RSS
Write some words about you and your blog here

JADIKAH DIA WANITA SYURGA.

Salam alaikum.

Apa khabar kalian? sihat? semoga sentiasa berada di bawah naunganNya. Jom bersyukur kerana masih lagi berada dalam nikmat terbesar iaitu Iman dan Islam. ^_^

Sudah dua hari saya tidak update blog ini, sibuk barangkali.(sibuk la sangatkan.haha)
Hari ini juga terasa ingin bercerita. Izinkan yaa. :)


..Alhamdulillah, aku sekarang bergelar ayah..
..siapa sangka, aku akan mendapat anak seawal ini, alhamdulillah. (sujud syukur)..
..aku dapat anak perempuan, setelah berbincang dengan isteri, kami namakan anak kami ini Aisyah, yaa, Aisyah Sakinah..
..walaupun di usia muda kami mendapat anak, alhamdulillah, ia bukan lah bebanan, malahan ia sesuatu yang luar biasa..
..iyalah kan, kami masih belajar, sudah tu, ada anak pula, ia sangat mengajar kami untuk pandai bahagikan masa..
..selain itu, ia sangat mengajar kami untuk senantiasa bertanggungjawab dengan tanggungjawab yang telah ada..
..kami semakin matang dalam setiap hal..
..so, kahwin awal ini tiada masalah, bahkan ia sangat bagus kerana akan lebih menjaga kita..
..aku bersyukur kepada Allah.. :)
..terima kasih Aisyah Sakinah kerana beri abi dan ummi kebahagian.. :)
..semoga jadi anak solehah yaa..

..aku dan isteri sangat menjaga Aisyah..
..kami beri apa yang sepatutnya yang dia dapat..
..yang penting, kami beri didikan agama yang baik kepadanya..
..yaa, Aisyah semakin membesar..
..membesar dengan kasih sayang, didikan agama yang secukupnya..
..cantik rupanya anak abi ini, macam ummi dia. hehe..
..Aisyah, aku hantarkannya ke sekolah yang terbaik bagi ku, iaitu Sekolah Menengah Islam Hidayah(SMIH)..
..bagiku, SMIH adalah sekolah terbaik kerana aku juga pernah bersekolah disini..
..disini bukan sahaja hebat dalam akademik, malahan dalam tarbiahnya, subhanallah, sungguh best..
..disini, Aisyah bakal diajar oleh asatizah-asatizah yang hebat..
..bidang mereka seperti sains, biologi, kimia, matematik dan sebagainya, tapi hebat berkata-kata perihal Islam..

..alhamdulillah, Aisyah membesar dengan baik..
..Aisyah hebat berkata-kata..
..berdebat, berpidato, bercerita, ahh! banyak lagi lah..
..Aisyah banyak mengikut jejak ummi nya..
..ummi nya dulu seorang yang aktif, dalam bab bercakap-cakap ini memang kepakaran ummi dia la. huhu..
..Aisyah selalu beri tazkirah di sekolahnya..
..Aisyah juga di amanahkan untuk menjadi naqibah kepada adik-adik..
..aku dan isteri bangga dengan perkembangan hidup Aisyah..
..kami bahagia. <3..

..sekali lagi kami bersyukur kerana Aisyah dapat semua A dalam matapelajaran yang diambil dalam SPM..
..Aisyah dapat tawaran ke US dalam bidang ekonomi..
..aku sebagai ayah, agak bersedih untuk melepaskan dia pergi..
..iye la, aku tatang dia bagai minyak yang penuh, lepas tu dia nak pergi, so, kesedihan itu ada juga muncul dihatiku..
..tapi, aku kena relakan pemergiannya, kerana Allah telah aturkan dia ke sana..
..boleh juga dia membantu dakwah di sana..
..bila aku berfikir tentang dakwah dan tarbiah, aku rasa sungguh bertuah kerana dapat menghantar Aisyah di sana..
..aku berharap Aisyah dapat membantu dalam menggerakkan arus dakwah yang kian mendapat permintaan ramai tika ini..

..hari ini Aisyah akan bertolak ke US..
..ceria sungguh dia..
..kami bersalaman dan berpelukan..
..sempat juga aku titipkan beberapa nasihat kepadanya..
..walaupun aku akan rindukan dia, rindukan telatah dia, rindukan tangisannya bila dia mengadu sesuatu pada ku, rindukan kemanjaannya, aku redha, sebab dia pergi ke sana bukan suka-suka, dia pergi berjihad!..
..tiba-tiba aku dapat sms, "salam, abi, aisyah dah sampai dah, terima kasih abi, aisyah saaayang abi. <3 hehe."..
..peh, aku terharulah bila Aisyah cakap macam itu, alhamdulillah Aisyah selamat sampai.. :)

..4 tahun berlalu..
..akhirnya Aisyah tamat belajar dan pulang ke Malaysia..

..suatu hari seorang anak muda datang ke rumah ku..
..aku tanyakan dia, apa yang dia mahu..
..fuhh, dengan agak macho, anak muda itu berkata, " saya datang rumah pakcik dengan hajat yang besar, hajatnya ialah ingin mahu mengambil anak pakcik sebagai isteri."..
..dalam hati aku berkata, "peh, berani betul budak ni."..
..aku tanya dia, "dah bagi tahu naqib belum pasal ni? ayah mak tahu tak yang kamu ni nak kawen?..
..dia jawab, "alhamdulillah, saya sudah tanya pada naqib dan naqib saya benarkan saya bernikah, ayah mak juga beri."..
..owh, ok, nanti pakcik bincang dengan makcik dan Aisyah..

..untuk Aisyah, aku perlu pilihkan suami yang terbaik untuknya..
..aku tidak akan sembrono memilih lelaki yang sesuai untuk Aisyah..
..setelah aku selediki perihal anak muda itu, alhamdulillah, dia sangat sesuai untuk Aisyah..
..Aisyah juga bersetuju..

..sebelum berlangsung majlis pernikahan Aisyah, sempat juga aku bersembang dan beri sedikit amanat kepada bakal suami Aisyah..
..banyak juga amanat yang aku titipkan pada bakal suami Aisyah..
..antaranya aku mahu dia jadikan Aisyah wanita Syurga..
..aku sempat lagi memberikannya sebuah lagu untuk dia dengari..
..aku dulu dapat lagu ni, bila bapa mertua ku menyuruh aku mendengarnya..
..bila aku dengar, mengalir air mata aku..
..sungguh mendalam pengharapan ayah kepada bakal suami anaknya..
..sekarang, giliran aku pula menyerahkan lagu itu kepada bakal suami Aisyah..

..nak, ni ayah ada lagu untuk kamu dengar..
..hayatilah dan manfaatkanlah..
..lagu yang bertajuk Lafaz Sakinah..

Heningnya...
Sunyi suasana...

Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

.."aku nikahkah kau dengan anak perempuanku Aisyah Sakinah Bt Irfan dengan bermaharkan senaskah Al-quran."..
.."aku terima nikahnya Aisyah Sakinah denga bermaharkan senaskah Al-Quran."..
.."sah sah sah." orang ramai berkata..
..Alhamdulillah, anakku sdah bergelar isteri..

p/s: maaflah kalau x beberapa nak best ye.hik2.
siapa-siapa yang nak dengar lagu tu, boleh pergi ke link ini. ^_^ http://www.youtube.com/watch?v=Gnua_V91Cxo

0 luahan hati:

Post a Comment

sape nk comment sila klik disini