul di kepalanya sebentar tadi. Namun Nurul Adni pantas memintas.
“ kak kenal abang kamu sebulan sebelum dia pergi. Masa tu, kak dalam LRT, dalam perjalanan ke KL Sentral . Masa kak duduk, kak perasan ada seorang lelaki duduk kat sebelah kak, tangan dia erat memegang sebuah bungkusan lutsinar. nanti nak tau apa yang dia pegang tu?”
“apa dia kak?”
“tu, kasut kain nanti berwarna biru tu. Masa kak terpandang nanti kali pertama kita kenal, kak terperasan kasut nanti, terus kak teringatkan dia, terus kak teringatkan keratan akhbar yang kak simpan tentang kemalangan yang menimpa abang nanti tu. Maafkan kak, dah lama kak nak tanya pada nanti, tapi kak tak jumpa masa yang sesuai untuk bertanyakan kepastian ni daripada nanti. tapi, akhir akhir ni, bila kak tangok nanti asyik muram saja, dan kebetulan tarikh kemalangan tu dah makin hampir, kak rasa teruja nak bertanya. Dan akhirnya, tak salah agakan kak. nanti adalah NurZinnirah Anuar, adik kesayang Amar Mujahid yang kak hanya sempat kenal tak sampai sebulan sahaja,”
“macam mana kak boleh kenal abang Amar? Maksud ana, apa yang membuatkan kak boleh berkenalan dengan dia? Semata mata kerana kasut?”
Nurul Adni tersenyum. Peristiwa itu masih jelas lagi di ingatannya. Mungkin bagi orang lain, terlalu banyak kebetulan pada peristiwa tersebut. Namun baginya, mengenali seorang Amar Mujahid di dalam train LRT itu memberikannya peluang melihat kuasa Tuhan yang Esa. Sesunggunya tiada suatu pun yang mustahil dalam dunia ini.
Assalamualaikum saudari. Boleh saya tumpang duduk di sini? Tempat lain dah penuh,”
Suara itu membuatkan dia berpaling ke arah punca datangnya. Kelihatan seorang pemuda sedang berdiri, sambil menghalakan pandangannya ke tempat kosong di sebelahnya. Sebetulnya dia tidak selesa ada lelaki yang bukan mahramnya duduk di sebelahnya dalam apa sahaja keadaan, namun melihatkan keadaan pemuda tersebut yang sarat dengan barang barang di bag sandang belakangnya, tangan kanannya penuh dengan bag bag plastic SOGO, manakala tangan kirinya pula memegang erat bag plastic lutsinar yang dapat dilihat dengan jelas akan kandungannya. Sepasang sepatu kain berwarna biru lembut. Melihatkan keadaannya yang seolah olah tidak memberikan respon pada permintaannya tadi, pemuda itu sekadar tersenyum, dan terus berusaha berdiri dengan stabil di dalam train yang bergerak laju itu. Nurul Adni segera berganjak ke tepi.
“waalaikumussalam. Silalah duduk,”
“Syukran laki ya ukhti,”
Jawab pemuda itu berbahasa arab mudah, sambil tersenyum lalu duduk di tempat di sebelahnya. Dia menyusun barang barangnya untuk mendapatkan posisi yang selesa. Bag sandangnya yang sarat diletakkan di atas lantai. Begitu juga dengan bag bag plastic SOGO di tangan kanannya tadi. Kini yang tinggal hanyalah beg plastic lutsinar bersepatu biru itu. Nurul Adni menjadi pemerhati seketika.
“Untuk adik saya..”
Pemuda itu tiba tiba bersuara, tetap dengan senyumannya. Nurul Adni terkejut, tidak perasan akan tingkah lakunya turut diperhatikan. Spontan dia turut tersenyum.
“cantik sepatu tu. Mesti adik saudara tu sangat special orangnya ya?”
Senyuman pada wajah itu semakin melebar. Matanya bersinar memerhatikan sepatu di tangannya. Seolah olah ada sesuatu yang tersirat di dalam pemikirannya.
“hm, sangat istimewa. Saya ada seorang saja adik. Tak lama lagi jika dizinkan Allah, saya kena pergi jauh. Tak da apa yang dapat saya beri pada dia, sekadar sepatu ni saja. Cantikkan? Saudari rasa macam tu? Saya pun tak faham sebenarnya, saya nampak, dan saya beli sebab saya rasa tertarik. Harap harap adik saya tu suka akan hadiah ni. Biiznillah.”
Pemuda itu menjawab dengan bersungguh-sungguh. Jelas di pandangan Nurul Adni akan kemesraan kedua beradik ini walaupun hanya memerhatikan pada seorang sahaja. Bertuah sang adik, ada abang sebegini. Aku juga yang tak pernah merasakan kasih sayang sebegini.
