RSS
Write some words about you and your blog here

MEREKA

Hari ini sungguh ramai yang syahid...
Lebih kurang dalam 20 org...
Mereka sangat bertuah...
Mereka sangat disayangi ALLAH...

Mereka dapat apa yang mereka hajati...
Iaitu MATI SYAHID...
ALLAH kabulkan doa mereka...
Sungguh beruntung mereka...

ya ALLAH...
Kau tabahkan lah mereka...
Kau berilah kesabaran kepada mereka...
Kau kurniakanlah kekuatan kepada mereka...

Wahai TUHAN yang berkuasa...
Kau hapuskan lah israel LAKNATULLAH itu....
Kau tunjukkan lah kepada DUNIA bahawa ISRAEL merupakan IBLIS yang bertopengkan manusia...
Kau tunjukkanlah kekuasaanMU...
Kau ajar lah mereka supaya mereka sedar bahawa mereka adalah PENJENAYAH ANTARABANGSA...

MUKHAYAM DARJAH 6 SRIH

Salam semua...
Hari ini nak post pasal gambar mukhayam yg tak seberapa...
:) :D ;) :p ^_^ >_<




barisan fasi lelaki bersama ust2....


syeksen 8A...no 2...team komander Irfan M

team komander Anas A

team komander Zubayr A...dpt no 1

team komander Thalhah...




sekadar itu dulu coretan...
malas nk menulis...
letak gambar je...
hee~

PENGUMUMAN

Salam semua...

Insyaallah dalam masa 3 hari berturut-turut blog ini tidak akan di update...
Kerana tuan punya blog ini sedang menghadiri mukhayam darjah 6 SRIH...
Di UTM...

Mohon doa dari kalian supaya Allah selamatkan perjalanan pergi dan balik kami...
Ameen...

:) =) ;) :p

SEMOGA TABAH :(

Salam semua...

Mungkin hari ini hari kesedihan buat diriku...
Ceritanya bermula demikian....

Saat diriku gembira kerana mendapat sesuatu ilmu yang baru di majlis ilmu, ku pulang ke rumah. Setelah tiba dirumah, tanpa berlengah aku terus membuka laptop untuk melihat email, blog, dan facebook.

Tatkala sedang membuka email ku, aku terlihat nama ust Haris Ba'in. Aku membuka email yang dikirim oleh ust Haris dan membaca email tersebut sampai habis. Apabila tiba di satu statment yang berbunyi...

"Kedutaan Malaysia Di Yaman Tidak Membenarkan Univ Al-Iman Memberikan Surat Kebenaran Untuk Sambung Belajar di Univ Tersebut"

habis sudah membaca statment tersebut, mata seolah-oleh mengeluarkan manik-manik kecil dan mengalir ke pipi ku. Hati secara tiba-tiba merasa hiba dan hati pun bermonolog.

"ya Allah...beratnya ujian yang kau berikan kepada ku untuk sambung belajar...ya Allah...kau ringankan lah ujianMU itu"

Subhanallah, terasa diri ini seperti futur yang teramat. Terasa diri ini hanya mampu melambai-lambai negara Yaman tetapi tidak mampu untuk dijejaki. Terasa seperti harapan untuk ke sana telah terhenti.

Namun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Teringat sebuah lirik nasyid yang berbunyi...

"ujian adalah terbiyah dari Allah, adakah kitakan sabar atau pun sebaliknya"

ya, memang ujian adalah tarbiyah. Namun hati ini tetap berkeras untuk kesana. Walaupun mungkin sekadar belajar bahasa sahaja. Ya Allah, Kau pemudahkanlah urusan kami iaitu para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke sana, ameen.

sekadar coretan hati....


BUDAK KECIK :)





Salam semua...
Hari ini rasa macam nak bercerita tentang budak kecik ni...
Nama budak ni Irdina...
Umur 2 tahun...

Saat dia sedang membesar, diri ini tiada dalam kehidupan nya kerana diri ini sering tiada dirumah....
Bila diri ini kembali ke rumah, dia tidak mengenal ku...
Diri ini agak sedih bila dia tidak mengenal ku....
Apa kan daya ketika itu diri ini sedang menduduki peperiksaan SPM dan selama beberapa bulan tidak dapat berjumpa dengan nya...
Bila diajak untuk menaiki motor, dia enggan malah dia lebih memilih abang nya lagi satu iaitu Isyraf...
Bila hendak mendukung nya, dia menolak malah menangis....
Bila diajak untuk berjalan, dia menolak...
Senang cakap apa yang berkaitan dengan diri ini dia akan menolak...

Tapi...
Sejak akhir2 ni, dia sudah mula ubah sikapnya terhadap diri ini...
Dia sudah mula mengajak diri ku untuk menaiki motor...
Dia sudah mula menyuruh ku mendukung nya...
Dia sudah mula mengajak ku berjalan-jalan...
Dan yang paling best, dia sudah mula bermanja dengan ku...
Dia sudah mula ajak ku bermain..
Dia sudah mula pandai merajuk dengan ku bila ku kurang beri perhatian kepada dia...

