RSS
Write some words about you and your blog here

PENGAJARAN DARI HOSPITAL. :)

أسلام عليكم semua. :)

Alhamdulillah, bila diberi cuti ni terasa menggatal tangan ni mahu mengupdate.hehe.

Insyaallah hari ini terasa ingin berkongsi kisah tatkala sakit menimpa saya pada dua bulan yang lepas.Pada mulanya saya di jangkiti Denggi bila doktor buat medical check up dan bila buat medical check up sekali lagi, saya di dapati ada sympton2 H1N1.Peh, time tu agak gelabah la juga saya.Dan ketika itu juga lah saya dipindahkan ke wad isolasi.Tapi, ini bukan kisah yang saya mahu cerita.hee.

Kisahnya bila saya sudah berada di hospital. :)
Alhamdulillah, ketika di hospital, saya telah melihat pelbagai ragam manusia yang sakit.Ada yang nangis, ada yang cool, ada yang tenat dan bermacam2. Ketika saya di wad untuk penyakit denggi, saya telah melihat betapa tenatnya seorang pakcik dalam menghadapi sakitnya.Pakcik ni mengidap Athma yang sangat teruk.Ketika bernafas memang berbunyi, kayanya seperti ada jin yang memasuki badannya.Tapi itu lah yg terpaksa diharungi oleh pakcik tu.Saya lihat pakcik ni seperti nazak sedang menjelang.Doktor2 sibuk menguruskan pakcik ni.Memang kasihan melihat pakcik ini.

Ketika saya di wad isolasi atau pun wad kuarantin disebabkan ada sympton H1N1, saya telah duduk sebilik dengan penyakit jantung berlubang. Subhanallah, usianya sangat muda untuk dia hadapi penyakit itu, tapi, apakan daya, Allah lebih tahu akan perihal dia. Sehari suntuk saya sebilik dengan dia, memang saya dapat perhatikan bagaimana dia terpaksa menghadapi siksa dalam menanggung beban penyakit ini.Dia tidak dapat tidur semalaman kerana penyakit nya.

Alhamdulillah, saya ni hanya ada sympton H1N1, dan bila di check darah, hasilnya negatif.Tapi, bila kenang kembali kedua2 watak yang saya ceritakan tadi, saya berasa sangatsangat bersyukur kerana Allah masih beri kesihatan kepada saya.

Ingatlah wahai manusia, sakit yang diberi itu kadang2 sebagai ujian dan kadang2 juga sebagai nikmat.Kenapa saya berkata sedemikian? kerana ujian yang diberi itu mungkin mahu menguji kesabaran kita atas penyait yang menimpa dan juga mungkin sebagai penghapus dosa2 yang lalu.Dan kenapa pula saya kata nikmat? kerana dengan sakit kita akan sentiasa didoakan oleh sahabat2 kita sekiranya kita ni seorang yang baik dengan manusia lain.Selain itu, dikata kan nikmat kerana Allah sedang menyayangi kita sangat2 kerana Allah mahu kita mengadu kepadaNya. :)

♥q✿r♫m•*¨*•.¸¸❤ TARBIAH CINTA ✿♫•*¨*•.¸¸❤
╗ ☆¨¯`♥ Buat hamba ALLAH...
║║♫═╦╦╦╔╗ Tatkala ALLAH mendatangkan UJIAN, pandanglah dengan
♫╚╣║║║║╔╣ pandangan IMAN. Di saat DIA mengirimkan MUSIBAH,
╚═╩═╩♫╩═╝ hadapilah dengan hati yang TABAH. Di kala DIA mengutuskan CINTA-NYA kepada kita, belajarlah untuk berjiwa HAMBA. SENYUMLAH dan BERSYUKURLAH dengan apa yang dikurniakan. ♥q✿r♫m•☆¨¯`♥


Rasanya setakat ini dulu penulisan saya.

Assalamualaikum. ^_^

0 luahan hati:

Post a Comment

sape nk comment sila klik disini