RSS
Write some words about you and your blog here

DEBAT BA

Salam semua...tadi ana menonton pendebat2 bahasa Arab SMIH berlatih bg mewakili skola dalam pertandingan debat Piala Musleh yg akan diadakan pada 9/7/09. InsyaAllah pertandingan ni akan diadakan di UIA. Peserta yg akan memasuki pertandingan ni dtg dari skola cawangan MUSLEH. Tapi Musleh ada juga menjemput skola dari Indonesia dan Singapura. Ana rase pertandingan ni akan menjadi lebih `best' krn ana ade skola selain dari Malaysia. Ana doakan kejayaan para pendebat SMIH dan bawa la pulang kejayaan sebagaimana para pendebat BM dan BI membawa kejayaan kpd skola.

InsyaAllah. setakat ni je post utk kali ni..

ASSALAMUALAIKUM..

~penyokong setia pendebat BA SMIH~

PILIHAN RAYA SMIH

Salam semua..alhamdulillah hari ni ana dapat lagi menyentuh blog ini setelah seminggu tidak di update. Alhamdulillahb ana berasa bersyukur sebab dikurniakan kekuatan oleh Allah bg menaip dan menupdate blog ni.

InsyaAllah hari ni ana akan bercerita mengenai Pilihan Raya SMIH yg akan diadakan tidak lama lagi. Pada hari Rabu yg lepas calon2 yg layak utk bertanding telah diumumkan. Antara calon2 yg layak utk bertanding bagi lelaki ialah:
1. Syihan
2. Anas KB
3. Mustaqim
4. Ammar Ruslan
5. Ilham Nasharudin
6. Wan Abd Rahman
7. Saifullah
8. Farid Raziman

Calon2 bg perempuan ana kurang ingat. InsyaAllah kempen akan bermula pada hari Isnin bersamaan 21/6/09. Calon2 akan membentangkan manifesto2 bg melayakkan diri mereka dipilih bg menjawat jawatan ahli tertinggi MPP SMIH 09/10. Mari lah kita bersama2 mendoakan perjalan pilihan raya SMIH berjalan dengan lancar.

Sekian saja post utk kali ni...

ASSALAMUALAIKUM...

ASRAMA vs RUMAH vs SPM


bersama Ketua Pelajar SMIH 08/09
Salam semua, insyaAllah post kali ini bernada gembira ada, sedih pun ada. Ana pun x tau mcm mane nak mule. Ana rase ini mungkin post ana yg terakhir sblm balik ke asrama. Lepas ni x tau la bila blh post lagi. Skang kene fokos utk SPM, agak ssh skit nk post. Waktu pelajar asrama blh umah, ana dh x leh blk. Mgkn kelas tambahan akan bertimbun.


IsyaAllah ana akan menaip dgn nada gembira dulu. Ape yg menggembirakan ana ialah ana akan terus dan terus berjuang bg mendapat keputusan yg cemerlang dlm SPM. Ana bergembira lagi sbb ana dan sahabat2 ana blh berjuang bersama. InsyaAllah naik cuti ni akan diadakan pilihan raya bg menggatikan pucuk pempinan yg lame. Oleh itu, ana pon akan letak jawatan drpd jawatan yg ana sandang. Ana rase ana x dpt laksanakan tggjwb ana dgn baik selama ana memegang jawatan yg ana sandang. Rase mcm berdosa lak. Komfem kt akhirat nnt ALLAH akan tanye same ade ana laksana kan tggjwb ana dgn baik atau x. Bnyk dosa ana dgn SEKOLAH, NAJAHAN, ASRAMA, MAD'U ana, UST USTZH, MAK AYAH ana dan umat ISLAM yg len. Ana harap antum SEMUA dpt memaahkan kekhilafan ana supaya ana mudah utk menjalani kehidupan seharian ana. Dan ana harap semua bleh doakan ana berjaya dlm SPM dan kehidupan di dunia dan akhirat.


