RSS
Write some words about you and your blog here

BIODATA IBLIS

Salam semua.
Hari ini, blog ini ingin mengisahkan tentang biodata Iblis.
Marilah kita mengenal mereka dengan lebih jelas supaya dapat menghindarkan diri dari mereka.

>BIODATA IBLIS
>
>Nama : IBLIS LAKNATULLAH
>
>T.Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
>
>Status diri : Fasik kelas pertama
>
>Agama : Kufur
>
>Tempat Tinggal : Hati-hati mereka yang lalai
>
>Alamat Tetap : Neraka jahanam
>
>Kawasan : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah
>
>Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok
>
>Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul
>dan suaminya
>
>Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
>
>Modal pusingan : Angan angan kosong
>
>Tempat pertemuan : Pasar pasar
>
>Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
>
>Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'
>
>Hobi :Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya
>
>Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
>
>Kelemahannya : Bila orang membaca istighfar
>
>Logo : Sebarang tatu
>
>Pejabat operasi : Tandas.bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta
>tempat tempat maksiat
>
>Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan
>manusia
>
>Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
>
>Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan
>derhaka terhadap Allah
>
>Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat
>
>Matlamat : Membawa setiap makhluk ke neraka jahanam
>
>Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
>
>
>Ganjaran : Dosa dan kemurkaan Allah
>
>Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun,
>menghasut, pendengki dan pendendam
>
>Makanan kegemaran : Daging orang mati dan segala najis dan kotoran
>
>Yang ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa
>
>Yang dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
>
>Alat perangkap : Wanita cantik,model,pelacur.pragawati,dan sebagainya
>
>Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
>
>Tugas yang paling disukai : Homoseks dan lesbian
>
>Janji janji : Janji kosong,angan angan dan tipu daya
>
>Yang membuatnya menangis : Bila orang sujud kepada Allah

http://batusuci.blogspoy.com

HATI SEORANG ISTERI :)

Salam semua.
Bagi lelaki yang bakal menjadi suami,
Jadilah seorang suami yang memahami isteri.
Mungkin isteri kalian sudah banyak berkorban untuk kalian.
Terima lah cerpen yang tidak seberapa ini. :)

" Hai sekalian manusia, takutlah kamu kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu, dan menjadikan isteri daripadanya, dan daripada keduanya, berkembang biak lelaki, dan perempuan dengan banyaknya..."
An-Nissak : 1.

Najiha tahu. Perempuan dicipta untuk lelaki, dan begitulah sebaliknya. Hawa dijadikan Allah sebagai pengisi kekosongan Adam. Allah tahu. Allah maha tahu. Adam tidak betah keseorangan. Lalu terciptalah Hawa. Hawalah penyeri. Hawalah penghibur. Hawa jua racun berbisa. Bila mana iblis gagal menggoda Adam, lalu diganggunya Siti Hawa. Pujuk rayu Hawa akhirnya menundukkan ketaatan Adam terhadap Yang Esa. Lantas dicampakkan ke dunia. Dunia yang penuh kekejaman. Penuh noda. Penuh sengsara. Itulah wanita. Kuasa wanita bukan terletak kepada kekuatannya. Adam jatuh kerana Siti Hawa. Habil, dan Qabil berbunuhan kerana hawa. Bill Clinton menggemparkan dunia ekoran dakwaan si hawa. Pemimpin agung negara juga tersungkur kerana seorang wanita.

Najiha mengenali Eeirfan sejak berada di kampus. Siapa tidak kenal lelaki itu? Bukan sahaja tampan, malahan mempunyai nilai peribadi yang tinggi. Ya... Eeirfan memiliki peribadi yang boleh dibanggakan. Matanya yang tajam bisa menggegarkan jantung si gadis. Rambutnya lurus, kopiah di kepala. Mukanya bersih disinari cahaya. Bibirnya merah, sebagai tanda tidak merokok. Eeirfan pastinya belum pernah menyentuh Dunhill, Malboro... Tetapi, bukan itu alasannya. Bukan itu puncanya. Ilmu... Ilmunya penuh di dada. Ilmu itu di hujung jarinya. Rasulullah pernah bersabda, " Jika kamu mahukan dunia, dengan ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, dengan ilmu. Jika kamu mahu dunia, dan akhirat, dengan ilmu."

" Umi... Abu ingat abi."
" Abi sibuk. Nanti malam, abi pulang. Abu dah solat? Pergi solat dulu. Kan abi pesan, solat mesti di awal waktu."

Abu Bakar... Putera sulung Najiha bersama Eeirfan. Sebagai tanda cinta berpanjangan. Abu Bakar As-Siddiq... Sahabat akrab Rasulullah. Itulah impian Najiha. Setelah sah menjadi suri Eeirfan, Najiha bercita-cita melahirkan zuriat sehebat Saidina Abu Bakar, seberani Saidina Umar, sesabar Saidina Uthman, dan sekental Saidina Ali, menantu kesayangan Rasulullah. Najiha ingin benar memiliki sebuah keluarga Muslim yang berpegang teguh dengan syariat. Kini, setelah hampir sepuluh tahun melayari bahtera rumahtangga, pasangan itu telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Putera sulung diberi nama Abu Bakar, manakala si puteri dipanggil Fatimah Az-Zahrah.

Fatimah... Begitu comel wajah itu. Masih Najiha ingat. Sewaktu Fatimah dilahirkan, Eeirfan tiada di sisi. Si suami begitu sibuk dengan kerjayanya. Paginya menjadi penganalisis komputer. Malamnya menggegarkan pentas ceramah. Pendakwah bebas... Perginya ke mana-mana. Najiha bangga memiliki suami yang giat berjuang di jalanNya. Najiha terharu. Tetapi, naluri wanitanya tetap merasai kesedihan bila mana Eeirfan tiada di sisi tika dia mahu melahirkan. Andai kata Najiha menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia mahu memejamkan mati di sisi suami. Di pangkuan suami tercinta.

" Ayang nak letak nama apa?"
" Suka hati abang la. Asal abang suka, ayang tak bantah."
" Sumayyah?"
" Abang suka?"
" Entahlah. Apa kata... Fatimah Az-Zahrah."

Eeirfan mengucup dahi isteri tercinta. Eeirfan bahagia bersama Najiha. Eeirfan bersyukur kerana Najiha kini menjadi miliknya. Dia tidak salah pilih. Najiha begitu memahami. Najiha tidak pernah merungut dengan segala kekurangan. Najiha sentiasa patuh, dan redha. Eeirfan tahu, Najiha kurang setuju dengan permintaanya agar dia berhenti bekerja setelah kelahiran Abu. Tetapi, sebagai isteri yang taat, Najiha akur. Meskipun bertentangan dengan cita-cita, dan azamnya, Najiha tetap menerima. Najiha mahu menjadi setaat Siti Muthiah. Itu Eeirfan tahu.

Saidatina Fatimah agak kecewa apabila mengetahui bahawa ada wanita lain yang memasuki syurga mendahuluinya. Siapakah dia? Apakah keistimewaannya sehingga disebut namanya oleh Rasulullah? Dialah Siti Muthiah. Wanita agung mentaati suami. Dirinya untuk suami. Kebahagiaan, dan kegembiraan dicurahkan buat suami.

" Wahai Muthiah, apakah perlunya peralatan itu?" Tanya Fatimah tatkala melihat Siti Muthiah memegang segelas air, sehelai kain, dan sebatang rotan di sampingnya.
" Wahai puteri Rasulullah, kain ini kugunakan untuk mengelap peluh suamiku yang penat bekerja. Air ini kuhidangkan buatnya. Kutahu, dia tentu kehausan setelah lelah membanting tulang mencari rezeki buatku, dan anak-anak."
" Bagaimana pula dengan rotan?"
" Jika layananku tidak memuaskan hatinya, aku rela dipukulnya."
" Adakah dia sering memukulmu?"
" Tidak. Bahkan dia hanya memelukku di sisinya."
" Kamu memang layak masuk syurga," bisik hati Fatimah.

Najiha ingin menjadi sehebat Siti Muthiah. Taat, dan patuh kepada suami. Menjadi penawar buat suami. Melahirkan permata hati untuk suami. Paling penting, melahirkan pejuang Islam masa depan. Takbir!! Najiha terkejut dari lamunan. Dia terkenang kisah lampau. Antara dia, dan Eeirfan. Antara cita-cita, cinta, dan harapan. Konflik berlegar-legar. Cita-cita membantu ibu di desa. Meringankan beban ibu yang melahirkan. Membalas jasa bapa yang membesarkan. Najiha tahu perit ibu mengandungkan. Sakit ibu melahirkan. Penat ibu membesarkan.
Kakak,
Dulu, kakak cakap, bila kakak dah kerja, kakak nak bawa abang, Amir, Bobo pergi melancong. Nak bawa kami naik kapal terbang. Nak hantar ibu, dan ayah ke Mekah. Kenapa tak boleh sekarang? Kakak tak ada duit ye? Kakak tak cukup duit? Salam sayang dari kami di kampung.
Abang.

Abang,
Bukan kakak lupa. Kakak ingat janji kakak. Tapi, apakan daya. Kakak tak punya sumber. Belanja bulanan, boleh ditanggung. Janji kakak, agak sukar dikotakan. Sayang sokmo.
Kakak.

Konflik terus bermain di kepala. Antara ketaatan, dan cita-cita. Antara harapan, dan cinta. Hati Najiha menjerit. Dia ingin mengotakan janjinya. Ingin meringankan beban ibunya. Najiha merancang sebegitu lama. Najiha fikir, jika Eeirfan membenarkan dia bekerja tetap, pastinya dia dapat menepati kata-katanya. Membantu keluarganya. Mengapalah Eeirfan tidak pernah mahu mengerti?

" Ayang... Minggu depan abang kena bagi ceramah kat Kedah. Mungkin dalam dua hari."
" Pergilah bang. Orang dah jemput."
" Macam mana anak-anak?"
" Abu... Macam biasalah. Sikit-sikit, abinya. Fatimah pula, tiada masalah."
" Ayang... Penganjur tidak dapat sponsor ceramah abang. Minggu ni, kita jimat sikit ye. Duit ibu dah hantar?"
" Emmm...."


Abang,
Bukan harta yang dipinta. Bukan emas yang dirayu. Najiha ingin selalu di sampingmu.

Najiha serba salah. Bukan dia tidak tahu dengan kerja suaminya. Sebelah pagi, Eeirfan bergegas ke pejabat. Malamnya, jika ada jemputan, Eeirfan perlu berceramah. Kereta Wira itu sahajalah yang membawanya ke mana-mana. Kadang-kadang, Muhammad tidur beralaskan kusyen. Kadang-kadang Eeirfan tidak tidur langsung. Hanan kasihan melihat suaminya. Meskipun Eeirfan tidak pernah meluahkannya, Najiha tetap mahu melihat keselesaan suaminya. Ah!! Iblis begitu kuat menghasut. Sedangkan Nabi junjungan hidup sederhana. Sedangkan sahabat terdahulu lebih hebat dugaannya. Persetankan segala hasutan syaitan laknatullah. Dia perlu sentiasa redha, dan bersyukur dengan segala kurniaan Tuhan. Allah pernah berfirman, "Ketika Tuhan memberitahu : Dan jika kamu berterima kasih, nescaya Kutambah nikmat yang ada padamu. Tetapi, jika kamu kafir, sesungguhnya seksaanKu amat keras. " Ibrahim : 7. Ya... Najiha perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

Seperti biasa, Najiha menjalankan kewajiban seorang ibu, dan isteri sebaiknya. Mengasuh mengikut pesan suami. Tidak dimanjakan, dan tidak pula terlalu keras. Najiha begitu bahagia. Alangkah indahnya, jika kelak, dia dijemput Tuhan, tika perit melahirkan zuriat. Bukan sengaja mahu meninggalkan anak-anak tanpa ibu. Suami tanpa isteri. Tetapi, Najiha mahu mati sebagai syuhadah. Bak kata seorang teman, " Hiduplah sebagai ulama', matilah sebagai syuhadah." Najiha mahu mati dengan redha suami. Bukan tangisan yang mengiringi pemergiannya. Kadang-kadang Najiha cemburu. Cemburu memikirkan. Pastinya Eeirfan akan menikah lagi. Anak-anaknya bakal punya umi baru. Akan ada orang lain di hati Muhammad. Memikirkan Ainur Mardhiah pun menggelisahkannya. Apatah lagi wanita di dunia.

