RSS
Write some words about you and your blog here

DAH NAK BALIK ASRAMA...

Salam sume...ana mulekan post ana kali ni dgn mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnianye ana masih lg hidup dan ana masih lg berada dalam dua ni`mat paling besar bg seorg muslim iaitu IMAN & ISLAM...

Ana wat post ni sbb ana dh nk blk asrama...ana x tau la..ana rase sedih ke x nk blk asrama ni...huhu...nk kate sedih, x la sgt sbb ana masih ade rmi sahabat kt asrama...nk kate x sedih, tp ade la rase sedih skit...ntah la...tetibe je hati ni rase len mcm...tp x pe la.

Sepanjang cuti ni ana x pegi mane2 sbb sepupu ana dtg umah...so ana terperap la kt umah...tp ana ade program ana sendiri...program ana ialah wat keje umah, update blog, chat ngan bdk2... & bnyk lg la..ape yg best nye mase cuti ni ialah ana dpt wat sesuatu yg beharga utk diri ana...hehe...

Kalo kt umah tggjwb ana skit je...x lah bnyk sgt...tu yg best kalo dok umah...tp kalo kt skola tggjwb bnyk sgt...kadang leh futur...alhamdulillah ana ade sahabat yg bnyk beri dorongan dan nasihat...disbbkan nasihat sahabat ana ni la ana masih lg mampu utk terus menanggung bbn yg terpikul kt bahu ni...lg2 ana dh F5...mmg la bnyk tggjwb...

Alhamdulillah esok ana akan blaja mcm biase...dh x de latihan sukan...kurg la skit penat...kalo x..huh...jgn cite la die nye penat...huhu...tp ari sabtu ni ade pemilihan Najahan...penat skit la...nk kene uruskan program ni....huhuh...pastu nk kene uruskan asrama lak...lg penat...hehe...tp x pe...ana ade anak buah yg boleh diharap...so..ana leh suh diorg wat keje skit...bg ana tugas sbg ketua asrama mmg agak memenatkan...sbb nk kene suh pelajar ikut peraturan...tu yg rmi pelajar ssh nk ikut...alhamdulillah ade rmi Qiyadah kt asrama...leh la diorg tlg ana.

InsyaAllah ptg ni ana blk asrama naik bas...tiket ana kol 3 ptg...ana harap sape yg bace post ana ni leh doakan perjalanan pegi ana ke JB...ana rase setakat ni la kot post ana...ASSALAMUALAIKUM..

BALA @ UJIAN, MUHASABAH DALAM HIDUP MU`MIN...

Firman Allah swt dalam surah al-Syura ayat 30 maksudnya : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.Jika diperhatikan ayat di atas dengan cermat kita secara jujur akan dapat menangkap pesan-pesan moral ilahi dengan kesedaran bahawa Tuhan menimpakan azab dengan tujuan mengingatkan hambaNya yang selalu lalai.

Hakikatnya musibah yang berlaku ini begitu sulit untuk dihapuskan dari memori kolektif, bukan sahaja oleh penduduk di Palestin yang diserang zionis, tetapi oleh kita semua. Kesan serangan ini terlalu dahsyat hingga infrastruktur di negeri-negeri terlibat menjadi lumpuh.Trauma serangan yang berlaku belum selesai, tiba-tiba ia berterusan dengan lebih teruk berganda lebih dari yang dijangkakan.

Musibah, tentunya berbeza dari azab.Dalam perspektif Islam, musibah merupakan satu bentuk perkara yang menimpa bertujuan menilai kesabaran dan kekuatan mental umat Islam.Perkara ini jelas dinyatakan Allah menerusi firmanNya dalam suarah al-Baqarah ayat 155, maksudnya : " Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

Selain itu musibah juga berlaku bertujuan menampakkan rahmatNya kepada makhluk yang bernama manusia agar tidak melupakan kehambaannya dan tidak menyombongkan diri.FirmanNya dalam surah al-Hadid ayat 22-23 yang bermaksud : Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

Azab pula adalah satu hukuman terhadap mereka yang tidak mensyukuri nikmat Allah dan mengengkarinya.FirmanNya dalam surah Ibrahim ayat ke 7 , maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Istilah azab atau laknat khusus diturunkan buat golongan yang derhaka terhadap perintah Allah, seperti azab yang menimpa kaum Nabi Nuh contohnya.Firman Allah swt dalam surah Yunus ayat 73-74 : Mereka tetap juga mendustakan Nabi Nuh, lalu Kami selamatkan dia bersama-sama pengikut-pengikutnya yang beriman di dalam bahtera, dan kami jadikan mereka pengganti-pengganti (yang memakmurkan bumi) serta Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami (dengan banjir dan taufan sehingga punah-ranah semuanya). Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan ayat-ayat kami) setelah diberi amaran. Kemudian Kami utuskan sesudah Nabi Nuh, beberapa orang Rasul kepada kaum masing-masing; lalu Rasul-rasul itu datang kepada kaum mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata; dalam pada itu kaum mereka tetap juga tidak mahu beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya sebelum itu. Demikianlah, Kami meteraikan atas hati orang-orang yang melampaui batas.

