RSS
Write some words about you and your blog here

PENGISLAHAN DIRI

Salam semua, alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi ana peluang bagi menjejaki bulan Ramadhan pada tahun ini. Terima kasih ya Allah. Tika ana sedang sibuk menaip sekarang, ana rasa ramai sahabat-sahabat ana yang sedang menjalani urus niaga dengan Allah. Antara urus niaga yang ana maksudkan ialah tadarus Al-Quran, Berzikir, Solat Terawih dan sebagainya. Semoga kalian mendapat keberkatan pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

on da way nak pi raya rumah ustzh muhaini....

Bercerita tentang Ramadhan, ana ingin bertanya kepada pembaca, apakah azam anda semasa bulan Ramadhan kali ini? Adakah ingin berpuasa penuh..? Bagi ana, azam yang begini adalah sangat sesuai kepada adik-adik kita yang mahu belajar berpuasa dan tidak layak kepada orang telah baligh kecuali WANITA. Ada juga orang berazam ingin khatam Al-Quran sebanyak 6 kali. Bila terdengar sahaja orang itu menyebut 6 kali, ana agak terkesima, betul ke dia ini? Dalam hati ana terselit rasa kagum kerana ana masih tidak lagi mampu untuk khatam sebanyak 6 kali dalam bulan Ramadhan. Ana harap orang itu dapat melaksanakan azamnya dengan penuh dedikasi. Selain itu, ada juga orang yang berazam membaca maksud ayat-ayat Al-Quran dari juz 1 sampai juz 30. Ada juga sesetangah orang yang ingin menghabiskan buku-buku yang berkaitan dengan Ramadhan, Dakwah, Fiqih, Sirah dan sebagainya dalam bulan yang diberkati ini.


dengan bapa angkat...huhu..

Tetapi cuba kita lihat masyarakat diluar sana, adakah mereka mempunyai azam yang sama seperti mereka yang diatas? Mungkin ada yang mempunyai azam seperti orang diatas, cuma kita tidak dapat detect. Ana ada terbaca satu luahan hati seorang siswa kepada seorang uztaz, si fulan ini berkata "Ustaz, saya rasa, saya tak boleh puasa la tahun ini, sebab saya asyik sibuk dengan Minggu Oriantasi, kalau dah sibuk, mesti badan saya penat. Lagi pun ustaz, saya ini tidak la orang yang kuat iman, saya tak boleh tenguk makanan sikit, nanti mesti meleleh, lagi-lagi tengah puasa, mesti saya buka punya la" . Begini la umat akhir zaman sekarang, ramai yang masih lagi mengamalkan ISLAM secara juz`i-juz`i iaitu separuh-separuh. Mereka kata kita perlu ubah sistem ekonomi kita dari Sistem Ekonomi Campuran kepada Sistem Ekonomi Islam. Mereka kata lagi, kita sebagai umat Islam mesti solat Jumaat, kalau tidak kita akan berdosa besar. Sedangkan solat fardhu pun masih terkontang-kanting lagi. Di sini la silat umat Islam akhir zaman. Selain itu, ketika bulan Ramadhan ini juga la terdapat ramai COUPLE yang datang ke tempat-tempat tertentu seperti di pusat membeli belah bagi menjalankan misi mereka.


kt Batang Kali , Selangor...

Jadi, apa peranan kita sebagai seorang Rijal Islam bagi membantu masyarakat kita diluar sana. Bagi manusia yang telah dididik dan ditarbiah dengan cara ISLAM, mestilah bekerja untuk ISLAM bagi menaikkan imej ISLAM dimata dunia. Tetapi, jika kita tidak membantu ISLAM, ISLAM tidak akan rugi, akan tetapi kita yang rugi kerana ALLAH akan menggantikan kita dengan Rijal-Rijal yang lebih ampuh dan bersemangat bagi menegakkan ISLAM. Jadi, marilah kita menjadi orang yang ASLEH NAFSAKA, AD`U GHAIRAN.


Alhamdulillah selingan sudah selesai.