Skang ana akan menaip dgn nada sedih. Seperti mana muqaddimah ana diatas, iaitu ana akan blk ke asrama. Ana sedih sbb skali lagi ana terpaksa tggl kan kelurga ana. Mungkin ana akan tgglkan mereka dgn jangka masa yg agak lama. Mungkin sewaktu pelajar asrama blk, ana x leh blk sbb ade kls tmbhn. Tp mgkn cuti bln 8 ni ana leh blk. Ana nk mintak maaf kt mak ayah ana sbb x dpt nk jd anak yg baik utk mereka. Dan ana nk mintak maaf gak kt adk ana, sbb ana x leh jd abg yg baik utk mereka. Semoga kesemua keluarga ana dpt mendoakan ana supaya jd ANAK yg SOLEH, kejayaana ana dlm SPM dan dlm hidup x kire didunia atau di akhirat.


Ana rase setakat ini saje lah coretan ana. Mgkn di lain hari ana akan post lagi, tp mgkn lmbt lagi la.


ASSALAMUALAIKUM...


hamba ILAHI...

Tragedi An-Naksah lengkapi penaklukan Israel di bumi Arab

Salam semua...disini ana tlh 'mengcopy' artikel ni dr email ana...jom bace...semoga meningkatkan semangat kite untuk berjuang...

Oleh PROF. MADYA DR. HAFIDZI MOHD. NOOR
EMPAT puluh dua tahun lalu, pada tarikh ini, satu peristiwa bersejarah berlaku kepada dunia Islam. Tanggal 5 Jun 1967 menyaksikan Israel melancarkan operasi ketenteraan secara besar-besaran ke atas Republik Arab Bersatu (Mesir), Jordan dan Syria secara serentak.
Peperangan yang dikenali dalam sejarah konflik Asia Barat sebagai "Perang Enam Hari" itu berakhir pada 10 Jun 1967.

Dalamtempoh itu, Israel berjaya menewaskan tiga negara Arab walaupun negaranegara itu turut dibantu oleh Arab Saudi, Iraq, Algeria, Tunisia, Sudan, Somalia, Maghribi, Mauritania, Yemen, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Oman dan Qatar dengan membekalkan askar dan kelengkapan tentera.

Mesir menerima pukulan paling dahsyat apabila lebih 10,000 askarnya terkorban. Angkatan udaranya musnah sama sekali apabila kira-kira 300 jet pejuangnya diranapkan oleh tentera Israel dalam serangan mengejut.

Apabila serangan berakhir, Israel menguasai Tebing Barat, Genting Gaza, Baitulmaqdis Timur, Tanah Tinggi Golan dan Semenanjung Sinai. Dalam serangan itulah Masjid Al-Aqsa ditawan, sehinggalah ke hari ini.

Kekalahan besar yang amat memalukan seluruh dunia Arab dan Islam itu diperingati sebagai "Hari An-Naksah" (Hari Kekalahan). Ia adalah tragedi besar kedua menimpa umat Islam dan dunia Arab khususnya.

Pertama ialah "Hari An-Nakbah" (Malapetaka) yang berlaku pada 15 Mei 1948. Peristiwa itu membawa kepada penubuhan negara Israel di atas 77 peratus tanah Palestin yang dirampas. Peristiwa An-Nakbah dikaitkan dengan pengusiran 800,000 rakyat Palestin yang kini menjadi pelarian di Syria, Jordan, Lubnan dan Mesir (Gaza).

An-Naksah pula melengkapkan penaklukan Israel ke atas keseluruhan tanah Palestin dan status qou itu berterusan sehingga kini.

Mesir semasa era Presiden Anwar Sadat berjaya membuat kejutan dengan menyerang kedudukan tentera Israel di Semenanjung Sinai dalam "Perang Oktober 1973" atau "Perang Ramadhan". Kemenangan Mesir bagaimanapun tidak dapat disempurnakan apabila AS campur tangan dan satu gencatan senjata dilaksanakan.

Pertimbangan politik oleh Mesir itu akhirnya membuka laluan kepada termeterainya perjanjian damai Mesir-Israel 1978. Perjanjian damai Camp David itu mengembalikan Semenanjung Sinai kepada Mesir.

Namun harga yang terpaksa dibayar oleh rakyat Palestin khususnya di Gaza berterusan. Perjanjian itu menyaksikan Mesir mengiktiraf Israel dan bertanggungjawab menjamin keselamatan entiti Israel terutama di Genting Gaza.