Setelah mengetahui perbezaan antara kedua terminology al-Quran ini , tibalah kita di satu persimpangan yang penting untuk membuat satu muhasabah diri, apakah perkara yang berlaku merupakan satu musibah yang mengandungi di sebaliknya kasih sayang Allah buat kita ataupun sebaliknya satu azab yang diturunkan kepada orang yang tidak mengerti erti syukur kepadaNya.

Bagi orang-orang yang beriman, musibah yang menimpa dihadapi dengan tabah, menyemarakkan lagi semangat kasih sayang terhadap Tuhannya, menghayati wasiat Nabi yang mulia maksudnya : " Pelik sikap orang yang beriman, apabila ditimpa atasnya satu nikmat dia bersyukur, maka baginya pahala, demikian pula sebaliknya apabila ditimpa azab, maka dia bersabar, maka baginya pahala, dan tiadalah sikap begitu pada orang selain mereka".Natijah daripada berfikiran positif inilah keimanan meningkat kepada kualiti yang lebih berbanding sebelumnya.

Jika dilihat dengan pandangan yang lebih mendalam berteraskan 'Ainil Basirah kepada bencana yang menimpa negara di tempat yang kebanyakannya dihuni oleh umat Islam, kita mampu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan ujian untuk mempertingkatkan kualiti hidup umat Islam itu sendiri.Harus disedar bahawa dalam reality hidup bahawa kesusahan merupakan sunnatulLah yang akan menympurnakan warna warni corak kehidupan.SunntaulLah dalah suatu kanun yang tetap berlaku secara istiqamah selama kita berada di alam dunia.Firman Allah dalam surah al-Rum ayat 30 , maksudnya : tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Rela atau tidak , pastinya manusia akan diuji sebagaimana yang dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat ke 155 : Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

Pada dasarnya manusia tidak gemar kesusahan.Apatah lagi jika kesukaran itu diiringi dengan kepedihan kehilangan, kematian dan janji-janji kosong.Namun demikian, jika dikaji secara mendalam , di sebalik pengalaman-pengalaman pahit yang dilalui sebenarnya tersirat hikmat yang cukup luarbiasa daripadaNya.Kesulitan akan menyebabkan terhasilnya pengetahuan, kerana ia menjadi pengalaman yang cukup berharga untuk menghadapai hari depan dengan lebih kuat dan kraetif.

Mengahdapi ujian ini, muslim perlu memperlengkapkan dirinya dengan petua-petua berikut:Pertama : Hendaklah berbaik sangka dengan Allah yang telah mentakdirkan ujian yang berlaku.Hakikatnya semua orang akan melihat sudut yang negative tentang apa yang berlaku, sedangkan terdapat banyak perkara yang positif di sebaliknya.Hanya orang yang bijak dan sabar sahaja yang akan memperolehi perkara-perkara positif di sebaliknya.Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 216 maksudnya : "dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.Barangkali tepat untuk dikemukakan bandingan yang diberikan oleh Muhammad al-Ghazali : " Jika anda diberi segelas air jeruk yang masam, janganlah dibuang tapi tambahlah gula padanya!

Kedua, muslim hendaklah meneruskan kehidupan seperti biasa, meneruskan agenda hidup dengan keceriaan dan bahagia.Benar kata-kata mereka : " Life has to carry on".Kita tidak sepatutnya berlarutan dalam duka.Lakukan latihan-latihan yang dapat meneruskan kesinambungan hidup secara-konsisten.

Ketiga, hadapilah ujian dengan objektif tanpa panic dan bayangkan suasana yang lebih baik yang pasti akan berlaku selepas ini.Firman Allah swt dalam surah al-Syarh ayat ke 5-6 maksudnya : Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Ke empat pelihara iman kerana ia merupakan energi hidup.Teruskan kesinambungan hidup dengan membersihkan hati agar menyinar nur keimanan dalm diri buat bekalan menghadapi kesusahan dengan semangat dan ketabahan.Orang yang sengsara bukanlah orang yang kehilangan harta benda tetapi orang yang terkikis dan terhakis imannya dek kegagalan menghadapi kepayahan yang sementara, sanggup memperdagangkan iman kerana mengelakkan kerugian harta.

Dan wasiat terakhir, hadapilah hari-hari ini dengan memperbanyakkan munajat dan berdoa kepada Allah.Antara doa yang menjadi amalan salaf yang dianjurkan oleh Nabi apabila mengahdapi kesusahan dan kesedihan ialah dengan berdoa : “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan) . Ubun-ubunku dalam gengamanMu, hukumanMu berlalu kepadaku, Qada’ ( keputusan ) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku , cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku”.( HR Ahmad dan Ibn Hibban, dianggap sahih oleh al-Albani dalam silsilah al-Ahadith al-Sahihah ) .Semuga setiap muslim dikurniakn Allah sifat kekuatan oleh Allah mengadapi musibah dalam apa bentuknya sekalipun dnegan keimanan dan ketenangan.

