Setelah seminggu percubaan SPM tamat, pelbagai soalan yang sudah ditempoh. Maka diri ini hanya menunggu untuk mendapat keputusan. Harap2nya dapat la yang terbaik. Dikala percubaan sedang berlangsung, terdapat pelbagai ragam yang telah dilakukan oleh pelajar tingkatan 5. Terdapat segelintir pelajar tingkatan telah bermain satu permainan yang diberi nama `Bom Bom Pau`. Hanya yang berani sahaja yang mampu bermain permainan ini. Ada yang diantara kami mengatakan bahawa kepala mereka hampir pecah memikirkan pasal percubaan yang berlangsung selama 3 minggu. Alhamdulillah percubaan dalam bulan Ramadhan, kalau tak, susah nak kawal emosi stress. Setakat ni jela cerita pasal percubaan.
Seminggu sudah Ramadhan meninggalkan kita, seminggu juga la Eidulfitri berlangsung. Maka dikesempatan ini ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada sahabat2 ana dan ana mohon maaf jikalau ana ada melakukan kesalahan kepada kalian secara sedar atau pon tak sedar.
Sekarang ana ingin menceritakan tentang perjalanan raya ana dikampung. Pada hari Jumaat yang lepas, ana dan keluarga ana telah bermusafir ke Kedah iaitu kampung sebelah mak ana, tetapi telah diberhentikan oleh Allah di Ipoh supaya kami dapat rehat dengan secukupnya bagi meneruskan perjalana kami yang berbaki lebih kurang 200 km lagi. Keesokan harinya iaitu hari Sabtu, tepat pada jam 9:30 pagi, kami meneruskan perjalanan ke Kedah. Alhamdulillah, perjalanan kami hanya mengambil masa selama 3 jam setengah untuk sampai ke destinasi kami. Setelah sampai, kami telah dikejutkan dengan satu bauan yang sangat membangkitkan selera, iaitu bau rendang ayam, lembu dan landak. Selepas berbuka puasa, kami sekeluarga termasuk kaluarga pak teh, pak ngah, dan pak lang menunaikan solat Maghrib dan disertai dengan solat Isya`. Selepas menunaikan solat fardhu, kami pun bertakbir bagi meraikan kemenangan umat Islam setelah berjaya menunaikan ketetapan Ilahi iaitu berpuasa.
Tepat pukul 6:15, ana telah dikejutkan oleh mak ana supaya solat Subuh. Selesai solat ana pun melakukan aktiviti yang kebiasaannya dilakukan di asrama iaitu baca Mathurat. Setelah selesai membaca, ingatkan nak sambung tidur, sebab penat layan sepupu yang telah setahun tak berjumpa, tapi tak dapat dilaksanakan sebab telah dikerah oleh mak ana supaya mandi sunat Eidulfitri. Lepas mandi, ana pun menjamah sedikit makana bagi mengalas perut supaya dapat bertakbir, solat raya dan dengar khutbah. Lepas solat raya, bermula adegan bermaaf-maafan dan disertai dengan sesi mengambil gambar.
org yg ceria di pagi RAYA....
dh besa pon dpt duit raya lg la...alhamdulillah...terima kasih ya ALLAH....
bersama keluarga tersayang....tp irdina x de la...die tdo...
SYURGA terletak di bwh kaki ibu...(kpd talhah...ana dh sahut cabaran anta...)
Akhirnya tamat la sudah sesi bergambar. Ada banyak lagi gambar, tapi malas nak letak.
Hari raya ke-4 ana dan keluarga ana pergi ke kampung sebelah ayah ana pula iaitu di Ipoh.
Ana rasa setakat ni je la post ana dan ana rasa ini juga la post terakhir ana sebelum meduduki peperiksaan SPM. InsyaAllah blog ini akan menyepikan dirinya selama 2 bulan setengah dan akan disambung semula selepas ana habis periksa SPM. Ana harap, sesiapa yang membaca post kali ini dapat mendoakan kejayaan ana serta kejayaan pelajar tingkatan 5 SMIH 09 atau pun B11 SMIH. Semoga dengan doa kalian, kami dapat menempuh peperangan dengan mudah dan dapat menganugerahkan kejayaan yang bermakna ini kepada IBU BAPA, GURU2, SMIH, dan ISLAM.
sekian sahaja dari ana...mohon maaf dipinta..mencuci hening dosa...
ASSALAMUALAIKUM....
insan yg lemah...
2 luahan hati:
selamat exam.all the best untuk semua.
ok..doakan kami semua...
selamat exam.all the best untuk semua.
ok..doakan kami semua...
Post a Comment
sape nk comment sila klik disini