Jika laluan di Rafah ditutup sehingga rakyat Gaza yang cedera dalam serangan akhir tahun lalu dan awal tahun ini tidak dibenarkan menyeberang untuk mendapat rawatan di Mesir, ia adalah kesan daripada 'perjanjian damai Mesir-Israel pada 1978 itu.

Apakah reaksi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)? Seperti yang dijangka, PBB bersidang dan meluluskan Resolusi 242 yang mengkehendaki Israel berundur ke garisan hijau yang diputuskan oleh Perjanjian Rhodes pada 1949.

Ini bermakna Israel perlu keluar dari semua wilayah yang didudukinya pada Jun 1967. Pendudukan ke atas wilayah Palestin di Tebing Barat, Genting Gaza dan Baitulmaqdis Timur adalah pendudukan haram. Bagaimanapun Israel tidak mempedulikan resolusi tersebut dan juga resolusi-resolusi lain.

Bagi Israel, PBB adalah sebuah pertubuhan yang "tidak berkuku dan bertaring". Ia berasa kuat selagi AS berada di sampingnya.

Hari An-Naksah juga menandakan tarikh Masjid Al-Aqsa ditawan oleh tentera Zionis. Sejak itu, ia terdedah kepada ancaman dan perbuatan keji Zionis. Ia termasuk peristiwa masjid itu dibakar pada 21 September 1969 yang diingati sebagai "Hari Al-Quds" setiap tahun.

Zionis juga menggali terowong-terowong rahsia di bawah masjid itu bertujuan melemahkan tapaknya. Kumpulan ekstremis Zionis turut merancang merobohkan masjid itu dan mendirikan synagogue (kuil) yang mereka namakan Haikal Sulaiman.

Pada September 2000, lebih 1,000 askar Israel memasuki kawasan masjid untuk membangkitkan kemarahan rakyat Palestin dan umat Islam. Peristiwa biadap itu mencetuskan "Intifada".

Selain itu, rejim Zionis juga melaksanakan agenda me-Yahudikan kawasan masjid itu dan Baitulmaqdis Timur. Rumah-rumah penduduk Palestin dirobohkan, tanah mereka dirampas, mereka diusir dan status pemastautin mereka dibatalkan.

Israel kemudian membina unit-unit apartmen dan perumahan eksklusif untuk pendatang haram Yahudi di situ.

Pembinaan tembok pemisah di Tebing Barat yang kini menjangkau 800 kilometer panjang membuktikan usaha Israel mengepung rakyat Palestin dan menyukarkan mereka menziarahi Masjid Al-Aqsa. Inilah jenayah yang terus menjadi agenda Israel di Palestin.

Hari ini Israel terus berdolak-dalik dengan penyelesaian dua negara (two-state solution). Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu tanpa rasa bersalah menolak penyelesaian dua negara itu dan juga usaha mewujudkan negara Palestin.

Sikap itu diambil meskipun semua perjanjian damai yang ditandatangani bersama Fatah sejak Perjanjian Oslo 1990 berdasarkan kepada Resolusi 242 yang diluluskan pada 1967.
Jika inilah pendirian yang dipertahankan oleh Israel, apakah dunia masih meletakkan harapan kepada "penyelesaian dua negara" itu?

Mungkin sudah tiba masanya dunia menimbang formula yang ditawarkan oleh Hamas iaitu Israel berundur dari wilayah yang didudukinya sejak 1967, menghentikan kepungan ke atas Gaza dan membentuk gencatan senjata jangka panjang tanpa perlu Palestin mengiktiraf kewujudan Israel.

Namun bersediakah Israel mengiktiraf negara Palestin? Hakikatnya mereka adalah perampas tanah Palestin dan kewujudan Israel di atas tanah yang dirampas sejak 1948 itu adalah kewujudan haram.

Maka pilihan yang terbaik ialah akur kepada Resolusi 242 dan mana-mana resolusi yang berkaitan seperti Resolusi 338. Kemudian bersetuju dengan gencatan senjata panjang.

Sekurang-kurangnya keamanan ke atas wilayah bergolak itu dapat diwujudkan buat sementara waktu sehingga masyarakat antarabangsa mencari ruang kepada pelaksanaan pelan penyelesaian yang berkekalan.