HADIS KE 8 DARI HADIS 40 KARANGAN IMAM AN-NAWAWI, RINGKASAN SYARAH IBN DAQIQ AL-EID, CUBE HAYATI MAKSUDNYA...

Dari Ibnu Umar r.a. berkata, bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Saya diutus untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad s.a.w adalah utusan Allah, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Apabila mereka melakukan perkara-perkara itu, maka terpeliharalah daripadaku darah dan harta mereka, kecuali menurut hukum Islam, dan perhitungan amal mereka terserah kepada Allah s.w.t.( HR Ahmad, al-Bukhari dan Muslim )

HURAIAN

Tentang maksud Hadis ini para ulama menjelaskannya berdasarkan sejarah, iaitu tatkala Rasulullah s.a.w. wafat dan Abu Bakar Ash Shiddiq diangkat sebagai khalifah untuk menggantikannya, sebahagian dari orang Arab menjadi kafir. Abu Bakar bertekad untuk memerangi mereka sekalipun di antara mereka ada masih mengaku Islam cuma menolak membayar zakat. Ketika Abu Bakar bertegas memerangi golongan yang engkar itu ‘Umar berkata kepadanya: “Bagaimana engkau akan memerangi manusia sedangkan dia masih mengucapkan laa illaaha illaallaah dan Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Aku diperintah untuk memerangi manusia sampai dia mengucapkan laa illaaha illaallaah...dan kelak perhitungannya terserah kepada Allah Ta’ala.’

Abu Bakar lalu menjawab: “Sesungguhnya zakat itu adalah kewajipan yang bersifat kebendaan yang turut termaktub dalam peringatan Nabi s.a.w.” Lalu katanya: “Demi Allah, kalau mereka menghalangiku untuk mengambil walaupun kadar seperti seutas tali unta yang mereka dahulu serahkan sebagai zakat kepada Rasulullah s.a.w. nescaya aku akan perangi mereka kerana keengkaran itu.” Maka kemudian Umar menyokong tindakan Abu Bakar untuk memerangi kaum tersebut.Kalimat “aku diperintah untuk memerangi manusia sampai dia mengucapkan laa illaaha illaallah, dan barang siapa telah mengucapkannya, maka dia telah memelihara harta dan jiwanya dari aku kecuali kerana alasan yang hak dan kelak perhitungannya terserah kepada Allah.” Al-Khatthabi dan yang lain-lain berkata: “Yang dimaksud oleh Hadis ini ialah kaum penyembah berhala dan kaum musyrik Arab serta orang yang tidak beriman, bukan golongan Ahli Kitab dan mereka yang mengakui keesaan Allah.”Tersebut juga di dalam Hadis lain kalimat “dan sesungguhnya aku adalah rasul Allah, mereka melaksanakan shalat, dan mengeluarkan zakat.”

Sukan Smih...

Salam sume...ana mulakan post ni dgn memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi krn masih lg menghidupkan ana dan ana masih lagi mendapat nikmat iaitu IMAN & ISLAM....insyaAllah ana nk cite skit pasal hari sukan SMIH semalam...





Semalam ana bgn dlm kol 6 pagi...pastu ana solat subuh...lps bace mathurat ana ngok rmi banat ngah siap2 nk pi stadium...ana pon masuk asrama nk packing beg sbb lps sukan ana terus blk umah...lps packing beg ana pegi kt asrama atas nk ngok persiapan rmh sukan ana..alhamdulillah ana ade sahabat yg blh membantu ana utk uruskan persiapan ni...agak penat gak la...sbb semlm training perbarisan smpi kol 12 mlm...huhu...lps masukkan brg kt dlm bas ana ngan kwn2 ana pon gerak ke Stadium Larkin.



Lps turun bas ana ngan kwn2 ana angkat brg masuk stadium...lps tu ana stand by utk perbarisan...lps siap2 ustzh Suzana suh masuk...sbb dh nk mule dh..ana ngan team ana pon bersedia kt tmpt yg disediakan...perbarisan mule dgn rmh Biru(Abu Ayyub Al-Ansori), pastu rmh Kuning(Jaafar At-Thoyyari), pastu rmh Hijau(Salman Al-Farisi), pastu rmh Merah(Salahuddin Al-Ayubi), perbarisan habis dlm kol 10:30.