“Saudari mengaji di KL ni ya?”
Tiba tiba dia diajukan soalan.
“hm, ya. Saya study kat UM. ambil Islamic Study. Tahun pertama. Hm, boleh saya tau saudara ni nak ke mana?”
“oh macam tu. Bittaufiq wannajah, dalam apa saja yang awak ambil dan buat. Saya nak ke KL Sentral. Keretapi malam ke utara. Rumah keluarga saya di sana,”
“hm, maksud soalan saya tadi, saudara kata nak pergi jauh. Ke mana tu?”
“oh. Yang tu..afwan, saya silap tafsir soalan . hm, InsyaAllah, September depan saya akan ke Russia, study di sana. Pergi Negara orang curi ilmu nak bawak balik sini,”
“macam tu..baguslah. ni baru habis beli barang barang lah ya?”
“begitulah nampaknya. Sebeban ni. kat KL ni senang sikit nak cari. kat tempat saya kat utara tu, tak banyak pilihan yang ada,”
“seorang saja?”
“hm..”
Sesi soal jawab terhenti seketika. Masing masing cuba mencari idea yang baru untuk dikongsi bersama. Buat seketika mereka lebih kepada sekadar berbalas senyuman. Nurul Adni berasa selamat berbicara dengan pemuda ini, walaupun dia tidak mengenali langsung pemuda di sebelahnya ini. Ya, sapa namnya ya..
“Ana Amar Mujahid. Dan saudari?”
Seperti dapat membaca pemikirannya, pemuda itu memulakan bicara yang terhenti dengan memperkenalkan dirinya terlebih dahulu. Mudahlah begini, tak perlu aku Tanya Tanya lagi, gumam Nurul Adni.
“Nurul Adni Adnan.”
“hm, sampai sini dulu. Dah nak sampai KL Sentral dah ni. Saya gerak dulu. Moga moga berjumpa lagi bila bila masa dengan izinNya. I’tani binasfik. Assalamualaikum,”
“dan itulah perkataan perkataan terakhir yang kak terima dari Amar Mujahid. Perwatakannya simple, dan selalu tersenyum. Walaupun nak pergi jauh ke tempat orang, tetap membuat persiapan membeli barang barang sendirian, itu kesimpulan yang kak buat lepas kami berpisah. Kemudian, sebulan lepas tu, kak terbaca akhbar, tentang pesawat yang terhempas, dan di antara nama yang disenaraikan hilang, ada nama Amar Mujahid..”
Sampai di situ Nurul Adni terdiam. Dia memerhatikan Zinnirah, yang masih lagi basah pipinya dek mutiara yang setia gugur dari kolam matanya. Sabarlah dik..
Zinnirah merenung ke depan. Begitu rupanya.
“Bidang kedoktoran bukannya minat utama kamu kan?”
Nurul Adni menduga sesuatu. Zinnirah mengganguk kepala perlahan.
“kamu pilih bidang ini demi cita cita Amar Mujahid. Kak sungguh kagum dengan kamu. Kuat benar ikatan hati kalian, sehingga pengorbanan begini sanggup nanti lakukan. Kak betul betul rasa kagum dengan nanti,”
Zinnirah mengesat air matanya denga tisu yang diambil dari saku jubahnya. Air matanya mula reda.
“dan kak yakin, Amar di sana pasti berkali kali ganda bangga dan terharu melihat nanti, Zinnirah.”
Zinnirah tersenyum mendengar ayat pujukan daripada Nurul Adni itu. Namun jauh di sudut hatinya sangat mengharapkan kebenaran kata kata tersebut. Memang ini dilakukannya demi cita cita Amar Mujahid. Sedari kecik lagi dia sering mendengar kata kata itu dari mulut Amar. Dan dia merasa bertanggungjawab untuk menyempurnakan cita cita itu.
“esok pulang, jalan hati hati ya?”
Nurul Adni cuba mengalihkan tajuk perbualan mereka. Dan nampaknya Zinnirah bersetuju untuk mengikut rentak itu.
“hm, InsyaAllah. Kak nak pesan apa apa tak? Saya boleh bawakan nanti,”
“kalau macam tu, kak nak pesan kamu carikan kak seorang yang boleh jaga kak lah, boleh?”
Permintaan Nurul Adni dengan senyuman meleret di pipi disambut dengan buntangan mata daripada Zinnirah, tanda terkejut.

“Nur, tolong halaukan ayam kat laman tu kejap. Habis dipatuknya anak bunga ummi yang baru nak tumbuh tu. Dari tadi ummi suruh, kamu buat apa tu, ralit sangat ummi tengok,”
“alah ummi, biarlah ayam tu makan. Dia nak makan apa lagi, tu saja yang ada,”
“eei, budak bertuah ni. Pemalas sangat nak gerak ya? Pegilah kejap, penat ummi tanam tau, pokok pokok bunga tu. Nanti besar, cantik sikit laman rumah kita ni,”
“kejap saja ya mmi,lama lama tak boleh ek?”