BOWLING DAY

Salam semua, alhamdulillah post kali ini bertemakan kegembiraan. Ana nak kongsi sedikit kegembiraan ana pada hari ini dengan menaip.

Pada hari ini ayah ana ajak main boling sekeluarga BP Mall. Kegembiraan itu dah bersarang dihati setelah dioffer oleh mak ana masa usrah pagi tadi. Mak ana tanya sapa yang nak main boling, ana tak angkat tangan, sebab ana ingatkan mak ana main2 je nak tanya. Rupanya betul, ana bangun tidur je terus mak ngan ayah ana ajak men boling.InsyaAllah ana nak cite sikit suasana kat sana.



Pukul 2:30 p.m ana dan family ana pon bertolak dari rumah. Perjalanan dari rumah ana ke BP Mall mengambil masa selama 30 minit. Dah sampai kat situ mesti la cari tempat parking dulu, dah dapat tempat parking baru leh masuk dlm BP Mall. Dah masuk BP Mall jalan punya jalan, sampai la kat tingkat empat. Sampai tingkat empat terus masuk tempat boling tu.



Masuk2 je dah full, kene tunggu jap. Kami tak tunggu lama, dalam beberapa minit je terus tempah 2 line. Kenapa tempah 2 line, sebab ada 7 orang yang nak main. Lepas bayar ngan ambil kasut, lincah2 pegi kat line 9 dan 10. Apa lagi perjuangan kami pon bermula.


Kami semua berjuang berhabis-habisan kecuali ana, sebab ana main saja2 je. setakat nak lepas gian je. Macam2 gaya keluar dari balingan adik2 ana. Ada yang kena ayah ana tolong baling kan bola boling tu. Ada yang baling dengan gunakan dua tangan...hehe..lawak tengok cara adik2 ana baling. Walaupun baling dengan pelbagai cara markah tetap banyak. Adik ana yang bernama Ikmal power giler. Dia leh dapat 101 mata. Ana pon dapat 83 je, sebab ana main2 je. Apa2 pon ranking bagi first game adalah seperti berikut:
1. Isyraf
2.Ikmal
3.Mak ana
4.Ana
5.Ayah ana
6.Irham
7.Ikram


Lepas first game habis, bermula la perjuangan kami pada game kedua. Pada game kedua ni persaingan makin sengit. Tapi ana tak berikan saingan yang begitu sengit sebab main saja2. Ayah dan mak ana serta adik2 ana semuanya bersungguh2 nak dapat markah yang banyak. Natijah nya beginilah hasil yang di peroleh:
1.Isyraf
2.Mak ana
3.Ayah ana
4.Ana
5.Ikmal
6.Ikram
7.Irham








ni adik nama yang bernama Ikram. Tgk cara die baling....haha...lawakkan..



yang ni ayah ana...


yang ni pula mak ana...


yang ni mesti la Irfan...haha..
ni name dia Ikmal...
yang ni pula Irham...
Ana rasa setakat ni saja lah ana nak merepak. Kalau ada ape2 lagi yang akan ana lalui, ana akan cite.
ASSALAMUALAIKUM...

MONOLOG HATIKU

Salam semua, ini musahabah bagi diriku...

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian

Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujianEngkau

ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak begitu setia kawan

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup berkorban

Engkau ingin berjuang,
Tapi hanya ingin jadi pemimpin

Engkau ingin berjuang,
Menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang,
Tolak ansur engkau tidak amalkan

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup menerima cabaran

Engkau ingin berjuang,
Kesihatan dan kerehatan,
Tidak sanggup engkau korbankan


Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian

Engkau ingin berjuang,
Tapi engkaurosak oleh pujian

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan,

Engkau ingin berjuang,
Masa tidak sanggup engkau luangkan

Engkau ingin berjuang,
Diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang,
Disiplin diri engkau abaikan

Engkau ingin berjuang,
Janji kurang engkau tunaikan

Engkau ingin berjuang,
Kasih sayang engkau cuaikan

Engkau ingin berjuang,
Tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang,
Ilmu berjuang engkau tinggalkan

Engkau ingin berjuang,
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang,
Pandangan engkau tidak diselaraskan

Engkau ingin berjuang,
Rasa bertuhan engkau abaikan

Engkau ingin berjuang,
Iman dan Taqwa kau lupakan

Fikir2kan lah Irfan..adakah kau layak untuk berjuang jika kau abaikan perkara diatas...

