ni lah pemilik Creativetank Studio...zulkarnain jamaludin...
harga bende ni RM 14000 je...murahkan...hahah....
komp 2 screan...jom cbe...heheh...
ni lah meja utk buat multimedia....agak bersepah...tp mantap...
keyboard mahal gak la....
ni hanya gimik je...x reti men pon...huhuh...
fathi bg ape kat abg zul....nk gak...heheh...
ada gaya x nk jadi camera man...heheh...
ini lah pengasas syarikat Iktisas...nama beliau ialah pakcik Azmee...
ni pula ialah pakcik Wan...beliau dan pakcik Azmee yg menerangkan
tentang syarikat mereka...
udin bersama pakcik Azmee....(ape yg udin bg ye..)
Salam semua, alhamdulillah jari ini masih lagi diberi kekuatan oleh Ilahi untuk menaip kata-kata bagi membuka bicara untuk post kali ini. Post kali ini bertujuan bagi menceritakan pengalaman ku ketika berjaulah ke KL. Semoga dengan perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4 hari 3 malam ini dapat menambahkan pengetahuan ku sambil menjadikannya sebuah semangat bagi membentuk diri dan menjadikan jaulah ini sebagai pengreflikasi diri untuk berubah kepada yang lebih baik.
14/1/10 (perjalanan ku bermula)
Tepat pukul 2:30 petang, ana dan zubayr sampai ke pejabat JIM yang lama dengan bantuan ayah zubayr kerana sanggup menghantar kami. Setelah sampai kami pun menunaikan solat zuhur dan asar. Selesai sudah melaksanakan kewajipan fardhu itu, kami(peserta R2J4) diberi sedikit taklimat dan kata-kata semangat untuk menjalani program ini. Disini, kami diberi 3 sampul surat diisi dengan beberapa keping duit kertas yg berwarna hijau dan beberapa helai kertas yang berisi apa yang peru dilakukan bila sampai disana. Tepat pukul 3:30 petang, kami pun mengerah tenaga kami untuk memberadakan diri kami di stesen bas Sri Putri. Setelah beberapa minit menunggu, bas yang perlu kami naiki pun sampai. Kami naik bas 2 tingkat yang diberi nama Plusliner.
Di dalam bas, masa ana diisi dengan tidur, baca buku dan al-quran. Alhamdulillah kerana masa ana diisi dengan perkara yang menambah pahala. Setelah beberapa jam kemudian, kami pun sampai ke stesen bas Seremban. Disitu kami telah dijemput oleh ayah dan mak Ahnaf. Kami dibawa ke masjid Bandar Baru Senawang bagi menginap disana bagi ikhwah. Sampai sahaja disana, kami menunaikan solat tahyatul masjid 2 rakaat. Disini kami memandikan diri kami yang telah berpeluhan akibat perjalan yang jauh walaupun hanya duduk dalam bas. Selesai solat, kami menjamah makanan yang diberi dengan begitu berselera sekali kerana perut kami telah menyanyikan lagu dangdut yang kelaparan. Kami juga bertaaruf dengan makcik2 dan pakcik2 Negeri 9. Semoga ukhuwah antara kami tidak akan terputus. Bersiap untuk ketiduran.
15/1/10
Pukul 5:00 pagi kami membangunkan diri kami bagi bermunajat kepada Ilahi. Habis sahaja menunaikan solat subuh ana dan kumpulan ana membuka sampul surat yg berisi tugasan yang prlu dilakukan. Bila sampai sahaja di stesen KTM Seremban, ana pun membeli tiket ke KL Sentral dan menaiki LRT untuk ke Terminal Putra. Disana ana dan kumpulan ana perlu ke Creativetank Studio yang dikendalikan oleh Akhi Zulkarnain Jamaludin. Akhi ini merupakan batch 1 SMIH. Akhi ini merupakan tokoh pertama yang kami jumpa. Disini kami diberi sedikit sebanyak ilmu bagaimana hendak men`shooting' video. Kami juga diceritakan bagaimana beliau boleh terlibat dengan multimedia sepeti ini. Kerajaan Selangor telah meminta bantuan beliau bagi membuat video-video bagi palancaran kempen yang ada di sana. Beliau juga membuat video atau montaj bagi program yang dianjurkan oleh JIM seperti PACE dan Qurban. Selain itu, beliau juga membuat lagu untuk Najahan. Antara pengisian yang diberi oleh beliau ialah kita perlu menggunakan masa muda kita dengan bermanfaat. Jangan kita gunakan masa muda kearah yang tidak menentu kerana ia akan membawa kepada kemusnahan diri. Lepas berbual dengan beliau, kami pun pergi makan dan solat Jumaat.
Tempat kedua yang perlu ana pergi ialah Iktisas Engeneuring. Disini ana berjumpa dengan pengasas syarikat ini yang bernama Azmee b Idris. Disini ana diceritakan tentang bagaimana beliau membangunkan syarikat ini. Pada mula ana sampai dipejabat ini, ana berasa terkejut kerana bangunan pejabat ini tidak lah sebesar yang disangka.
