RSS
Write some words about you and your blog here

CERPEN : PILIHAN HATI, maka ISTIHARAKH dan TAWAKKAL

Salam alaikum.

Hari ini izinkan saya untuk bercerita.hohoho.

Watak dan jalan cerita ini tiada kene mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah mati. :D


Ali, yaa, itulah nama yang telah Allah anugerahkan kepada dia. Di universiti, tiada siapa yang tidak mengenal Ali. Hebatnya bukan sekadar akademik dan kokurikulum, bahkan begitu gah sekali dalam arena dakwah dan tarbiah.

Mana tak hebatnya Ali ini, dalam study ini hampir ke semua semester beliau dapat pointer 3.8 ke atas. Malahan, dialah seorang pendebat yang begitu lantang bersuara di arena debat. Ramai manusia bernama wanita selalu untuk berhubung dengannya. Yelaa, orang terkenal, siapa tidak mahu berkenalan, bukan ? ^_^

Tetapi Ali bukan lah orang yang sembarangan untuk mudah diganggu oleh manusia-manusia bernama wanita di universiti beliau. Ali merupakan seorang yang hebat dalam arena dakwah dan tarbiah. Beliau mempunya 3 usrah di universiti. Beliau juga selalu diberi penghormatan untuk menyampaikan sesuatu bahan contohnya seperti ISK (Ini Sejarah Kita), Hadith Ghulam, Syahadatul Haq dan sebagainya. Oleh yang demikian, tidak lah begitu susah untuk beliau menangkis wanita-wanita di universiti beliau.

Yaa, Ali juga manusia biasa, kadang-kadang imannya berada diatas dan kadang-kadang berada dibawah. Ali tidak maksum untuk betul dalam semua perkara. Ali mula rimas dan sangat terasa diganggu dek kerana wanita-wanita di universitinya itu. Mana tak nya, kalau dah setiap hari di mesaj nya, tiap hari di call nya, kan terganggu. Maka, Ali telah mengadu hal ini kepada abinya.

" abi, ali selalu la kene ganggu dgn pompuan2 kt uni ali tu, ali agak tensyen.."(buat muka seposen)

" wahh! dasyat betul anak abi ni, ramai peminat tu.haha."(buat muke terkejut)

" hehe, ala abi ni, ali serius ni, tensyen la kene ganggu.."

" hehe, ok2, ali nak suruh abi buat apa?"

" abi, ali nak kawen boleh?"(buat muka bdk kck yg minta mainan.hoho)

" haa!! kawen??!"(muka super terperanjat.haha)

" aaa. iyelah abi, ali ingat kalau ali kawen, dapat la ali jaga hati ali sambil x lagi di ganggu oleh pompuan2 kt u tu."

" hmm, tgk lah, nnt bncg balik."

Heheh, perbualan antara Ali dan abinya tergantung kerana adik-adik Ali datang ke meja makan.

Ali dalam diam telah berminat dengan seorang akhawat. Yaa, akhawat itu juga memang mantap dari segi dakwah dan tarbiahnya. Ali teringat kata-kata seorang pakcik apabila ditanya bagaimana untuk terus-menerus thabat(tetap) pada jalan dakwah ini.

" Antara sebab kami pakcik2 ini boleh thabat
dalam jalan dakwah ialah cuba lihat makcik disebelahnya.
Yaa, makcik disebelah pakcik2 ini juga mempunyai
misi dan visi yang sama. Iaitu mahu
lihat Islam ini tertegak di atas muka
bumi Allah ini. Atau dengan kata lain,
makcik ini merupakan seorang akhawat
yang mengikut dakwah dan tarbiah."

Ali juga mahu menjadi seperti pakcik-pakcik yang masih tetap teguh berjuang di jalan dakwah ini. Saban hari beliau meminta kepada Allah agar dikurniakan seorang isteri yang akan bersama-samanya dalam menggerakkan dakwah dan tarbiah. Setelah beristiharakh, Ali memang tekad bahawa akhawat yang beliau minat itu, akan dijadikan isterinya lantas memajukan lagi dakwah dan tarbiahnya.

Ali sekali lagi menyuarakan hasrat hatinya itu kepada abinya. Tetapi abinya itu menahan kehendak Ali kerana memikirkan bahawa umur Ali belum cukup sesuai untuk bernikah. Ali ketika itu agak kecewa juga, tapi apakan daya, sami'na wa atho'na sahajalah yang Ali mampu. Abinya hanya akan meng'chop'kan akhawat itu untuk Ali sahaja buat masa ini. Bila mendengar cadangan ayahnya itu, Ali pun setuju sahaja lah. ^_^

......

Nama akhawat itu ialah Aisyah. Aisyah Humaira'. (jom nyanyi lagu aisyah humaira'.hohoh) Aisyah juga merupakan penggerak di universitinya. Tidak lain dan tidak bukan, Aisyah juga merupakan wanita yang aktif dalam dakwah dan tarbiah. Di sebabkan Aisyah ini orang yang aktif dalam dakwah dan tarbiah, maka ramai la juga ikhwah-ikhwah yang ingin menyunting beliau untuk dijadikan bidadari dalam dakwah sambil untuk memperkuatkan diri supaya jadi macam pakcik-pakcik yang masih thabat walaupun sudah tua.(ceewah.ayat x leh bla.haha.)

Kebanyakan ikhwah yang ingin menyunting beliau memiliki umur yang agak jauh bezanya dengan beliau. Maka, berlakulah penolakan pinangan daripada Aisyah. Aisyah menginginkan suaminya hebat dalam dakwah dan tarbiah serta mempunyai umur yang sama dengannya. Maka sebab itulah pinangan itu ditolak oleh Aisyah.