ASSALAMUALAIKUM...

pejuang yg masih mengabaikan perkara diatas

ZALIM

Salam semua, post kali menunjukkan ketidakpuashatian terhadap kementerian Pelajaran.

Along kurung pelanggannya yang gagal bayar hutang dalam stor.

BN kurung Speaker DUN Perak dalam stor.

SPM 10 subjek =
BM + MATE + SEJ + BI + ADD MATH+ BIO + FIZ + KIM + EKON + PA = Profesional

BM + MATE + SEJ + BI + BAT + PSI + PSQ + PA + EKON + SCIENCE = AGAMA

BM + MATE + SEJ + BI + PA + BAT + PSI + PSQ + ADD MATH + FIZ + KIM + BIO = Diharamkan.

Golongan ini kebanyakannya akan menjadi pembangkang kerana mampu menimbang baik dan buruk profesional dengan nilai agama.

Fikir-fikrkan sejenak.Semoga ianya menjadi zikir.

Mengingatkan kita bahawa hidup bukan hanya di Dunia.

Sekian sahaja post kali ini.

ASSALAMUALAIKUM...

Pelajar yang tidak puas hati...

PENGALAMAN

Ucapan Salam ku mulakan post kali ini. Alhamdulillah ana baru balik dari program ANDA REMAJA BIJAK anjuran KRJ BP. Agak penat sikit hari ini walaupun tak buat apa2 sangat.






InsyaAllah ana nak cerita sikit suasana ketika di sana








7:30 a.m.
Ana dan adik ana bertolak dari dengan menaiki motorsikal. Rumah ana dengan tempat tu dekat je. Mak & ayah ana pergi dengan kereta. Sampai je di sana ana dengan adik2 ana tolong kemas2 tempat tu. Lepas tu ana kena jadi ajk pendaftaran. Ana pon jadilah AJK Pendaftaran dengan dedikasi(cm btol je). Alhamdulillah pendaftaran selesai dalam pukul 8:30 a.m.








8:45
Alhamdulillah program pon bermula. Program bermula dengan berkenalan dengan KRJ. Apa itu KRJ? Lepas tu ada sedikit game yang dipanggil "Panjang Pendek Tinggi Rendah" dan Bangun Duduk". Game ini menguji para peserta supaya memberikan perhatian yang penuh kepada setiap patah perkataan yang disebut. Program telah di handle oleh Mak Chu(Rozita) dari awal sampai habis. Lepas main game, pengisian pon bermula. Ana tengok, ramai peserta yang excited mahu dengar pengisian, lebih2 lagi peserta perempuan. Alhamdulillah pengisian pertama habis dalam pukul 10:00 a.m.








10:15 a.m.
Program bersambung dengan melakukan satu aktiviti. Alhamdulillah aktiviti ini diketuai oleh anak2 Pak Chu. Aktiviti ini dipanggil Chicken Dance.











Dari hujung kiri Ikram, Irham, Ikmal dan yang kanan sekali ialah Irfan.Tapi adik yang ana bernama Isyraf tak nak masuk sebab dia segan. Ana pon tak tau apa yang menyebabkan dia segan, bukan nak buat jahat pon.







Memang best buat aktiviti ini. Ramai yang ketawa melihat telatah kami. Ana pon nak tergelak bila lihat balik video yang dirakam. Hati peserta2 ini sungguh gmbira bila buat aktiviti ini. Lepas Chicken Dance ada pesembahan nasyid dari sekolah tersebut.






Agak terhibur juga dengan persembahan mereka. Banyak sungguh gaya yang keluar dari persembahan mereka. Mereka buat persembahan sebab nak berlatih untuk pertandingan nasyid peringkat kebangsaan di Sg. Petani Kedah. Ana doakan semoga mereka berjaya. Apa2 pon NAJAHAN lagi sedap..heheh.