" Kakak... Nenek sakit tenat. Baliklah. Ibu suruh kakak balik."
" Abang Eeirfan tiada. Pergi ceramah di Kedah. Macam mana kakak nak keluar rumah?"
" Kakak telefonlah dia. Nenek dah nazak. Kakak kena balik."
" Nanti kakak telefon abang Eeirfan."

Telefon Eeirfan? Mana mungkin Najiha mengganggu Eeirfan waktu itu. Hatinya meronta untuk pulang. Tapi bagaimana? Najiha tahu, suaminya tidak akan marah. Bukan benda kecil. Hidup mati manusia. Tapi, Najiha tidak mahu menghalang gerak kerja Eeirfan. Jika dikhabarkan berita ini, pasti Eeirfan gelisah. Najiha yakin, Eeirfan pasti tidak dapat pulang malam ini. Hendak pulang sendiri? Najiha mana ada fulus? Kalau untuk dirinya saja, mungkin mencukupi. Tetapi, bagaimana dengan Abu, dan Fatimah? Tinggalkan di rumah? Tidak sama sekali. Apa-apa boleh berlaku. Budak-budak masih kecil. Tidak tahu apa-apa. Tidak mengerti apa-apa. Hendak beritahu ibu duit tidak mencukupi? Najiha tidak sanggup. Nanti, ibu pasti menjadi seperti inspektor polis yang giat menyoal-siasat banduan. Dari mana datangnya duit yang dikirimkan selama ini? Mana mungkin Najiha mampu mengirimkan wang jika duitnya tiada? Ibu tidak tahu. Dan ibu tidak perlu tahu. Ibu juga tidak boleh ambil tahu. Najiha banyak berjimat. Ditahan keperluannya. Dipenuhi kehendak ibu bapanya. Sudahlah dia gagal menghantar mereka ke Mekah. Biarlah dia berkorban sedikit. Hanya sedikit...

" Kakak... Nenek dah meninggal."
" Innalillahiwainnailahirajiun."

Najiha senyum sendiri. Menangis dalam senyuman.

Nenek tua itu telah sampai ajalnya. Telah tiba waktunya. Rambutnya putih. Tiada yang hitam. Mukanya cengkung. Tangannya berkedut. Najiha sayang orang tua itu. Dialah yang mengasuhnya selama ini. Mendidiknya menjadi orang yang berguna. Ibu juga mendidik. Ayah juga mengajar. Tetapi, keringat ibu, dan ayah lebih diperlukan untuk mencari sesuap nasi. Akhirnya, nenek pergi jua. Meskipun Najiha tidak menanam cita-cita agar janda kematian suami itu mati di sisinya. Alangkah indahnya jika dia ada bersama tika neneknya sedang nazak menunggu roh keluar dari jasad.

" DaripadaNya kita datang. KepadaNya kita kan kembali."

" Kak Najiha."
" Ya saya. Siapa di sana?"
" Saya Husna, anak didik ustaz Eeirfan."
" Ooo... Ustaz tiada. Dia belum pulang. Husna nak pesan apa-apa?"
" Em... Akak... Saya harap akak tidak marah. Tapi, saya dah tak mampu," talian sunyi sebentar.
" Akak... Saya mencintai ustaz Eeirfan. Saya tidak mampu menipu diri saya sendiri. Saya begitu sayang kepadanya, dan saya sanggup menjadi yang kedua."
" Ustaz tahu hal ni?" Hanan cuba menahan getar di hatinya.
" Mungkin tahu. Tapi, buat-buat tak tahu. Saya terseksa." Diam lagi...
" Saya yakin ustaz akan mendengar nasihat akak. Kak... Pinanglah dia untuk saya."

Hampir terjatuh gelas putih itu. Najiha tidak sanggup. Dia tidak sanggup bermadu. Tidak rela dimadu. Apatah lagi berkongsi suami. Najiha tidak sekuat Saidatina Aisyah. Aisyah juga cemburukan isteri-isteri Rasulullah. Bermadu tak semanis yang disangka. Mungkin lebih pahit daripada hempadu. Najiha tahu, lelaki yang mampu layak bernikah lebih daripada satu. Malahan dua... Tiga... Empat... Najiha yakin Eeirfan mampu mengemudi dua buah bahtera. Tapi...

Najiha tidak cukup kuat untuk itu. Sudah banyak dia berkorban. Perlukah dia berkorban lagi? Dia berkorban kerana ketaatan. Kerana patuh terhadap suami. Perlukah dia terus memendam rasa lagi? Menangis!! Najiha tidak akan menangis kerana dugaan, dan ujian. Saidina Ali pernah menangis kerana dirasanya Allah tidak memandangnya. Mengapa? Kerana dirasakan tiada ujian diturunkan buatnya. Ujian!! Sebagai tanda kasih Tuhan. Sama ada ingin mengangkat martabat hambaNya itu, ataupun sebagai kafarah dosa yang dilakukan. Dua-dua sama. Sebagai tanda cinta Ilahi. Allah pernah berfirman,
" Tidak Aku bebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya,"
Al-Baqarah : 286. Najiha juga tahu firman Tuhan, " Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar." Tapi...

Macam mana dengan Husna? Husna mencintai suaminya. Mengapakah Eeirfan yang dipilih? Bukan teruna lain di muka bumi Allah ini? Adakah Eeirfan turut mempunyai perasaan yang sama? Atau, adakah mereka sebenarnya saling mencintai? Oleh sebab tidak sanggup berterus-terang, Eeirfan menyuruh Husna meminta kebenaran. Nanti... Abu, dan Fatimah akan punya dua umi. Tidak sanggup Najiha memikirkannya. Tidak sanggup dia melihat kemesraan Najiha, dan Eeirfan. Berkahwinlah tapi jangan berdampingan di hadapannya. Bermesralah tapi usah mempamerkan kemesraan itu. Najiha yakin. Kala itu, dia pasti akan menangis. Kalau dulu, Najiha menangis dalam senyuman. Tapi kini, tangisannya berbunyi. Tangisannya meggugurkan air mata jatuh ke bumi.

Najiha teringat pesan Tok Guru. Poligami tidak salah. Malah meringankan beban wanita yang terseksa. Asal kita hayati, fahami konsepnya. Beliau juga berpesan kepada para suami agar tidak menambah yang sedia ada. Tetapi, jika gelora hati tidak mampu ditahan, nikahlah. Kahwinlah satu lagi. Tafaddhal masykura. Banyak kelebihan sebenarnya isteri yang membenarkan suaminya berkahwin lagi. Pertama, darjatnya pasti diangkat Allah. Kedua, membolehkan si isteri mendekatkan diri kepada Tuhan. Benar. Bila suami bersama isteri kedua, bolehlah isteri pertama melakukan ibadat sunat. Bolehlah dia qiam sepertiga malam. Najiha tahu semua itu. Pasti dia dapat menghampiri Tuhannya. Mengadu, merintih kepadaNya. Tapi...

Kan ketaatan itu juga satu ibadah?

" Kenapa lain macam je ayang sekarang? Ada masalah ke?" Eeirfan mula bersuara bila mana dia menyedari perubahan yang berlaku kepada isterinya. Senyum Najiha lain dari biasa.
" Tak adalah bang. Ayang letih je," kata Najiha menahan sebak di dada.
" Bukan sehari abang kenal ayang. Dah bertahun kita bersama. Kenapa ni? Ayang ada masalah? Atau baby ni merungsingkan ayang?" Sangkal Eeirfan lantas mengusap perut isterinya yang mengandung tujuh bulan itu. Najiha... Abang mencintaimu. Eeirfan memeluk Najiha, dan mendudukkan dia di sisinya.
" Ceritakanlah... Ayang bukan sahaja isteri abang. Tapi sahabat, dan teman bagi abang. Tiada rahsia antara kita."
" Abang..." Najiha makin sebak.

Tiba-tiba...

" Umii... Tengok abang ni. Dia kacau Imah."
" Alaa. Bukan Abu nak kacau. Abu nak main je."
" Abu main kasar, bukan nak main elok-elok. Cakap kat abi."

Tak sanggup Najiha membuka suara. Mujur putera puterinya buat hal. Kalau tidak, tak tahu apa yang akan berlaku. Pasti dia akan teresak-esak di pangkuan Eeirfan. Husna! Mengapakah kamu hadir dalam hidupku? Kenapa Eeirfan yang kau pilih? Kenapa dia yang kau cinta? Bagaimana jika Eeirfan bersetuju? Tak sanggup Najiha menerima realiti itu. Satu mimpi ngeri buatnya. Jika Eeirfan menolak, Najiha pasti menangis suka. Tapi, jika Eeirfan menerima? Najiha menangis juga. Dia menangis kedukaan. Eeirfan pasti memujuk tapi hatimya telah mati. Cerai? Ya. Perkara halal yang dibenci Allah. Husna tidak pernah terfikir untuk minta cerai. Hanya Eeirfan yang diharapkannya.

Sudah sebulan peristiwa itu berlaku. Najiha melaksanakan tanggungjawab seorang isteri seperti lazimnya. Diasuh anak-anak sebaiknya. Dilayan suami seikhlasnya. Tidak pernah Najiha bermasam muka. Apatah lagi berwajah sugul. Najiha lupa. Dia tidak boleh menipu Eeirfan. Suami itu menyedari perubahan Najiha. Ada benda yang cuba disembunyikannya. Senyum Najiha manis tapi tidak semanis dahulu. Segalanya berubah. Eeirfan amat mencintai Najiha, dan dia tidak mahu perubahan ini. Apa dah jadi? Eeirfan gelisah tak tentu. Kerjanya tanpa kosentrasi. Senyuman Najiha yang lain itu sudah cukup meresahkan Eeirfan. Sedarkah Najiha? Lebih parah lagi bila Eeirfan tidak dapat melakukan kerja dakwah seeloknya. Itulah kuasa wanita. Yang akhirnya menyungkurkan seorang lelaki. Bangkitlah Eeirfan. Sesungguhnya...

" Katakalah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum kerabatmu, harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu takuti kerugiannya, serta tempat kediaman yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah, rasulNya, dan jihad ke jalan Allah, maka tunggulah olehmu, sehingga Allah mendatangkan seksaanNya..." At-Taubah : 24.

" Abang..." Najiha bersuara satu malam.
" Yang..."
" Baru-baru ni, pelajar abang telefon."
" Ya."
" Husna namanya," Najiha cuba melihat reaksi Eeirfan tapi tiada perubahan pada wajah itu.
" Ya."
" Katanya..." Diam seketika.
" Katanya dia mencintai abang. Dia mahu mengahwini abang."
" Jadi?" Begitu tenang lelaki ini.
" Kahwinilah dia," lantas Najiha menangis teresak-esak. Dia tidak mahu menangis tapi dia tidak mampu menahan sebak di dada. Disembamkan mukanya di riba suami. Habis basah pelikat itu. Najiha menangis, dan terus menangis. Tidak sanggup untuk menatap wajah suaminya.
" Sebab inikah kamu berubah isteriku?" Bisik hati Eeirfan. Diangkat muka Najiha. Ditenung mata yang berair itu. Najiha menundukkan muka lantas menyembamkan wajahnya di ribaan suami. Eeirfan mengangkat kembali wajah itu. Ditenung lagi mata itu. Tenungan yang sememangnya tajam semakin tajam jadinya.
" Kalau ayang suruh abang kahwin, kenapa menangis?" Diam...
" Ayang tak sanggup?" Diam lagi...
" Kalau tak sanggup, kenapa suruh abang kahwin?" Lidah Najiha kelu.
" Ayang. Tiada orang lain di hati abang. Ayang tiada celanya. Buat apa abang nak cari lain? Isteri abang hanya seorang. Nida` Najiha namanya. Terima kasih kerana bersama abang selama ini. Melahirkan keturunan abang."

