Salam semua.
Hari ini sekadar berkongsi apa yang ana tahu.
Selamat membaca.
^_^
8 BAHAYA LIDAH :
1) BOHONG : hendaklah kita memelihara lidah daripada bercakap bohong sekalipun bergurau.
2) TIDAK MENEPATI JANJI :hendaklah kita memelihara lidah kita daripada suka berjanji.lantaran dikhuatiri kita tidak akan menunaikan janji yang dibuat.di sebabkan kita tidak menunaikan janji,akhirnya kita tergolong dikalangan orang munafik.(nauzubillahi min za lik)
3) MENGUMPAT ORANG : dosa mengumpat orang lebih berat daripada 30 kali berzina.oleh itu peliharalah lidah kita daripada memperkatakan seseorang,yang apabila ia mendengar perkataan kita ia tersinggung.sekalipun apa yang kita katakana itu benar-benar berlaku pada diri orang berkenaan. Allah S.W.T menyerupakan orang yang mengumpat dengan pemakan bangkai.Firman Nya yang bermaksud: “ dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.apakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah menjadi bangkai?maka sudah tentu kamu marasa jijik daripadanya.”
4) BERTENGKAR : perbuatan ini akan menyebabkan kita menyakiti hati orang lain.akhirnya timbul permusuhan yang berterusan.
5) MEMUJI DIRI SENDIRI :Allah SWT berfirman didalam surah An-Najmu ayat 32 bermaksud :”janganlah kam menganggap dirimu bersih,sebenarnya Allah lebih tahu siapakah orang yang lebih bertaqwa kepada Nya”.
6) MELAKNAT : hendaklah kita menjaga secara bersungguh-sungguh akan lidah supaya tidak melaknat sesame makhluk Allah.Rasullullah SAW tidak pernah mencela makanan yang tidak sedap. Apabila baginda suka,baginda akan memakannya.dan apabila baginda tidak suka,baginda akan meninggalkanya.
7) MENDOAKAN KECELAKAAN ORANG: peliharalah lidah kita daripada berdoa agar seseorang itu ditimpa kecelakaan sekalipun mereka bertindak zalim ke atas kita.
8) BERGURAU ATAU MENGEJEK ORANG LAIN :peliharalah lidah daripada mengejek orang lain sama ada dalam bentuk bergurau,apatah lagi dalam bentuk ucapan yang bersungguh-sungguh.lantaran perbuatan itu boleh menjatuhkan air muka,dan menyebabkan seseorang terasa tersinggung dan berasa sakit hati.
Oleh kerana peranan lidah boleh membinasakan di dunia mahupun akhirat,maka wajarlah ia dipelihara dengan bersungguh-sungguh.mudah-mudahan kita akan selamat hidup di dunia dan akhirat.
1 luahan hati:
Salam akhi..
"MENGUMPAT ORANG : dosa mengumpat orang lebih berat daripada 30 kali berzina."
Apa ya sumber kenyataan ni... Ada hadith ke? Sahih? Dhaif? Atau majhul?
Rasa cam bahaya lah kenyataan tu..
Takut pulak kalau2 orang yang suka buat maksiat guna alasan ni untuk meringankan dosa zina.. "Alah.. aku couple je.. dia tu mengumpat, lagi berganda teruk.."
Cuba enta siasat.. bahaya ni.. kalau tidak dijumpai sumbernya, atau hadith dhaif sekalipun.. lebih baik tinggalkan.. takut bunyinya seperti memperkecil dosa zina..
Namun jangan risau, teruskan menyumbang artikel.. biasalah.. sekadar menegur untuk pembetulan.. dunia penulisan ni memang begitu.. Uhibbuka fillah.. ^^v

Post a Comment
sape nk comment sila klik disini