Lepas melihat persembahan nasyid, pengisian kedua bermula. Pengisian kedua lebih menarik. Kalau nak diceritakan ana tak mampu sebab terlalu menarik.Sebelum penutup ada bacaan doa dan ikrar. Alhamdulillah ana sekali lagi di suruh untuk mengetuai bacaan ikrar ABJZ. Lepas berikrar kami bersalam-salaman dan balik.



Ana dan adik2 ana sekali lagi kena mengemas dewan tersebut. Alhamdulillah lepas siap mengemas ana dan adik ana balik dahulu. Masa pada waktu itu menunjukkan pukul 1:00 p.m.

Ana rasa setakat ini sahaja post untuk kali ini.



ASSALAMUALAIKUM...



AJK Pendaftaran ARB(ABJZ)
irfan masiri(Abg IM)


























ANDA REMAJA BIJAK

Salam semua, hari ini agak kepenatan sebab menghantar artikel mengenai program yg akan di buat oleh Persatuan Islam Taman Manis 2, Persatuan Wanita Taman Manis 2 dan KRJ BP.
InsyaAllah proogram ini akan berlangsung pada hari Khamis ini iaitu 4/6/09 di dewan STI(Sekolah Tun Ismail). Program ini bertajuk ANDA REMAJA BIJAK. InsyaAllah kalau ada persoalan atau pertanyaan boleh hubungi:
En Masiri Kaamin(Pak Chu) : 012-7243134
Pn Rozita Othman(Mak Chu) : 012-7393765
Irfan Masiri(Abg IM) : 013-7434602
InsyaAllah program ini berlangsung selama satu hari dari pukul 8:00 pg-1:00 ptg.
Datang lah beramai-ramai bagi memeriahkan program ini. Boleh lah ajak saudara-mara dan kawan-kawan yang lain supaya memeriahkan program ini.
InsyaAllah siapa yang pergi ke program ini akan peroleh manfaat yang banyak.
Sekian saja untuk kali ini.
ASSALAMUALAIKUM...

ISLAMNYA MEREKA

Salam semua, ini ana ada sikit maklumat tentang orang2 kafir yang masuk ISLAM.

Kisah-kisah pengislaman Dr. Murad Hofmann (Roman Katolik, Pakar Undang-undang, Diplomat) / Dileep Kumar (Hindu, Tokoh Muzik Bollywood) / Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik, Pakar Pengajian Islam) / Jang (dari Negara China)

Dr. Murah Hofmann (Roman Katolik, Pakar Undang-undang dan Diplomat)
Dr. Murad Hofmann dilahirkan pada tahun 1931 dalam sebuah keluarga Roman Katolik. Beliau memperoleh ijazah pertamanya di Union College New York dan Dr. Murad Hofmannijazah PhD dalam bidang perundangan di Munich University pada tahun 1957. Pada tahun 1960 beliau memperoleh pula ijazah LL.M. dari Harvard Law School. Beliau dilantik menjadi Pengarah Penerangan bagi NATO di Brussels dari tahun 1983 hingga 1987. Pada tahun 1987 beliau dilantik menjadi Duta Jerman ke Algeria dan pada tahun 1990 pula menjadi Duta ke Morocco
Dr. Murad Hofmann memeluk Islam berdasarkan beberapa pengalaman dan pengamatan. Antara sebabnya ialah pengalaman beliau di Algeria di saat berlakunya pertembungan antara tentera Perancis dengan kumpulan gerila dari kumpulan Algerian National Front.yang menuntut kemerdekaan bagi Algeria. Beliau melihat penderitaan yang dialami umat Islam yang memperjuangkan kemerdekaan ini serta kesabaran yang mereka miliki. Beliau meyakini kesemuanya terhasil kesan dari ajaran Islam yang mulia. Bermula tarikh itu Dr. Murad mula mengkaji al-Quran tanpa henti.

Sebab kedua beliau memeluk Islam ialah kefahaman beliau yang mendalam tentang ajaran Kristian. Beliau mendapati terdapat perbezaan yang besar antara apa yang dipercayai oleh orang Kristian awam dengan apa yang diajar oleh profesor agama Kristian di universiti. Beliau tidak boleh menerima ajaran St. Paul yang amat berbeza dengan ajaran nabi Isa yang asal sedangkan, kata belilau, “St. Paul tidak pernah bertemu nabi Isa maka bagaimana dia berani mengubah ajaran nabi Isa?”