Sebenarnya ana sedang menghilangkan rasa gerun dihati apabila Percubaan SPM makin hampir. Ana nak hilangkan rasa gerun sekejap, ana pun menaiplah apa-apa yang patut, antaranya adalah tazkirah diatas. Ana tak tahu sama ada ana masih lagi boleh menulis atau pun tidak walaupun SPM makin hampir. Ana takut juga apabila ditanya oleh ALLAH dipadang masyhar "Irfan B Masiri! adakah dengan alasan SPM makin hampir engkau tidak lagi boleh berdakwah melalui blog engkau!!?" apa yang perlu ana jawab jika ditanya soalan berkenaan? hmm, ana pun tak pasti apa jawapan yang akan ana bagi, cuma ALLAH sahaja yang tahu. Apa-apa pun, ana sangat-sangat mengharap doa daripada kalian bagi membantu ana untuk mendapat kejayaan dalam Percubaan SPM dan SPM serta terus-menerus kekal dalam jalan dakwah.


Ana rasa setakat ini sahajalah post ana. Mohon maaf jika ana ada berlaku tidak adil, bersikap kasar serta menyakitkan hati kalian.


HAMBA YG LEMAH...



ASSALAMUALAIKUM..

USRAHKU


dari kiri: Izzat, Zubayr, Zulhilmi, Syafiq, Ust Rahman, Daeng, Irfan, Azzam, Imran




gamba tanpa Azzam...hehe...





control2...huhu

Saiful Islam Ust Rahman Azzam

3R = REMAJA RAI RAMADHAN

Salam semua, alhamdulillah sekali lagi ana bersyukur dengan limpahan rahmat NYA yang ESA kerana memberi lagi peluang untuk ana menghirup udara segar seperti orang lain.

InsyaAllah, post kali ini berkisarkan sebuah program yang diberi nama 3R = Remaja Rai Ramadhan yang telah dilakukan di rumah ana sendiri. Program ini telah memberi input yang banyak kepada peserta2 yang lain. Program ini telah memberi input seperti apakah amalan2 sunat yang boleh dilakukan serta pahalanya berganda2 apabila diulang berulang kali. Selain itu, peserta juga didedahkan apa hikmah yang ada pada bulan Ramadhan serta perkara penting apa yang berlaku ketika bulan Ramadhan. Mereka juga akan mengikuti kursus pada bukan Ramadhan. Disini ana sedikit promosi..silakan baca.
PROMOSI KURSUS SEMPENA RAMADHAN
Promosi untuk kursus ini khas untuk orang Islam sahaja.
Tajuk Kursus: Pengurusan Taqwa Mukmin Berkualiti
Bayaran: Percuma
Masa: 24 jam
Tempoh masa: 1 Ramadhan hingga 30 Ramadhan
Siapa yg patut hadir: semua orang Islam
Bahan yg perlu dibawa: Mushaf al-Quran
Makanan & Minuman: Bawa sendiri, banyak lagi ok..boleh sedekah..
Tempat: Dirumah masing2 dan masjid berdekatan
Fasilitator: Allah SWT
Objektif kursus: Di akhir kursus semua peserta menjadi seorg mukmin yang bertaqwa.
Aturcara Kursus:
1) Bgn awal sblm subuh & mkn sahur agar latih bgn awal.
2) Solat subuh, kalau berjemaah lg baik.
3) Tak blh mkn dr subuh hingga masuk maghrib agar sentiasa igt FASILITATOR.
4) Mkn dgn segera bila dgr azan maghrib utk latih cpt menjalankan perintah FASILITATOR.
5) Mkn sikit je & pergi solat maghrib agar nmpk latuhan ini krn FASILITATOR bkn krn perut lapar.
6) Solat Terawikh agar melatih buat solat Qiamullail.
7) Baca Quran satu juz satu hari agar selesai membaca Kalam FASILITATOR cukup sebln..Ini nota dr FASILITATOR yg perlu dibaca.
8) Beriktikaf dimasjid 10 mlm terakhir utk mendapatkan LailatulQadar agar melatih utk ghairah mencari pahala(bonus dr FASILITATOR)
PENGECUALIAN:
Peserta yg terpaksa bermusafir boleh minta pengecualian tetapi mesti ikuti kursus ini diwaktu lain. Begitu juga peserta yg uzur syarii. Tetapi semasa org lain sedang berkursus, mereka tak boleh hebahkan yang mereka ni tak ikut kursus. Sijil Penyertaan boleh diterima di masjid pd 1 Syawal & Sijil Cemerlang boleh diterima di masjid pd subuh LailatulQadar yg disampaikan oleh Jibril a.s. & disaksikan oleh seluruh Malaikat.
Sekian, selamat berkursus.
Disini ana titipkan beberapa gamba ketika program sedang berlangsung.
ni MC yang bertugas bg memulakan majlis..
peserta sdg khusyuk mendgr..
MC sdg khusyuk mendgr..
ini lah penceramah nya...dr maktab..
ni jugalah MC yg ditugaskan utk menutup majlis...
Sekian saja dr ana..
ASSALAMUALAIKUM..

