RSS
Write some words about you and your blog here

JADIKAH DIA WANITA SYURGA.

Salam alaikum.

Apa khabar kalian? sihat? semoga sentiasa berada di bawah naunganNya. Jom bersyukur kerana masih lagi berada dalam nikmat terbesar iaitu Iman dan Islam. ^_^

Sudah dua hari saya tidak update blog ini, sibuk barangkali.(sibuk la sangatkan.haha)
Hari ini juga terasa ingin bercerita. Izinkan yaa. :)


..Alhamdulillah, aku sekarang bergelar ayah..
..siapa sangka, aku akan mendapat anak seawal ini, alhamdulillah. (sujud syukur)..
..aku dapat anak perempuan, setelah berbincang dengan isteri, kami namakan anak kami ini Aisyah, yaa, Aisyah Sakinah..
..walaupun di usia muda kami mendapat anak, alhamdulillah, ia bukan lah bebanan, malahan ia sesuatu yang luar biasa..
..iyalah kan, kami masih belajar, sudah tu, ada anak pula, ia sangat mengajar kami untuk pandai bahagikan masa..
..selain itu, ia sangat mengajar kami untuk senantiasa bertanggungjawab dengan tanggungjawab yang telah ada..
..kami semakin matang dalam setiap hal..
..so, kahwin awal ini tiada masalah, bahkan ia sangat bagus kerana akan lebih menjaga kita..
..aku bersyukur kepada Allah.. :)
..terima kasih Aisyah Sakinah kerana beri abi dan ummi kebahagian.. :)
..semoga jadi anak solehah yaa..

..aku dan isteri sangat menjaga Aisyah..
..kami beri apa yang sepatutnya yang dia dapat..
..yang penting, kami beri didikan agama yang baik kepadanya..
..yaa, Aisyah semakin membesar..
..membesar dengan kasih sayang, didikan agama yang secukupnya..
..cantik rupanya anak abi ini, macam ummi dia. hehe..
..Aisyah, aku hantarkannya ke sekolah yang terbaik bagi ku, iaitu Sekolah Menengah Islam Hidayah(SMIH)..
..bagiku, SMIH adalah sekolah terbaik kerana aku juga pernah bersekolah disini..
..disini bukan sahaja hebat dalam akademik, malahan dalam tarbiahnya, subhanallah, sungguh best..
..disini, Aisyah bakal diajar oleh asatizah-asatizah yang hebat..
..bidang mereka seperti sains, biologi, kimia, matematik dan sebagainya, tapi hebat berkata-kata perihal Islam..

..alhamdulillah, Aisyah membesar dengan baik..
..Aisyah hebat berkata-kata..
..berdebat, berpidato, bercerita, ahh! banyak lagi lah..
..Aisyah banyak mengikut jejak ummi nya..
..ummi nya dulu seorang yang aktif, dalam bab bercakap-cakap ini memang kepakaran ummi dia la. huhu..
..Aisyah selalu beri tazkirah di sekolahnya..
..Aisyah juga di amanahkan untuk menjadi naqibah kepada adik-adik..
..aku dan isteri bangga dengan perkembangan hidup Aisyah..
..kami bahagia. <3..

..sekali lagi kami bersyukur kerana Aisyah dapat semua A dalam matapelajaran yang diambil dalam SPM..
..Aisyah dapat tawaran ke US dalam bidang ekonomi..
..aku sebagai ayah, agak bersedih untuk melepaskan dia pergi..
..iye la, aku tatang dia bagai minyak yang penuh, lepas tu dia nak pergi, so, kesedihan itu ada juga muncul dihatiku..
..tapi, aku kena relakan pemergiannya, kerana Allah telah aturkan dia ke sana..
..boleh juga dia membantu dakwah di sana..
..bila aku berfikir tentang dakwah dan tarbiah, aku rasa sungguh bertuah kerana dapat menghantar Aisyah di sana..
..aku berharap Aisyah dapat membantu dalam menggerakkan arus dakwah yang kian mendapat permintaan ramai tika ini..