Lps hbs perbarisan acara lari pon start...ana sbg ketua..ana sokong sume kwn2 ana yg masuk acara lari...lps sume acara lari hbs...ade penyampaian hadiah...ana dpt 2 Emas 1 Gangsa je...pertandingan futsal L 15 rmh Kuning no 1, L 18 lak rmh Merah mng...lps tu die umumkan peserta terbaik..peserta terbaik L 15 Mohd Haqqul Yaqin dr rmh kuning...peserta terbaik L 18 ana mng...hehe...lps tu die umumkan OLAHRAGAWAN skola...ana agak berdebar2 mase tu, tp ana yakin yg rmh kuning yg dpt anugerah tu...yg dpt anugerah tu ialah ana...hehe ana igt kan Yaqin yg dpt sbb die dpt 4 Emas...tp ana bersyukur sbb ana dianugerahkan sbg olahragwan skola...OLAHRAGAWATI skola ialah Nurul Hafizah dr rmh Kuning gak hehe...lps tu die umumkan pemenang Sukantara...rmh Kuning mng...Pasukan Sorak terbaik rmh Biru...Perbarisan terbaik...rmh Merah mng...Johan keseluruhan sukan SMIH dimenangi oleh Rumah Merah, kedua Rumah Biru, Ketiga Rumah Kuning, keempat Rumah Hijau.

Lps hbs penyampaian hadiah ana ngan sume f5 amik gamba sbg kenangan...lps amik gamba kami pon bersiap nk blk...ana ngan adk ana pegi stesen bas Larkin...dlm kol 3 suku ana pon gerak blk Batu Pahat...tu je la kot cite ana...ASSALAMUALAIKUM...

JOM BALIK ASRAMA....

Salam sume....ana mulekan post kali ni dgn memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dgn limpah kurnia-NYA ana masih sihat dan masih lagi mampu utk menaip.....hr ni ana akan blk asrama semula slps seminggu berada di rumah akibat di syaki berpenyakit denggi....ana x sabar nk blk asrama sbb ana rase mcm kehilangan sesuatu kalo x duduk asrama...ana rindu main bersama kwn ana kt skola...ske, sng, ssh ana dgn kwn2 ana hadapi bersama....tu la yg best nye kalo duduk asrama...selain tu blh gak mengeratkan lg silaturahim antara kami...kt asrama bnyk bende kite leh buat bersama...dan perkara tu lah yg akan menambahkan lg ikatan persahabatan antara ana dgn kwn2 ana....lg pon ana x sabar nk blk ni sbb ana dh bnyk sgt tertinggal pelajaran...so ana kene kejar blk ape yg ana x blaja lg...ssh la....tp dgn bantuan kwn yg sejati ana akan mampu utk kejar blk pelajaran yg ana tertinggal....esok adalah hr ana mula bertugas sbg seorg pelajar, senior, dan ketua....esok gak ade latihan sukan...ramai yg dh tunggu kedatangan ana (mcm btol je....heheh...) x kisah la....yg penting ana mampu utk bwk rmh sukan ana bg mendapat gelaran JUARA...InsyaAllah....smlm ade selection bola sepak....huhuh...sedeh la x dpt pegi....tp x pe la...redho je...hehe....mintak2 la leh main....kalo x leh main mmg sedih giler la...dh la tahun last...pastu x leh main....lg sedih....adoyai....ana rase tu je kot nk taip...len mase lg ana taip la...tp lame lg la...sbb ana dh x leh nk pgg laptop ni...mungkin 24 hr bln ni ana leh update blog ana ni...ok la...ASSALAMUALAIKUM....

Cerita Mengarut...

Aku teringat time cuti hari tu, aku tgk satu drama Cerekarama di tv3 pada yg dilakonkan oleh pelakon melayu terhangat sekarang, Fasha Sandha. . . Dgn pelakon lelaki yg aku tak tahu namanye. Tajuk drama ni “ Sama Tapi Tak Serupa “. Aku pun dh lama tak tgk tv, lagi2 citer melayu camni. Tp, sebab citer ni kontroversi skit, aku tgk la. Sbb cite ni kontroversi gak, bapak aku tuka channel. Jd mak aku yg mmg suka tgk citer melayu, menyusup utk tgk gak kat tv dapur. Aku pun join mak aku la. . .

Citer tu mengisahkan seorang lelaki yg berimej pendakwah dan seorang perempuan free thinker yang berbeza perangai. Lelaki tu jenis rajin g masjid, pakai celak, siap pakai ketayap pi kerja, tapi tak berakhlak dan konservatif. Perangai huduh. Meludah kat orang, cakap pun kasar, abaikan kerja, kurang ajar dll. Yang perempuan free thinker ni pulak, gaya mcm barat la pakaiannye, siap minum arak, maksiat merata-rata, tapi suka tolong org. Amat prihatin kepada masyarakat. Siap derma bnyk2 kat orang miskin, tapi tak nk kecoh2 takut tak ikhlas (menjaga segala aspek tasauf, takut amalanya ditolak. . .york). Jalan citer drama ni, sama la mcm citer2 lain yg mewujudkan perspektif buruk pada golongan pendakwah. Konon-kononnye, menunjukkan reality sebenar la kehidupan ini. Aku pun tak paham kenape ade org nk buat citer gini. Selalu bende2 celaru dalam kehidupan org Islam dirumitkan oleh org Islam sendiri.Yg selalu org cakap,

Kadang-kadang free thinker lebih baik dari pendakwah-pendakwah Islam kn?
Ataupun;
Kadang-kadang org yang pakai suar pendek/free hair lagi baikdari orang yang pakai serban/ tudung labuh kn

Memang menangis la nak jawab kalau non muslim tanya soalan ni. . .tak terjawab nye. . .Tak perlu mencari jawapan utk perdebatan liar, carilah jawapan utk kukuhkan hujah ibadah kendiri. Disinilah pentingnya setiap individu memahami falsafah dalam setiap ibadah yg dilaksanakan. Bukan saje falsafah Ibadah muslim bercelaru, tapi falsafah-falsafah hidup muslim sekarang jugak bercelaru.

