RSS
Write some words about you and your blog here

PERUTUSAN MURSYID AM IM

Salam semua.

Post hari ini berkisar tentang sebuah perutusan dari orang yan hebat.

Selamat membaca.

^_^

DR MOHD BADIEK

MURSYID AM IKHWAN MUSLIMIN

(KEWAJIBAN KITA BERAMAL, NATIJAH DARI ALLAH)

3/12/2010

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Rasulullah , keluarga dan para sahabat baginda, serta siapa yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari Akhirat.

Tidak syak lagi bahawa dakwah kepada Allah dalam setiap aspeknya berdiri atas beberapa perkara asasi yang diceduk dari kitab Allah dan sunnah RasulNya (s.a.w). Allah mentaklifkan kita dengan dakwah kepadaNya. Allah mentaklifkan tanggungjawab penting ini lalu Dia menegaskan bahawa Dia tidak akan membebankan seseorang itu melainkan apa yang mampu ditanggungnya. Jika begitu, dakwah kepada Allah adalah wajib dalam setiap jenis dan wasailnya yang pelbagai. Firman Allah bermaksud:

“Serulah ke jalan tuhan kamu dengan penuh hikmah, nasihat yang baik dan berdailoglah kamu dengan cara yang terbaik”. (An-Nahl: 125).

Kewajiban dakwah ini wajib dilaksanakan mengikut keupayaan setiap individu samaada lelaki ataupun perempuan, di mana setiap individu wajib melakukan dan tidak dikecualikan walaupun sesorang itu mempunyai keuzuran. Firman Allah yang maksudnya: “Tiada menjadi kesalahan kepada orang-orang yang lemah, orang yang sakit dan orang yang tiada apa yang boleh mereka sedekahkan (untuk tidak pergi berjihad di jalan Allah) sekiranya mereka melakukan nasihat kepada Allah dan RasulNya, dan orang Islam tiada mempunyai alasan dari jalan Allah ini, dan Allah Maha Mengampuni dan Penyayang.

Ini kerana taklif ini merupakan kesinambungan dari tanggungjawab kita memikul amanah Islam itu sendiri, sejak kita menyerah diri kepada Allah tuhan sekalian alam. Firman Allah yang bermaksud: Katakan (Wahai muhamad) inilah jalanku yang aku dan siapa yang mengikutku seru kepada Allah di atas cahaya yang terang , Maha suci Allah dan tidaklah aku tergolong dari kalangan orang yang syirik (Yusuf:108).

Malah golongan jin telah memahami hakikat taklif ini apabila mereka dibacakan al-Quran oleh Rasulullah s.a.w.. Mereka terus melaksanakan taklif ini serta merta selepas itu. Firman Allah yang bermaksud: Apabila mereka hadir (ke tempat Rasulullah membaca al-Quran ini) mereka berkata (sesama mereka) : Diamlah. Apabila baginda selesai, mereka pulang memberi amaran kepada kaum mereka (berdakwah). (Al-Ahqaaf:29)

Kekasih Agung ini telah melaksanakan taklif ilahi dalam setiap keadaan dan suasana, mengambil peluang dari setiap peluang yang ada, hatta ketika baginda dan kaum muslimin berada di Mekah dalam keadaan dizalimi dan tertekan. Baginda bersabda yang bermaksud: Siapakah diantara kamu yang sanggup melindungi aku sehinggakan aku dapat menyampaikan dakwah tuhanku? Selepas itu baginda masuk ke Mekah di bawah perlindungan Mut’eim bin Adi, seorang musyrik.

Baginda mengambil peluang dari salah satu adat masyarakat jahiliah yang positif, yang menyatakan bahawa perlindungan seperti ini perlu dihormati. Malah baginda juga pernah bersekutu dengan pembesar-pembesar masyarakat walaupun ada perbezaan, demi matlamat yang baginda, iaitu untuk menghindar kezaliman dari setiap orang yang dizalimi. Dengan itu baginda masuk dalam satu Hilf (mamorandum) di mana setiap pihak akan komitmen dengan nilai-nilai mulia ini dalam Hilful Fudhul di rumah Uthman bin Jad’aan.

