RSS
Write some words about you and your blog here

BERKAYAK :D

Salam semua.
Post hari ini berkisar tentang berkayak.
^_^




Alhamdulillah pada hari isnin yang lepas iaitu bersamaan 6/12/10 saya telah diberi peluang untuk mengikuti satu ekspedisi berkayak dari Kuala Telemong hinggan ke Taman Tamadun Islam iaitu jaraknya kira-kira 24km yang telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Terengganu bersempana maal hijrah untuk keesokan hari nya.

Tepat jam 8 pagi saya dan bersama kawan saya iaitu Fendi ke foyer asrama kami. Di situ kami perlu mengisi borang keizinan untuk menyertai program itu. Seusai itu, kami bertolak Kuala Berang. Kami peserta kayak telah diiringi oleh sekumpulan Kelab Motor Kuala Terangganu sebelum sampai ke Kuala Berang.

Sampai di Kuala Berang kami diberi masa untuk makan dan diisi dengan sesi taklimat ringkas. Selesai sudah sesi itu, kami ke Kuala Telemong. Dan disitu lah ekspedisi kami bermula. Saat mula menginjak ke dalam kayak itu, hati memang teruja kerana sudah lama tidak berkayak, bila diberi peluang untuk berkayak, memang susah untuk dilepaskan. :)

Setelah 2 jam perjalanan, kami tiba di Manir. Disitu kami makan tengah hari dan solat zohor. Waktu di Manir keletihan itu kurang terasa walaupun sudah berkayak lebih dari 2 jam. Tidak tahu mengapa saya kurang berasa letih, mungkin kerana terlalu teruja kot. :p

Selesai makan dan solat, kami menyambung perjalanan kami untuk ke Taman Tamandun Islam. Tika berkayak disekitar untuk ke TTI, suasana air agak bergelora. Memang terhuyung-hayang kayak saya. Tapi menarik kerana menguji ketahanan mental saya. :D

Alhamdulillah, selesai 2 jam lagi perjalanan kami, kami pun tiba di Taman Tamadun Islam iaitu di Masjid Kristal. Disana kami diberi makanan yang agak enak lantas memberi kemudahan untuk bersiap diri bagi bersolat asar. Selesai solat kami diberi sijil dan mendengar sedikit perkongsian mengenai hijrah yang di sampaikan oleh finalis Imam Muda iaitu Hizbur Rahman B Omar Zuhdi. Alhamdulillah, menarik perkongsian beliau.

ustaz hizbur bersama isteri tercinta. :)

Selesai mendengar perkongsian, kami bersama-sama membaca doa akhir tahun dan menunggu hingga maghrib. Usai sudah bersolat, doa awal tahun pula dibaca. Selepas itu, kami iaitu peserta dari UniSZA mohon diri untuk pulang.

Sampai di UniSZA pada jam 8:30 p.m. ^_^

ANAK DERHAKA

Salam semua.
Post kali ini berkisar tentang cerita.
Selamat menghayati.
^_^


Di sebuah kampung yang diberi nama Kg. Kuali Lebam Sebatang.... tinggallah seorang janda

beranak satu...Senah namanya. Anaknya nak kata budak tidak...nak kata tua pun tidak tapi

perangai...masyaalah! ngalah kan setan aprait.... Mereka hidup takler senang...hidupnya

kais pagi makan pagi...kais petang makan petang.

Nama anak Si senah nie orang panggil Dak Atan... SiAtan nie kurang ajar orangnya....

hobi utama dia lumba motor haram....oleh sebab perangainya tak serupa orang .

maka maknyapun tak kuasa nak layan kerenah anaknya tuh! nak dijadikan cerita....

Suatu hari tuh Atan teringinkan sebuah motor...selama nih pun kalau Si Atan teringin

nak ber-racing dia pinjam dari kekawannya...tapi kali nih dia tak berpeluang lagi

disebabkan kawannya dah serik pinjamkan motor kat dia...maklumlah ganas dan gelojoh

dan rakus sangat. so, dia paksa ler maknya belikan sebuah motor yang canggih!!!

dengan kurang ajarnya Atan berkata " oii! kau!! aku nak motor" .

Dengan lemah maknya jawab " mana aku nak cekau duit Atan oii?

" Atan bengang lalu dengan biadapnya Atan berkata lagi" Aku tak kira orang tua!!!

kalau aku kata aku nak...aku naklah!!! besok aku nak tengok motor tuh dah ada depan

mata aku.. FAHAM????"

maka keesokkan harinya tersedialah motor tuh utk SiAtan...sebulan selepas tuh...

Senah teringin nak minum air teh BOH.. Disuruh anaknya belikan serbuk teh tu....

Dengan angkuhnya Atan melenting...........

Atan: Apa ??? ko nak aku belikan teh semata2 untuk ko, dengan naik motor aku yg canggih nih?
?
mana boleh!!! Tak glamour!!!!

Mak: tak pe kalau ko tak nak tolong aku !!

Dengan sedih Senah menahan sabar...Lepas tuh Atanpun blah ngan motornya ((pergi Racing)) ...

Nasib Atan agak malang..dia mati katak dlm kemalangan ketika berlumba ((padan muka)) ...

maka mayatnya pun dikebumikan dengan selamat... semua sanak saudara sedih atas kematian

Atan kecuali emaknya....

Kemudian ketika orang menyiram air mawar di pusara Atan..maknya enggan menyiram pusaranya

ngan air mawar.. tetapi maknya menggunakan air TEH.......lalu... maknya berkata

"kerana teh la anak aku mati..."

Sedang maknya sibuk menyiram...tetiba...kubur Atan merekah..maka semua yang ada

disitu lari lintang pukang ..tak cukup tanah kecuali Senah..(.emaknya) lepas tuh....

atan keluar dari kubur dan bertentang mata dgn maknya..

Lalu dengan tak semena2 mulut Atan bergerak dan berkata dengan lantang.........
"
"
"
"
"
"
"
"
"
teh BOH ada UMMMPPHHHH !!!!!!


SEKIAN.......al kisahhhhh..

AKU, KAMU & 'DIA'

Salam semua.
Post hari ini berkisar tentang aku, kamu dan DIA.
^_^



Aku sayang kamu
Aku sayang DIA
Tanpa DIA kita tak mungkin bersua
Kerana DIA aku mampu lihat kamu
Kerana DIA aku boleh lihat dunia





Aku sayang kamu
Aku juga sayang DIA
DIA yang mengajar tentang semua
Tentang kehidupan
Tentang manusia
Tentang kamu

Jangan kamu pisahkan
Antara aku dan DIA
Andainya aku..
kau tinggalkan
Aku hanya di gelar...
"bekas" kekasih...

Tapi.............

Jika aku tinggalkan DIA
Tiada 'bekas' untukku
Tiada 'bekas' untuknya

Kerana.............

Darah merah yang mengalir
adalah darah DIA.....

kemaafan darimu .. ku pinta
Aku tidak sayang kamu
Tanpa restu dari DIA
Aku tidak akan sayang kamu
Tanpa keredhaan NYA.