Di samping itu beliau juga tidak boleh menerima hakikat bahawa setiap orang dilahirkan dalam keadaan berdosa, seperti yang terkandung dalam konsep Original Sin dalam ajaran Kristian, dan nabi Isa perlu mati kerana dosa-dosa itu. Beliau berasa pelik tentang mengapa ‘Anak Tuhan’ perlu disalib dengan kejam untuk membersihkan manusia daripada dosa yang mereka sendiri lakukan.

Pada tahun 1980 beliau memeluk Islam. Beliau berkata, “Seorang Muslim hidup tanpa pemujaan kepada makhluk. Dia tidak menyembah Tuhan dengan perantaraan Jesus, Mary atau wali-wali tertentu, sebaliknya dia menyembah Tuhan secara langsung. Justeru seorang Muslim merupakan seorang yang merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.”

Dileep Kumar (Agama Hindu, Tokoh Muzik Bollywood)
Dileep Kumar dilahirkan pada tahun 1966 di Madras, India. Beliau adalah penganut agama Hindu dan memperoleh ijazah dalam bidang Western Classical Dileep KumarMusic dari Trinity College of Music, Oxford University. Beliau amat popular di India melalui muzik ciptaannya yang merevolusikan muzik Bollywood di India. Semuanya bermula pada tahun 1992 apabila beliau diberikan kepercayaan untuk mencipta muzik dan lagu bagi filem Roja. Beliau berjaya menyerlahkan bakatnya sehinggakan lagu Tamizha Tamizha dalam filem ini menjadi pujaan ramai. Kebolehan beliau memang mengagumkan kerana beliau berjaya menggabungkan unsur-unsur pop, Bach, Beethoven, Mozart, reggae, rock serta muzik Hindu klasik dalam muziknya. Kerana kehebatannya itu beliau menggondol anugerah sebagai Pengarah Muzik Terbaik sebanyak tiga kali.

Pada tahun 1988 Dileep Kumar mengalami satu pengalaman yang pelik, iaitu, ketika berada di Malaysia beliau bermimpi menemui seorang lelaki tua yang menyuruhnya memeluk Islam. Beliau pada mulanya tidak mempedulikan mimpi itu namun apabila, selepas itu, mimpi yang serupa datang berulang-ulang kali dalam tidurnya, beliau mula memandang serius terhadapnya. Minatnya terhadap Islam terus meningkat dan kemuncaknya ialah ketika salah seorang adik perempuannya mengalami sakit tenat pada tahun 1988. Rawatan demi rawatan tidak berjaya menyembuhkan penyakit adiknya sehinggalah mereka bertemu dengan seorang tokoh agama Islam. Secara yang tidak diduga, penyakit adiknya sembuh selepas tokoh agama itu berdoa kepada Allah. Pada tahun 1989 Dileep Kumar dan keluarganya memeluk agama Islam dan beliau menukar namanya kepada Allah Rakha Rahman.

Antara pengalaman yang tidak boleh beliau lupakan ialah pada tanggal 6 Januari 2006 yang
merupakan tarikh hari jadinya. Ketika itu beliau berada di Masjid nabi di Madinah. Beliau berkata, “Itulah hadiah hari jadi saya yang paling berharga. Selama sehari suntuk saya beribadah di dalam Masjid Nabi dan apa yang saya rasai tidak ada tolok bandingannya. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah.”

Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik dari Kanada)
Dr. Ingrid Mattson berasal dari Kanada. Beliau mendapat ijazah dalam bidang falsafah di University of Waterloo, Ontario, pada tahun 1987. Pada asalnya beliau Dr. Ingrid Mattsonmenganuti agama Kristian Roman Katolik namun disebabkan beliau tidak berasa damai dan tidak berasa dekat dengan Tuhan beliau terus mengkaji demi mencari kebenaran hakiki. Pencariannya membawanya kepada Islam dan ketika berumur 23 tahun beliau memeluk Islam. Solatnya yang pertama begitu bermakna baginya kerana ketika itulah, buat pertama kalinya, beliau berasa begitu dekat dengan Tuhan.

