Salam semua.
Post hari ini berkisar tentang berkayak.
^_^
Alhamdulillah pada hari isnin yang lepas iaitu bersamaan 6/12/10 saya telah diberi peluang untuk mengikuti satu ekspedisi berkayak dari Kuala Telemong hinggan ke Taman Tamadun Islam iaitu jaraknya kira-kira 24km yang telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Terengganu bersempana maal hijrah untuk keesokan hari nya.
Tepat jam 8 pagi saya dan bersama kawan saya iaitu Fendi ke foyer asrama kami. Di situ kami perlu mengisi borang keizinan untuk menyertai program itu. Seusai itu, kami bertolak Kuala Berang. Kami peserta kayak telah diiringi oleh sekumpulan Kelab Motor Kuala Terangganu sebelum sampai ke Kuala Berang.
Sampai di Kuala Berang kami diberi masa untuk makan dan diisi dengan sesi taklimat ringkas. Selesai sudah sesi itu, kami ke Kuala Telemong. Dan disitu lah ekspedisi kami bermula. Saat mula menginjak ke dalam kayak itu, hati memang teruja kerana sudah lama tidak berkayak, bila diberi peluang untuk berkayak, memang susah untuk dilepaskan. :)
Setelah 2 jam perjalanan, kami tiba di Manir. Disitu kami makan tengah hari dan solat zohor. Waktu di Manir keletihan itu kurang terasa walaupun sudah berkayak lebih dari 2 jam. Tidak tahu mengapa saya kurang berasa letih, mungkin kerana terlalu teruja kot. :p
Selesai makan dan solat, kami menyambung perjalanan kami untuk ke Taman Tamandun Islam. Tika berkayak disekitar untuk ke TTI, suasana air agak bergelora. Memang terhuyung-hayang kayak saya. Tapi menarik kerana menguji ketahanan mental saya. :D
Alhamdulillah, selesai 2 jam lagi perjalanan kami, kami pun tiba di Taman Tamadun Islam iaitu di Masjid Kristal. Disana kami diberi makanan yang agak enak lantas memberi kemudahan untuk bersiap diri bagi bersolat asar. Selesai solat kami diberi sijil dan mendengar sedikit perkongsian mengenai hijrah yang di sampaikan oleh finalis Imam Muda iaitu Hizbur Rahman B Omar Zuhdi. Alhamdulillah, menarik perkongsian beliau.
ustaz hizbur bersama isteri tercinta. :)
Selesai mendengar perkongsian, kami bersama-sama membaca doa akhir tahun dan menunggu hingga maghrib. Usai sudah bersolat, doa awal tahun pula dibaca. Selepas itu, kami iaitu peserta dari UniSZA mohon diri untuk pulang.
Sampai di UniSZA pada jam 8:30 p.m. ^_^
3 luahan hati:
Berapa km ya akhi?
ana ada tulis kt perenggan 1 tu...24km...:)
Berapa km ya akhi?
ana ada tulis kt perenggan 1 tu...24km...:)
Post a Comment
sape nk comment sila klik disini