..hari ini Aisyah akan bertolak ke US..
..ceria sungguh dia..
..kami bersalaman dan berpelukan..
..sempat juga aku titipkan beberapa nasihat kepadanya..
..walaupun aku akan rindukan dia, rindukan telatah dia, rindukan tangisannya bila dia mengadu sesuatu pada ku, rindukan kemanjaannya, aku redha, sebab dia pergi ke sana bukan suka-suka, dia pergi berjihad!..
..tiba-tiba aku dapat sms, "salam, abi, aisyah dah sampai dah, terima kasih abi, aisyah saaayang abi. <3 hehe."..
..peh, aku terharulah bila Aisyah cakap macam itu, alhamdulillah Aisyah selamat sampai.. :)

..4 tahun berlalu..
..akhirnya Aisyah tamat belajar dan pulang ke Malaysia..

..suatu hari seorang anak muda datang ke rumah ku..
..aku tanyakan dia, apa yang dia mahu..
..fuhh, dengan agak macho, anak muda itu berkata, " saya datang rumah pakcik dengan hajat yang besar, hajatnya ialah ingin mahu mengambil anak pakcik sebagai isteri."..
..dalam hati aku berkata, "peh, berani betul budak ni."..
..aku tanya dia, "dah bagi tahu naqib belum pasal ni? ayah mak tahu tak yang kamu ni nak kawen?..
..dia jawab, "alhamdulillah, saya sudah tanya pada naqib dan naqib saya benarkan saya bernikah, ayah mak juga beri."..
..owh, ok, nanti pakcik bincang dengan makcik dan Aisyah..

..untuk Aisyah, aku perlu pilihkan suami yang terbaik untuknya..
..aku tidak akan sembrono memilih lelaki yang sesuai untuk Aisyah..
..setelah aku selediki perihal anak muda itu, alhamdulillah, dia sangat sesuai untuk Aisyah..
..Aisyah juga bersetuju..

..sebelum berlangsung majlis pernikahan Aisyah, sempat juga aku bersembang dan beri sedikit amanat kepada bakal suami Aisyah..
..banyak juga amanat yang aku titipkan pada bakal suami Aisyah..
..antaranya aku mahu dia jadikan Aisyah wanita Syurga..
..aku sempat lagi memberikannya sebuah lagu untuk dia dengari..
..aku dulu dapat lagu ni, bila bapa mertua ku menyuruh aku mendengarnya..
..bila aku dengar, mengalir air mata aku..
..sungguh mendalam pengharapan ayah kepada bakal suami anaknya..
..sekarang, giliran aku pula menyerahkan lagu itu kepada bakal suami Aisyah..

..nak, ni ayah ada lagu untuk kamu dengar..
..hayatilah dan manfaatkanlah..
..lagu yang bertajuk Lafaz Sakinah..

Heningnya...
Sunyi suasana...

Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

.."aku nikahkah kau dengan anak perempuanku Aisyah Sakinah Bt Irfan dengan bermaharkan senaskah Al-quran."..
.."aku terima nikahnya Aisyah Sakinah denga bermaharkan senaskah Al-Quran."..
.."sah sah sah." orang ramai berkata..
..Alhamdulillah, anakku sdah bergelar isteri..

p/s: maaflah kalau x beberapa nak best ye.hik2.
siapa-siapa yang nak dengar lagu tu, boleh pergi ke link ini. ^_^ http://www.youtube.com/watch?v=Gnua_V91Cxo

TERIMA KASIH KERANA SAYANG AKU SAHABAT. :)

Salam alaikum.

Fuhh.hari terasa mahu bercerita lagi lah. Boleh kan? (buat muka manja.hahah)

Sorry la kalau ada yang tak suka, tapi saya suka bercerita. Bercerita dengan mulut tak suka sangat. Bercerita dengan cara menulis suka lah.hee.


.." alah kau ni, sibuk-sibuk je nak tegur aku, pergi lah!"...
..yaa, seorang manusia berkasar dengan sahabatnya..
..sahabat, kenapa kau begitu marah kalau aku menegur kau??..
..ahh!! aku tak suka di ganggu lah! pergi!..
..sahabat, jangan lah macam ni, kau buat salah, aku kene lah tegur..
..alaahh!! sibuk je nak tegur-tegur aku..
..tapi, kenapa kau selalu sangat tegur aku bila aku buat salah??..
..aku mahu kau terkeluar dari kepompong jahiliyah..
..sebab lain adalah..
..aku sayang kau sahabat..