Lagi seminggu Najiha akan melahirkan bayi yang ketiga. Kalau muzakkar, namanya Umar. Kalau muannas, pastinya Siti Muthiah. Eeirfan tidak sabar menanti saat itu. Saat lahirnya marjan, sebagai tanda kasih berpanjangan. Najiha terlalu banyak berkorban. Begitu teguh di belakangnya. Tika dia turun berjuang. Kasihan Eeirfan melihat Najiha. Lain pula dia kali ini. Benar-benar tidak bermaya. Mukanya pucat. Langkahnya longlai. Mujur senyuman itu menghilangkan kecatatan yang ada.

" Abang... Takut rasanya kali ini."
" Kenapa? Kan abang ada."
" Entah bang. Melahirkan ni umpama nyawa di hujung tanduk."
" InsyaAllah, segalanya akan selamat."
" Abang..."
" Ya."
" Kalau ada apa-apa yang berlaku pada ayang..."
" Tak akan ada apa-apa yang berlaku."
" Kalau-kalau..."
" Semua akan selamat," pintas Eeirfan.
" Kalau-kalaulah... Abang nikahilah Husna sebagai pengganti ayang."

Inilah wanita. Sekali tergores, sekali terusik, payah nak sembuh. Prasangka tidak pernah luput. Eeirfan mengerti. Prasangka itu tandanya sayang. Tapi, usahlah begitu. Benarlah kata seorang motivator. Wanita itu mudah tersentuh. Sensitif benar hatinya. Emosinya tidak dapat dibendung. Sentiasa mengikutinya. Menjadi pengawal peribadi yang setia. Najiha juga tidak terkecuali. Percayalah Najiha. Cinta abang untuk Najiha seorang.

" Encik Eeirfan... Nampaknya pihak kami hanya punya satu jalan. Sama ada ingin menyelamatkan si bayi, atau si ibu."
" Selamatkan keduanya," Eeirfan seolah memberi arahan.

Eeirfan memegang erat isterinya. Muka Najiha pucat lesi. Diusapnya rambut hitam Najiha. Diciumnya pipi itu. Eeirfan ingin menangis tetapi tidak sanggup membiarkan air matanya gugur ke bumi. Bukan kerana ego. Najiha sendiri tidak menangis. Masakan dia boleh menangis? Darah begitu banyak tetapi tangisan bayi masih belum kedengaran. Najiha sedaya upaya melawan sakitnya. Yang penting, anak Eeirfan itu lahir ke dunia. Nyawanya nombor dua. Nafasnya kian sesak. Tiba-tiba... Kedengaran bayi mendendangkan lagunya. Makin lama, makin rancak bunyinya. Serentak dengan itu, Najiha menghembuskan nafasnya yang terakhir.

"TIDAK ADA YANG LEBIH MANIS DALAM KEHIDUPAN INI MELAINKAN APABILA KITA BERJAYA MEMPEROLEH KEMANISAN IMAN DAN MENGECAP CINTA ILAHI"

KHALID AL-WALID PANGLIMA PERANG ISLAM

Salam semua.
Terimalah cebisan cerita mengenai panglima Islam yang agung. :)


Dikisahkan ketika Khalid bin Al-Walid mendekati medan perang dalam salah satu pertemumpuran di Ajnadin menghadapi bangsa Rowami dalam episode penaklukkan Damaskus, tiba-tiba ia melihat seorang prajurit penunggang kuda melesat melewatinya dari belakang dan berkuda menuju pasukan Romawi. Sebelum Khalid sempat menahannya, ia telah menghilang, Bertubuh langsing dan berpakaian hitam, penunggang kuda itu mengenakan pelindung di dadanya, bersenjatakan pedang dan tombak. Khalid melihat ia mengenakan sorban hijau dan selendang yang menutupi wajahnya sebagai cadar dan hanya matanya saja yang terlihat. Khalid tiba di medan perang bersamaan dia melihat penunggang kuda itu melemparkan dirinya kedalam pasukan Romawi dengan penuh kemarahan yang membuat semua yang hadir mengira bahwa ia dan kudanya gila. Rafi – pemimpin pasukan yang waktu itu menggantikan Dhirar yang ditawan oleh tentara Romawi - melihatnya sebelum melihat kedatangan Khalid dan berkata, ”Dia menyerang seperti Khalid, tetapi jelas dia bukan Khalid.” Kemudian Khalid bergabung dengan Rafi.
Khalid langsung menggambungkan kelompok Rafi dan pasukan berkuda yang dibawanya dan menyebarkannya dalam kombinasi kekuatan untuk berperang. Sementara itu penunggang bertopeng menunjukkan aksi berkuda dan penyerangan dengan tombaknya yang mendebarkan kaum Muslimin. Dia terus maju menyerang barisan depan pasukan Romawi dan membunuh seorang prajurit, lalu dia berkuda lagi kebagian depan yang lain dan menyerang prajurit di barisan depan, dan seterusnya. Beberapa orang prajurit Romawi maju untuk menghadangnya namun berhasil dijatuhkan dengan permainan tombaknya yang dashsyat. Kagum terhadap pemandangan yang menakjubkan tersebut, pasukan Muslimin masih belum dapat melihat siapa gerangan pejuang itu, kecuali bahwa dia adalah postur seorang anak muda dan sepasang mata yang tajam bercahaya di atas cadarnya. Sang penunggang kuda tampaknya hendak bunuh diri karena dengan pakaian dan tombak yang berlumuran darah dia kembali menyerang prajurit Romawi. Keberanian sang pejuang memberikan keberanian baru bagi kelompok Rafi (yang semua hampir terkalahkan sebelum kedatangan pasukan Khalid bin al-Walid), yang melupakan kelelahan mereka dan menyerbu ke medan perang dengan semangat baru yang tinggi ketika Khalid memerintahkan untuk menyerang.
Penunggang bercadar, yang kini diikuti oleh prajurit lainnya, melanjutkan pertempurannya dengan prajurit Romawi ketika seluruh pasukan kaum Muslimin menyerbu. Segera setelah serbuan umum itu, Khalid mendekat kepada sang penunggang dan bertanya, ”Wahai pejuang, tunjukkanlah wajahmu!” Sepasang mata hitam berkilat menatap Khalid sebelum berbalik dan kembali menyerang tentara Romawi. Kemudian beberapa orang tentara Khalid menyusulnya dan berkata kepadanya. ”Wahai pejuang yang mulia, komandanmu memanggilmu dan engkau pergi darinya! Tunjukkan kepada kami wajahmu dan sebutkan namamu agar engkau dapat dihormat selayaknyai.” Sang penunggang kuda kembali berbalik pergi seolah dengan sengaja merahasiakan identitas dirinya.
Ketika sang penunggang kuda kembali dari serangannya, dia melewati Khalid, yang menyuruhnya dengan tegas untuk berhenti. Dia menarik kudanya berhenti, Khalid melanjutkan: ”Engkau telah berbuat banyak yang memenuhi hati kami dengan kekaguman. Siapakah anda?”

Khalid hampir terjatuh dari kudanya ketika dia mendengarkan jawaban dari penunggang kuda bercadar, karena yang didengarnya adalah suara seorang gadis. ”Wahai komandan, bukannya aku enggan menjawab pertanyaan anda, hanya saja aku merasa malu, sebab anda seorang pemimpin yang agung, sedangkan aku adalah gadis pingitan. Sesungguhnya tiada lain yang mendorongku untuk melakukan hal seperti itu melainkan karena hatiku terbakar dan aku sangat sedih.
Khalid dibuat kagum kepada orang tua itu, Al-Azwar, yang menjadi ayah pejaung-pejuang pemberani, laki-laki dan perempuan. ”Kalau begitu bergabunglah bersama kami.”

Itulah dia, Khaulah binti Al-Azwar, seorang gadis pemberani, yang membuat kagum pasukan Muslimin dengan sepak terjangnya menyerang tentara Romawi. Kesedihan dan kemarahan akan berita ditawannya saudaranya tercinta, Dhirar bin al-Azwar, membuatnya tampil ke medan perang sebagai pejuang, dan tidak lagi berada di barisan belakang sebagai perawat prajurit yang terluka dan mengurus perbekalan sebagaimana yang dilakukan sebelumnya bersama para wanita yang ikut dalam peperangan.
Dikisahkan dalam perang Yarmuk, Khaulah, isteri Zubair, Ummu Hakim dan kaum wanita lainnya ikut terlibat di dalam peperangan. Dengan bersenjatakan tombak dan tiang-tiang tenda, mereka melawan setiap tentara musuh yang mendekat, dan membawakan air bagi pasukan muslimin yang terluka dan kehausan. Ia berteriak kepada kaumnya: ”Sebagian kalian jangan sampai terpisah dari lainnya. Jadilah seakan-akan satu lingkaran dan jangan berpencar karena itu akan menyebabkan kalian mudah dikuasai lalu akan terjadi perpecahan diantara kalian. Hancurkan tombak-tombak mereka, patahkan pedang-pedang mereka!”

Dia berperang dengan seorang tentara Romawi, namun lawannya adalah pemain pedang yang lebih baik dan berhasil memukul kepala Khaulah dengan pedangnya, dan akibatnya ia terjatuh dengan darah yang bersimbah membasahi kepalanya. Ketika pasukan Romawi dipukul mundur, dan wanita lainnya melihat tubuhnya tidak bergerak, ia menangis sedih dan bergegas mencari Dhirar untuk mengabarkan bahwa saudarinya tercita telah tiada. Namun Dhirar tidak dapat ditemu hingga malam tiba. Ketika ia kahirnya tiba di tempat saudarinya, Khaulah duduk dan tersenyum. Dia sungguh baik-baik saja!

