RSS
Write some words about you and your blog here

KERANA CIKGU LAGI NAKAL DARI KAMU DULU.

Salam alaikum.

hoho. Apa khabar kalian? masih sihat? masih kekal utuh dalam Iman dan Islam? alhamdulillah. Huh! dah seminggu tidak di'update'. Blog ni memanggil banyak kali, tapi tidak di layan. Tuan dia agak malas mahu update dalam seminggu yang lepas.(ish3.sila buang sifat malas.huahua)

Saya ni memang suka bercerita. So, post kali ini pun saya nak bercerita juga.haha.

Sila nikmati. :)


..disekolah, terdapat satu geng yang selalu buat masalah disekolah..
..ahli dalam geng ini semuanya pandai-pandai..
..tapi, sayangnya, akhlak mereka tidak cukup pandai..
..selalu buli, melawan cakap guru, merosakkan harta benda sekolah..
..inilah antara perlakuan oleh geng ini..

..ketua geng ini, ohh, sudah semestinya satu sekolah mengenalinya..
..Roy nama panggilannya..
..dia inilah yang selalu mengajar geng nya bagaimana mahu membuat onar disekolah..
..bagi dalam geng ini, Roy amat-amat disanjung..
..apa yang Roy mahukan, anak buah dia pasti laksanakan..
..itulah kelebihan dan kekuatan Roy..
..mempunyai sifat sebagai seorang ketua yang bagus..

..dibilik guru, antara perbualan harian guru-guru pasti ada kene mengena dengan geng ini..
..ramai guru mengeluh..
..mengeluh kerana masalah-masalah yang selalu ditimbulkan..
..geng ini senantiasa menjadi buah mulut guru-guru disekolah..
..guru pasti akan mengeluh bila saat nya mengajar kelas yang ada pelajar yang terlibat dengan geng ini..
..bila guru sudahpun mengeluh untuk mengajar, pasti ilmu itu tak dapat disampaikan dengan baik..
..dan ini akan menjadi masalah kepada pelajar-pelajar yang tidak terlibat dengan geng ini..

.........................

..alhamdulillah, pengetua berasa bersyukur kerana Hisham mahu mengajar disekolah itu..
..Hisham merupakan bekas pelajar disekolah itu..
..dia telah dipanggil oleh pengetua untuk mengajar disitu..
..Hisham tidak menolak permintaan itu, malahan dia amat menyukainya..
..yela, dapat kembali ke sekolah, dapat mengimbau kenangan, itu amat disukai oleh Hisham..

..sebenarnya, bukan saja-saja pengetua memanggil Hisham untuk mengajar disekolah..
..dia ada satu misi untuk Hisham laksanakan..
..iaitu, perbaiki akhlak geng yang bermasalah ini..

.......................

..Roy, bila terdengar ada guru masuk, maka dia telah membuat suatu perancangan yang tidak masuk akal..
..Roy mahu menyimbah darah lembu kepada Hisham..
..yaa, ini suatu kerja gila, bermain dengan darah, simbah kepada guru, memang sudah hilang adab sebagai seorang pelajar..

..Roy merealisasikan perancangannya ini di bilik air guru..
..Roy meletak baldi yang penuh dengan darah di atas pintu, sekiranya sesiapa yang menolak pintu itu untuk masuk ke tandas, baldi itu akan jatuh menimpa kepada si penolak pintu itu..
..Hisham mahu ke tandas..
..dia seperti bersahaja saja..
..mahu hilangkan mengantuk barangkali, so, Hisham mahu membasuh muka di tandas..
..tanpa disangka, selesai saja menolak pintu tandas, Hisham dibasahi oleh darah..
..bau nya sangat hanyir..
..Hisham hanya mampu tersenyum sahaja..
..dia sudah mengagak perbuatan ini dari siapa..

..berita ini cepat tersebar ke seluruh sekolah..
..guru-guru ramai yang bersimpati..
..tapi, Hisham seakan-akan tenang sahaja..
..seperti tiada apa-apa yang berlaku..
..Allah sudah kurniakan ketenangan yang hebat kepada Hisham..
..subhanallah..

................................

..hari ini, Hisham bakal mengajar kelas yang mempunyai pelajar bernama Roy..
..sebelum masuk ke kelas, ramai guru menasihati Hisham supaya berhati-hati, takut-takut akan diapa-apakan oleh Roy..
..Hisham hanya tersenyum sahaja bila guru-guru berkata sedemikian..
..dengan senang hati Hisham berkata, "sesungguhnya Allah bersama saya."..
..ketenangan yang sukar didapati..

..dikelas, sudah kecoh apabila ada guru baru mahu masuk mengajar..
..Roy seperti biasa senantiasa ada perancangan mahu kenakan guru..

..dikelas, Roy tidak duduk diam..
..segala perancangannya tidak menjadi..
..Hisham seolah-olah tahu segala rancangannya..
..dendam Roy pada Hisham semakin menebal..

.....................

..disekolah itu dulu terdapat seorang pelajar yang senantiasa melakukan kesalahan..
..bukan kesalahan kecil, ke semua kesalahan yang dia lakukan besar-besar belaka..
..malahan kesalahan yang dia lakukan boleh menyebabkan dia dipenjara..
..pelajar itu di gelar Big Boss..