Dia macam sudah tau yang diri ini akan ke [sana]...
Nanti berbulan-bulan dia tidak dapat bermanja dengan ku...
Diri ini hanya bisa mendoakan dia tak akan lupakan diri ini setelah diri ini pulang ke malaysia nanti..

sekadar itu celoteh hari ini...

PERIHAL DIRI :)

dari barisan usrah....

dari umbi tarbiah...

Salam semua....
Hari ini terkenang dikala diri ini dididik dan dibentuk supaya menjadi orang berguna dalam ISLAM...
Supaya untuk terus kekal dlm jalanNYA...
Supaya dapat menyeru manusia ke arah kebaikan...
Supaya dapat menaikkan nama ISLAM...
Supaya bekerja untuk ISLAM...
Supaya menjadi hamba abdiNYA...
Supaya menjadi seorang yang penyayang...
Supaya menjadi seorang yang mencintaiNYA melebihi cinta manusia...

Tapi....
Kadang2 diri ini rasa x layak nk memikul amanah yg diberi....
Kadang2 diri ini rasa futur yang teramat...
Kadang2 diri ini sering melakukan perkara yang tak layak seorang ISLAM tu buat...
Kadang2 diri ini sering buat orang lain rasa marah...
Kadang2 diri ini tak dapat menjadi qudwah...
Kadang2 diri ini kecewa dengan keadaan nya...

Alhamdulillah....
Diri ini ada sahabat yang selalu mengingat kan nya...
Diri ini ada naqib yang selalu betul kan perkara yang salah...
Diri ini ada mama dan abah yang sering doakan kejayaan nya...
Diri ini ada adik yang selalu membahagiakan nya...
Diri ini ada seseorang yang boleh dijadikan qudwah...
Diri ini ada manusia yang sering menyuruh diri ini kekal dalam jalanNYA...
Diri ini ada tanzim yang sentiasa memberi jalan untuk melakukan sesuatu...


Sekadar coretan hati....:)







JAYA :)









Salam semua....

Hari ini suka berjaya.....
Kita sebenarnya seorang kreatif..
Seorang yang berkebolehan tinggi...
Seorang yang sangat berjuang tinggi...
Seorang yang sangat ingin kan KEJAYAAN...
Tapi...
Akibat malas...
Kita susah untuk dapatkan sesuatu yang ingin dimiliki....
Moralnya....
Malas tonggak KEGAGALAN...

HIKMAH PENANGGUHAN :)

salam semua....alhamdulillah...hari ini diberi kesempatan sangat2 oleh Ilahi untuk terus menaip sekaligus cuba mengupate blog yang setelah sekian lama tidak di update...:)

Hari ini sedang cuba bercerita tentang penangguhan....apa yang ada dengan penangguhan yang berkaitan dengan diri ini....

Alhamdulillah apabila diberitahu tentang tarikh diri ini boleh fly ke sana, diri ini melonjak kegembiraan sambil memuji Tuhan yang Esa. Sangat teruja kerana hasrat ke sana kesampaian juga. Dengan begitu excited, diri ini menghebahkan kegembiraan hati ini ke facebook yang tersedia ada. Setelah mendengar ucapan2 dari sahabat yang tertera di komen status, diri ini sangat tidak sabar untuk ke sana. Hati ini sentiasa nak ke sana. Tiba2 dapat 1 sms dari abah bahawa akan ada taklimat ke sana yang akan diadakan di WAMY. Saat itu, hati terlalu gembira kerana hari yang ditunggu semakin tiba.

Tapi, 10 hari sebelum ke sana, diri ini mendapat sma dari ayahanda tercinta bahawa taklimat ke sana di tangguhkan. Tiba2 hati ini terasa agak tidak sedap. Diri ini cuba mencari rahsia apakah gerangan yang menyebabkan taklimat tersebut ditangguhkan. Setelah puas mencari, akhirnya diri ini dapat mencari punca kenapa taklimat ke sana di tangguhkan. Rupanya masalah yang menyebab kan taklimat ini ditangguhkan ada kene mengena dengan pemergian diri ini ke sana. Masalahnya ialah KEDUTAAN MALAYSIA di SANA TAK BAGI KEBENARAN UNTUK TINGGA DISANA. Dengar sahaja masalah tersebut, diri ini terkedu, diri ini bertanya, kenapa tika saat diri ini sangat ingin ke sana, masalah seperti ini melanda. Memang ujian DIA nak bagi kepada hambanya.

Setiap sesuatu yang berlaku mesti ada hikmahkan...so memang berhikmah perkara ini berlaku.

Antara hikmahnya diri ini dapat berbual dengan adik dengan lebih lama dan dapat jumpa adik. Selain tu, diri ini dapat menziarahi sahabat2 di Kelantan dan Terengganu[ mohon supaya planning ni menjadi :) ]. Diri ini juga boleh menghadiri satu mukhayam sekolah dimana tugasnya sebagai fasilitator.

insyaallah, sekadar itu dahulu coretan diri ini.

ASSALAMUALAIKUM...