RSS
Write some words about you and your blog here

PERJANJIAN DENGAN YAHUDI

Salam semua.

Alhamdulillah nikmat Iman dan Islam dapat lagi dirasai. :)

Insyaallah post hari ini berkisar tentang perjanjian Rasulullah dengan Yahudi. Selamat membaca. :)

Setelah Rasulullah berhijrah ke Yathrib atau pun Madinah, Rasulullah telah diangkat menjadi pemimpin di Madinah. Rasulullah telah membuat sebuah perjanjian dengan orang Islam dan dengan orang Yahudi supaya keamanan dan kedamaian negara Madinah dapat dijamin.
piagam Madinah.

Baginda Rasulullah telah menggariskan peraturan2 yang bersifat anjal dan toleransi yang belum pernah dinikmati oleh dunia yang penuh dengan kefanatikan dan ego. Ini adalah antara isi kandungan perjanjian Rasulullah dengan Yahudi:-

1) Kaum Yahudi dari bani Auf adalah satu umat bersana orang2 mukmin, mereka bebas dengan adama mereka, dan orang2 Islam dengan agama mereka, begitu juga yang bersekutu dengan mereka.

2) Orang2 Yahudi hendaklah membiayai negara seperti mana orang2 Islam juga hendaklah membiayai negara.

3) Maka hendaklah orang2 Yahudi sama2 menolong menentang siapa jua yang memerangi mereka yang menganggotai piagam ini.

4) Maka hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, saling buat kebajikan dan bukan dosa.

5) Mana2 orang tidaklah boleh dianggap salah kerana kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya.

6) Dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang dizalimi.

7) Orang2 Yahudi hendaklah bersepakat dengan orang Islam selama mana tidak berada daam keadaan perang.

8) Bahawa Kota Madinah adalah terpelihara sepenuhnya, tidak boleh diceroboh oleh mana2 pihak yang inenganggotai piagam ini.

9) Bahawa apa jua kemungkaran (bunuh) atau apa jua pertelingkahan di antara sesama peserta piagam ini sekiranya dikhuatiri membawa kepada bencana maka hendaklah dirujuk kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad Rasulullah SAW.

10) Bahawa tidaklah boleh diberi perlindungan kepada Quraisy(musuh) begitu juga tidak boleh diberi perlindungan kepada orang2 yang membantu.

11) Bahawa hendaklah ada janji bantu-membantu mempertahankan kota yathrib daripada mana2 pihak yang mencerobohnya. Setiap pihak adalah berkewajiban mengambil bahagian masing2 tentang satu2 perdamaian.

12) Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang2 ang zalim dan yang bersalah.

Alhamdulillah, itulah antara perjanjian Rasulullah dengan Yahudi. Kita dapat lihat disini bahawa Rasulullah mempunyai kebijaksanaan yang sangat hebat dalam mengendalikan keamanan dan kedamaian di kota Madinah. Sekiranya perjanjian ini digunai pakai di Malaysia, Insyaallah saya jamin Malaysia akan aman dan damai seperti kota Madinah dibawah kendalian Rasulullah SAW.

Insyallah, setakat ini dulu penulisan saya.

Asslamaualaikum. ^_^

MAJLIS PERASMIAN MARKAZ AM LIL IKHWAN

Salam semua.

Alhamdulillah wa syukurlillah kerana dapat berada dalam Iman dan Islam. :)


Insyaallah post pada hari ini ingin menulis tentang sekitar majlis perasmian markaz am lil ikhwan. :)

Pada 21 Mei yang lalu, Pertubuhan IKRAM Malaysia telah dijemput oleh Ikhwan Muslimin Mesir bagi bersama-sama dalam Majlis Perasmian Markaz Am Lil Ikhwan di Muqottom, Cairo. Alhamdulillah, Pertubuhan IKRAM Malaysia telah diwakili oleh Ustaz Haris Bain beserta beberapa orang yang lain.

Ini senarai nama yang yang mewakili Pertubuhan IKRAM Malaysia :-

Ustaz Haris Bain - Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM,

Datin Paduka Hajjah Che Asmah Ibrahim - Timb. Ketua Wanita IKRAM Pusat, juga merupakan AJKP IKRAM.