..eh, kenapa kau baik sangat dengan aku ni??..
..kenapa? salah ke aku baik dengan sahabat aku?..
..takde la, kau ni asyik belanja aku, besday aku kau bagi hadiah, aku sakit, kau jaga macam kau jaga mak kau..
..aku rasa macam pelik, tak pernah aku jumpa orang macam kau..
..hehe, sahabat, aku buat tu ada sebabnya..
..apa sebabnya??..
..sebabnya..
..aku sayang kau sahabat..

..woi! kenapa kau tolong aku daripada penjahat tu?..
..dah la aku selalu kutuk kau..
..selalu menjahanamkan barang-barang kau..
..kadang-kadang, apa yang aku buat kat kau ni, memang tak masuk akal..
..kenapa kau sabar gila dengan aku kan??..
..sumpah, tak pernah aku jumpa orang macam kau..
..kau ni pelik laa..
..aku jadi macam ini..
..sebabnya..
..aku sayang kau sahabat..

..kau ni, selalu tanya kabar kat aku..
..selalu ambil berat kat aku..
..kau tak penat ke??..
..dah la kalau aku tak balas mesej kau, mesti kau pergi rumah aku..
..kau ni, macam tahu-tahu je aku ada masalah time tu..
..btw, terima kasihlah sebab selalu sangat tolong aku bila aku susah..
..tapi kan, kenapa kau buat macam tu kat aku kan??..
..sebabnya..
..aku sayang kau sahabat..

..hari tu, kau dah buat satu kesalahan yang saaaangat berat..
..kau telah terlibat dengan jenayah dadah..
..kau hampir-hampir dibunuh kerana tak mampu untuk membayar wang dadah itu..
..aku tahu mengenai kau yang kau ni ada terlibat dengan dadah..
..kau tak tahu mana aku dapat berita pasal kau akan dibunuh kalaukau tak bayar duit dadah tu..
..time kau hampir dibunuh tu, aku datang selamat kan kau..
..kau terselamat, tapi aku cedera teruk..
..mereka gunakan kayu untuk memukul aku..
..tapi aku mampu lagi tersenyum bila tengok kau dalam keadaan ok..
..kau tanya aku, kenapa aku sanggup buat macam ni??..
..sebabnya..
..aku sayang kau sahabat..

...............

..alhamdulillah, aku punya sahabat macam kau..
..kau sanggup tegur aku bila aku buat salah..
..aku pernah tanya kau..
..kenapa kau beria-ria tegur aku bila aku buat salah..
..jawapan kau buat aku terharu..
..kau jawab, "sahabat, aku tak mahu masuk syurga sorang-sorang, aku mahu kau teman kan aku masuk syurga..
..kau kata lagi, "sekiranya kau terjatuh ke neraka, aku akan datang untuk sambut kau, aku mahu bawa kau ke syurga"..
..ahh! air mata aku berderai bila kau kata sedemikian..
..terima kasih sebab kau sayang aku sahabat..

..kadang-kadang aku rasa futur dalam jalan dakwah..
..aku rasa malas..
..amal fardhi ku kurang..
..qiam ku kurang..
..tapi, kau setia memberi semangat kepada aku..
..kau akan ingatkan aku untuk berjemaah di surau..
..kau call aku untuk bangun qiam..
..aku rasa malu dengan kau..
..terima kasih sebab kau sayang aku sahabat..

..ada suatu hari tu, entah tiba-tiba hati aku jadi rawan..
..aku seperti kanak-kanak kecil..
..merajuk entah mengapa..
..aku seperti masuk ke dunia ku sendiri..
..tanpa orang yang menemani aku..
..tapi, kau datang hulurkan tangan..
..kau memujuk ku..
..kau tak putus asa..
..malah kau ajak yang lain-lain untuk turut serta memujukku..
..alhamdulillah, aku rasa seperti sesuatu yang ajaib berlaku..
..bila kalian memujuk dan memujuk..
..aku rasa ia sesuatu yang mengujakan..
..aku kembali seperti biasa..
..terima kasih sebab kau sayang aku sahabat.. :)

tamat.

p/s: Inche Batusuci minta maaf sekiranya ada melakukan kesalahan pada kalian semua wahai sahabat. :)

ABANG SAAAYANG ADIK.