Aku jugak pernah dengar seorang lecturer muslim kata, tujuan kita berbakti kepada masyarakat adalah bagi membalas budi masyarakat kepada kita. “kamu takkan dapat tidur lena kalau masyarakat keliling kamu buat bising malam-malam buta”. Jadi sebab itu la kita kena buat amal bakti dgn ikuti NGO kebajikan.

Lagi satu, falsafah org cina pulak dalam menerima pertolongan, ianya dianggap sebagai hutang dan perlu dilangsaikan. Contohnya, apabila seorang individu menerima bantuan biasiswa, dia akan berusaha membayar semula biasiswa tu, dan sekiranya tidak kesempatan, dia akan berusaha memberikan biasiswa kepada org lain dari kalangan bangsanya. Falsafah ni slalu gak dipakai oleh golongan muslim yg materialis.

Falsafah yg murni, tapi tak Rabbani. Kalau dalam Islam, mudah je. KEIKHLASAN je huraianye (tapi ikhlas dlm Islam berbeza lak ngan ikhlas org kafir).

Yang aku rasa, kes-kes terpencil situasi negative pendakwah Islam, slalu dijadikan kayu ukur dalam menilai perkara ini. Selain itu, penampilan luaran sterotaip pendakwah yg terlalu ketara, dan mudah-mudah seseorang fasik di anggap pendakwah.(nauzubillah). Dan ia berjaya membina perspektif negative terhadap pendakwah dikalangan masyrakat umum. Tidak dinafikan, memang ada perkara tersebut berlaku disebabkan kelemahan dari golongan pendakwah sendiri, namun, hal-hal tersebut tidak wajar di gembar gemburkan sebagaimana bangga membuka pekung didada.

Disinilah peranan media mencorakkan perspektif.Kita dapat lihat bagaimana peranan Zionis dalam media barat yg memburukkan institusi gereja Kristian dengan mengaitkan kes-kes cabul kanak-kanak menjadi lazim dengan institusi tersebut. Bnyk sangat filem yg memburuk-burukkan father dan preacher Kristian menjadikan institusi agama Kristian tidak lagi dihormati.

Contoh lain ialah seperti, kes-kes terpencil roket Hamas membedil kawasan strategik penempatan Yahudi, yg digambarkan ‘mega’ oleh media Yahudi, lalu memberikan gambaran kepada masyarakat dunia (yang majoritinya tidak mahu berfikir) akan kekejaman pejuang Hamas. Lalu dihiaskan pencerobohan dan keganasan mereka terhadap Semenanjung Gaza sebagai satu yg relevan.

Kalau kat Malaysia, mcm mana semua media mainstream Malaysia menipu jumlah demonstrator BERSIH yang sengaja dihitungkan kurang dari bilangan sebenar. Dan jugak bagaimana data-data kematian org India dalam krisis perkauman di Kg Medan di selindungkan. Kalau tak serius di Kg Medan tu, takkan HINDRAF menuduh Kerajaan Malaysia mengamalkan Ethnic Cleansing (penghapusan kaum mcm Nazi buat kat German) bagi kaum India. Mmg ramai org India yg mati dibunuh oleh ‘pejuang’ radikal kebangsaan Melayu. Yang paling mengarut, iklan MCA dan BN kat TV masa Pilihan Raya Umum ke -13. Exploitasi media oleh kerajaan.

Yang penting, kebebasan media, perlulah dikawal oleh org yg soleh yg dapat membezakan baik buruk yang Rabani. Propaganda melalui media mainstream juga mmg amat ketara dan bahaya, dan menjadi semakin bahaya dari hari ke hari. Maklumat dah mcm air yg melemaskan. . .

p/s: Tak sampai separuh citer tu, aku dah tido dah. . .jd aku tak tahu la akhir cite tu. . .buat sakit hati je tgk citer mcm tu. Elok buat mcm org Arqam je. . .haramkan TV dlm Bait al Muslim . . . selamat anak bangsa. . .

YA ALLAH PERELOKKAN LAH KESUDAHAN HIDUPKU....

