RSS
Write some words about you and your blog here

SELAMAT TINGGAL :)

Salam semua.

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menaip. Setelah seminggu blog ini tidak di update kerena kesibukan tuan punya blog ini persiapkan segala keperluan bagi meniti menara gading. Maka hari ini tuan punya blog diberi kesempatan untuk mengupdate. :)

Alhamdulillah summalhamdulillah summalhamdulillah, Allah sudah permudahkan urusan ku bagi menyiapkan segalan kelengkapan sebelum berangkat ke medan yang lebih luas dari sekolah iaitu universiti.

Segala-galanya diuruskan sendirian, tetapi ada sedikit pertolongan daripada mama dan abah ku kerana mereka sibuk dengan kerja-kerja dakwah. Aku berasa bangga dengan mereka walaupun aku terpaksa menguruskan banyak hal seorang diri.

Aku ditawarkan ke Universiti Darul Iman Malaysia(UDM) dalam bidang Pengajian Islam(usuluddin). Doakan aku tidak menjadi fitnah terhadap kos yang aku ambil. Aku takut sangat menjadi fitnah terhadap agama INI. Tugas nya berat bagi mereka yang mengambil kos ini. Subhanallah.

Insyaallah aku aka bertolak ke Terengganu esok pagi selepas subuh. Hari Jumaat aku dan family ku akan bermandi-manda di laut sambil jalan-jalan. Hari Sabtu mungkin abah dan mama ku membawa ku untuk berjumpa mas'ul UDM bagi membincangkan suasana disana. Hari Ahad aku berdaftar dan secara sah menjadi pelajar UDM.

Selamat tinggal bumi Johor. Selamat tinggal bumi Batu Pahat. Semoga bertemu lagi. :)