NENEK NEGRO DI MEKAH

Salam semua.
Sila lah ambil iktibar. :)

USIA engkau 50 tahun. Dengan akal yang waras, sudah tidak mungkin, sama sekali; engkau mengandung. Tetapi demi Allah yang Maha Kaya dan Hebat, usia 50 tahun bukanlah halangan untuk mencipta satu keajaiban.
Allah Maha Besar. Tidakkah kau mempercayai-Nya?
Selepas solat Zohor, suami engkau menyentuh. Entah apa khayal nakalnya, dia hanya bilang mahu melepaskan keinginan di tanah suci. Engkau memberi. Kemudian seusai mandi kalian berdua bergerak ke Masjidil Haram menerusi pintu Nadwah. Sesudah Asar, berdualah kalian untuk ke Taneim. Di sini engkau berniat umrah dan sebaik pulang ke tanah haram, engkau mulai bertawaf seiring dengan suami mulai jam 6 petang. Ternyata waktu-waktu begini tidak panas kerana matahari sedang turun membenam diri mengikut perintah Ilahi yang menciptakannya tetapi perlahan-lahan juga orang agak ramai untuk bertawaf. Alhamdulillah engkau selesai mengerjakan umrah sebelum azan Isya'. Sempat engkau lihat ke langit, bulan bersabit tergantung di langit, Kaabah yang mulia tersergam agam dan agung entah kenapa membuatkan engkau sebak.
30 tahun berkahwin tanpa anak. Sekali ini engkau rasa amat mahu meminta. Seorang memadai ya Allah. Sesungguhnya isteri Zakaria lebih tua dari aku, rayu engkau kepada Tuhan Yang Maha Esa.
Kemudian engkau duduk di saf sembahyang yang menghadap Kaabah. Masjidil Haram waktu awal malam; dengung bacaan al-Quran berbaur bagai suara lebah merdu bertingkah dengan anak-anak menghilai. Engkau lihat juga petugas Masjidil Haram cekatan mengatur jemaah wanita dan lelaki supaya berasingan, juga bersungguh mencegah jemaah Iran yang terkadang sedikit emosional di depan pintu kaabah dan Maqam Ibrahim bersilih dengan pemandangan kumpulan lelaki dalam kain ihram mendedah bahu kanan bertawaf mengharapkan kebaikan dari Tuhan. Engkau sedikit terganggu, ada jemaah muslimah tergesa mencari saf yang kosong sambil mendukung bayi, mereka mengenakan jubah pelbagai warna. Engkau pejam mata. Engkau buka semula.
Engkau lihat lagi langit, bulan sabit masih molek tersangkut. Kumpulan merpati melayang rendah sesekali hilang di sebalik menara Hilton Mekah, muncul semula di celah istana tetamu yang agam dan kelihatan seolah bertenggek di tingkat suite Dar al Taqwa Intercontinental hotel. Merpati-merpati indah sedang tekun beribadah. Engkau terhidu bau atar mengapung harum menusuk deria hidu dan melihat langit lagi, awan nipis dan angin sesekali sepoi sahaja tiupannya melanggar pakaian pada tubuh, menampar pipi. Engkau bilang tasbih di tangan.
Azan Isya pun berkumandang. Engkau bersembahyang. Lunak suara imam membacakan surah Yaasin, penawar hati di dalam al-Quran.
Kemudian, sesudah solat jenazah usai, engkau meluru ke arah Multazam, sedar engkau tidak ditegah menghampirinya, lantas engkau berdoa lagi. 50 tahun engkau mahu mempunyai anak.
Suami engkau pernah berkata, “Tak apa Hajar. Abang sudah redha dengan ketentuan Allah. Kita bahagia bersama dan tentu sahaja ada hikmah besar yang tidak pernah kita maklumi.”
Tetapi kali ini engkau meminta-meminta-meminta.
Engkau pulang bersama suami, bersama berpimpinan tangan menghala ke Asia Palace, di hadapan kedai runcit berhampiran hotel engkau singgah sebentar untuk membeli air mineral botol besar.
Tiba-tiba engkau disergah nenek negro itu. Ia bertudung serba hitam dan kepam. Pipinya berkedut dan tangannya; sepuluh jari berbalut warna jingga inai yang kian pudar. Matanya kuyu. Bibir nenek negro itu bahagian bawah lebih tebal dari bahagian atas sedikit terjuih dan engkau sedar di kedua-dua lengan terpasang gelang perak yang sarat. Dia berdiri di hadapan muka pintu kedai runcit tidak bersuara dan hanya pergi setelah diberi air mineral sebotol oleh pekedai yang tidak banyak bicara dan semacam mengerti ragam nenek tersebut.
“Ketepi Hajar, nenek gila nak lalu.” Kata suamimu, menghela tangan untuk memberi laluan kepada nenek berkulit legam itu. Dia menoleh ke arah engkau, merenung tepat seolah-olah memahami kata-kata suami engkau dan marah menyala pada matanya terpanah membakar rasa dalam jiwa engkau. Telan air liur engkau telan dan engkau perlahan-lahan cuba tersenyum. Nenek negro masih tajam merenung tanpa reaksi dan kemudian perlahan-lahan dia juga tersenyum.
“Jangan abang cakap begitu lagi lain kali. Marah dia.”
“Argh bukannya dia faham.”
“Tak faham pun tak baik kata begitu, orang gila di kota Mekah jangan-jangan wali Allah.”
Engkau naik ke tingkat atas, makan minum dan sudah lima hari, setiap kali makan tengahari serta makan malam engkau menghimpun pelbagai jenis buah-buahan yang dibekal oleh pakej umrah. Ada pisang, limau, oren dan anggur. Engkau bawa semua naik ke atas dan isi di dalam kampit yang asalnya kecil kini mengembung menjadi besar.
Engkau tidur dengan perut kekenyangan. Sebelum mata terlena, engkau terbayangkan nenek negro lagi. Kemudian engkau lelap terus. Di dalam tidur nenek negro muncul tersenyum kepada engkau dan bersuara. Mula-mula butir katanya tidak jelas tetapi kemudian bicara itu menjadi terang. Nenek negro ternyata fasih berbahasa Melayu dan Arab.
“Siti Hajar, akan aku bacakan ayat kedua surah al-Insan bahawa: Sesungguhnya Kami mencipta manusia daripada nutfah yang bercampur.”
Engkau terjaga, dikejutkan suami dan diminta lagi. Engkau pun memberi. Sesudah selesai, engkau mandi dan azan pertama berkumandang dari Masjidil Haram. Berdua kalian bergerak ke al Haram, engkau jinjit sama kampit berisi buah-buahan.
“Nak buat apa Hajar?” Tanya suami engkau.
“Sedekah, dari tidak dimakan. Kita beri kepada musafir atau orang-orang yang kelihatan merempat tidur di perkarangan masjid.”
Engkau berpisah dengan suami di hadapan eskalator menuju ke pintu Umrah. Janji bertemu sesudah subuh. Engkau sedang melilau mata mencari jika ada orang yang layak disedekahkan buah-buahan itu apabila tiba-tiba muncul nenek negro. Dia senyum kepada engkau. Engkau senyum kepadanya. Engkau unjukkan kampit berisi buah-buahan. Dia lebih senyum.
Nenek negro tiba-tiba di luar duga memegang perut dan menekan rahim engkau.
“Allah berfirman dalam al-Mukminun pada ayat yang empat belas bahawa: Kemudian daripada nutfah Kami jadikannya alaqah.”
Engkau terpinga pada mulanya.
Nenek negro berbisik lagi, “Kemudian daripada alaqah Kami jadikan mudghah.”
Engkau gamam. Sungguh-sungguh gamam.
“Bacalah Hajar ayat-ayat Tuhan dalam surah al-Hajj yang kelima: Kemudian jadilah kamu mudghah yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna kejadiannya.”
Engkau menitiskan air mata.
Nenek negro senyum dan menyambung, “Baca jugalah ayat ke sembilan dalam surah as-Sajdah apabila Tuhan mengesahkan: Kemudian Dia menyempurnakan kejadian dan meniupkan roh ke dalamnya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan akal tetapi sedikit sekali kamu bersyukur.”
Kemudian nenek negro pergi membiarkan engkau teresak di hadapan pintu Umrah seorang diri hingga terdengar azan Subuh dilaungkan merdu dan beralun indah menampan kalbu.
Hari demi hari berlalu, dan engkau sedia berangkat untuk pulang ke tanahair. Di hadapan kedai runcit, saat menawar beli buah tin dan zaitun sekali lagi engkau terserempakkan nenek negro yang sama. Masih mengulang laku tempoh hari, berdiri menghadang pintu kedai runcit dan hanya berlalu pergi jika diberi sebotol air mineral. Engkau menegurnya, tetapi dia berbuat endah tidak endah dan sama sekali tidak peduli seolah-olah pekak tuli dan tidak mengerti.
Dia memandang kosong ke arah engkau seolah-olah langsung tidak mengenali. Apakah tandanya Tuhan? Tanya engkau berulang kali.
Sehari kemudian, seusai tawaf wida, engkau pun naik ke dalam bas dan bergerak menuju ke Jeddah. Engkau mengesat air mata, terharu berpisah dengan kebesaran Allah, berharap dapat kembali lagi. Entah bila. Janganlah berpisah terlalu lama. Engkau lempar pandangan ke luar jendela, menyelak langsir dan terlihat seorang wanita yang engkau cam, nenek negro melambai sambil tersenyum. Engkau balas lambaian dan tersedu. Tidak engkau sedari zygote[i] sudah berlaku. Segumpal darah beku ibarat lintah atau endometrium[ii] sedang berlaku di dalam rahim engkau. Bahawa tanda-tanda kebesaran Tuhan sedang terjadi.
Sebulan kemudian di dalam rahim engkau, berkembang somites[iii] menjadi vertebrae[iv] maka tulang-tulang pun membentuk di dalam daging yang terselimut somatic mesoderm[v].
Sungguh-sungguh al-Quran satu mukjizat agung menjelaskan kejadian manusia lebih awal mengatasi pengetahuan ilmu embriologi. Engkau bermimpi lagi apabila kandungan engkau sudah sarat. Demi Allah, nenek negro datang lagi. Kali ini lebih berseri tersenyum menampakkan giginya yang rongak.
“Maka Hajar, tidakkah kau bersyukur dan lebih percaya bahawa Tuhan itu Maha Besar?” Nenek negro memegang tasbih butir seribu, tudungnya lebih kemas dari dahulu dan serba putih bercahaya. Dia bertenggek dengan sebelah tangan memaut runcing bulan sabit di atas langit, di bawah Masjidil Haram berkerlipan cahaya neon dan sibuk manusia beribadat kepada Allah. Nenek negro di kota Mekah pun meresap hilang dari mimpi. 50 tahun dan Tuhan menunjukkan kuasa-Nya.
Usia engkau 50 tahun. Dengan akal yang waras, sudah tidak mungkin, sama sekali; engkau mengandung. Tetapi demi Allah yang Maha Kaya dan Hebat, usia 50 tahun bukanlah halangan untuk mencipta satu keajaiban.
Tidakkah kau kini beriman kepada Tuhan Allah, serta memperakukan Islam itu sebenar-benar deen daripada-Nya?

CINTA KETIGA DI SKYPE

Salam semua.
Ini sambungan bagi cerpen CINTA KEDUA DI YAHOO MASSENGER
Selamat membaca. ^_^

Pertemuan pertama

Wajah murung gadis belasan tahun itu menyentuh hatinya. Kasihan, usianya masih muda, namun sudah menanggung seribu derita.

“ Bersabarlah Imah. Kuatkan semangat. Doa banyak-banyak. Solat hajat banyak-banyak. Saya ni cuma mampu berikhtiar saja, keputusannya, terletak pada Allah juga. Yang penting, kita sebagai hamba-Nya, harus yakin yang setiap yang ditetapkan itu ada hikmah disebaliknya.” Dia cuba menyusun kata-kata sebagai ubat buat hati yang lupa.

Gadis itu mengangguk lemah, cuba untuk senyum, namun masih tidak mampu untuk menyembunyi parah. “ Terima kasih doktor. Doktor pun, doa-doalah untuk saya. Solat hajatlah untuk saya.” Katanya penuh makna.

“ Insya Allah.” Dia menghadiahkan senyuman sebagai penutup bicara dan bangun.
“Assalamualaikum. ”

Itulah pesakit terakhir dalam rondaan wad pagi itu. Dia menarik nafas lega, bersyukur kepada Allah kerana diberi kekuatan untuk menyelesaikan tugas pertamanya pada hari itu.

Dia baru saja hendak menyusun langkah untuk ke bilik doktor ketika terdengar namanya dipanggil. Dia menoleh, mengenali suara itu milik Mr Ravi, salah seorang konsultan di wad surgeri.

“ Nadia, baru habis ward round ya? Bagaimana? Ada apa-apa masalah?”

“ Semuanya baik, Mr Ravi. Auntie Mei kata dia dah boleh membuang air besar, dan katanya, tidak ada apa-apa yang asing. Bekas jahitan Pak Man saya lihat tadi pun, semakin sembuh.”

Mr Ravi mengangguk tanda puas hati. “ Bagus, bagus. Nadia, saya ingin memperkenalkan awak kepada doktor baru yang akan bekerja bersama team kita di wad ini. Dr Mus’ab Umair. Dr Mus’ab, ini Dr Nadia Zainudin.”

Dr Mus’ab menghulurkan tangan untuk berjabat salam. Nadia kaget seketika sebelum cepat-cepat memberi alasan.