Baginda juga mengambil faedah dari perhimpunan seluruh qabilah arab di sekitar Baitullah yang mulia. Begitu juga perhimpunan di pasar-pasar samada pasar barangan ataupun pasar sastera dan syair. Perkara ini telah dilakukan oleh nabi-nabi terdahulu seperti Nabi Nuh yang disebut contohnya dalam al-Quran. Baginda menggunakan setiap wasilah dakwah dalam setiap suasana walaupun berhadapan dengan segala tekanan yang ada. Firman Allah:

Wahai tuhan, aku terlah menyeru kaumku siang dan malam (5) kemudian aku menyeru meraka secara terang-terangan (8), kemudian aku menjelaskan dakwahku lalu selepas itu aku berdakwah secara rahsia pula (9: Nuh)

Generasi muslimin terdahulu telah melaksanakan amanah risalah ini dan menyampaikannya kepada generasi demi generasi, sebagaimana yang diberitahu oleh Rasulullah: Ilmu ini akan dipikul oleh setiap generasi khalaf kepada kelompok yang selepasnya, dengannya dapat menafikan penyelewengan orang yang melampau, kesesatan orang kafir dan pentakwilan orang yang jahil. Baginda juga memberikan berita gembira bahawa contoh ikutan ini akan sentiasa memikul amanah dan risalah ini sehingga hari qiamat, walau apapun kesusahan , tekanan dan juga halangan dari syaitan jin dan manusia. Sabda baginda yang bermaksud: Sentiasalah ada kelompok dari umatku ini orang yang menzahirkan kebenaran , tidak merasa mudarat dengan orang yang menentang mereka danmengecewakan mereka sehinggalah datang keputusan Allah dalam keadaan mereka sedemikian.

Terdapat dua kalimah yang disebut oleh hadis Rasulullah yang mulia ini. Kedua-duanya bukannya sinonim bahkan setiap satu daripadanya memberikan maksud berbeza yang kita perlukan dalam jalan dakwah ini, dapat menyimpulkan masalah yang amat penting dihadapi oleh amal jamaie ini.

Kalimah pertama (khalafahum = bermaksud : orang yang menentang mereka) iaitu orang yang sedari awal tidak bersama mereka, melakukan penentangan terhadap jalan untuk menyampaikan dakwah tuhan mereka. Manakala perkataan kedua, (man khazalahum bermaksud orang yang mengecewakan mereka). Kalimahmemberi maksud bahawa ada orang yang bersama mereka beberapa ketika di jalan dakwah kepada Allah, kemudian menyeleweng dari meneruskan perjalanan ini samada kerana suasana tertindas yang amat kronik ataupun kerana fitnah kemewahan.

Ternyata apa yang diberitahu oleh Rasul yang benar dan dibenarkan ini telah benar-benar berlaku kepada jamaah yang diberkati ini , sepanjang jalan dan usianya yang panjang, samaada secara menegak atau melintang dan samada dari aspek geografi atau sejarah.

Ustaz al-Banna rhm telah mengikuti sumber yang mulia ini, lalu beliau memimpin pengikutnya ketika menjadi mursyid pertama jamaah ini, untuk mengikut manhaj Rasulullah. Beliau berusaha sedaya upaya bersama keikhlasan dan pengorbanan serta ikatan yang kukuh dengan setiap peribadi jamaah, sehinggalah mereka menjadi umpama satu bangunan yang tersusun , amat sukar untuk dirobohkan dan dibinasakan.

Namun perkara yang mesti kita fahami ialah: Allah ‘Azzawajalla tidak mentaklifkan kita untuk mendapatkan natijah kerana dalam banyak ketika, amal kita tidak mendapat natijah yang diingini walaupun selepas memberikan seluruh daya dan usaha. Justeru jiwa manusia akan merasa putus asa. Namun contoh sepatutnya telah ditunjukkan oleh Rasul Qudwah, ketika berhadapan dengan tekanan bahkan penindasan yang paling perit ketika di Taif. Walaupun baginda pergi ke Taif hanya untuk menyeru mereka kepada Allah dan redhaNya tanpa upah/ganjaran.

Baginda hanya menginginkan hidayah kepada mereka seperti dalam doanya: Ya Allah , berikan hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui. Juga sepertimana firman Allah yang bermaksud: Wahai kaumku, kenapa kertika aku menyeru kamu kepada kejayaan, kamu pula menyeru aku kepada neraka? (Ghafir 41) Juga firmanNya: Aku tidak meminta ganjaran (dengan dakwahku ini) kerana ganjaranku hanyalah dari Allah (Yunus 72).