Salam alaikum.

Apa khabar pembaca sekalian??
Harapnya berada dalam lingkungan Iman dan Islam yaa. ^_^

Izin kan saya bercerita yaa.huhu.


..si adik sentiasa memarahi abang nya..
..itu tak kena, ini tak kena..
..malahan, sentiasa menyakitkan hati abangnya..
..bila abang memarahinya, pasti ayah akan memukul abang..

..abang begitu sabar dengan karenah adik..
..kadang-kadang bukan sahaja hendak marah, hendak pukul pun ada bila adik nya itu cari pasal..
..tapi, apa kan daya, pasti dia akan dimarahi oleh ayah nya nanti..
..maka abang sentiasa mengambil sikap untuk sabar..

..adik seorang yang aktif bersukan..
..adik hebat dalam permainan bola sepak..
..adik menjadi ayam tambatan di dalam pasukannya..
..kadang-kadang bila bermain, adik mendapat kecederaan..
..abang sangat simpati melihat kesakitan adik..
..ketika malam, adik sedang tidur..
..abang membawa ubat gamat dan tisu untuk merawat adik..
..abang rawat adik dengan penuh kasih sayang..
..abang tak mahu adik abang ni sakit-sakit..
..abang sayang adik..

..adik juga hebat dalam pelajaran..
..adik selalu mendapat top 3 ketika exam..
..ramai orang puji adik..
..abang bangga dapat adik macam ni. :)..
..tapi adik, abang tak tahu macam mana nak tunjukkan bangga abang pada adik..
..abang ada bagi hadiah kat adik..
..keesokan harinya, abang tengok hadiah tu ada dalam bakul sampah..
..adik, abang kecik hati sangat dengan sikap adik tu..
..abang tahu, hadiah abang tak seberapa..
..tapi, jangan lah buat macam tu. :(..
..abang nak marah, tapi tak boleh..
..tak mengapa la, abang tak marah, sebab....
..abang sayang adik..

..ayah ada hadiahkan abang motor untuk memudahkan perjalanan..
..abang nak kongsi kegembiraan abang dengan adik..
..abang mahu bawa adik jalan-jalan..
..tapi, adik dengan sombong nya berkata, "alah! buat apa aku naik dengan kau, aku boleh naik sendiri laa!"
..tahukah adik, sakit sungguh hati abang bila adik berkata sedemikian..
..abang bukan apa, abang hanya mahu kongsi kegembiraan sahaja dik..
..adik selalu sahaja bawa motor abang walaupun adik tahu abang tak bagi..
..tak apa la dik, dengan berat hati abang terpaksa beri izin untuk adik bawa motor tu, sebab...
..abang sayang adik..

..pada suatu hari, adik ajak abang pergi ke Jusco..
..abang ketika itu sangat penat..
..tapi, abang sanggup juga teman kan adik..
..dalam hati abang berkata, "xpe la, bukan selalu dapat berjalan dengan adik."..
..ketika kita sama-sama berjalan..
..abang tengok adik gembira sangat..
..abang tumpang gembira bila adik gembira..

..tapi, kegembiraan itu tidak lama..
..adik ingin melintas jalan..
..adik tidak toleh kiri dan kanan ketika melintas..
..tiba-tiba.......................
..BOOOMM!!..
..berlaku suatu perlanggaran yang dasyat..
..darah mengalir dijalan raya..
..tapi, kenapa abang tengok adik yang menangis??..
..adik, jangan nangis yee..
..abang tak nak adik sedih-sedih..
..tiba-tiba, abang telah termuntah darah..
..abang berkata, "eh, kenapa dengan abang ni?..
..owh, sebenarnya abang yang kene langgar..
..abang sempat tolak adik ke tepi dan kereta itu menghentam abang..

..adik menangis sambil meraung..
..adik minta maaf sebab selalu sakit kan hati abang, selalu marah abang..
..tapi, semua itu sudah tidak berguna lagi..
..abang tinggal masa sahaja untuk pergi..
..sebelum abang pergi, abang ada sesuatu nak cakap pada adik..
..adik, abang saaayang adik..
..semakin kuat adik meraung.. :(

tamat.

p/s: Inche Batusuci ingin ajak anda supaya sayangi abang anda sekiranya anda ada abang. ^^