Fuhh.hari terasa mahu bercerita lagi lah. Boleh kan? (buat muka manja.hahah)
Sorry la kalau ada yang tak suka, tapi saya suka bercerita. Bercerita dengan mulut tak suka sangat. Bercerita dengan cara menulis suka lah.hee.
.." alah kau ni, sibuk-sibuk je nak tegur aku, pergi lah!"...
..yaa, seorang manusia berkasar dengan sahabatnya..
..sahabat, kenapa kau begitu marah kalau aku menegur kau??..
..ahh!! aku tak suka di ganggu lah! pergi!..
..sahabat, jangan lah macam ni, kau buat salah, aku kene lah tegur..
..alaahh!! sibuk je nak tegur-tegur aku..
..tapi, kenapa kau selalu sangat tegur aku bila aku buat salah??..
..aku mahu kau terkeluar dari kepompong jahiliyah..
..sebab lain adalah..
..aku sayang kau sahabat..
..eh, kenapa kau baik sangat dengan aku ni??..
..kenapa? salah ke aku baik dengan sahabat aku?..
..takde la, kau ni asyik belanja aku, besday aku kau bagi hadiah, aku sakit, kau jaga macam kau jaga mak kau..
..aku rasa macam pelik, tak pernah aku jumpa orang macam kau..
..hehe, sahabat, aku buat tu ada sebabnya..
..apa sebabnya??..
..sebabnya..
..aku sayang kau sahabat..
..woi! kenapa kau tolong aku daripada penjahat tu?..
..dah la aku selalu kutuk kau..
..selalu menjahanamkan barang-barang kau..
..kadang-kadang, apa yang aku buat kat kau ni, memang tak masuk akal..
..kenapa kau sabar gila dengan aku kan??..
..sumpah, tak pernah aku jumpa orang macam kau..
..kau ni pelik laa..
..aku jadi macam ini..
..sebabnya..
..aku sayang kau sahabat..
..kau ni, selalu tanya kabar kat aku..
..selalu ambil berat kat aku..
..kau tak penat ke??..
..dah la kalau aku tak balas mesej kau, mesti kau pergi rumah aku..
..kau ni, macam tahu-tahu je aku ada masalah time tu..
..btw, terima kasihlah sebab selalu sangat tolong aku bila aku susah..
..tapi kan, kenapa kau buat macam tu kat aku kan??..
..sebabnya..
..aku sayang kau sahabat..
..hari tu, kau dah buat satu kesalahan yang saaaangat berat..
..kau telah terlibat dengan jenayah dadah..
..kau hampir-hampir dibunuh kerana tak mampu untuk membayar wang dadah itu..
..aku tahu mengenai kau yang kau ni ada terlibat dengan dadah..
..kau tak tahu mana aku dapat berita pasal kau akan dibunuh kalaukau tak bayar duit dadah tu..
..time kau hampir dibunuh tu, aku datang selamat kan kau..
..kau terselamat, tapi aku cedera teruk..
..mereka gunakan kayu untuk memukul aku..
..tapi aku mampu lagi tersenyum bila tengok kau dalam keadaan ok..
..kau tanya aku, kenapa aku sanggup buat macam ni??..
..sebabnya..
..aku sayang kau sahabat..
...............
..alhamdulillah, aku punya sahabat macam kau..
..kau sanggup tegur aku bila aku buat salah..
..aku pernah tanya kau..
..kenapa kau beria-ria tegur aku bila aku buat salah..
..jawapan kau buat aku terharu..
..kau jawab, "sahabat, aku tak mahu masuk syurga sorang-sorang, aku mahu kau teman kan aku masuk syurga..
..kau kata lagi, "sekiranya kau terjatuh ke neraka, aku akan datang untuk sambut kau, aku mahu bawa kau ke syurga"..
..ahh! air mata aku berderai bila kau kata sedemikian..
..terima kasih sebab kau sayang aku sahabat..
..kadang-kadang aku rasa futur dalam jalan dakwah..
..aku rasa malas..
..amal fardhi ku kurang..
..qiam ku kurang..
..tapi, kau setia memberi semangat kepada aku..
..kau akan ingatkan aku untuk berjemaah di surau..
..kau call aku untuk bangun qiam..
..aku rasa malu dengan kau..
..terima kasih sebab kau sayang aku sahabat..
..ada suatu hari tu, entah tiba-tiba hati aku jadi rawan..
..aku seperti kanak-kanak kecil..
..merajuk entah mengapa..
..aku seperti masuk ke dunia ku sendiri..
..tanpa orang yang menemani aku..
..tapi, kau datang hulurkan tangan..
..kau memujuk ku..
..kau tak putus asa..
..malah kau ajak yang lain-lain untuk turut serta memujukku..
..alhamdulillah, aku rasa seperti sesuatu yang ajaib berlaku..
..bila kalian memujuk dan memujuk..
..aku rasa ia sesuatu yang mengujakan..
..aku kembali seperti biasa..
..terima kasih sebab kau sayang aku sahabat.. :)
tamat.
p/s: Inche Batusuci minta maaf sekiranya ada melakukan kesalahan pada kalian semua wahai sahabat. :)
0 luahan hati:
Post a Comment
sape nk comment sila klik disini