Allah berfirman kepada baginda: Kami telah ketahui bahawa kata-kata mereka telah menyakiti kamu, tetapi mereka sebenarnya tidak mendustaimu sahaja bahkan mereka yang zalim ini ingkar dengan ayat-ayat Allah. ( Al-Anaam 33). Firmannya Juga: Sesungguhnya kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (As-Syuraa:48)

Kita bersaksi bahawa baginda s.a.w telah menyampaikan risalah dan menunaikan amanah sebaik mungkin sepertimana yang ditaklifkan oleh Allah, moga-moga Allah memberikan ganjaran dengan sebab kita dengan ganjaran terbaik yang diberikan kepada seorang nabi kerana umatnya (yang mendapat hidayah). Rasulullah telah menceritakan kepada kita bahawa ada nabi a.s. yang dibangkitkan pada hari qiamat dalam keadaan tiada seorang pun yang menyahut seruannya. Lihatlah nabi Nuh, nabi Allah yang paling panjang umurnya dan seorang nabi Ulul Azmi. Baginda berdakwah dalam kaumnya selama 950 tahun dengan hanya segelintir sahaja yang menyahut seruannya.

Allah juga telah membezakan antara mengambil inisiatif dan sebab dengan mendapat natijah dalam firmannya yang bermaksud: Maka berjalanlah dipenjuru-penjuru (bumi untuk berusaha) dan makanlah dari rezeki-rezekinya (al-Mulk:15). Rasulullah dan para sahabatnya telah menggali parit ketika baginda tidak menguasai situasi pertembungan yang berlaku sekitarnya. Namun datang kemenangan Allah dengan bantuan angin dan itu bukan dalam jangkaan mereka. Rasulullah juga telah membuat strategi yang terperinci dan mengambil segala sebab musabab yang terdaya dalam peristiwa hijrah namun akhirnya pihak kafir sampai juga ke muka gua persembunyian baginda. Selepas itu datang kemenangan kepadanya dan sahabatnya itu diluar lakaran strategi baginda dengan pengaburan pandangan mata orang-orang kafir ketika itu.

Saudara mujahidin kita di Palestin dan seumpamanya di setiap tempat, menanggung kesusahan yang amat perit, namun pertolongan dan kemenangan dari Allah datang dalam apa yang mereka tidak jangkakan. Kemenangan ini datang selepas mereka mengambil seluruh sebab musabab yang patut. Banyak contoh-contoh dalam perkara ini, namun kesimpulannya kita mohon dari Allah agar memanfaatkan kita dengannya di dalam agama dan dunia kita dalam perkara berikut:

1. Ikhlas niat kepada Allah kerana dengannya kita diberikan ganjaran, kita mendapat kejayaan dan kemenangan

2. Jika kita mencapai apa yang kita inginkan, kita akan memuji Allah kerana kurniaan dan taufiqNya

3. Jika tidak, sesungguhnya pahala kita telah ada di sisi Allah, kita memohon kepadaNya agar mentaqdirkan kebaikan kepada dan meredhai kita.

4. Penerusan dalam menunaikan kewajiban dalam setiap keadaan selepas yakin dengan kelancaran sebab yang kita ambil, dan usaha sedaya mungkin . Ini menegaskan bahawa amal adalah kerana Allah kerana apa yang dilakukan kerana Allah akan berpanjangan dan berterusan.

5. Kita sentiasa mengingati pendirian ibu kita Hajar yang mengambil inisiatif dan asbab, dengan berlari-lari sebanyak tujuh pusingan untuk mencari air. Dalam setiap pusingan, apa yang dihajatinya masih tidak berlaku. Namun beliau terus berlari sehingga kehendak Allah iaitu kebajikan yang melimpah berlaku kepadanya.

6. Kita juga sentiasa mengingati wasiat Rasulullah s.a.w. kepada kita dalam sabdanya: Jika berlaku qiamat dan ditangan seorang dari kamu ada semaian, makatanamkanlah ia... Lihatlah, ketika dunia berada di penghujung, sementara semaian yang disemai hanya akan mendatangkan hasil selepas beberapa tahun yang panjang. Sememangnya tiada hasil yang dapat dijangkakan dari perintah baginda itu, kecuali meneruskan sikap positif, melaksanakan kewajiban dan mendapatkan pahala.

Wahai muslimin di segenap tempat, wahai anak-anak dakwah dari ikhwah dan akhawat! Allah telah memberi rezeki kepada kami dan kamu dengan keikhlasan dan amal yang berterusan serta ketekunan, pengharapan serta penerimaan yang berpanjangan. Berjalanlah dengan keberkatan dari Allah. Allah akan memberikan taufiq kepada kamu dan tidak akan mencuaikan amal-amal kamu. Allah akan beri ganjaran kepada kamu dengan izinNya dengan perkara yang lebih baik dari apa yang kamu ketahui.