Dari Abi Abdir Rahman Abdillah bin Mas’ud r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda –dialah yang benar lagi dibenarkan -; Sesungguhnya, tiap-tiap kalian dikumpulkan penciptaannya di dalam rahim ibunya selama 40 hari berupa nuthfah (segumpal darah) , kemudian menjadi ‘alaqah selama itu juga, kemudian menjadi mudhghah (segumpal daging) selama itu juga, kemudian diutuskan malaikat untuk meniupkan roh padanya. Lalu diperintahkan untuk menuliskan empat perkara; rezekinya, ajalnya, amalnya dan celaka atau bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selainNya, ada seseorang di antara kalian mengerjakan amalan ahli syurga, sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan syurga kecuali sehasta sahaja. Maka dahululah atasnya takdir Allah, lalu dia melakukan perbuatan ahli neraka. Ada seseorang di antara kalian mengerjakan amalan ahli neraka, sehingga tidak ada lagi jarak antara dirinya dan neraka kecuali sehasta sahaja. Maka dahululah ketentuan Allah, lalu dia melakukan perbuatan ahli syurga, diapun masuk ke dalam syurga.( HR al-Bukhari dan Muslim )

HURAIAN

Kalimat “dan beliaulah yang selalu benar dan yang dibenarkan” maksudnya adalah bahawa Rasulullah s.a.w. adalah orang yang selalu benar dan apa yang turun kepada beliau adalah benar-benar wahyu Allah. Sebahagian ulama berkata: “Maksud kalimat ‘sesungguhnya setiap orang di antara kamu dikumpulkan kejadiannya di dalam rahim ibunya” iaitu air mani yang memancar ke dalam rahim, lalu Allah pertemukan di dalam rahim tersebut selama masa empat puluh hari.”Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa dia mentafsirkan kalimat di atas dengan menyatakan: “Nuthfah yang dipancarkan ke dalam rahim bila Allah mengkehendaki untuk dijadikan seorang manusia, maka nuthfah tersebut mengalir pada seluruh pembuluh darah perempuan sampai kepada kuku dan rambut kepalanya, kemudian tinggal selama empat puluh hari, lalu berubah menjadi darah yang tinggal di dalam rahim. Itulah yang dimaksud dengan “Allah mengumpulkannya”. Setelah empat puluh hari, nuthfah kemudian menjadi ‘alaqah (segumpal drah).”Kalimat “kemudian diutus malaikat kepadanya” iaitu malaikat yang mengurus rahim.Kalimat “sesungguhnya ada seseorang di antara kamu melakukan amalan ahli syurga...” secara jelasnya menunjukkan bahawa orang tersebut melakukan amalan yang benar dan amal itu mendekatkan pelakunya ke syurga sehingga dia hampir dapat masuk ke syurga dengan jarak yang terlalu hampir iaitu kurang satu hasta. Malangnya dia terhalang untuk memasukinya kerana takdir yang telah ditetapkan bagi dirinya di akhir masa hayatnya dengan melakukan perbuatan ahli neraka. Dengan demikian, perhitungan semua amal baik itu tergantung pada apa yang telah dilakukannya. Akan tetapi, bila ternyata pada akhirnya tertutup dengan amal buruk, maka seperti yang dikatakan pada sebuah Hadis:“segala amal perbuatan itu perhitungannya tergantung pada amal terakhirnya.”Maksudnya, perkara seperti ini terbatas buat orang-orang tertentu dan keadaan tertentu sahaja.Adapun Hadis yang disebut Imam Muslim dalam Kitabul Iman dari Kitab Sahihnya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:“Seseorang melakukan amalan ahli syurga dalam pandangan manusia, tetapi sebenarnya dia adalah ahli neraka,”Ini menunjukkan bahawa perbuatan yang dilakukannya itu pada dasarnya tidak benar. Dia melakukannya dengan riyak semata-mata untuk mendapat pujian atau terkenal. Hadis tersebut menunjukkan bahawa seseorang itu mesti memantau niatnya agar sentiasa ikhlas bukan zahir perbuatannya semata-mata untuk dinilai orang bahwa dia ikhlas.Kita perlu menanamkan dalam diri kita bahwa orang yang selamat dari riya’ adalah semata-mata kerana kurnia dan rahmat Allah.Kalimah “maka demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya ada seseorang di antara kamu melakukan amal ahli syurga... lalu dia melakukan amalan ahli neraka sehingga dia masuk ke dalamnya”, maksudnya bahawa hal seperti ini sangat jarang dan bukan merupakan hal yang umum. Perkara ini disebabkan kemurahan, keluasan, dan rahmat Allah kepada manusia sehingga yang lebih banyak terjadi adalah manusia sehingga yang lebih banyak terjadi adalah orang yang tidak baik berubah menjadi baik, tetapi sangat jarang orang yang baik berubah menjadi tidak baik. Segala puji dan kurniaan adalah milik Allah semata.Kalimat “rahmat-Ku mendahului kemurkaan-Ku” adalah menunjukkan adanya kepastian takdir sebagaimana telah menjadi pendirian ahli sunnah bahawa segala kejadian berlangsung dengan ketetapan Allah dan takdir-Nya, dalam hal kebaikan atau keburukan, juga dalam hal yang bermanfaat atau berbahaya.Ini selari dengan firman Allah:“Dan Ddiatidak diminta bertanggungjawab atas segala tindakan-Nya tetapi mereka akan diminta tanggungjawab.” (Al Anbiya’ (21) ayat 23)

AMALAN YG DITOLAK ALLAH....