Tetapi, setelah meneroka bangunan tersebut, baru lah ana tahu bahawa bangunan ini besar dan beliau akan menambah bangunan baru lagi. Best sangat dapat berbual dengan beliau. Banyak perkara tentang jurutera yang diceritakan. Syarikat beliau ini telah mendapat kontrak bagi membina Litar Sepang yang bernilai RM558 Million. Sekarang, syarikat beliau sedang membuat jalan raya berdekatan dengan banjaran Titiwangsa yang bernilai RM1.5 Billion. Sungguh terkejut dengan kejayaan syarikat ini. Beliau kata, syarikat ini sudah ditubuhkan selama 20 tahun. Pendapatan masuk bulanan syarikat beliau besar juga lah, cuma Rm 1 juta sahaja. Setelah berbual dengan beliau, kami dibawa keseluruh pejabat yang ada di bangunan tersebut. Pekerja-pekerja beliau sungguh mesra, rasa best sangat berada disana. Selesai melawat, kami berkeinginan untuk pulang, tetapi beliau mengajak kami untuk tidur dirumah beliau. Beliau kata, dirumah beliau ada kolam renang. Kami pun apa lagi, rasa gemabira lah, tapi, bila mengenangkan tugasan yang diberi iaitu kami perlu tidur di Time Training Service(TTS), kami terpaksa membatalkan niat kami hendak tidur di rumah beliau. Kami pun pergi ke TTS untuk menginap disana.
16/1/10
Pada hari ini, kami diaadakan sebuah program bagi membantu kami untuk lebih bekerjasama dalam kumpulan R2J4. Penceramah ini disampaikan oleh Prof Dr Adnan b Omar. Dalam program ini, kami bermain 2 permainan. Permainan pertama yang kami main ialah kami kena membina bangunan yang tinggi dan boleh berdiri hanya dengan menggunakan straw. Agak susah juga lah hendak membina sebuah bangunan replika dengan menggunakan straw. Tetapi, bila digabungkan otak-otak beserta akal kami, dapat juga kami membina bangunan tersebut walaupun tidak seberapa cantik. Selesai bermain permainan ini, kami disajikan dengan makanan bagi mengisi kekosongan perut kami yang sedang hangat bernyanyi. Pada sebelah petang pula kami bermain permainan yang lain pula tetapi ana tidak tahu bagaimana mahu menerangkan cara permaianan ini berlangsung. Apa yang penting, permainan ini memang menyeronokan. Setelah bermain, kami diberi tahu tentang rasionalnya permaianan tersebut.
Pada sebelah malamnya pula, kami dibenarkan untuk pergi ke The Mines. Ikhwah dan akhwat berbondong-bondong ke sana. Tetapi, diri ini amat keletihan dan tidak mampu untuk berjalan-jalan. Jadi, ana dan 3 orang sahabat ana yang lain tinggal di TTS keempatorangan. Di TTS, ana hanya bermain PSP sahaja kerana laptop tiada disisi. Ketika sedang leka bermain, mata pun tertutup rapat lalu ketiduran.
17/1/10
Pada hari ini, ana tidak tahu halatuju kami kerana jikalau hendak tahu halatuju, kami perlu ke stesan KTM Serdang. Selepas bersarapan, kami bergegas ke steses KTM. Sampai sahaja di sana ana terus bertanya kepada ukhti Abida tentang kemana halatuju kami. Dia hanya menyampaikan klu yang berbunyi "ukhuwah yang tersemai sungguh tak ternilai". Setelah beberapa minit berfikir, kami pun tahu kemana halatuju kami iaitu kami akan ke Nilai.
Hampir setengah jam perjalan, kami pun sampai di Nilai. Disini kami dijemput oleh alimni SMIH iaitu Amir, Muaz, Hasif, Irfan Md, dan Basyir. Disini kami dibawa ke USIM. Slot untuk kali ini, kami telah dikongsikan pengalaman senior kami bagaimana keadaan atau pun suasana di universiti. Sungguh menyayat hati ketika mendengar perkhabaran tentang suasana di universiti. Tetapi ada juga universiti yang tidak seteruk universiti yang lain saperti USIM sendiri. Senior kami menasihat kami agar ketika di universiti nanti jaga diri dan mesti ikut USRAH. Insyaallah, dengan mengikuti usrah, diri kita akan lebih terjaga. Selesai berkongsi pengalaman, kami makan tengah hari lalu pulang ke Pudu bagi meneruskan perjalanan kami yang hanya tinggal beberapa ketika.
Tepat jam 4:00 patang, kami pun menaiki bas yang berjenama Tranasional. Maka, bermula lah perjalanan balik kami ke JB.
sekian sahaja dari ana....
~irfanmasiri~
18/1/10
rumah BP
wassalam
2 luahan hati:
sempoi je zul J.
heheh...tau x pe...die mmg seorg yg sempoi...tp power...huhuh
sempoi je zul J.
heheh...tau x pe...die mmg seorg yg sempoi...tp power...huhuh
Post a Comment
sape nk comment sila klik disini