Allahuakbar wa lillahil Hamd. Wassalamualaikum wrh wbh.

ABDULLAH BIN HUDZAFAH AS—SAHMY

ABDULLAH BIN HUDZAFAH AS—SAHMY

Salam semua.

Post hari ini berkisar tentang tokoh lagi.

Selamat membaca.

^_^

“Sepantasnyalah setiap kaum muslimin mencium kepada ‘Abdullah bin Hudzafah.

Nah Aku yang memulai !“ (‘Umar bin Khatbthab).

Pahlawan yang kita kisahkan ini, sahabat Rasulullah saw. bernama: ‘ABDULLAH BIN HUDZAFAH AS—SAHMY.

Sebelumnya sejarah melewatkannya begitu saja, seperti milyunan orang-orang ‘Arab lainnya. Tetapi Islamlah yang kemudian menugaskan ‘Abdullah bin Hudzhafah menemui dua orang raja besar dunia pada zamannya, yaitu Kisra, Maharaja Persia, dan Kaisar Agung, Maharaja Romawi. Pertemuan ‘Abdullah dengan kedua raja dunia itu abadi dalam sejarah, dan mewarnai perjalanan sejarah itu sèndiri.

Pertemuan ‘Abdullah bin Hudzafah dengan Kisra, Maharaja Persia, terjadi pada tahun keenam Hijriyah, yaitu ketika Rasulullah saw. mulai mengembangkan Da’wah Islam ke seluruh pelosok dunia. Ketika itu beliau berda’wah melalui surat kepada raja-raja ‘Ajam (non Arab), mengajak mereka masuk Islam.

Rasullulah saw. telah memperhitungkan resiko yang mungkin timbul dalam pekerjaan penting ini. Para utusan akan diberangkatkan ke negeri-negeri. asing yang belum mereka kenal selama ini. Mereka tidak paham bahasa negeri-negeri yang mereka tuju, belum mengenal seluk-beluk pemerintahan, sosial, dan budayanya. Tetapi mereka harus pergi ke sana mengajak raja-raja asing itu meninggalkan agama mereka semula dan agar mereka menanggalkan kemegahan dan kekuasaaan mereka, untuk tunduk kepada agama Islam yang dianut oleh suatu bangsa yang kemaren menjadi rakyat taklukan mereka.

Memang suatu tugas yang berat dan berbahaya. Pergi ke sana berarti hilang. Kalau toh bisa kembali, berarti suatu kelahiran baru. Karena itu Rasulullah saw. mengum pulkan para sahabat, kemudian beliau berpidato dihadapan mereka.

Seperti biasa, mula-mula Rasulullah saw. memuji Allah swt. dan membaca tasyahhud. Sesudah itu beliau berkata:

“Sesungguhnya aku telah merencanakan hendak mengirim beberapa orang di antara kalian kepada raja raja ‘Ajam. Karena itu janganlah kalian menolak gagasan ku, seperti Bani Israil menolak gagasan Isa bin Maryam.”

Jawab para sahabat, “Kami senantiasa siap melaksanakan segala perintah Rasulullah. Kami bersedia dikirim ke. mana saja dihendaki Rasulullah.”

Rasulullah menunjuk enam orang sahabat untuk menyampaikan surat beliau kepada raja-raja ‘Arab dan ‘Ajam. Salah seorang di antara mereka ialah ‘Abdullah bin Hudzafah As-Sahmy, dipilih beliau untuk menyampaikan surat kepada Kisra Abrawiz, Maharaja Persia.

‘Abdullah bin Hudzafah telah menyiapkan kendaraannya untuk berangkat. Anak-anak dan keluarganya dititipkannya kepada para sahabat. Kemudian dia berangkat ke tujuan, mengemban tugas dan Rasulullah dengan semangat dan tanggung jawab penuh. Gunung yang tinggi didakinya; lurah yang dalam dituruninya. Dia benjalan seorang diri, tiada berteman selain Allah swt.

Akhirnya ‘Abdullah bin Hudzafah tiba di ibu kota Persia. Dia minta izin masuk untuk bertemu dengan Kisra. ‘Abdullah memberitahukan kepada pengawal, bahwa dia utusan Rasulullah untuk menyampaikan surat kepada Kisra. Pengawal memberi tahu Kisra, ada utusan membawa surat untuk Baginda.