“ Oh maaf Dr Mus’ab, tadi saya tidak sempat membasuh tangan selepas memeriksa pesakit terakhir saya tadi. Nanti terkena infeksi pula. Maaf ya.” Nadia tersenyum kelat, mengelat!

“ Isk kamu ni Nadia, kamu bukan tak tahu bahaya kros-infeksi di wad-wad hospital. MRSA berkeliaran di mana-mana saja!” Tegur Mr Ravi sambil menggeleng-gelengka n kepala. “ Silalah beri tunjuk ajar apa-apa yang perlu kepada Dr Mus’ab ya. Dia sebenarnya baru balik dari UK, sudah ada 2 tahun pengalaman bekerja di sana.” Mr Ravi menepuk bahu Dr Mus’ab. “Mungkin awal-awal ni akan rasa kekok sedikit dengan sistem di sini.”

Nadia mengangguk. “ Insya Allah.” Sudah 2 tahun bekerja di UK? Kalau begitu, mesti dia lebih kurang sama baya dengan aku. Tapi aku tak pernah langsung berjumpa dengan mamat ini selama aku di sana. Tak apalah. bukannya seorang dua saja yang belajar di UK tu, beratus-ratus orang yang lain!

Dr Mus’ab mengerling pada jam tangannya. “ Maaf, Nadia, saya terpaksa minta diri sebentar. Saya ada temujanji dalam masa 10 minit lagi bersama Dr Hakim. Jumpa lagi bila-bila ya.” Dia tersenyum.

Nadia mengangguk dan sudah mahu berpatah balik ke bilik rehat doktor. “Oh ya Nadia!”

Nadia berpaling. “ Ya, Dr Mus’ab?”

Dr Mus’ab mengenyitkan matanya, nakal. “ Jangan lupa basuh tangan! Nanti kros-infeksi!” Dengan itu doktor baru itu bergegas meninggalkan wad surgeri itu melalui pintu utama.

Nadia tersenyum kelat sendiri.


Hari-hari seterusnya

Hari-hari yang dilalui setelah kedatangan doktor muda yang baru itu sungguh, penuh dengan cabaran dan menguji kesabaran. Adakalanya Nadia benar-benar suka dengan sikap Dr Mus’ab, tapi ada saja perkara lain mengenainya yang membuat dia kembali membenci. . Walaupun baru seminggu Dr Mus’ab bekerja di situ, dia sudah dikenali oleh majoriti staff yang bekerja di wad itu, sampaikan ke pekerja kantin dan ‘cleaner’ pun turut menyenanginya.

Pesakit-pesakit di wad itu apatah lagi. Bila tiba rondaan wad saja, kelibat Dr Mus’ab pun sudah cukup menggembirakan hati pesakit. Masakan. Dr Mus’ab tidak pernah ketandusan senyuman, serta kata-kata jenaka yang mencuit hati. Nadia kadangkala kagum dengan perwatakannya yang demikian, adakalanya dia iri. Bagaimana mamat ini masih boleh melemparkan senyuman dan berbuat jenaka walaupun setelah berjaga hampir semalaman untuk ‘on call’?

Namun, satu peristiwa yang berlaku di wad itu telah benar-benar meninggalkan kesan di hati Nadia, dan telah mengubah persepsinya terhadap Dr Mus’ab.

“ Kenapa Nadia? Nampak ‘tension’ je.”
Nadia tidak mengangkat kepalanya. Pandangan matanya masih pada catatan pesakit yang berada di hadapannya.
“ Ni, laporan dari makmal imejan dah siap. Katanya, ketumbuhan yang mereka lihat di dalam skan CT Kak Salmah kemungkinan besar barah!”

Dr Mus’ab juga turut terkedu.

Nadia menahan sebak. Kak Salmah, masih dalam lingkungan awal 40, seorang perempuan yang ceria dan tidak banyak kerenahnya. Dia sudah seminggu di hospital kerana tiba-tiba tidak sedarkan diri semasa di sekolah tempatnya mengajar. Nadia benar-benar tidak sampai hati untuk memberi khabar duka ini kepadanya.

“ Nadia, kalau awak nak saya yang beritahu Kak Salmah, saya tak kisah.”

Nadia menggeleng-gelengka n kepalanya. “Tidak mengapa, Mus’ab. Biarlah saya yang melakukannya. Insya Allah, diberi kekuatan.”

Dr Mus’ab mengangguk, tidak mahu memaksa. Kalau Nadia kata dia mampu untuk lakukan sesuatu, bererti dia memang mampu untuk melakukan perkara itu.

Nadia membawa bersamanya fail Kak Salmah, berjalan menuju ke katil di mana Kak Salmah ditempatkan. Tapi langkahnya tiba-tiba terhenti apabila terlihat olehnya keluarga Kak Salmah turut berada di katilnya. Terbatal niatnya untuk berjumpa dengan Kak Salmah di saat itu, namun Kak Salmah terlebih dahulu menangkap kelibat doktor muda itu. Dilambai-lambai tangannya untuk memanggil Nadia ke sisinya.

“ Bang, inilah doktor yang menjaga Salmah.”

Lelaki yang kelihatan lebih kurang sebaya dengan Kak Salmah tersenyum menyambut kedatangan Nadia. “Assalamualaikum doktor.”
“ Waalaikumsalam.” Jawab Nadia perlahan.

Seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan usia 9 tahun yang sedang berdiri di tepi katil Kak Salmah memandang Nadia dengan penuh tanda tanya.

“ Ini anak bongsu akak, Emir. Emir, ni Doktor Nadia. Dialah yang jaga mak selama mak ada kat hospital ni.”

Emir masih memandang Nadia tanpa berkelip. Matanya tertangkap stetoskop yang tersangkut di leher Nadia.

“ Emir, kalau Emir belajar rajin-rajin, nanti bila besar boleh jadi doktor macam doktor Nadia. Kalau mak sakit, Emir boleh tolong ubatkan mak. Tak perlu mak pergi hospital lagi.” Kata Kak Salmah sambil mengusap kepala anak bongsu kesayangan. Emir mengangguk lalu merangkul manja ibunya.

Hati Nadia tersentuh. Bagaimana hendak aku khabarkan berita ini kepada Kak Salmah? Berita ini saja boleh membunuhnya!

Tiba-tiba ‘bleepnya’ berbunyi, dan Nadia menarik nafas lega. Tidak pernah dia rasa gembira untuk menjawab panggilan ‘bleep’ selama ini.

Nadia meminta diri dan bergegas untuk menjawab panggilan ‘bleep’. Mungkin daripada makmal imejan. Mungkin untuk memberi khabar gembira, yang laporan scan CT Kak Salmah sebenarnya silap! Sebenarnya ralat!

Rupanya Mr Ravi.

“ Nadia, sudah dapat keputusan scan CT untuk Kak Salmah? Sepatutnya dah sampai tengahari tadi.”

“ Sudah Mr Ravi. Hem…berita yang tidak dijangka. Mereka meletakkan ketumbuhan yang mereka lihat dalam scan itu sebagai barah.”

Terdengar hembusan nafas yang panjang di hujung ganggang. “ Dah beritahu Kak Salmah?”

“ Belum Mr Ravi. Saya hendak berbincang dengannya sebentar tadi, tapi keluarganya datang melawat. Mungkin selepas ini.”

“ Baiklah.”

Ganggang diletakkan kembali. Lemah.

“ Nadia, saya tak kisah kalau awak nak saya saja yang memberitahu Kak Salmah tentang keputusan scan nya tadi.” Sekali lagi Dr Mus’ab menawarkan pertolongannya.
Nadia membisu.

“ Nadia, tidak mengapa untuk mengaku awak tak sanggup untuk melakukan sesuatu, kalau awak benar-benar merasakan awak tak sanggup untuk melakukannya. Walaupun kita doktor, orang memandang tinggi kedudukan kita, kita masih lagi manusia biasa. Kita masih punyai kelemahan, limitasi masing-masing. Sebab itulah kita perlu bekerja sebagai satu tim. Apa yang saya tak mampu lakukan, mungkin orang lain dalam tim itu boleh hulurkan bantuan. Samalah seperti sekarang ini. Kalau awak rasa awak tak sanggup, saya sanggup membantu.”

Hati Nadia terusik mendengar khutbah spontan dari Dr Mus’ab. Jelas kebenaran yang terkandung dalam kata-katanya yang ringkas tapi padat itu.

“ Baiklah Mus’ab. Saya nak minta tolong awak untuk beritahu Kak Salmah tentang keputusan makmal imejan tadi.”

Dr Mus’ab mengangguk. “ Insya Allah saya akan mencuba yang terbaik untuk membantu.”

Keluarga Kak Salmah beransur hendak pulang. Nadia menuju kembali ke katil Kak Salmah, kali ini bersama Dr Mus’ab.

“ Kak Salmah, saya hendak berbincang tentang sesuatu perkara dengan Kak Salmah. Boleh saya tarik langsir ini di sekeliling katil ni? Jangan risau, Dr Nadia ada bersama-sama saya.” Kata Dr Mus’ab penuh kesantunan.

Kak Salmah tersenyum. “ Ha ada apa Dr Mus’ab? Tadi keluarga saya baru saja datang. Kalau awak ada bersama Nadia tadi, boleh saya perkenalkan sekali. Kan Nadia?”

Nadia membalas senyuman Kak Salmah, hatinya mula berkecai. “ Ha ah, Emir sungguh comel.” Cuba digagahkan suaranya agar ceria.

Kak Salmah menarik nafas panjang. “Tak sabar akak untuk balik rumah semula. Kasihan Emir. Kakak-kakak dan abang-abangnya semua di asrama. Kalau akak tak ada kat rumah, terpaksa dia duduk dengan jiran sebelah rumah sementara tunggu ayahnya balik kerja.”

Dr Mus’ab mengambil tempat duduk di sebelah katil Kak Salmah. “ Banyak-banyak berdoalah Kak Salmah. Insya Allah akan dipermudahkan. Kita meminta pada yang Maha Kuasa.” Dia menyelak helaian nota pesakit Kak Salmah. “Kak Salmah, kami baru saja dapat laporan dari makmal imejan. Berkaitan scan CT yang Kak Salmah buat kelmarin.” Dr Mus’ab memandang wajah Kak Salmah, seolah-olah cuba membaca isi hatinya.

“ Oh ya kah? Baguslah. Maknanya mereka dah kenalpasti apa masalahnya? Jadi bolehlah doktor beri ubat yang sesuai untuk mengubatinya? Bolehlah saya pulang ke rumah?” Kata Kak Salmah, ceria.


Dr Mus’ab memandang Kak Salmah, Nadia di sebelah menunggu penuh debar.

“ Kak Salmah.” Mulanya lembut. “ Kak Salmah, kami mendapat laporan daripada skan CT yang Kak Salmah ambil tempoh hari, kemungkinan besar ketumbuhan yang mereka nampak dalam skan itu adalah barah.”

Kak Salmah menarik nafas panjang. Manik-manik jernih mula bergenang di kelopak matanya.

Dr Mus’ab memberi ruang untuk Kak Salmah menerima berita yang tidak disangka-sangkanya itu. Nadia di sebelah cuba menahan sebak yang dari tadi mengetuk-ngetuk atmanya.

“ Doktor Mus’ab…adakah…adakah saya akan mati?” Kak Salmah bersuara kembali, manik-manik jernih tadi mula mengalir.

“ Kak Salmah, siapalah saya untuk menetapkan tarikh kematian seseorang.” Kata Dr Mus’ab, perlahan. “ Daripada ilmu yang Allah berikan kepada kami, ini hanyalah jangkaan yang dapat kami buat berdasarkan apa yang kami nampak daripada skan. Dan berdasarkan keputusan ini, kami hanya layak untuk memberi nasihat kepada Kak Salmah, apa yang kami rasakan tindakan terbaik untuk mengatasi masalah ini. Tapi yang memberi keputusan mutlak adalah Allah.”