SELAMAT HARI LAHIR




...SeLaMaT hArI LaHiR yg ke-43
SeMoGa PaNjAnG uMuR dan TeRuS tHaBat
di AtAs JaLaN DaKwAh yg AmAt
PaNjAnG ni...
IRFAN SAYANG ABAH...

SHOW

Salam semua, kali ni ana nak kongsi kenangan manis ana bersama batch kesayangan ana iaitu B11 SMIH semasa buat persembahan ketika IHTIFAL SMIH.


NI PART 1



NI PART 2


Selamat menonton...

Harap terhibur..

ASSALAMUALAIKUM...

NANTIKAN AKU DI BATAS WAKTU

Dikedalaman hatiku tersembunyi harapan yang suci

Tak perlu engkau menyangsikan

Lewat kesalihanmu yang terukir menghiasi dirimu

Tak perlu dengan kata-kata

Sungguh walau kukelu tuk mengungkapkan perasaanku

Namun penantianmu pada diriku jangan salahkan

Kalau memang kau pilihkan aku

Tunggu sampai aku datang nanti

Kubawa kau pergi kesyurga abadi

Kini belumlah saatnya aku membalas cintamu

Nantikanku dibatas waktu

sekian saja dari ana....

ASSALAMUALAIKUM...

HIDAYAH TERPAMPANG DLM THE STAR

Salam semua..

Nampaknya berita penutupan sekolah kita dah dapat perhatian media. Di sini ana sertakan muka hadapan The Star hari ini.


Ustaz Ezaidin di muka hadapan. :D





Pesanan daripada Dr. Murni(isteri pak cik Ainolutfi):
Sesiapa yang demam, batuk, selesema dan sebagainya, sila kuarantin diri di rumah. Elakkan aktiviti berat (contoh: main futsal, window shopping) dan tempat yang ramai orang (contoh: wayang, shopping centre, cyber cafe). Kalau simptom-simptom semakin teruk dan sesak nafas, sila bergegas ke hospital (bukan klinik) untuk disaring. Banyakkan minum air masak / air mineral dan makan banyak buah yang ada vitamin C (oren, limau, jambu batu dsb...).
Pesanan daripada Ust. Kamaliah:Sambung belajar sendiri di rumah, buat latih tubi yang telah diberikan.
Sekian, terima kasih.
ASSALAMUALAIKUM..

SEDIKIT PERKONGSIAN

Salam semua, pada hari ni, diri ini agak merasa keletihan kerana baru balik dari sebuah program. Semestinya program yg ana pergi ni di naungi oleh sayap2 malaikat yg besar tu. InsyaAllah, program yg ana pergi tu diberi nama daurah Murabbi. Sebenarnya, program ni utk pelajar universiti saja. Tapi disebabkan ana mendapat lesen dari ayah ana, ana pon dibenarkan untuk mengikuti program ni. Pada mulanya, ana rasa macam tak nak pergi, tapi disebabkan rohani ana nak makanan, ana pun pergi la.

Dalam program ni, ada dua tajuk yang dibentangkan. Yang pertama Pembentukan Umat Islam dan yang kedua ialah Ciri2 Khusus Dakwah. Tapi hari ni ana menaip pasal Pembentukan Umat Islam.

PEMBENTUKAN UMAT ISLAM

Menurut penyampai ni, pembentukan umat islam ni bermaksud membentuk individu, keluarga, masyarakat dan bangsa yg mengamalkan Islam secara menyeluruh. Penyampai ni berkata lagi, kalau nak bentuk umat, mesti melalui proses TARBIYAH, DAKWAH dan JIHAD. Bagi melaksanakan proses ini, Dai`e atau pun Murabbi yg perlu menggalas tugas ini.

