RSS
Write some words about you and your blog here

HIKMAH PENANGGUHAN :)

salam semua....alhamdulillah...hari ini diberi kesempatan sangat2 oleh Ilahi untuk terus menaip sekaligus cuba mengupate blog yang setelah sekian lama tidak di update...:)

Hari ini sedang cuba bercerita tentang penangguhan....apa yang ada dengan penangguhan yang berkaitan dengan diri ini....

Alhamdulillah apabila diberitahu tentang tarikh diri ini boleh fly ke sana, diri ini melonjak kegembiraan sambil memuji Tuhan yang Esa. Sangat teruja kerana hasrat ke sana kesampaian juga. Dengan begitu excited, diri ini menghebahkan kegembiraan hati ini ke facebook yang tersedia ada. Setelah mendengar ucapan2 dari sahabat yang tertera di komen status, diri ini sangat tidak sabar untuk ke sana. Hati ini sentiasa nak ke sana. Tiba2 dapat 1 sms dari abah bahawa akan ada taklimat ke sana yang akan diadakan di WAMY. Saat itu, hati terlalu gembira kerana hari yang ditunggu semakin tiba.

Tapi, 10 hari sebelum ke sana, diri ini mendapat sma dari ayahanda tercinta bahawa taklimat ke sana di tangguhkan. Tiba2 hati ini terasa agak tidak sedap. Diri ini cuba mencari rahsia apakah gerangan yang menyebabkan taklimat tersebut ditangguhkan. Setelah puas mencari, akhirnya diri ini dapat mencari punca kenapa taklimat ke sana di tangguhkan. Rupanya masalah yang menyebab kan taklimat ini ditangguhkan ada kene mengena dengan pemergian diri ini ke sana. Masalahnya ialah KEDUTAAN MALAYSIA di SANA TAK BAGI KEBENARAN UNTUK TINGGA DISANA. Dengar sahaja masalah tersebut, diri ini terkedu, diri ini bertanya, kenapa tika saat diri ini sangat ingin ke sana, masalah seperti ini melanda. Memang ujian DIA nak bagi kepada hambanya.

Setiap sesuatu yang berlaku mesti ada hikmahkan...so memang berhikmah perkara ini berlaku.

Antara hikmahnya diri ini dapat berbual dengan adik dengan lebih lama dan dapat jumpa adik. Selain tu, diri ini dapat menziarahi sahabat2 di Kelantan dan Terengganu[ mohon supaya planning ni menjadi :) ]. Diri ini juga boleh menghadiri satu mukhayam sekolah dimana tugasnya sebagai fasilitator.

insyaallah, sekadar itu dahulu coretan diri ini.

ASSALAMUALAIKUM...

0 luahan hati:

Post a Comment

sape nk comment sila klik disini