Kak Salmah mengangguk. Manik-manik jernih itu mula mengalir lebih deras. Nadia cepat-cepat mengambil sehelai tisu dan menghulurkannya kepada Kak Salmah. Tangan lembut perempuan bergelar ibu itu disentuh; kemudian digenggam erat. Kak Salmah menangis semahu-mahunya. Nadia mengusap lembut bahu Kak Salmah. Dr Mus’ab hanya memandang penuh simpati.

“ Kak Salmah, bersabarlah. Kita belum habis berikhtiar lagi. Insya Allah, kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu Kak Salmah. Pada masa yang sama, kita sama-sama solat hajat, kita sama-sama doa banyak-banyak. Yakin setiap perkara yang Allah dah tetapkan pasti ada hikmahnya.”

Hati Nadia benar-benar terusik mendengar kata-kata lembut Dr Mus’ab. Bijak sungguh dia menenangkan pesakit yang sedang ditimpa kedukaan. Kata-kata yang dipilih juga cukup halus dan menyenangkan. Seperti air yang mengalir, sejuk dan menyegarkan.

Bermula dari situlah Nadia mula menyedari keistimewaan doktor baru ini, dan dari situlah dia mula mencari jalan untuk merubah persepsi doktor ini terhadap tugas sebenar makhluk di muka bumi ini. Bukan sekadar menjadi doktor biasa sahaja...

Itulah tugas seorang daie. Nahnu duat qabla kulli sya'i. ‘ Kami du’at sebelum setiap sesuatu’.


Usaha bermula

“ Mus, tengok tak bola malam tadi? Hebat sungguh!”

Nadia sedang tekun memeriksa senarai nama pesakit yang perlu dilawat untuk hari itu semasa Dr Mus’ab baru saja sampai ke wad itu bersama Dr Ammar.

“ Oh, tak sempat la Ammar. Semalam aku penat sangat, balik terus tidur.”

Dr Ammar mengumpulkan keputusan-keputusan ujian makmal untuk pesakit. “Penat? Bukan kau balik awal juga ke semalam?”

“ Aku lepak di rumah Haikal semalam.”

Nadia mendengar dengan penuh minat. Teringat perbualannya dengan Dr Haikal dan isterinya beberapa minggu yang lalu.

“ Akhi, ana harap akhi dapat tengok-tengokkan Dr Mus’ab. Dia tak pernah ikut program2 ilmu selama di UK, tapi selama ana bekerja dengan dia, ana nampak macam dia ni sungguh bagus.”

Dr Haikal mengangguk. Isterinya, Atikah, sahabat Nadia semasa belajar dulu tersenyum nakal.

“ Baik-baik sikit Nadia. Nanti ada yang lebih bahaya dari MRSA yang terjangkit pada anti nanti!” Kata Atikah sambil tergelak kecil.

Nadia mencubit kecil lengan Atikah. “Eiii Tikah ni. Ke situ pula dia. ”

Dr Haikal turut tergelak sama. “ Insya Allah ukhti. Ana pun selalu terserempak dengan dia di surau hospital. Ramah sungguh orangnya.Dan memang dia berminat untuk berbincang tentang isu-isu berkaitan umat Islam. Mungkin di UK dia tak berpeluang untuk berkecimpung dengan program-program keilmuan sebab kekangan tempatnya yang tak ramai Muslim dan pelajarannya yang banyak”

Nadia lupa Dr Musab merupakan graduan Oxford. Memang tak ramai Muslim dan sangat padat jadual waktu pelajarannya berbanding universiti yang lain di UK.

Nadia tersenyum. Sejak akhir-akhir ni, kerap juga dia mendengar Mus’ab bertandang ke rumah Haikal. Ataupun keluar bermain tenis setiap petang khamis bersama Haikal.

‘Satu perkembangan yang menarik.Mudah- mudahan berterusan sehingga dia menemui cahaya itu..’ Fikirnya.



Jalan Dakwah



‘ Mus’ab…is calling…’ Kedengaran nada berdering dari komputer peribadinya.

‘ Mus’ab Call duration: 00:30’ “Assalamualaikum abang.”

“ Waalaikumsalam Di. Apa kabar isteri abang hari ni?”

“ Alhamdulillah, sehat saja abang. Abang pula? Cukup makan tak di sana?”

“ Alhamdulillah, abang pun sihat. Hmm, cukup saja, tapi abang masih rindukan masakan bekas tangan isteri abang tu.”

Nadia tersenyum. “ Boleh je Di masak dan pos kepada abang di Baghdad tu. Tapi tak bolehlah Di masak untuk abang seorang saja, kenalah masak untuk satu tim MERCY di sana.”

Suaminya tertawa lucu. “ Baiklah Di, abang tak boleh cakap lama ni, lepas ini kena sambung kerja di klinik. Kirim salam sayang abang kepada anak-anak kita, Khadijah, Aisyah dan Usamah. Ok, Sayang, abang beransur dulu. doakan keselamatan abang dan tim abang di sini. Assalamualaikum.”

‘ Mus’ab…Call ended : Duration : 10:03 minutes’

Nadia tersenyum. Akhirnya dia terkena juga ‘jangkitan’ yang lebih bahaya daripada MRSA itu, tapi dengan cara yang halal. Satu ketika, dia mendapat khabar daripada Haikal dan Atikah yang Mus’ab sudah bersedia hendak mendirikan rumahtangga. Dan perempuan yang menjadi pilihannya ialah rakan setugasnya sendiri, Nadia. Merekalah yang menjadi orang tengah kepada pernikahan mereka. Mus'ab komited dengan program keilmuan sekarang, kata Haikal padanya.

Pelik dan syukur Nadia rasakan. Sepanjang tempoh pertunangan mereka, hubungan mereka diminimalkan. Cuma, sekali dua perbualan di Skype, itupun dengan ibu Mus’ab, bersama Mus’ab hanya setia mendengar dari tepi. Ibu Musab mahu mencuba teknologi katanya. Nadia tersenyum sendiri dan merasa bangga kerana bakal suaminya ketika itu sangat menjaga hubungan mereka sehingga setiap kali mereka berhubung atas urusan nikah, mesti melalui adik lelaki Nadia ataupun Haikal dan Atikah.

Hubungan mereka di tempat kerja juga dijaga sebaik mungkin. Komunikasi hanya berlaku sekitar hal hospital sahaja. Apabila hampir terkeluar dari batas-batas itu, Mus’ab bijak berundur, Nadia cukup memahami. Kadang-kadang apabila terlalu leka bekerja,batas pergaulan itu seringkali diabaikan. Namun Nadia yakin, barangsiapa yang takutkan Allah, Allah akan berikan dia 'furqan' di dalam hati.

'Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan 'furqan' kepadamu dan menghapuskan segala kesalahanmu dan mengampuni kamu ' ( Anfal:29)

Majlisnya cukup ringkas. Dihadiri oleh semua staf di wad surgeri, termasuk Mr Ravi sendiri. Sungguh bangga Mr Ravi, kononnya, dialah yang telah memadankan pasangan itu. Langsung tidak diketahui, sebenarnya Allah yang berkuasa mendekatkan hati-hati, dan dengan ikatan yang sah ini, Allah jugalah yang berkuasa melimpahkan kasih dan cinta di dalam sanubari pasangan suam isteri.

Danial Basri juga hadir, bersama zaujah tercinta, Humairah namanya. Manis orangnya, lembut perwatakannya. Anak kecil mereka, juga turut sama, comel sungguh, Talhah namanya.

Terasa sejarah silamnya bersama Danial Basri seolah-olah tidak pernah wujud. Mungkin ianya pernah menjadi kisah dongengan masa lampau.

CINTA KEDUA DI YAHOO MESSENGER

Salam semua.
Cerpen untuk semua. ^_^

‘Nadia, dah makan belum?
Ayang buat apa hari ni?
Kenapa Nadia sounds unhappy?
Itu perbualan dahulu. Ketika aku masih jahil. Ketika perbualan berjam-jam di telefon bersama seorang teman lelaki merupakan satu kebiasaan. Bahkan rutin yang menjadi pelik jika tidak dilakukan.

’Nad dah tidur belum? Ke tengah bercakap lagi dengan Danial tu? Sudahlah tu, karang tinggi pulak bil telefonnya.’Begitula h kata ibu, tatkala malam semakin larut dan dia masih lagi bergayut.

Dan dia akan terus menggerutu sendiri dan membawa telefon mudah alih ke dalam bilik. Sambil menyambung untaian kasih asmara bersama Danial di balik selimutnya. Kata-kata Danial seolah-olah lebih enak didengar dari mematuhi suruhan ibu tercinta.

Tapi itu dahulu, sewaktu dia belum mengenal erti sebenar cinta. Ketika lidah masih basah mengungkapkan kata cinta fana. Tatkala dirinya masih naif dan mendambakan kasih dari seorang teruna yang tidak halal buatnya. Sebelum dia mengetahui, di sebalik cinta manusia itu, terdapat satu cinta yang lebih agung, mulia, jernih dan hakiki.

dannybasri: assalamualaikum. nadia ke?
dannybasri : apa khabar sekarang?

Begitu tulisannya , di balik window yahoo messenger yang menjadi medium perantara dua insan berjauhan.

dannybasri: dah lama kita tak jumpe kan?

Entah mengapa tiba-tiba, jantungnya berdebar-debar melihat tulisan itu. Dia mengelip mata berkali-kali seolah-olah tidak percaya. Tapi dia pasti itulah Danial yang dikenalinya. Sekian lama dia cuba mengelak untuk bertemu dengan lelaki ini di alam nyata, kini dia muncul di depan ’mata’! Tidak langsung dia sedari yang dia baru sahaja ‘add’ ID dannybasri sebentar tadi.

Perlukah dia menjawab? Perlukah dia menyulam kembali ikatan yang telah lama terurai? Siapa pula yang memberikan IDnya kepada mamat ini?

Apa salahnya kalau kau membalas. Bukan apa pun. Lagipun dah lama tak dengar khabar. Di satu sisi, hatinya berbisik.

Betul, tapi aku takut, aku akan terjebak di dalam situasi yang sama.Lagipun apa faedahnya dia menghubungi aku ketika ini? Apa tujuan dia?

dannybasri: danny paham kalo nad tak mahu cakap dgn danny. danny dapat ID nad ni pun dr taufiq. lama juga danny minta dari dia, baru skrg dia kasi.

Hmm....siap ko Taufiq. Akanku suruh Dila kenakan kau. Tak tau menjaga rahsia! Dila jaga suami hang bebaik na.... tetapi kupasti Taufiq tidak akan memberikan ID ku tanpa sebab.

Taufiq dan Danial berkawan baik semenjak di bangku sekolah. Selepas SPM, mereka mengorak jalan yang berbeza. Danny mendapat tawaran untuk ke Melborne dan membuat program foundation di sana, sedangkan dia dan Taufiq ditempatkan di kolej persediaan untuk ke United Kingdom.

Sewaktu hangat cinta pertamanya bersama Danny, mereka tidak pernah berhubung melalui media elektronik. Oleh sebab itu, Nadia pasti Danny tidak akan dapat mengesannya semenjak hubungan mereka diputuskan .

dannybasri: hmmm.....danny cume nak minta maaf pada nad. Sudah lama juga danny cuba untuk mencari nad. Setelah kita ..