مَنْ أحْدَثَ في أمرنا هذا ما لَيْسَ منهُ فهو رَدٌّUmmil Mukminin, Ummi Abdillah, Aisyah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Barang siapa mengada-ngadakan yang baru (bid’ah) dalam urusan (agama) kami ini, amalan yang bukan bahagian daripadanya, dia tertolak.( HR al-Bukhari, Muslim dan Abu Dawud )Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan: “Barang siapa mengerjakan suatu amal yang bukan berdasarkan perintah kami, dia tertolak. “




HURAIAN




Hadis ini merupakan salah satu pedoman penting dalam agama Islam yang merupakan kalimat pendek yang penuh dengan arti yang dikurniakan kepada Nabi s.a.w. Hadis ini dengan tegas menolak setiap perkara bid’ah dan setiap perkara (dalam urusan agama) yang direka dan diada-adakan. Sebahagian ahli ushul fiqh menjadikan Hadis ini sebagai dasar kaedah bahawa setiap yang terlarang dinyatakan sebagai hal yang merosak.Hadis ini patut dihafal, disebarluaskan, dan digunakan sebagai bantahan terhadap kaum yang ingkar, kerana isinya mencakup semua hal. Adapun hal-hal yang bukan pokok agama sehingga tidak dilarang dalam Sunnah, maka tidak termasuk di dalam larangan ini, seperti menulis semula Al Qur’an dalam mushaf dan pembukuan pendapat para ahli fiqh yang bertaraf mujtahid yang mengemukakan keterangan masalah furu’ dari pokoknya, iaitu sabda Rasulullah s.a.w.. Demikian juga mengarang kitab-kitab nahwu, ilmu hitung fara’id, dan sebagainya yang semuanya bersandar kepada sabda Rasulullah s.a.w. dan perintahnya. Kesemua usaha ini tidak termasuk dalam amaran yang dinyatakan .

QUNUT NAZILAH UTK PEJUANG PALESTIN...

َاللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِيْ نُحُوْرِ أَعْدَائِنَا ، وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ ، اَللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ ، وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ ، وَشَدِّدْ كَلِمَتَهُمْ ، وَزِلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكْ ، يَا قَهَّار يَا جَبَّار ، يَا مُنْتَقِمْ ، يَا اَللهُ ، ياَ اَللهُ ، ياَ اَللهُ ، اَللَّهُمَّ يَامُنْزِلَ الْكِتَاب ، وَيَا
مُجْرِيَ السَّحَاب ، وَياَ هَازِمَ اْلأَحْزَاب ، إِهْزِمْهُمْ ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ ،
اللّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِيْنُكَ وَنُؤْمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلْ عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الْخَيْرَ وَلاَ نُكَفِّرَكَ ، اللّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ ، نَرْجُوْ رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَكَ ، إِنَّ عَذَابَكَ الْجَدِّ بِالْكُفَّارِ مُلْحِقِ ، اللّهُمَّ عَذِّبِ الْكَفَرَةَ أَهْلَ الْكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِك، يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ
اللّهُمَّ أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين اللهم انْصُرِ الاسلام والمسلمين ، اللهم انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنَ المستضعفين والمظلومين، اللّهُمَّ انصر اخواننا من
المجاهدين في فلسطين (3X)، اللهم انصر اخواننا من المجاهدين في شيشان ، اللّهُمَّ انصر اخواننا من المجاهدين في كشمير، اللّهُمَّ انصر اخواننا من المجاهدين في كل مكان وفي كل زمان ، اللّهُمَّ اللهم انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، وَأَهْلِكِ الكفرةَ والكافرين والشركَ والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ والظالمين وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين مِنَ اليهودِ الغاصِبِينَ والغادِرِين وَالنصاري المستعمِرِين والمستكبرين ، اللهم زَلْزِلِ الأرض مِنْ تَحْتِ أقدامِهم وَاخْرِجْهُم منه أَذِلَّةً صاغِرِين ، يا رب العالمين
Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya kami memohon Engkau letakkan kami di tengkuk musuh-musuh kami, dan kami memohon perlindungan daripada kejahatan mereka, Ya Allah Ya Tuhan Kami, Engkau seranglah mereka pada segenap penjuru, dan porak perandakanlah gagasan mereka, dan keraskanlah arahan Engkau ke atas pendirian mereka, dan kucar kacirkanlah pergerakan mereka, dan Engkau hantarlah anjing-anjingMu untuk menggempur mereka, wahai tuhan yang Maha kuat, Perkasa dan Pembalas dendam, ya Allah, ya Allah, ya Allah, Wahai tuhan kami yang menurunkun kitab, yang menggerakkan awan, yang menghancurkan tentera ahzab, hancurkanlah mereka, dan menangkanlah kami ke atas mereka.
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pertolongan kepada Mu, dan kami beriman dengan Mu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami menyanjung kepada Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufurkanMu. Ya Allah hanya kepadaMu kami sembah, dan kepada Mu kami sembahyang dan sujud, untuk Mu kami berusaha. Kami mengharapkan rahmat daripada Mu dan kami takutkan azab Mu. Sesungguhnya azab Mu yang berat sudah pasti terhadap golongan kuffar. Ya Allah azablah golongan kuffar yang menghalangi jalanMu.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, muliakanlah Islam dan orang-orang Islam, Ya Allah Ya Tuhan Kami, menangkanlah Islam dan orang-orang Islam. Ya Allah Ya Tuhan kami, menangkanlah saudara-saudara kami di kalangan golongan yang lemah dan dizalimi, Ya Allah Ya Tuhan Kami, menangkanlah saudara-saudara kami di kalangan pejuang-pejuang di Palestin (3 X),
Ya Allah Ya Tuhan Kami, menangkanlah saudara-saudara kami di kalangan pejuang-pejuang di Chechen, Ya Allah Ya Tuhan Kami, menangkanlah saudara-saudara kami di kalangan pejuang-pejuang di Kashmir, Ya Allah Ya Tuhan Kami, menangkanlah saudara-saudara kami di kalangan pejuang-pejuang di seluruh tempat dan pada setiap masa, Ya Allah Ya Tuhan Kami, menangkanlah mereka menentang musuh-musuh Mu dan musuh-musuh mereka, dan hancurkanlah kekafiran dan orang-orang kafir, kesyirikan dan orang-orang yang syirik, kemunafikan dan orang-orang munafik, kezaliman dan orang-orang zalim, dan musnahkanlah musuh-musuhMu dan musuh-musuh agamamu dikalangan orang Yahudi pencabul dan pengkhianat, dan golongan nasrani penjajah dan penyombong.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Engkau gegarkanlah bumi ini di bawah tumit-tumit mereka, dan campakkanlah mereka ke lembah kehinaan dan kekerdilan
SAMA2LA KITE DOAKAN KEJAYAAN PEJUANG2 PALESTIN
TAKBIR!!!!!ALLAHUAKBAR!!!!!