..itu kisah dulu..
..pelajar itu sudah tamat persekolahannya..
..Roy sangat kagumi dengan pelajar itu..
..sebab itu Roy cuba menimbulkan masalah kerana mahu ikut jejak langkah Big Boss..

.....................

..Hisham tanpa putus asa cuba untuk mendekati Roy..
..walaupun dimaki oleh Roy, Hisham tetap tenang..
..Hisham seolah-olah seperti tidak punya perasaan marah..
..senantiasa tenang walau diperlukan dengan buruk oleh muridnya..

..pada suatu hari, Roy seperti keletihan untuk mengenakan Hisham..
..sudah tidak punya idea lagi apakah cara untuk bagi Hisham marah..
..dan tidak semena-mena, Roy tiba-tiba berubah hati dan mahu berbaik dengan Hisham..
..mungkin Roy ingin tahu kenapa Hisham tidak marah akan perbuatannya itu..

.."kenapa cikgu tak pernah marah dan putus asa untuk rapat dengan saya?"..
.."cikgu tak penat ke?"..
..Hisham tersenyum, "cikgu dulu laaagi nakal dari kamu, apa yang kamu buat sekarang ni hanya beberapa peratus kenakalan cikgu."
..Roy terpinga-pinga..

....................

..ke semua pelajar termasuk guru-guru pelik akan perlakuan Roy..
..tidak ada ribut, tak alih-alih berbaik dengan Hisham..
..Roy dan Hisham bergurau senda seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku..
..ramai tertanya-tanya, apakah yang berlaku kepada mereka..

..dibilik guru kecoh akan keadaan tadi..
..kedatangan Hisham ke bilik guru seolah-olah menantikan seorang artis yang cukup terkenal..
..guru-guru mahu tahu apakah rahsia Hisham sehingga mereka boleh berbaik..
..Hisham melangkah saja ke pintu bilik guru, ke semua guru di situ berkerumun kepada Hisham..

.."eh, macam mana kau boleh rapat dengan Roy?"..
.."haah-haah, kau buat apa sampai boleh jadi macam tu?"..
..Hisham menarik nafas..
.."Cikgu, dengan pelajar ni kita tidak boleh terlalu tegas dan tidak boleh terlalu berlembut. Kita sebagai guru mesti memahami keadaan pelajar itu sendiri. Apakah mereka ini mempunya masalah? Adakah dengan masalah itu puncanya mereka berkelakuan ganas? Kita pada hari ini silap, kita selalu beri tanggapan buruk kepada mereka yang bermasalah ini. Kita tidak bersangka baik dengan mereka. Kita terlalu ikutkan perasaan. Kita perlu kenali mereka, jangan putus asa untuk dekat dengan mereka. Biasalah kalau mereka buat sesuatu kepada kita. Anggaplah apa yang mereka buat ini sebagai ujian kepada kita selaku seorang guru."..
..guru-guru terdiam, pengetua tersenyum. puas barangkali apa yang di jelaskan oleh Hisham..

......................

..Roy pernah meminjam duit dari AhLong, sekarang Roy tak mampu untuk membayarnya semula..
..Roy memberitahu perkara ini kepada Hisham..
..Hisham mengajak Roy untuk jumpa dengan AhLong itu supaya berbincang baik-baik..
..tetapi yang berlaku sebaliknya, mereka di tahan dan konco-konco AhLong cuba memukul mereka..

..Hisham berkata kepada Roy," Roy, cepat lari, panggil polis, cikgu settlekan kat sini."..
.."eh, cikgu, bahaya ni, nanti cikgu kena pukul."..
.."alaa, takpe2, pergi cepat."..

..Roy sampai disitu bersama sepasukan polis..
..setibanya mereka, mereka melihat AhLong dan konco-konco nya terbaring kesakitan..
..Hisham kelihatan sedikit penat..
..rupa-rupanya Hisham yang membuatkan mereka terbaring kerana mereka ingin memukul Hisham..
..Roy terselamat, pihak polis memberkas AhLing dan konco-konconya..
..Polis berterima kasih kepada Hisham..

..terbeliak biji mata Roy bila melihat parut di dada Hisham..
..rupa-rupanya Cikgu Hisham yang selama ini dia kutuk dan selalu kenakan ialah Big Boss, budak legend dan paling nakal disekolah dulu..
..orang yang paling dia hormat adalah guru dia..
..Roy tergamam..
..Hisyam tersenyum..

.."cikgu, macam mana cikgu boleh jadi baik? sedangkan dulu cikgu selalu menimbulkan masalah."..
.."hehe, kerana dulu cikgu punya seorang guru yang sabar dengan karenah cikgu. Ambil berat pasal cikgu, selalu buat baik kepada cikgu. Apa yang kamu buat kat cikgu tak seteruk apa yang cikgu buat kat guru cikgu. Tapi, dia masih tak putus asa. Sebab itulah cikgu tak pernah putus asa untuk rapat dengan kamu, sebab dulu cikgu lagi teruk dari kamu dan guru cikgu mampu bersabar. So, dengan perlakuan kamu yang tidak seteruk cikgu ini, mana mungkin cikgu mahu mengalah dalam merapati kamu.".. :)
.."owh, patut lah, siapa guru cikgu tu?..
.."hehe, pengetua kamu, Cikgu Kamaliah."..

tamat.

p/s: maaf sekiranya tak tersusun ye.huu. ^_^

0 luahan hati:

Post a Comment

sape nk comment sila klik disini