RSS
Write some words about you and your blog here

Apabila Datangnya Pertolongan Allah dilihat dari surah An-nasr

Salam semua.

Insyaallah, hari ni post berkisar tentang tafsiran surah An-nasr. Semoga kita ambil iktibar.

Muqaddimah
An-Nasr bermaksud bantuan ataupun pertolongan. Surah ini juga dinamakan sebagai surah at-taudi' yang bermaksud selamat tinggal(i.e. tawaf wida’ – tawaf selamat tinggal). Ia memberi erti tugas nabi Muhammad saw telah sempurna, juga membayangkan ajal Rasulullah saw. Nabi saw tahu beliau akan wafat (lihat hadis Ibnu Abbas dan juga hadis Saiyiditina Fatimah).

Asbabun Nuzul dan Mulabasat Surah An-Nasr
Ia adalah surah yang terakhir yang turun sebagai satu surah (bukan wahyu yang terakhir ye). Dari segi urutan, ia adalah selepas al-Lahab. Allah akan memberikan kemenangan dan kejayaan selepas ujian dan halangan (Surah al-Lahab menceritakan banyak halangan yang akan dilalui dalam berdakwah)
Secara ijma’, surah ini adalah merupakan surah madaniyah. Tiada khilaf dalam hal ini. Namun begitu terdapat dua pendapat samada ia diturun sebelum atau selepas pembukaan kota Makkah (Fathu Makkah) yang berlaku pada tahun 8 Hijrah.
Bagi pendapat pertama, ulama mentafsirkan surah ini diturunkan untuk mengembirakan Nabi Muhammad saw. Kota Makkah dapat dibuka (Fathu Makkah) dan Islam akan mendapat kemenangan. Dari segi nahu bahasa arab, walaupun kalimah “Ja’a” adalah fi’il madhi(past tense) tapi maksud ayat ini adalah `present/future tense’. Bila ada kalimah إِذَا didepannya. جَآءَ إِذَاbermakna `apabila datang….’, yakni merujuk kepada peristiwa yang akan berlaku.
Untuk pendapat kedua pula, ulama’ tafsir membahaskan perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas mendapat kemenangan; iaitu kena bertasbih, bertahmid dan istighfar.


Fikrah Ayat
“Apabila datangnya pertolongan Allah dan kemenangan.”
1. Batas keupayaan manusia adalah terhad. Allah swt memberi kemenangan dan memperkenan doa nabi. Pertolongan dan kemenangan datang dari Allah pada masa yang ditentukan-Nya dan dalam bentuk yang dikehendaki-Nya. Jangan kita berputus asa, kemenangan dan kejayaan akan tiba walaupun sekuat mana musuh Islam.
2. `Fathu Makkah’ berlaku 2 tahun selepas perjanjian Hudaibiyah. Dalam perjanjian ini, kedua pihak (kafir Quraisy dan Islam) berjanji untuk menghentikan peperangan selama sepuluh (10) tahun. Namun, pihak Quraisy telah mengkhianati perjanjian dengan menolong sekutunya (sila baca sirah), maka ini adalah sebab utama berlakunya `Ghazwah Fathu Makkah’. Pada hakikatnya, kesemua ini adalah perancangan dan pertolongan dari Allah swt.
3. Al-Quran menggunakan perkataan `Fath’ yang bermaksud `buka’. Di-dalam islam tidak ada konsep penjajahan atau penaklukan. Pembukaan Negara-negara Islam dipanggil sebagai `futuhat islamiyah'.
4. Bila sesuatu negeri tidak islam, sebenarnya negeri itu ditutup untuk menerima hidayah. Oleh itu, Islam datang bukanlah untuk menawan negeri tersebut, tapi menyampaikan da’wah dan Islam. Diberi tiga (3) pilihan samada menerima islam atau bayar jizyah atau perang sehingga kuasa yang menghalang hidayah kalah. Kemudian terpulang kepada rakyat itu memilih samada ingin memeluk Islam atau tidak – La iqra ha fi ad-din


“ Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai “
1. Kesukaran orang kafir Quraisy dan orang di semenanjung Arab menerima Islam ada kaitan dengan peristiwa tentera bergajah. Mereka masuk Islam selepas `Fathu Makkah’ … kenapa ?
Bila tentera bergajah menyerang Makkah, Allah datangkan burung memusnahkan tentera bergajah. Cerita pelik ini tersebar di seluruh semenanjung Tanah Arab dan tahun tersebut dinamakan TahunGajah. Peperangan tersebut sebenarnya di antara Habsyah dan Arab kerana kaum Quraisy adalah ketua bagi kabilah-kabilah Arab. Bila burung Ababil menolong tolong kaum Quraishy, maka tertanamlah dalam pemikiran orang Arab bahawa benarnya kaum Quraishy ini.
Tiba-tiba Nabi Muhammad saw datang dan mengatakan bahawa kaum Quraishy ini tak betul, Org arab tak boleh terima ...ada satu hadis yang mafhumnya “… Kami tak kan terima Muhammad sehingga Muhammad berjaya kalahkan Quraisy” ..Hadis Bukhari.
Bila Nabi Muhammad Berjaya membuka Kota Makkah dan Allah tidak menolong orang Quraisy, maka oran Arab baru percaya bahawa Nabi Muhammad saw yang betul dan mereka memeluk Islam.
2. Manusia sukar untuk menerima benda yang `teori’ walaupun perkaitan dengan `ad-din’. Berlaku depan mata baru percaya. Tidak ramai seperti Saiyidina Abu Bakar rah. Mereka yang menerima Islam sebelum dan selepas `Fathu Makkah’ adalah tidak sama nilainya. Firman Allah :
3. Jangan menunggu benda ajaib berlaku untuk kita beriman, jika Allah kata betul, maka betullah. Seperti yang berlaku pada Tsunami di Aceh, kita kagum bilamana masjid tak runtuh... maka kata kita benarlah Islam; tapi apa pulak yang berlaku jika gereja yang tidak runtuh, dan bukannya masjid. Jadilah kita seperti orang Arab jahiliyah yang bersikap ragu-ragu.


“ Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat “
1. Ayat ini menerangkan apa arahan Allah dan cara kita meraikan kemenangan/kejayaan(bertasbih, memuji Allah, meminta ampun dan bertaubat). Ini adalah adab sopan Nabi Muhammad saw di sepanjang hidupnya dan dalam masa mendapat pertolongan dari Allah dan mencapai kemenangan menakluk Makkah, beliau membongkok di atas untanya, kerana bersyukur kepada Allah dan memasuki negeri Makkah, sedangkan negeri itulah yang telah menyakitinya, mengusirnya keluar, memeranginya dan menentang dakwahnya dgn penuh kedegilan. Itulahsunnah nabi dan diikuti sahabat selepasnya bila merai kemenangan.
2. Cara mengagungkan Allah … (a) Menjadikan Allah swt sebagai yang terpenting dalam hidup kita, lebih dari segala-galanya (b) Allah swt paling sempurna, tiada kelemahan dan kita tidak boleh ada sifat ragu-ragu dengan Allah swt.
3. Tujuan istighfar di saat kemenangan dan kehilangan kesabaran
(a) Beristighfar terhadap pelbagai perasaan – bangga, sombong yang berkecamuk dalam hati di saat mabuk kemenangan.

(b) Beristighfar terhadap perasaan tidak sabar, perasaan terkilan, kerana lambatnya Allah menunaikan janji member bantuan dan pertolongan.
(c) Beristighfar kerana tidak cukup bersyukur kepada Allah yang sentiasa melimpahkan ni’mat dan rahmat-Nya yang tidak putus-putus
(d) Beristighfar agar ia tidak berlaku zalim kepada musuhnya. Hakikat sebenar adalah Allah yang memberi kemenangan.
4. Nabi beristighfar 70 x sehari (ada riwayat 100 x)… Bagaimanakah kita ?

Disampaikan oleh UQY.

Sekadar ini dahulu coretan saya.

Assalamualaikum. ^_^

0 luahan hati:

Post a Comment

sape nk comment sila klik disini