Kisra memanggil segala pembesar supaya hadir ke majlis Kisra. Kemudian Kisra mengizinkan ‘Abdullah bin Hudzafah masuk menghadap baginda di majlis yang serba gernilang itu.

‘Abdullah menghadap dengan pakaian sederhana, seperti kesederhanaan orang-orang Islam, tetapi kepalanya tegak, jalannya tegap. Dalam tulang belulangnya mengalir keperkasaan Islam. Di dalam hatinya menyala kekuasaan Iman.

Tatkala Kisra melihat ‘Abdullah menghadap, dia memberi isyarat kepada pengawal supaya menenima surat yang dibawa ‘Abdullah. Tetapi ‘Abdullah menolak memberikannya kepada pengawal.

Kata ‘Abdullah, “Jangan...! Rasulullah memerintahkan supaya memberikan surat ini langsung ke tangan Kisra tanpa perantara Aku tidak mau menyalahi perintah Rasulullah”

Kata Kisra kepada pengawal, “Biarkan dia mendekat kepadaku!”

‘Abdullah menghampiri Kisra, kemudian surat itu diberikannya ketangan Kisra sendiri. Kisra memanggil sekretaris berkebangsaan ‘Arab, berasal dari Hirah.’) Kemudian Kisra memerintahkan sekretaris itu membuka surat tersebut di hadapan baginda dan menyuruh membacakan isinya:

“Dan Muhammad Rasulullah, kepada Kisra, Maharaja Kisra.

Berbahagialah siapa yang mengikut petunjuk....”

Baru sampai di situ sekretaris membaca surat, api ke marahan menyala di dada Kisra. Mukanya merah, dan urat lehernya membengkak. Hal itu ialah karena Rasulullah menyebut nama beliau sendiri lebih dahulu sebelum menuliskan nama Kisra. Lalu Kisra merebut surat tersebut dari tangan sekretaris, dan menyobeknya tanpa mengetahui isi surat selanjutnya.

Kisra berteriak, “Berani-berani dia menulis seperti itu kepadaku....! padahal dia budakku...!”

Lalu diperintahkannya mengusir ‘Abdullah bin Hudzafah dari majlis.

‘Abdullah bin Hudzafah keluar dan Majlis Kisra. Dia tidak mengetahui apa yang akan terjadi pada dirinya sesudah itu. Mungkin dia akan dibunuh dan mungkin pula akan tetap hidup di dunia bebas. Tetapi tidak lama ‘Ab dullah berpikiran begitu, ia pun berkata kepada dirinya sendiri, ‘Demi Allah! Aku tidak peduli apa pun yang akan terjadi. Yang penting tugas yang dibebankan Rasulullah kepadaku telah kulaksanakan dengan baik. Surat Rasulullah telah kusampaikan ke tangan yang bersangkutan.”

Lalu dengan sgap dia melompat naik kendaraannya, dan berpacu secepat-cepatnya.

Setelah kemarahan Kisra Abrawiz agak mereda, diperintahkannya pula para pengawal supaya menghadapkan ‘Abdullah kembali. Tetapi ‘Abdullah sudah tidak ada di tempat. Para pengawal mencari ‘Abdullah ke mana mana. Jejaknya pun tidak dapat mereka temukan. Mereka melacak ‘Abdullah di jalan yang menuju ke Jazirah ‘Arab. Tetapi ‘Abdullah sudah jauh, sehingga tidak mungkin tersusul oleh mereka.

Setibanya ‘Abdullah di hadapan Rasulullah, dilaporkannya segala kejadian yang dilihat dan dialaminya, dan perbuatan Kisra menyobek surat beliau.

Mendengar laporan ‘Abdullah, Rasulullah berkata ‘

(Semoga Allah menyobek-nyobek kerajaannya pula!)

Kisra menulis surat kepada Badzan, wakil baginda di Yanian untuk menangkap Rasulullah, kemudian membawa beliau ke hadapan Kisra.

Badzan segera melaksanakan perintah Maharaja Persia yang dipertuan. Badzan mengirim dua orang yang pilihan untuk menangkap Rasulullah, disertai sepucuk surat untuk beliau. Surat itu memerintahkan Rasulullah agar segera berangkat menghadap Kisra bersama-sama dengan kedua orang itu tanpa menunggu-nunggu.

Badzan memerintahkan pula kepada kedua utusannya supaya menyelidiki dengan seksama di mana Rasulullah berada, agar teliti dalam segala urusan, dan supaya melapor kepadanya sewaktu-waktu.