Pada suatu hari, naqibah nya telah memanggil Aisyah datang ke rumah. Pada fikiran Aisyah, mungkin naqibahnya ingin bincang pasal program untuk adik-adik pada minggu hadapan. Tapi, sangkaanya Aisyah melesat. Bukan sebab itu dia di panggil. Tapi sebab lain.

" Assalamualaikum.."(sambil ketuk pintu rumah)

" Waalaikumussalam. haa, sampai pun kamu, meh masuk...hehe..kamu duduk la kejap, makcik nak buat air ye.."(sambil kenyit mata)

" eh, ok makcik.."(buat muka hairan)

" haa, ni air special dan kek untuk kamu..hehe.."

" hehe..terima kasih makcik, susah2 je.."

Sambil makan dan minum.

" makcik nak bagi tahu kamu satu benda.."

" ooo, apa dia makcik.."

" hmm, ada sorang lagi ikhwah yang datang nak minang kamu..ikhwah ini hebat juga dalam dakwah dan tarbiah..tapi yang ni makcik rasa sesuai untuk kamu..dia sebaya dgn kamu tau.."(ckp sambil senyum2)

" ooo, yeke, sapa dia tu..?"

Maka berlakulah penerangan tentang ikhwah itu a.k.a Ali oleh makcik itu kepada Aisyah.

" so, macam mana, kamu setuju? "

" ........... "(hanya mampu diam)

" orang kata kalau diam tandanya setuju, so Aisyah setuju la ni kan..? "(dengan nada mengusik)

" ............ "(aisyah tersenyum)

"ok..kalau macam tu, nanti makcik cakap kat ikhwah tu yee.."

.....


Pada masa yang lain juga, ada juga seorang pakcik yang meng'offer' anaknya untuk Ali. Pakcik itu juga hebat dalam dakwah dan tarbiah. So, untuk memuntijkan lagi dakwah dan tarbiah anaknya, pakcik itu pun meng'offer' anaknya kepada Ali untuk menjadikan Ali ini suami kepada anaknya. Lagi pula, Ali sangat kenal akan pakcik ini. Maka berlakulah perbualan antara Ali dan pakcik itu di alam maya.(ceewah)

" assalamualaikum, ini anakanda Ali kan? "

" waalaikumussalam, aaa, iye pakcik ini Ali. knp pakcik? "

" hmm, macam ni lah Ali, pakcik sbnrnya tak reti untuk berbunga-bunga ketika bercakap, so pakcik mahu terus kepada tujuan pakcin berhubung dgn kamu ni ye?"

" aaa. ok2, cakap lah apa tujuan pakcik tu.."(muka suspen.haha)

" hmm, macam ni. pakcik mahu jadikan kamu suami kepada anak pakcik. kamu setuju? "(nada agak selamba tp tegas)

" haa! biar betul pakcik, pakcik lah main2 dgn saya.."(muka sumpah terkejut.haha)

" iye lah, pakcik serius ni, tak kan lah pakcik main2 pula.."

" ohoo, ok2.." (peluh mula menitik)

" so, macam mana? kamu boleh? "

" hmm, pakcik, saya nak jujur ni ye.."

" ok2.."

" sbnr nya, saya dah minat dengan sorang akhawat ni, dan saya dah pun bagi tahu kat abi saya pasal akhawat ni. dan abi dah janji nak chop kan akhawat ni utk saya.." (lega, dpt luahkan)

" ooo, mcm tu, hehe, takpe la kalau macam tu, pakcik minta maaf ye ganggu kamu, assalamualaikum.."

" hehe, eh, takpe2, waalaikumussalam.."

Begitu lah. Orang yang hebat dalam dakwah dan tarbiah pasti akan mendapat peng'offer'an daripada pakcik-pakcik untuk menjadi suami kepada anak perempuan mereka.(so, kpd ikhwah, sila kerja keras skit la kalau nk dpt offer mcm ali tu.hohoho)

........

Alhamdulillah, setelah abinya meng'chop'kan Aisyah untuknya, Ali merasa sungguh lega. Cuma sekarang ini, Ali hanya perlu terus-menerus untuk berdoa kepada Allah, supaya Allah percepatkan dan permudahkan pernikahan mereka. Setiap hari dalam doanya pasti beliau akan berdoa supaya perjalanan untuk Maratib Amal kedua iaitu baitul muslim berjalan dengan lancar. Tidak kiralah lepas solat, selepas dhuha, selepas qiam pasti beliau akan terus menerus berdoa sambil juga berdoa supaya dakwah dan tarbiah nya dapat dikekalkan hingga akhir hayat.

...........

Pada tarikh 12/12/2012 berlangsung lah pernikahan antara Ali dan Aisyah. Majlis berlangsung dengan sangat meriah walaupun bersederhana. Dengan bermaharkan sebentuk cincin sahaja.

"خير النساء أحسنهن وجوها أرخصهن مهورا "
sebaik-baik wanita, elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya.

Sebab itu Aisyah memilih untuk merendahkan maharnya kerana Aisyah mahu menjadi seperti Rasulullah khabarkan dalam hadith.

Alhamdulillah. Mereka berjaya diijab kabulkan dan mereka telah menjadi baitul dakwah atau pun keluarga dakwah yang sentiasa mengutamakan dakwah dan tarbiah. Semoga kalian bahagia.

Tamat.

p/s: minta maaf sekiranya tak tersusun, baru nak stat menulis balik.hehe.so agak kekok sedikit.
apa pun terima kasih kerana membaca. ^_^
Inche Batuscuci mahu berehat sekejap.penat memerah otak.hohoh.


0 luahan hati:

Post a Comment

sape nk comment sila klik disini