Dia berhenti. Nadia kaget menunggu. Semua kerjanya terhenti semenjak kemunculan window terbaru itu.

dannybasri : sejak peristiwa dulu, nad cuba mengasingkan diri dari danny. danny tak paham mengapa tetiba nad menyepi tanpa berita. danny call dan datang rumah nad. But no response from u. waktu danny fly pun nad tak datang untuk hantar.
dannybasri: waktu tu i was so confused! why did you do that to me? danny jadi tak betul untuk beberapa minggu sampai mama naik risau! danny rindukan nad bagai nak gile!
dannybasri : tapi bile danny dicampakkan di bumi kangaroo ni, danny dah mula sedar. banyak yang danny belajar dari kawan2 dan senior2 di sini. danny bukan sahaja menuntut ilmu medic tapi sahabat2 danny telah mula mengenalkan danny kepada ketinggian dan kedalaman ilmu Islam.
dannybasri: dan semenjak itu danny mula nampak segala dosa dan kesilapan danny selama ni... terutamanya kepada nad!maafkan danny nad!
dannybasri : danny malu kepada nad. malu kerana nad terlebih dahulu menyedari kesilapan kita.....

Senyap.
Nadia berkira-kira untuk membalas. Tidak tahan rasanya membiarkan Danial berfikir bahawa dia menulis kepada sang tunggul. Lagipun, ingin sangat dia bertanyakan beberapa soalan. Ketegasannya selama ini tidak melayan kaum Adam berchatting melainkan atas urusan kerja dilunturkan sedikit. Gelora di jiwa mengetuk-getuk pintu hatinya untuk menulis. Baru sahaja dia mahu menekan punat D, tiba-tiba Danial membalas.

dannybasri: ada seperkara lagi yang danny nak beritahu.

dannybasri : danny ingat nak call je nad tapi rasanya lebih elok kalo danny cakap di sini saje sebab danny tau mesti nad akan rasa tak selesa bukan?

Nadia tersenyum sendiri. Dah tahu mahu bertanya! Namun di sudut hatinya Nadia kagum dengan Danial yang ’sekarang’. Butir percakapannya lebih teratur dan sopan. Dia menghormatiku sebagai seorang wanita. Tidak seperti dahulu yang melayanku layak seorang suami terhadap isterinya!

Sementara itu, fikiran Nadia menyelinap ke lembaran memorinya 4 tahun yang silam.

’Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.’ (Al-Isra’ : 32)

Mungkin kerana semilir bayu di pagi hari itu atau mungkin kesan tahajudnya saban malam sebelum SPM diteladeni, sedikit sebanyak telah melentur lembut hatinya yang selama ini membatu keras berselaput kerak dosa. Tatkala dibacanya ayat-ayat Allah itu hatinya sangat terusik lantas bermenung lama memikirkan. Nadia terasa Allah seolah-olah berkata-kata dan menegurnya.

’Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cintakan Allah.’ (Al-Baqarah : 165)

Pernah orang bertanya, siapakah yang paling dicintainya. Dia menjawab Allah dan RasulNya. Namun, dia tidak pernah benar-benar mengorek isi hati dan menemui siapa yang sentiasa terpahat di relung hatinya. Begitu juga tidak diselidikinya nama siapa yang sering basah dibibirnya. Ternyata bukan Allah dan Muhammad Nabinya. Tetapi Danial!

Tatkala hidayah meresap di jiwa, dan mengalir di seluruh urat nadinya, Nadia berazam untuk mengikis cintanya terhadap Danial. Dia cuba untuk menolak kesemua ajakan Danial dan tidak langsung menjawab panggilan telefonnya.

Dia tidak langsung memberikan penjelasan kepada Danial; cuma sepotong ayat yang menyatakan mereka tidak boleh lagi bersama. Noktah. Dirasakan dirinya kejam namun dia tidak sanggup hidup di dalam penjara buatannya lagi. Dia mahu bebas dari belenggu rantai maksiat dan keresahan jiwa lantas meraih cinta Allah dengan mempersembahkan apa yang Dia redhai semata. Dengan cara itu sahaja dia dapat mengecap cinta yang agung itu. Cinta seorang mukmin yang sangat cintakan TuhanNya.

dannybasri : hmmmm....tak mengapalah. danny nak maklumkan yang danny akan balik malaysia esok.

Lamunan Nadia terhenti tatkala tulisan Danial bersambung.

dannybasri : InsyaAllah, danny akan melangsungkan walimah 5 hari dari sekarang.

Seakan-akan guruh bergempita di ruangan biliknya, Nadia terkesima. Dia tersandar di atas kerusi. Dibacanya ayat terakhir Danial berulang kali seakan-akan tidak percaya. Gembira? Sedih? Terkejut? Segala-galanya beradun dan berputar dahsyat di dalam hatinya.

Kenapa aku begini? Dia sendiri berasa kaget dengan dirinya. Apa salahnya Danny berkahwin?
Tapi dia masih tetap berasa resah dan aneh. Bukankah telah kubuang dirinya dari hatiku? Bukankah telah kuletak cintaku hanya untuk yang Maha Satu? Takkan aku masih cintakan dia?Mungkin kerana sudah lama dia tidak hadir dalam hidupku menyebabkan kemunculannya kali ini menyentak perasaanku? Ãtau adakah aku masih berharap yang Danial akan kembali kepadaku sebagai insan yang lebih soleh dan memulakan diari cinta kami yang kedua?

Nadia tidak dapat berfikir lurus. Ditariknya nafas panjang dan digagahkan matanya untuk menatap skrin. Danial masih menulis tapi dia tak boleh membaca dengan jelas. Ada manik basah di sekeliling matanya.

dannybasri : jemputlah datang ye nad. danny sudah hantar jemputan pada keluarga nad di malaysia. jika nad ada di malaysia, jangan lupa singgah ye.

Dia nampak bersungguh-sungguh. Di sudut hati, Nadia bersyukur kerana Danial bertemu dengan seorang yang mungkin jauh lebih baik darinya. Tapi di satu sudut yang lain, dia berasa hairan, mengapa tidak dicarinya dia semula? Dia takut lamarannya akan ditolak? Manakan dia akan menolak jika Danny sudah berada di atas jalan yang sama denganya?Mengapa? ?!!

dannybasri: ok nad. gtg. take care. assalamualaikum

dannybasri has signed out. (12/16/2004 12:02 AM)

raudahhuda: danial!!!

Nadia tidak sempat untuk mengejar Danial. Dia benar-benar telah pergi. Pergi seperti mana dia telah ditinggalkannya.
Nadia mengeluh panjang sambil merenung kegelapan malam yang sunyi dan dingin. Hatinya dirasakan sekelam kepekatan malam itu. Mengapa Ya Allah, kau takdirkan perkara ini terjadi padaku?
************ ********* ********* *******

Di dalam kedinginan malam yang syahdu. Kedengaran suara esakan seorang primadona yang bersenandung dengan kekasihNya:

Ya Allah, bukanlah aku mahu menyalahkan takdirMu. Dan bukan juga aku mahu menafikan hakikat yang berlaku. Rupa-rupanya aku membohongiMu Ya Allah. Tatkala aku mengaku aku mencintaimu semata, namun masih terdapat sekelumit rasa cintaku kepada yang bukan milikku.
Ya Allah, sesungguhnya telah kumungkir waktuku terdahulu dengan menjerumuskan diriku dengan cinta yang palsu. Namun hakikatnya, masih kumugkiri lagi ikrarku Ya Allah, kerana detik-detik sebelum pernikahanku, aku masih mendambakan cinta dari manusia.
Aku lupa ya Allah, bahawa pernikahan itu bukanlah segalanya. Pernikahan itu hanya membuka babak baru untuk memajukan langkah dakwah. Mungkin dengan pernikahan itu, aku akan lebih mencintai dunia dari beribadah padaMu Ya Allah. Kerana kadang-kadang godaan terbesar datang dari orang yang paling dekat denganku.
Ya Allah, aku yakin , di sana..jauh atau dekat, ada seseorang yang memang diciptakan untukku. Mungkin seperti danny, mungkin juga lebih baik darinya. Seperkara yang pasti, tidak akan kunangis kerana lelaki lagi ya Allah! Ya Rabbal Alamin..

Subuh pagi hari itu, kedengaran burung-burung gagak berkicauan dengan meriah seolah-olah mahu memberitakan kepada seluruh warga kota Exeter akan kisah primadona Nadia. Senandung Nadia kepada dirinya , biarlah detapan jemari di keyboard malam hari tadi merupakan noktah perbualan yang terakhir antara dia dan Danial.

Dihirupnya udara pagi itu dengan rasa puas, puas dengan rasa cinta pada RabbNya.

BUKAN AKHAWAT

Salam semua.

(kepada ikhwah sekalian.. ini adalah cerpen mengapa anda perlu kawin
ngn akhawwat..hohoho)

Adib menggerakkan kesepuluh jarinya ke belakang, menyisir rambut di
kepala. Ikalnya seketika kusut. Wajahnya pula sedikit sugul. Satu
helaan nafas panjang, menandakan kegelisahan hatinya, juga tatapan
mata yang hanya berputar-putar tanpa ada titik perhatian yang bererti.

" Aku penat, Muaz", keluh Adib.

Muaz, sahabat baik Adib yang sekarang menjadi `tong sampah' menatap
Adib dengan kasihan.

" Kau menyesal?"tanya Muaz.

Adib mengangkat wajahnya. Matanya menerawang sesaat. Ragu.

" Entahlah. Kalau ya sekalipun…untuk apa lagi? Aku tidak mungkin akan
meninggalkannya. Semua orang akan mentertawakanku, menghinaku", keluh
Adib lagi. " Aku…"

" Dia pilihan kau sendiri. Aku masih ingat lagi, kau cakap…kau
terlanjur menaruh hati. Kamu berdua terlalu dekat. Sebab tu kau nak
sangat berkahwin dengan dia. Malah kau berusaha sungguh-sungguh agar
dia akrab dengan akhawat-akhawat yang sudah sekian lama berkecimpung
dalam dakwah. Kau mengharap sangat dia menjadi seperti mereka, minimum
mungkin, dan mula faham dunia itu. Kau juga menolak keras ketika aku
dan juga sahabat-sahabat kita yang lain, bahkan ustaz sendiri,
menawarkan pilihan lain", Muaz seolah-olah mengingatkan kembali
peristiwa itu.

" Ya, aku tidak lupa semua tu. Habis macam mana? Kami dah lama kenal,
sama-sama menjadi ahli jawatankuasa belia kat kampung kami tu, dan
terlanjur hubungan kami pula terlalu akrab. Malah aku terlanjur
bertanya tentang kesudiannya menjadi pendampingku. Dia pula tidak
menolak. Keluarganya pula sudah tahu kalau aku ni berniat untuk itu.
Mereka tidak lagi menganggap kami ini sekadar teman biasa, tapi lebih
dari itu. Habis…kalau aku berkahwin dengan orang lain macam mana
pula…", Adib menisir rambutnya lagi.

Muaz semakin kasihan. Ah, satu pelajaran paling berharga untuknya yang
masih belum menggenapkan dien. Jangan sebarangan melakukan hubungan
dengan perempuan, lebih-lebih lagi memberikan harapan. Yang jelas
jangan sebarang memilih pasangan.

Adib sudah mendirikan rumah tangga. Isterinya walaupun bertudung rapi,
namun bukanlah seorang yang faham tentang dinamika dakwah dan
pergerakannya. Dia tidak mampu memahami segala kesibukan suaminya yang
kadang-kadang perlu pulang lewat malam malah kadang-kadang perlu
menginap di tempat lain. Dia juga sukar diajak ke program-program
dakwah yang digerakkan oleh bekas aktivis dakwah kampus. Malah dia
tidak suka berbual soal fenomena dan keadaan dakwah apatah lagi
tentang permasalahan umat. Itulah yang Adib keluhkan ketika ini. Dia
berasa bosan dan penat untuk berhadapan dengan semua itu.

" Kau ni pelik", rungut Muaz.

" Maksud kau", kening tebal Adib bertemu seolah-olah pelik dengan
kata-kata Muaz.

" Sepatutnya bila kau dah tahu ini jadinya, kenapa pula kau nak
mengeluh sekarang? Tugas dan tanggungjawab kaulah nak memahamkan dia,
nak fahamkan dunia dakwah kau tu", tegas Muaz.

