Aku teringat time cuti hari tu, aku tgk satu drama Cerekarama di tv3 pada yg dilakonkan oleh pelakon melayu terhangat sekarang, Fasha Sandha. . . Dgn pelakon lelaki yg aku tak tahu namanye. Tajuk drama ni “ Sama Tapi Tak Serupa “. Aku pun dh lama tak tgk tv, lagi2 citer melayu camni. Tp, sebab citer ni kontroversi skit, aku tgk la. Sbb cite ni kontroversi gak, bapak aku tuka channel. Jd mak aku yg mmg suka tgk citer melayu, menyusup utk tgk gak kat tv dapur. Aku pun join mak aku la. . .
Citer tu mengisahkan seorang lelaki yg berimej pendakwah dan seorang perempuan free thinker yang berbeza perangai. Lelaki tu jenis rajin g masjid, pakai celak, siap pakai ketayap pi kerja, tapi tak berakhlak dan konservatif. Perangai huduh. Meludah kat orang, cakap pun kasar, abaikan kerja, kurang ajar dll. Yang perempuan free thinker ni pulak, gaya mcm barat la pakaiannye, siap minum arak, maksiat merata-rata, tapi suka tolong org. Amat prihatin kepada masyarakat. Siap derma bnyk2 kat orang miskin, tapi tak nk kecoh2 takut tak ikhlas (menjaga segala aspek tasauf, takut amalanya ditolak. . .york). Jalan citer drama ni, sama la mcm citer2 lain yg mewujudkan perspektif buruk pada golongan pendakwah. Konon-kononnye, menunjukkan reality sebenar la kehidupan ini. Aku pun tak paham kenape ade org nk buat citer gini. Selalu bende2 celaru dalam kehidupan org Islam dirumitkan oleh org Islam sendiri.Yg selalu org cakap,
Kadang-kadang free thinker lebih baik dari pendakwah-pendakwah Islam kn?
Ataupun;
Kadang-kadang org yang pakai suar pendek/free hair lagi baikdari orang yang pakai serban/ tudung labuh kn
Memang menangis la nak jawab kalau non muslim tanya soalan ni. . .tak terjawab nye. . .Tak perlu mencari jawapan utk perdebatan liar, carilah jawapan utk kukuhkan hujah ibadah kendiri. Disinilah pentingnya setiap individu memahami falsafah dalam setiap ibadah yg dilaksanakan. Bukan saje falsafah Ibadah muslim bercelaru, tapi falsafah-falsafah hidup muslim sekarang jugak bercelaru.
Aku jugak pernah dengar seorang lecturer muslim kata, tujuan kita berbakti kepada masyarakat adalah bagi membalas budi masyarakat kepada kita. “kamu takkan dapat tidur lena kalau masyarakat keliling kamu buat bising malam-malam buta”. Jadi sebab itu la kita kena buat amal bakti dgn ikuti NGO kebajikan.
Lagi satu, falsafah org cina pulak dalam menerima pertolongan, ianya dianggap sebagai hutang dan perlu dilangsaikan. Contohnya, apabila seorang individu menerima bantuan biasiswa, dia akan berusaha membayar semula biasiswa tu, dan sekiranya tidak kesempatan, dia akan berusaha memberikan biasiswa kepada org lain dari kalangan bangsanya. Falsafah ni slalu gak dipakai oleh golongan muslim yg materialis.
Falsafah yg murni, tapi tak Rabbani. Kalau dalam Islam, mudah je. KEIKHLASAN je huraianye (tapi ikhlas dlm Islam berbeza lak ngan ikhlas org kafir).
Yang aku rasa, kes-kes terpencil situasi negative pendakwah Islam, slalu dijadikan kayu ukur dalam menilai perkara ini. Selain itu, penampilan luaran sterotaip pendakwah yg terlalu ketara, dan mudah-mudah seseorang fasik di anggap pendakwah.(nauzubillah). Dan ia berjaya membina perspektif negative terhadap pendakwah dikalangan masyrakat umum. Tidak dinafikan, memang ada perkara tersebut berlaku disebabkan kelemahan dari golongan pendakwah sendiri, namun, hal-hal tersebut tidak wajar di gembar gemburkan sebagaimana bangga membuka pekung didada.
Disinilah peranan media mencorakkan perspektif.Kita dapat lihat bagaimana peranan Zionis dalam media barat yg memburukkan institusi gereja Kristian dengan mengaitkan kes-kes cabul kanak-kanak menjadi lazim dengan institusi tersebut. Bnyk sangat filem yg memburuk-burukkan father dan preacher Kristian menjadikan institusi agama Kristian tidak lagi dihormati.
Contoh lain ialah seperti, kes-kes terpencil roket Hamas membedil kawasan strategik penempatan Yahudi, yg digambarkan ‘mega’ oleh media Yahudi, lalu memberikan gambaran kepada masyarakat dunia (yang majoritinya tidak mahu berfikir) akan kekejaman pejuang Hamas. Lalu dihiaskan pencerobohan dan keganasan mereka terhadap Semenanjung Gaza sebagai satu yg relevan.
Kalau kat Malaysia, mcm mana semua media mainstream Malaysia menipu jumlah demonstrator BERSIH yang sengaja dihitungkan kurang dari bilangan sebenar. Dan jugak bagaimana data-data kematian org India dalam krisis perkauman di Kg Medan di selindungkan. Kalau tak serius di Kg Medan tu, takkan HINDRAF menuduh Kerajaan Malaysia mengamalkan Ethnic Cleansing (penghapusan kaum mcm Nazi buat kat German) bagi kaum India. Mmg ramai org India yg mati dibunuh oleh ‘pejuang’ radikal kebangsaan Melayu. Yang paling mengarut, iklan MCA dan BN kat TV masa Pilihan Raya Umum ke -13. Exploitasi media oleh kerajaan.
Yang penting, kebebasan media, perlulah dikawal oleh org yg soleh yg dapat membezakan baik buruk yang Rabani. Propaganda melalui media mainstream juga mmg amat ketara dan bahaya, dan menjadi semakin bahaya dari hari ke hari. Maklumat dah mcm air yg melemaskan. . .
p/s: Tak sampai separuh citer tu, aku dah tido dah. . .jd aku tak tahu la akhir cite tu. . .buat sakit hati je tgk citer mcm tu. Elok buat mcm org Arqam je. . .haramkan TV dlm Bait al Muslim . . . selamat anak bangsa. . .
0 luahan hati:
Post a Comment
sape nk comment sila klik disini