Zinnirah masih terus ingin bergurau dengan ibu kesayangannya itu. Namun menyedari bahawa perempuan tua yang amat dikasihinya itu sudah pun berada di sampingnya sambil tangan kasarnya bersedia untuk memiat telinga kanannya, dia cepat cepat bangun sambil ketawa lalu pergi ke halaman rumah menghalau ayam ayam itu daripada terus memagut anak anak pokok kesayangan ibunya itu. Ayam sapa lah ni, desus hati kecilnya.
“kamu buat apa dari tadi dok belek benda ni?”
Zinnirah tersenyum mendengar pertanyaan ibu. Perlahan lahan dia kembali mendekati ibu, lalu duduk bersimpuh di tangga batu rumah mereka ini yang sedari tadi menjadi tempat dia menaip assignment yang melambak dibekalkan oleh pensyarah pensayarah mereka untuk kerja masa cuti. Untuk anatomi sahaja, dia dikehendaki menyediakan satu laporan lengkap tentang muscular system untuk dihantar dan dinilai sebagai markah yang akan di bawa pada peperiksaan akhir nanti. Dia perlu bekerja keras untuk memastikan dia dapat menamatkan pengajian pada masa yang ditetapkan.
“ummi, hari ni hari apa?”
“hari Selasa. Kenapa? Ada pasar tani petang karang, kamu nak pergi ke?”
“bukanlah ummi..”
“Kenapa pula bukan?”
“memanglah hari selasa. Ummi, hari ni kan 19hb September. Dah genap setahun kan, abang Amar tinggalkan kita. Nur rindukan abang Amarlah ummi,”
Nada sayu mula terbit dari mulutnya yang sentiasa penuh dengan gelak tawa apabila berada di samping ummi. Ummi pula sekadar tersenyum.
“Ummi ni, orang sedih ummi senyum senyum pulak,”
Ummi meneruskan seyumannya apabila mendengar rengekan anak kesayangannya itu. Dia sudah maklum perihal yang menyebabkan kesayuan gadis manis ini. Tahun lepas pun macam ni juga.
“Ummi tahu. Bila kamu sebut abang Amar kamu, kamu tau apa yang ummi pikirkan?”
“apa dia?”
“dia selalu pesan pada ummi, bila dia dah pergi sana..apa nama tempat studynya tu?”
“Russialah ummi,”
“Ha, Russia. Dia kata, nanti bila dia dah tak da kat sini, dia risaukan kamu, tak da orang nak jaga. Dia nak ummi dan babah carikan jodoh untuk kamu cepat cepat, baru dia rasa lega. Ha, kamu dah jumpa belum orang yang kamu berkenan, tak payah ummi carik lagi,”
Senyuman Puan Zarina makin meleret. Dia sebenarnya sudah maklum akan jawapan yang bakal diluahkan oleh Zinnirah. Sengaja dia cuba membawa anaknya itu lari daripada topik yang sekadar membawa kepada kesayuan kepada mereka dua beranak. Dia mahukan anaknya ini sentiasa gembira dan ceria. Dia yakin itulah juga harapan anaknya yang seorang lagi yang sudah genap dua tahun berhijrah ke alam sana. Kesedihan yang berpanjangan tidak ada hasilnya.
“tak mahu lah ummi. Zin nak belajar dulu beri habis. Nak jadi doctor, nak buka klinik sendiri, nak jaga ummi, baru piker pasal kahwin. Selagi Zinn tak capai semua tu, Zinn takkan fikir pasal benda lain. Ni cita cita Zin.”
“Ummi tau kamu tu tabah orangnya, tapi perempuan tak elok kawin lambat lambat ni. Nanti tak laku pula. Kamu tu dah lah bakal doctor. Budak lelaki lah ni ramai yang segan nak kawin doctor,”
Ummi terus terusan mengusik. Zinnirah menarik kembali laptopnya, berpura pura meneruskan taipannya yang terhenti sebentar tadi. Ummi pula faham dengan isyarat itu. Zinnirah tidak mahu berbicara lanjut tentang itu. Ummi tersenyum, mengucup dahi anak gadisnya itu, melangkah masuk ke dalam sambil berpesan akan hidangan tengah hari sudah siap di dapur. Zinnirah menurut langkah ummi, baru terasa perutnya sudah berkeroncong. Lagi pun masakan ummi, sedap!

0 luahan hati:

Post a Comment

sape nk comment sila klik disini