Kedua utusan Badzan segera berangkat. Maka dalam tempo singkat keduanya telah sampai di Thaif. Di sana mereka bertemu dengan para pedagang suku Quraisy. Keduanya bertanya kepada mereka di mana Rasulullah berada. Para pedagang mengatakan, “Muhammad berada di Yatsrib.”

Kemudian para pedagang itu meneruskan perjalanan mereka ke Makkah. Setibanya di Makkah, mereka menyiarkan berita gembira kepada penduduk Makkah. Kata mereka, “Tenanglah kalian...! Kisra akan membunuh si Muhammad, dan melindungi kalian dan kejahatannya.”

Kedua utusan Badzan terus ke Madinah. Mereka langsung menemui Rasulullah dan menyampaikan surat Badzan kepada beliau:

Kata mereka, Kisra, Maharaja Persia mengirim surat kepada Raja kami, Badzan, memerintahkan kami menemui Anda. Kisra memerintahkan kami supaya membawa Anda bersama-sama dengan kami menghadap baginda. Jika Anda berkenan pergi bersama-sama kami, Kisra mengatakan, itulah yang sebaik-baiknya bagi Anda, karena baginda tidak akan menghukum Anda. Tetapi jika Anda mengabaikan perintah Baginda, Anda tentu sudah tahu, baginda sangat berkuasa untuk membinasakan Anda!”

Rasulullah saw. tersenyum-senyum mendengar perkataan utusan Badzan.

Beliau berkata kepada mereka, “Sebaiknya Tuan-tuan beristirahat lebih dahulu sampai besok. Besok pagi Tuan tuan boleh kembali ke sini!”

Besok pagi kedua utusan itu datang kembali menemui Rasulullah, sesuai dengan janji.

Kata mereka, “Sudah siapkah Anda berangkat bersama-sama dengan kami menemui Kira?”

Jawab Rasulullah, ‘ tidak dapat lagi bertemu dengan Kisra sesudah hari ini Kisra telah dibunuh oleh anaknya sendiri “Syirwan”, pada jam sekian, detik sekian, hari dan bulan itu.”

Kedua utusan Badzan melihat wajah Rasulullah saw. dengan mata terbelalak keheranan.

“Sadarkah Anda dengan ucapan Anda?” tanya mereka. “Bolehkan kami tulis ucapan Anda itu untuk Badzan?”

“Silakan...! Bahkan boleh Tuan-tuan tambahkan, bahwasanya agamaku akan mencapai seluruh kawasan kerajaan Kisra. Jika Badzan masuk Islam, maka wilayah yang berada di bawah kekuasaannya akan saya serahkan kepadanya. Kemudian Badzan sendiri kuangkat menjadi raja bagi rakyatnya.” jawab Rasulullah yakin.

Kedua utusan Badzan meninggalkan Rasulullah saw. Mereka kembali menghadap Badzan. Mereka melapor kepada Badzan pertemuannya dengan Rasulullah saw., dan menyampaikan pesan beliau kepadanya.

Kata Badzan, “Jika apa yang dikatakan Muhammad itu benar, sesungguhnya dia seorang Nabi. Jika tidak, ucapannya itu hanya mimpi belaka.”

Tidak berapa lama kemudian, tibalah surat Syirwan kepada Badzan.

Kata Syirwan, “Kisra telah saya bunuh. Aku terpaksa membunuhnya karena dia menindas rakyat kami. Para bangsawan kami habiskan. Wanita-wanita mereka kami tawan. Dan harta benda mereka kami rampas. Maka bila suratku ini telah engkau baca, kamu dan rakyatmu hendaklah menyatakan tunduk kepadaku!”

Selesai membaca surat itu, Badzan mengumumkan kepada seluruh rakyatnya, mulai saat ini dia masuk Islam - Mendengar pengumumannya itu, maka Islam pula segala pembesar dan orang-orang keturunan Persia yang berada di Yaman.

Itulah kisah pertemuan ‘Abdullah bin Hudzafah As Sahmy dengan Kisra, Maharaja Persia.

Nah...! Bagaimana pula kisah pertemuannya dengan Kaisar Agung, Maharaja Rum?

Pertemuan ‘Abdullah bin Hudzafah As Sahmy dengan Kaisar Agung, terjadi pada masa pemerintahan Khalifah ‘Umar bin Khaththab Al Faruq. Kisahnya merupakan kisah yang amat mengagumkan.

