Salam semua, hari ini tangan yg dianugerahkan oleh Allah kpd hamba-NYA yg bernama Irfan sgt bersyukur krn mampu lagi menaip. Cuba kita berfikir sejenak, tanpa tangan bolehkah kita buat sesuatu bende dgn mudah, tidak bolehkan, oleh itu jgn la kita kufur dgn nikmat Allah yg telah dianugerahkan kepada kita.
Ana teringin sekali menceritakan sebuah cerita mengenai tangan seorg hamba Allah ni. Pada suatu hari, hamba Allah yg bernama Qahar ni telah mengajak seramai kwnnya utk bermain futsal. Setelah berkumpul di satu tempat bernama Pulai Utama, mereka pon start bermain Sebelum itu, mereka teleh mendengar pengisisan yg sgt menyentuh hati2 yg sedang mendengar tazkirah tersebut. Tazkirah ni bertajuk Tawazun iaitu keseimbangan. Pemberi tazkirah ni berkata, sifat tawazun ni perlu ada pada setiap umat Islam yg ingin cemerlang di dunia dan akhirat.
Keseimbangan yg di maksudkan ialah jika seseorg itu ingin menjadi seorg atlet sukan yg berjaya, mereka tidak boleh hanya menumpukan tumpuan kpd bidang sukan yg diminati sahaja, malahan mereka ini perlu memperbaiki diri dari segi akhlak, pemakaian, tutur kata dan sebagainya. Oleh itu, jika seseorg atlet mengamalkan sifat tawazun ni, maka bukan sekadar membawa imej sbg atlet sukan, malahan membawa imej seorg mu`min yg berjaya dalam bidang sukan yg diceburinya. Sekarang ni, agak susah hendak mencari atlet sukan yg mempunyai sifat tawazun ni. Oleh itu marilah bersama2 kita membina atlet sukan yg akan membawa imej Islam diserata dunia.
Sudah tersasar jauh agaknya, berbalik kpd cerita diatas, selepas mendengar tazkirah, mereka memulakan permainan dengan membaca doa sblm riadhah. Mereka pun bermain dengan dengan gembira nya tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Dalam sibuk2 semua tengah bermain, berlaku satu insiden yg tiada sapa dapat menduganya. Apa yg berlaku ialah tangan salah seorg drpd pemain futsal tersebut telah disepak dengan kuat dan memberikan impak yang sgt besar kpd tangan pemain tersebut. Tangan pemain tersebut telah patah, dalam suasana yg kelam-kabut berkuahkan huru-hara serta panik, pemain bernama Qahar ni telah dihantar keklinik berdekatan bg mendapatkan rawatan segera.
Setelah mendapat rawatan Dr Zulhilmi, Qahar pun dihantar pulang ke rumah nya. Setelah sampai, kesemua ahli keluarganya terkejut dengan keadaan Qahar sekarang. Soalan datang menyerang Qahar dengan bertubi2 tanpa sempat utk dijawab oleh Qahar. Qahar agak rimas waktu itu, lalu menyuruh kesemua ahi keluarganya diam. Setelah semua diam, Qahar pon menceritakan perkara yg berkaitan dengan tangannya dari A sampai Z. Setelah habis menceritakan ape yg berlaku, kesemua ahli keluarga Qahar mengucapkan takziah kpd Qahar. Di kala itu, Qahar dilayan bak seorg raja, dimana semua kemahuan nya dipenuhi oleh setiap ahli keluarga nya. Tetapi, walaupun dilayan dengan baik, Qahar tetap bersedih kerana Qahar tidak boleh bermain futsal selama 2 bln.
Qahar sebenarnya seorg penjaga gol yang sangat sekap. Dia ni mampu membaca pergerakan setiap bola yg datang kpd nya. Dia juga digelar tangan emas oleh kawan2 nya. Tetapi sekarang, Qahar hanya mampu utk melihat saja dari jauh telatah2 kawan2nya bermain futsal. Kadang2 ketika tidur, Qahar akan termimpi2 sedang bermain berfutsal. Agak gian juga Qahar kepada futsal. Baru sekarang Qahar terfikir tentang anaugerah atau nikmat yg telah diberikan oleh Allah kepadanya. Baru sekarang Qahar merasa sangat2 kehilangan sesuatu bende yg selama ini dia sangka tangan nye tak akan sakit selama2nya. Tapi, Qahar masih bersyukur kerana tangannya tidak hilang terus dari dunia ni, tapi hanya sementara saja dan boleh digunakan selepas dirawat.
Alhamdulillah, selepas 2 bulan berlalu, tangan Qahar boleh digunakan semula. Tapi tidak secergas dahulu. Walaupun tidak boleh guna dengan sepenuhnya, Qahar tetap bersyukur kerana tangannya dapat menjalankan peranannya semula. Mulai saat itu, Qahar sentiasa bersyukur dengan apa yg telah dikurniakan oleh Allah kepadanya dan sentiasa bersangka baik kepada Allah dengan apa yang berlaku kepadanya.
Alhamdulillah, selesai juga ana menaip. `Irfan! bangun, dah nak maghrib dah ni`terdengar emakku memanggilku. `Uuaahh, ngantoknya..`adoyai, ana bermimpi rupanya. Tapi best juga mimpi ana tadi, ana dapat sesuatu yg sangat berharga dalam mimpi ana tadi.
sekian saja drpd ana,
ASSLAMUALAIKUM.
0 luahan hati:
Post a Comment
sape nk comment sila klik disini