Dr Hafizal Yunus - IKRAM UK-Eire

Ustaz Zahid Naser - Pemuda IKRAM Malaysia (khususnya Mesir) -الله اكبر ولله الحمد

turut hadir :

1-pakcik faisal azni yang dikasihi - syeikhuna di Mesir

2-nik mohd abduh (juru gambar sementara)

3-munzir muzahar

4-hanzalah tarmizi

5-safwan azlan (juru gambar sementara)


Ini ada beberapa gambar sekitar majlis berlangsung.


bangunan baru IM


ustaz Haris Bain(berbaju batik) mewakili IKRAM Malaysia


syeikh dr muhammad badie' (presiden IM Mesir)


hadapan entrance.




anak2 juga tidak melepaskan peluang bersama orang hebat.


Syukron kepada akhi Nik Muhd Abduh diatas info2 serta gambar2 yang menarik. :)


Insyaallah, sekadar disini dahulu.


Assalamualaikum. :)



FATRAH (penangguhan) WAHYU

Salam semua.
Alhamdulillah kerana Allah masih sayang kan diri ku serta pembaca2 sekalian dengan memberi kesempatan untuk hidup bagi melaksanakan tugas sebagai hamba dan khalifah.^_^

Insyaallah, hari ini terasa ingin berkongsi mengenai kisah nabi Muhammad SAW. :)
gua hira' (tmpt pertama rasulullah terima wahyu.)


Seperti yang kita ketahui, bahawa Rasulullah sebelum menjadi nabi dan rasul, baginda telah mendapat wahyu seumpama menerima mandat dari Allah supaya menyebarkan ISLAM di pelosok dunia.

Seperti yang kita ketahui juga bahawa surah pertama yang diturun kan kepada Rasulullah ialah ayat 1-5 surah al-alaq. Tetapi terdapat 4 pendapat mengenai penurunan wahyu pertama ini. Pertama ialah ayat 1-5 surah al-alaq, kedua ialah ayat 1-2 surah al-mudathir, ketiga ialah surah al-fatihah, dan yang keempat ialah bacaan basmallah iaitu bismillahirahmanirrahim. Pendapat paling rajih atau pun yang paling disepakati oleh ulama' ialah pendapat yang pertama.

Berdasarkan tajuk diatas, saya ingin bercerita tentang apa yang berlaku kepada Rasulullah tatkala Fatrah Wahyu (penangguhan wahyu) berlaku.

Mengikut mengikut riwayat Ibn Saad daripada Ibn Abbas yang bermaksud bahawa penangguhan itu adalah beberapa hari, pendapat paling rajih, malah itulah pendapat yang tepat, iaitu setelah dilihat dari beberapa aspek. Manakala pendapat yang masyhur mengatakan iainya berlaku selama 3 tahun atau pun 2 tahun setengah. Tapi, ini bukan lah pendapat yang sahih dari mana2 sudut. Namun bukan ini yang ingin diperkatakan.

Di hari2 penangguhan wahyu, Rasulullah hidup dalam keadaan muram dan berduka, Baginda juga dilanda kehairanan dan kebimbangan.

Hal ini telah diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam kitab al-ta'bir dengan nas nya yang bermaksud ;-

" Dan wahyu tertangguh beberapa ketika menyebabkan Baginda berduka, mengikut maklumat yang sampai kepada kita pada hari ini, bahawa Baginda sangat berdukacita, hingga telah mendorong Baginda berkejar berkali2 ke kemuncak bukit, hendak menghumban diri, namun apabila sampai ke kemuncak bukit sana untuk menghumbankan dirinya, lalu Jibril pun menampilkan diri sambil berkata: 'Wahai Muhammad ! Sesungguhnya engkau adalah utusan Allah yang sebenar.' Dengan itu, gelora dihati Rasulullah pun kembali tenang dan jiwa kembali tenteram, dengan itu Baginda pulang ke rumah."

Antara hikmah penangguhan wahyu ini kepada Rasulullah ialah untuk menghilang kan rasa gerun dari hati Baginda dan untuk membangkitkan perasaan rindu akan wahyu seumpama Rasulullah senantiasa menanti2 akan kedatangan wahyu.

Cuba kita check balik diri kita, adakah kita ni tergolong dalam golongan yang sentiasa rindu akan ayat2 Allah. Tatkala tidak membaca kalam Allah dalam sehari akan merasa tidak enak atau pun biasa sahaja. Marilah kita sama2 bermuhabah diri dalam memperbaiki diri kita.

Insyaallah, sekadar disini dulu coretan saya.

Assalamualaikum. =)