berhenti sekejap sambil hirup udara

Pembentukan yg pertama ialah Pementukan Peribadi Muslim. Pembentukan peribadi yang ingin dicapai ialah peribadi yg dibentuk dengan ciri Keimanan, keislaman, dan juga Ketaqwaan. Dari segi keimanan, ape yang ditekankan ialah peribadi itu mesti mempunyai Iman yang lurus. Contoh yang telah diberi ialah, sebagaimana Rasulullah SAW telah mendidik serta membina peribadi muslim ni selama 13 tahun di Mekah. Penduduk Mekah yang memasuki Islam ketika itu ditekankan mengenai Aqidah. Bagi seorang dai`e, die perlulah menyampaikan kebaikan serta berusahauntuk mengubah diri mereka kepada yang lebih baik. Tetapi ada sebilangan dari kita menolak apabila disuruh menjadi dai`e, atas alasan apa mereka menolak...? alasan yang mereka berikan ialah tidak cukup sempurna Iman mereka. Alasan itu agak tidak munasabah kerana, setiap manusia tidak mempunyai Iman yang sempurna. Oleh itu, kepada sesiapa yang telah dipilih oleh Murobbi mereka supaya menjadi Murobbi, jgn la menolaknya, kerana ia akan membantu kita di akhirat kelak.

Dari segi Ketaqwaan pula ialah mempunya Taqwa yang sebenar. Seorang peribadi muslim akan melakukan ibadah dan mengamal perkara yang soleh justeru seluruh ibadahnya akan menghasilkan taqwa. Dan yang terakhir sekali ialah dari segi Keislaman. Apa yang diperkatakan oleh penyampai pengisian ini berkata "Dari Iman dan Taqwa akan memandu insan untuk mengamalkan Islam dalam seluruh ruang lingkup kehidupannya". Justeru, pada tahap ini, individu akan menilai apa yang buruk dan apa yang baik yang ada pada dirinya.

khusyuk mendengar..(mcm btol je...huhu)

Pembentukan yang kedua pula ialah Pembentukan Semangat Berjemaah. Seorang yang mempunyai peribadi muslim ni tidak akan semprna jika tidak diikat dalam jemaah. Selain itu, Islam ni akan berkembang melalui dakwah yang dilakukan dengan adanya tanzim (organisasi). Tanpa tanzim Islam amat susah untuk disebarkan. Oleh yang demikian, tanzim ni amat penting bagi menggerak kan usaha dakwah dengan berkesan.Malahan, dakwah yang tersusun adalah satu tuntutan yang amat sangat diperlukan.

Pembentukan yang ingin dilakukan ialah Berpegang Teguh Dengan Tali Allah. Maksud bagi berpegang teguh dengan tali Allah ialah berpegang dengan aqidah Islam yang sebenar2nya. Selain itu, kalimah Syahadah adalah dasar tauhidullah yang membawa kepada kesatuan hati, kesatuan akhlak, kesatuan fikrah, kesatuan umat dan kesatuan dalam gerak kerja dakwah. Selain itu, Tidak Berpecah Belah juga termasuk dalam pembentukan semangat berjemaah. Apa yang ingin diperkatakan disini ialah berpecah belah amat dilarang ketika berada dalam jalan dakwah ini dan ia juga boleh membawa kepada perpecahan yang akan mengakibatkan terbantutnya kerja2 dakwah yang telah dilakukan dalam masa yang agak lama.

time ni dah abis menulis..

Penyatuan Hati juga penting dalam berjemaah. Penyatuan ini perlu dipupuk melalui rasa cinta, kataatan dan mesti diaplikasikan ke dalam jalan dakwah yang amat panjang ini. Penyatuan hati bermaksud bertemu atas landasan cinta, berjumpa dalam rangka taat, saling bersatu dalam dakwah dan saling berjanji untuk berjihad. Dan yang terakhir sekali ialah Persaudaraan Islam. Persaudaraan Islam yang dimaksudkan disini ialah merupakan ikatan yang akan mewujudkan kekuatan Islam. Selain itu, tanpa ukhuwah, kita akan menjatuhkan harakah yang telah lama dibina.

ini lah penyampai yang ana maksudkan...hehe..

Ana rasa setakat ini je lah perkongsian yang ana mampu lakukan. Ana mohon maaf jika perkongsian yang ana tulis ni tidak memahamkan kalian. Ana masih mentah lagi dalam bidang ini. Sesiapa boleh tegur ana jika ana buat kesilapan.

sekian saja drpd ana,

insan lemah..

ASSALAMUALAIKUM...