Pada tahun kesembilan-belas Hijriyah, Khalifah ‘Umar mengirim angkatan perang kaum muslimin memerangi kerajaan Rum. Dalam pasukan itü terdapat seorang perwira senior, ‘Abdullah bin Hudzafah As Sahmy,

Kaisar Rum telah mengetahui keunggulan dan sifat-sifat tentara muslimin. Sumber kekuatan mereka ialah Iman yang membaja, dan kedalaman ‘aqidah, serta kebera nian mereka menghadang maut. Mati fisabifflah menjadi tekad dan cita-cita hidup mereka.

Kaisar memerintahkan kepada para perwiranya, “Jika kalian berhasil menawan tentara muslimin, jangan kalian bunuh mereka. Tetapi bawa ke hadapanku!” Ditakdirkan Allah, ‘Abdullah bin Hudzafah tertawa. ‘Abdullah dibawa mereka ke hadapan Baginda Kaisar.

Kata mereka, “Tawanan ini adalah sahabat Muhammad. Dia termasuk sahabat senior, dari kelompok yang pertama-tama masuk Islam. Dia tertawan, lalu kami bawa ke hadapan Paduka.”

Lama juga kaisar memperhatikan ‘Abdullah bin Hudzafah. Sesudah itu baru dia berkata, “Saya hendak menawarkan sesuatu kepada engkau.”

“Apa yang hendak Anda tawarkan?” tanya Abdullah.

‘Maukah engkau masuk agama Nasrani? Jika engkau mau, saya bebaskan engkau, kemudian saya beri pula hadiah besar,” kata Kaisar.

‘Abdullah bernafas dalam-dalam, lalu menjawab:

‘Yaah ...., aku lebih suka mati seribu kali daripada menerima tawaran Anda,” kata ‘Abdullah mantap.

Kata Kaisar, “Saya lihat engkau seorang perwira yang pintar. Jika engkau mau menerima tawaranku, saya angkat engkau menjadi pembesar kerajaan, dan saya bagi kekuasaan saya dengan engkau.”

‘Abdullah yang diborgol itu tersenyum. Kemudian ia berkata: “Demi Allah! Seandainya Anda berikan kepadaku semua kerajaan Anda, ditambah dengan semua kerajaan ‘Arab, agar aku keluar dari agama Muhammad agak sebentar saja, niscayalah aku tidak dapat menerimanya.”

Kata Kaisar, “Kalau begitu, saya bunuh engkau!”

Jawab ‘Abdullah, “Silakan...! Lakukanlah sesuka Anda!”

‘Abdullah disuruhnya ikat di kayu salib. Kemudian diperintahkannya tukang panah memanah lengan ‘Abdullah.

Sesudah itu Kaisar bertanya, “Bagaimana...? Maukah engkau masuk agama Nasrani?”

“Tidak!” kata ‘Abdullah.

‘Panah kakinya!” perintah Kaisar.

Maka dipanah orang pula kakinya.

“Nah! Maukah engkau pindah agama?” tanya Kaisar membujuk

‘Abdullah tetap menolak.

Sesudah itu Kaisar menyuruh hentikan siksaan dengan panah, lalu ‘Abdullah diturunkan dari tiang salib. Kemudian Kaisar meminta sebuah kuali besar, lalu dituangkan minyak ke dalam dan diletakkan orang di atas tungku berapi. Setelah minyak menggelegak, Kaisar meminta dua orang tawanan muslim. Seorang di antaranya disuruh nya lemparkan ke dalam kuali. Sebentar kemudian, daging orang itu hancur sehingga keluar tulang belulangnya.

Kaisar menoleh kepada ‘Abdullah, dan membujuknya masuk Nasrani. Tetapi ‘Abdullah menolak lebih keras. Setelah Kaisar putus asa, diperintahkannya melemparkan ‘Abdullah ke dalam kuali. Ketika pengawal menggiring ‘Abdullah ke dekat kuali, ‘Abdullah menangis.

Para pengawal mengatakan kepada Kaisar, ‘Dia menangis, Paduka!”

Kaisar menduga, tentu ‘Abdullah menangis karena takut mati.

Kata Kaisar, “Bawa dia kembali kepadaku!”

‘Abdullah berdiri kembali di hadapan Kaisar.

Kaisar menanyakan apakah ‘Abdullah mau menjadi Nasrani. Dengan Iman yang kokoh kuat, ‘Abdullah tetap menolak bujukan Kaisar.