Pada tahun 1999 beliau memperoleh ijazah PhD dari University of Chicago dalam bidang Pengajian Islam. Pengalaman beliau merangsangnya untuk menulis pelbagai artikel bertujuan untuk membetulkan tanggapan negatif sebahagian masyarakat antarabangsa terhadap Islam. Artikel-artikel tulisan beliau banyak memfokuskan kepada aspek undang-undang Islam dan kerelevanannya dengan masyarakat sekarang, isu berkaitan gender dan kepimpinan serta isu-isu semasa yang melanda umat Islam masa kini. Di samping itu beliau sering di undang untuk bercakap di TV serta forum-forum antarabangsa berkaitan isu yang melanda umat dan agama Islam.

Pada hari ini Dr. Ingrid Mattson merupakan Pengarah kepada projek yang dikenali sebagai Islamic Chaplaincy. Beliau juga adalah Profesor di Macdonald Center for Islamic Studies and Christian-Muslim Relations di Hartford Seminary, Hartford, CT. Pada tahun 2006 beliau dilantik menjadi Presiden kepada Pertubuhan Islam Amerika Utara (ISNA).

Jang (Bangsa China)
Jang berasal dari negara China. Beliau menceritakan kepada staf IslamOnline bahawa perjalanannya kepada Islam bermula dengan isu pengharaman khinzir Jang(babi). Beliau berasa pelik mengapa Islam mengharamkan babi lantas beliau membuat kajian tentangnya dengan membaca beberapa majalah perubatan moden dan perubatan China tradisional. Beliau mendapati beberapa saintis mengatakan daging babi menyebabkan tidak kurang daripada 70 penyakit. Malah perubatan China tradisional juga membuat konklusi yang lebih kurang sama dengan mengatakan bahawa daging khinzir adalah antara makanan yang amat berbahaya bagi kesihatan manusia.

Selepas memeluk Islam Jang memilih nama Selim sebagai nama Islamnya sekali gus mengikut jejak langkah lebih kurang 30 juta Muslim yang terdapat di negara China pada hari ini.

HASSAN AL-BANNA




Imam Syahid Hassan Al-Banna telah memilih dan mengajarkan jalan yang tepat kepada kaum Muslimin, yakni memulakan taghyir dengan memilih dan membina individu muslim yang menjadi asas yang kukuh kepada perjuangan Islam. Seterusnya terbina baitul muslim, mujtama' muslim dan tidak syak lagi semua ini menjadi paksi kepada Daulah Islamiah. Justru, dalam amal Islam memilih titik permulaan yang betul dalam bergerak penting agar dapat di pastikan perkembangannya terus berlanjutan, berterusan dan senantiasa subur meskipun menimpa pelbagai mehnah dan ujian.

Permulaan yang baik itu adalah dengan membina kefahaman Islam terhadap para individu yang ingin bergabung dengan gerakan Islam. Sesuai dengan firman Allah;Maksudnya: "Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keredhaanNya itu yang baik, atau orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersamanya ke dalam neraka Jahannam". (At-Taubah: 109) Usul 20 atau Usul Isyrin ini tersiar di dalam Risalah Ta'lim yang menjadi rujukan kaum Muslimin kerana ia menggariskan kefahaman Islam yang sahih dalam bentuk yang ringkas dan mudah yang menahan daripada sebarang kesalahan dan penyelewengan. Ia juga bertujuan untuk menyatukan kefahaman para Ikhwah yang berjuang di jalan ini dan meleraikan pelbagai keremehan dan kekusutan yang menimpa kaum Muslimin akibat perbalahan yang tidak kunjung sudah terhadap perkara-perkara furu' Islam.Imam Banna meletakkan 20 Usul sebagai panduan, ianya adalah;

TAJUK-TAJUK USUL 20
1. Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.
2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.
3. Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.
4. Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.
5. Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.
6. Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.
7. Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.
8. Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.
9. Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.
10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.
11. Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.
12.Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.
13. Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi menfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.
14.Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.
15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.
16.Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai.
17. Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.
18.Islam mengangkat peranan akal manusia.
19.Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.
20.Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.