Lega X Kene Denggi...

Salam sume...td ana pegi klinik utk check darah sama ada ana ade penyakit denggi ke x...ayah ana ckp nk pi kol 2:30...ana pon bersiap la....lps solat ayah ana terus ajak ana pegi klinik kt UTHM....smpi2 nurse tu mintak ic ana....ana pon bg la tanpa bnyk soal...lps tu duduk kt kerusi smbil tggu giliran....dlm bbrp minit ana pon di pggl...ana masuk ngan lemah longlai...pastu dr. tu tanye sakit ape...ana mls nk jwb...last2 ayah ana yg jwbkan....pastu dr. tu check suhu bdn ana, darah ana....mase nk amik darah tu agak takut skit la...tp x la takot sgt...mule die suh genggam tgn pastu die cucuk ngan jarum...pastu die tarik darah masuk dlm picagari....pastu habis lasesi amik darah...die suh ana tggu kt luar...ana tggu lame gak la...dlm 15 minit dr. pggl ana blk...die terang la kt ana ape keputusan nye...die kate bdn ana dh lwn penyakit tu...cume ade bakteria yg menyibuk nk masuk bdn ana...so alhamdulillah la ana x kene denggi kalo x melepas la SUKAN SEKOLAH ngan BOLA SEPAK....heheh....tu je kot nk cite...ASSALAMUALAIKUM....

Kene Blk Rumah....

Salam sume...ari ni ana kene blk umah sbb di syaki berpenyakit denggi...sedih gak la x dpt nk pi skola...ana kene dr ari ahad lps...hbs program oriantasi f1 ana rase lemah semcm...rase mcm nk pengsan...so ana baring la kt katil & then terlelap...ana igt kan Rashidah Haron bawa ana pegi klinik...mase nk pegi klinik ade gak pelajar yg sakit...name die Zahir...so die leh la teman kan ana...lps di klinik ustzh suh ana mkn nasi pastu mkn ubat...mase ngah mkn ade la sorg sahabat ana dtg kt ana...die bisik kt ana...."anta jd ketua rmh kuning"...ana pon tekejut la ape lg...dh la x pegi meeting rmh sukan pon leh dpt ketua....so ana x nk menghampa kan harapan sahabat2 ana...ana mesti sembuh gak...ari ni ana akan pi hospital utk check darah...ana harap ana x kene penyakit tu...ana harap sesape yg bace dpt doakan ana supaya ana x kene penyakit ni.... ASSALAMUALAIKUM....