Adib menghela nafas panjang. Dia juga tahu semua itu. Tetapi sekarang
tugas tersebut terasa begitu berat dan terlalu membebaninya. Wahida
bukanlah isteri yang tidak cekap mengurus rumah tangga, juga bukan
seorang yang suka membangkang. Cuma dia hanya berasa cukup dengan itu
sahaja. Padahal Adib mahukan isterinya berubah. Dia mahukan isterinya
seperti akhawat-akhawat yang dia kenal, yang mempunyai visi tentang
dakwah, aktif, dan sudah pasti mampu berkomunikasi dengannya tentang
permasalahan dakwah.


" Kau tak kasihankan aku ke, Muaz? Ketika ikhwah-ikhwah lain sudah
bergerak ke sana ke mari, aku masih lagi perlu menjelaskan pada
Wahida, mengapa aku perlu begini. Ketika kamu semua sedang sibuk
membangunkan mimpi, aku masih lagi terkujat dengan partnerku yang juga
kuajak membangun mimpi. Seandainya…"

" Seandainya kau berkahwin dengan akhawat yang memahami, yang se idea,
jelas kau tidak perlu melakukan semua itu. Malah boleh jadi, isteri
kau membuatkan kau semakin laju. Begitu?" Muaz terus menyambung
kalimat Adib yang tergantung.

" Ya. Bukan fikiran yang salah, kan? Kesempatanku masih ada lagi tiga
kali", kata Adib dengan nada putus asa.

Muaz menggeleng-gelengkan kepalanya.

" Ta'adud bukan pelarian. Dalam keadaan sebegini, aku sangsi kau tidak
mampu berlaku adil. Lupakan semua itu dulu", tegur Muaz.

Sekumpulan akhawat melintas di hadapan mereka. Kata-kata ustaz ketika
dia mengkhabarkan tentang perkahwinannya, seketika terngiang-ngiang di
telinga Adib.

" Mengapa dia? Antum mahukan akhawat yang macam mana? Insya Allah ana
akan carikan. Yang kaya? Yang cantik? Yang cerdas? Yang sudah
bekerja?" tanya ustaz.

" Afwan, ustaz, Saya sudah ada pilihan", tegas Adib.

" Akh Adib…akhawat kita yang sudah berumur dan sudah bersedia
berkahwin, ramai. Mereka menunggu kamu semua, para ikhwah. Antum tahu,
secara kuantitinya, perkembangan kader ikhwah dan akhawat, selalunya
lebih ramai di kalangan akhawat. Sebab itu…seharusnya setiap ikhwah
bersedia untuk berkahwin dengan mereka", jelas ustaz sabar.

" Wahida memang tidak seperti akhawat-akhawat lain, tapi dia sangat
baik", jelas Adib.

Ustaz tersenyum. Beginilah kalau terlalu mengikutkan hati.

" Ana tidak menolak itu semua. Tetapi sebuah rumah tangga dakwah
harakiyah, memerlukan lebih dari sekadar baik. Baik sahaja tidak
cukup. Isteri antum perlu orang yang faham konsep tersebut. Dia
sentiasa bersiap sedia bersama antum di dalam dakwah dan pergerakan.
Malah dia bersedia menanggung beban dan pengorbanan. Ini bukan dalam
tempoh masa setahun dua tahun, Akh. Proses membentuk karakter seperti
ini juga memerlukan waktu yang panjang. Antum perlu menyediakan
sesuatu input dan waktu khusus untuk membawa isteri antum ke sana.
Entah berapa lama. Jadi…mengapa tidak menikahi sahaja yang sudah jelas
kualitinya?" desak ustaz.

" Afwan ustaz. Sekali lagi, saya sudah menetapkan pilihan. Saya datang
ke mari bukan untuk minta pertimbangan tetapi sekadar pemberitahuan",
tegas Adib.

Sekarang? Kata-kata ustaz terbukti sudah. Walaupun Adib yakin ustaz
tidak mengolok-olokkan dia, malah dia mahu membantu, tetapi Adib tidak
ada keberanian untuk datang dan menceritakan masalahnya.
Rasanya…seperti tidak tahu mahu letak mukanya di mana. Sebab itu dia
mencari Muaz.

" Kalau kau tak terlalu mengikut perasaan dan berfikir labih jauh,
juga mempunyai keberanian, kamu mampu sahaja mebatalkan pinangan tidak
rasmi kamu tu dulu.kau bagitau sajalah kau dah ada kriteria tertentu
tentang calon isteri, ya memang agak risiko. Tapi itu akan seiring
berjalannya waktu. Yang jelas kamu bukan seperti sekarang", Muaz
berandai-0andai.

" Muaz, itu cerita lama. Sekarang ni aku mahukan penyelesaian untuk
keadaan diriku sekarang!", ujar Adib kecewa.

Muaz ketawa. Hati Adib benar-benar menjadi marah.

Deringan telefon berbunyi membuatkan Adib tersentak seketika. Wajahnya
berubah tiba-tiba ketika menatap skrin telefonnya.

" Waalaikumusslam. Abang dengan Muaz ni. Kenapa? Ya, lepas abang
selesaikan urusan abang, abang kan balik. Walaikumusslam", Adib
mengakhiri perbualannya.

" Siapa? Isteri kau ye?"tanya Muaz.

Adib mengangguk.

" Dia selalu saja mahu tahu ke mana aku pergi. Manja. Mahu aku ni
bersama dengan dia je", keluh Adib.

" Kau ni mengeluh lagi. Bagaimana dengan cinta yang dulu yang kau
jadikan alasan? Kau masih mencintainya, kan? Begitu juga dia?" pancing
Muaz.

Adib tersenyum samar. Cinta. Benarkah? Apakah dulu layak disebut
cinta? Jangan-jangan hanya sekadar suka. Yang ada waktunya itu hanya
perasaan ingin menjadikan orang yang setiap ketika dia mendekati. Bisa
ia dipandangi. Entah apa itu namanya.

" Jangan bicara soal cinta. Aku juga sedang mencarinya", jelas Adib
pasrah.

Suara azan Asar mengejutkan kedua-duanya. Muaz menepuk bahu Adib,
mengajaknya segera solat. Semoga selesai menghadapNya, mereka mampu
melihat jalan keluar dan titik yang lebih terang dalam permasalahan
ini. Ternyata selepas solat, Adib mengambil keputusan untuk pulang.
Dia tidak mahu isterinya merajuk kerana terlalu lama menunggu. Dalam
keadaan normal, Adib biasa pulang darin pejabatnya pukul satu,
bertepatan dengan waktu makan. Muaz hanya mengangkat bahunya.

" Kalau kau masih mahu menceritakan masalah kau, aku bersedia untuk
mendengarnya, Adib! ", Jerit Muaz ketika motorsikal Adib laju
meninggalkan halaman masjid. Adib hanya melambaikan tangan.

Malam berjalan menuju separuhnya. Suara cengkerik dan sesekali selaan
bunyi burung hantu, menimbulkan suasana khas yang terkadang
menegangkan. Adib menyandar ke dinding, menatap sosok tubuh yang
sedang nyenyak tidur.

Wajah itu belum banyak berubah. Juga senyumannya. Sesuatu yang sempat
menggetarkan perasaan Adib. Bahkan menimbulkan keinginannya untuk
selalu menatap. Sekarang? Entahlah. Padahal, mereka baru sahaja
berkahwin diua tahun.

Mungkinkah kerana Wahida tidak lagi berubah seperti yang diharapkan?
Atau Adib mula penat dengan semua hal yang dia fikir mampu
dimaklumkan? Atau….Adib mula putus harapan? Bukankah dia sering iri
hati ketika melihat pasangan ikhwah dan akhawat yang bersemangat
datang ke program-program meraka. Juga ketika melihat ummahat yang
aktif menguruskan yayasan, lembaga, atau sarana dakwah lainnya. Oh,
bahkan dia sempat bergetar perasaannya ketika bekerja sama dengan
akhawat yang masih bujang, ketika sama-sama menguruskan beberapa kerja
dalam program dakwah. Kadang-kadang dia rasa macam mahu menutup
telingannya ketika teman-teman sepengajiannya bercerita tentang
dinamika rumah tangga mereka yang tidak pernah terlepas dari dakwah
dan ibadah. Adib mengeleng-geleng.Resah.

Ditatapnya wajah Wahida kembali. Wajah yang sering mengundang rasa
sayang. Perasaan yang tidak pernah tega. Bukan seperti wajah para
akhawat yang dia kenal. Wajah mereka tegas dan penuh kepercayan pada
diri. Hanya kadang-kadang saja dia mampu menikmati kelembutan atau
kemanjaan yang seolah-olah sengaja disembunyikan.

Astaghfirullah…Adib mengusap wajahnya. Mengapa aku tidak mampu
bersyukur? Mengapa aku menumpahkan semua penyebab kerisauan hati
kepada Wahida? Benarkah dia tidak bersalah sama sekali? Tidak. Jangan
–jangan , sikap Wahida yang begitu lambat berubah, kerana sikap Adib
sendiri. Boleh jadi Adiblah yang terkesan memaksakan
kehendaknya.Mengajaknya menembusi dunia yang jauh berbeza, tanpa ada
tahapan. Benar kata ustaz, Adib perlu menyediakan input terbaik dan
waktu yang lebih, jika benar-benar mahu Wahida seperti yang dia
kehendaki. Dan, kesabaran adalah kunci utama dalam proses panjang itu.
Sebagaimana Adib sendiri mengalaminya sejak sekolah menengah dulu.

Jelas, Adib mengenal Islam lebih mendalam sejak di tingkatan enam
rendah di sekolah menengah, kemudian mula aktif di kampus sehinggalah
sekarang , dalam dunia pekerjaan. Proses itu terus berjalan. Berapa
tahun? Tujuh tahun! Bagaimana mungkin dia mahuklan Wahida sepertinya
dalam hitungan satu dua tahu ini? Secerdas dan seaktif apapun Wahida,
dia tetap tidak akan mampu dipenuhi.Kata-kata Ustaz benar.Kenapa kita
perlu memilih akhawat yang sudah menjadi? Yang sudah sama siap
berlari? Ini untuk matlamat dakwah yang panjang…

Tiba-tiba…

Satu tepukan lembut memutuskan perenungan Adib. Wahida menatapnya
penuh tanda tanya. Adib tersenyum tipis.

" Abang tak dapat tidur, Penat sangat rasanya.Tadi tengah
bersih-bersihkan komputer", jelas Adib sebelum Wahida sempat membuka
mulut.

" Abang nak Wahida picit? Atau abang nak minum?" tawar Wahida dan siap
sedia bangun.

" Tak payahlah. Abang…nak solat. Insya Allah lepas ni lebih
bersemangat". Adib menepuk bahu isterinya dan bergegas ke bilik mandi.

" Wahida nak ikut", Wahida menyusul. " Wahida nak solat sama-sama
dengan abang. Mudah-mudahan kita cepat dikurniakan anak", ujar Wahida
manja.

Adib tersenyum lalu mengangguk.

Wahida berdoa agar mereka dikurniakan zuriat penyambung generasi
rabbani. Adib berdoa agar diberikan kesabaran dan kekuatan dalam usaha
membimbing keluarganya. Lebih-lebih lagi apabila nanti mereka
benar-benar mendapatkan amanah. Dia sudah tahu, tidak ada lagi jalan
mundur. Dia harus maju. Dan sebagai seorang qowwam, dia tidak mungkin
maju sendiri-sendiri. Itulah bentuk tanggungjawabnya.

Malam semakin pekat dan dingin. Bunyi cengkerik berirama layaknya
seperti okestra. Adib merasakan dadanya lebih lapang dan tenang.

SETAPAK INDAH

JIKA AKU JATUH CINTA

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu .

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....

Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....

Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...