RSS
Write some words about you and your blog here

ALBUM UNTUK BERAMAL :)


Salam semua.

Bismillahirrahnirrahim.


Disini teringin sekali saya mengumumkan ketibaan album sulung sebuah kumpulan nasyid Sekolah Menengah Islam Hidayah yang diberi nama NAJAHAN. Judul bagi album ini ialah HIDAYAH. Alhamdulillah album ini telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia iaitu YB Dr. Puad Zarkashi ketika program Malam Galaksi Hidayah berlangsung 19 Jun yang lalu.

Alhamdulillah album ini diterbitkan bagi menampung dana HIDAYAH yang bernilai RM1.8 juta bagi menaik taraf Sek.Men.Islam Hidayah dan Sek.Ren.Islam Hidayah kerana setiap tahun semakin ramai pelajar yang mendaftar ke sekolah ini.


Album terdiri dari empat track:
Al-Aqsa yang Mulia(Aqsa Syarif) [4:02]
Ahlan dan Syukur [3:49]
Wira Kita: Sahabat RA [3:43]
Dunia Gemilang [4:34]


Satu set album RM15. Kalau perlu dipos ke rumah, anda juga dikehendaki bayar kos pos. Tempah album amal ini dengan menghantar email berjudul "Tempah" ke najahan.hidayah@gmail.com dan sertakan nama, nombor telefon dan alamat lengkap anda




Moga dengan sumbangan kalian akan menjadi saham untuk kalian di akhirat sana.

BUKU R2J4

Salam semua.

Pada 19 Jun 2010 yang lalu, sebuah buku travelog bagi sebuah perjalanan sebahagian alumni SM Islam Hidayah (Batch 11) telah diterbitkan lalu telah dirasmikan oleh HIJJAZ ketika program Malam Galaksi Hidayah sedang berlangsung. :)

PERHATIAN: Harga bagi buku ini ialah RM 10. Separuh dari hasil jualan akan disumbang ke dana HIDAYAH dan separuh lagi disumbang kan kepada dana PALESTIN.



~sinopsis~
Ini bukan buku masakan, tidak juga kisah cinta terlarang antara
Adam dan Hawa tapi sebuah cerita yang jauh lebih indah.

45 orang remaja belasan tahun menjejakkan kaki ke tanah
Jawa dengan satu harapan yang sama,untuk belajar dari sebuah
kehidupan. Kata orang, jauh perjalanan luas pengetahuan. Betul
rupanya! Kalaulah kita sedia membuka mata hati, kita bakal
melihat sesuatu yang sangat bermakna di sebalik seribu satu
aturan Ilahi.

"Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini dengan sia-sia.
Maha suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka". (3:191)

Kehidupan ini bermakna sekiranya ia tumbuh dari
pengetahuan. Maka, kita dipesan agar terus belajar dan belajar
hingga mampu merungkai hikmah yang tersembunyi.

Musafir ini dihiasi pelbagai warna; kepayahan dan
kegembiraan, gelak tawa dan tangisan juga pertemuan dan
perpisahan. 21 hari menjadi tetamu di negara jiran, pelbagai kisah
ingin kami kongsikan bersama. Pernah dengar tentang Nasi Uduk?
Inilah makanan yang kami nikmati di Indonesia! Nasi Lemak? Mesti
anda semua tahu, masakan tempatan kita.

Soroti langkah-langkah kami dalam buku ini, Nasi Lemak
Nasi Uduk, Sebuah catatan kembara dari Johor ke Jawa.

Jikalau sesiapa yang berminat boleh hubungi:
saudara Abdullah Zubayr 013-4916830

JOM BELI SAMBIL MENDERMA :)



TERIMA KASIH TUHAN :)

Salam semua...

Alhamdulillah kerana diberi kekuatan oleh ILAHI untuk menaip huruf-huruf bagi menjadikan satu perkataan, lantas menjadi sebuah ayat. :)

Hari ini mungkin hari yang bahgia buat ku kerana aku tidak perlu untuk takut lagi bagi menantikan surat tawaran dari UDM kerana aku sudah pun mendapat surat tawaran tersebut.

Tapi, sedikit kecewa dengan ketelitian UDM kerana aku perlu print surat tawaran tersebut. Tidak seperti sahabat ku yang sorang itu. UDM menghantar surat tawaran tersebut kepada dia.

Mungkin DIA suruh aku belajar untuk redha dan terima dengan ketentuanNYA. Sebab itulah aku diuji sedemikian.

Syukron kepada ILAHI kerana memberi aku peluang untuk sambung belajar walaupun tak dapat sambung belajar di Yaman, mungkin ini yang terbaik untuk ku. :)


SABTU AHAD :)

Salam semua...

Alhamdulilllah masih diberi kekuatan untuk menaip.
Syukron ya Ilahi.
KAMU merupakan yang terbaik.

Alhamdulillah esok akan ke JB bagi menguruskan hal PERSADA untuk program MGH. Siapa-siapa yang tidak tahu MGH tu apa, mari sini, ana nak bagi tahu. :D

MGH atau nama panjangnya ialah Malam Galaksi Hidayah yang akan di adakan di PERSADA, JB pada 19/6/10 jam 8.00-11.00 malam. Program bagi mengutip duit untuk pembangunan Sekolah Menengah Islam Hidayah yan bernilai RM 1.8 juta. Wow, mungkin ada yang nampak ini jumlah ini sangat besar untuk dicapai dalam satu malam. Tapi mudah-mudahan dengan izin Ilahi, dapat juga untuk mencapai target tersebut. :D

Selesai program MGH pada pukul 11 malam, diri ku akan terus bergegas ke SMIH kerana pada pukul 12 malam diri ini bersama teman-teman yang lain akan pergi ke KL dalam satu rangka program yang akan menjadi sejarah bagi mereka yang mengetahui. Apa yang besejarah tu, ya, sebuah program pelancaran iaitu Pelancaran IKRAM. Nak tahu tentang IKRAM?? terus kan membaca :D

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

Insyaallah pelancaran ini bertarikh 20/6/10 9:ooam-2:00pm, bertempat di
Dewan Konvension Malaysia International Exhibtion and Convention Centre Jalan Dulang Mines Resort City 43300 Seri Kembangan.


Selesai saja program pelanncaran tersebut, diri ini beserta teman-teman yang lain pulang ke JB.


Alhamdulillah. :)

GAMBAR PERIHAL PALESTIN

Salam semua...
Ini ada sedikit gambar...