Kata Kaisar, “Celaka...! Mengapa engkau menangis?”

Jawab Abdullah, “Aku menangis karena keinginanku selama ini tidak terkabul. Aku ingin mati di medan tempur perang fisabiillah. Ternyata kini, aku akan mati konyol dalam kuali.”

“Maukah engkau mencium kepalaku? Nanti kubebaskan engkau!” kata Kaisar dengan angkuh.

Jawab Abdullah, “bebas beserta semua kawan-ka wanku tawanan muslim?”

Jawab Kaisar, “Ya, saya bebaskan engkau berserta semua tawanan muslim.”

‘Abdullah berpikir sejenak, “Aku harus mencium kepala musuh Allah. Tetapi aku dan kawan-kawan yang tertawan bebas. Ah.. tidak ada ruginya.”

“Abdullah menghampiri Kaisar, lalu diciumnya kepala musuh Allah itu.

Sesudah itu Kaisar memerintahkan para pengawal mengumpulkan semua tawanan muslim untuk dibebaskan dan diserahkan kepada ‘Abdullah bin Hudzafah.

Setibanya ‘Abduflah bin Hudzafah di hadapan Khalifah ‘Umar bin Khaththab, dilaporkannya kepada beliau semua yang dialaminya serta pembebasannya berikut sejumlah tentara muslimin yang tertawan. Khalifah sangat gembira mendengarkan laporan ‘Abdullah. Ketika Khalifah memeriksa prajurit muslim yang tertawan dan bebas bersama-sama ‘Abdullah, beliau berkata, “Sepantasnyalah setiap orang muslim mencium kepala ‘Abdullah bin Hudzafah. Nah...! Aku yang memulai....!”

Khalifah berdiri seketika itu juga, lalu mencium kepala ‘Abdullah bin Hudzafah As Sahmy.

‘AMR BIN JAMUH

Salam semua.

Sudah lama tidak menaip.

Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan untuk menaip.

Hari ini ingin bercerita tentang sebuah tokoh.

Selamat membaca.

^_^

‘AMR BIN JAMUH adalah salah seorang pemimpin Yatsrib masa jahiliyah. Dia kepala suku yang dihormati dari Bani Salamah. Seorang penduduk Madinah yang sangat pemurah dan rnemiliki peri kemanusiaan yang tinggi.

Sudah menjadi adat bagi para bangsawan jahily menempatkan patung di rumah mereka masing untuk pribadi mereka. Pertama, supaya mereka dapat mengambil berkat dan memuja patung tersebut setiap pagi dan petang. Kedua, untuk memudahkan mereka meletakkan kurban suci di altar pada waktu-waktu tertentu. Ketiga, supaya mereka dapat mengadukan keluhan-keluhan mereka setiap waktu diperlukan.

Patung di rumah ‘Amr bin Jamuh bernama “M a n a t”. Patung itu terbuat dari kayu. Buatannya indah dan ma-hal harganya. Guna perawatannya ‘Amr bin Jamuh perlu mengeluarkan biaya yang tidak sedikit. Patung itu selalu dibersihkan dan diminyakinya dengan wangi khusus dan mahal.

Tatkala cahaya iman mulai merambat di Yatsrib dari rumah ke rumah, usia ‘Amr bin Jamuh sudah lewat enam puluh tahun. Tokoh da’wah Islamiah yang pertama-tama aktif di Yatsrib ialah Mush’ab bin ‘Umair.

Tiga orang putera ‘Amr bin Jamuh, yaitu : Mu’awwadz, Mu’adz dan Khallad, serta seorang kawan sebaya mereka, yaitu Mu’adz bin Jabal, telah masuk Islam di tangan Mush ‘ab bin ‘Umair. Bersarna ketiga putera ‘Amr Islam pula ibu mereka Hindun. ‘Amr tidak mengetahui kalau putera putera dan isterinya telah masuk Islam.

Hindun, isteri ‘Amr bin Jamuh, mengetahui bahwa Islam telah menjadi agama penduduk Yatsrib. Para bangsawan dan kepala-kepala suku telah banyak masuk Islam. Yang belum masuk Islam hanya suaminya dan beberapa orang lain yang jumlahnya tidak seberapa.

Hindun mencintai suarninya dan hormat kepadanya. Dia kuatir kalau suaminya mati kafir lalu masuk neraka. Tetapi sebaliknya ‘Amr selalu pula kuatir keluarganya akan meninggalkan agama nenek moyang mereka. Dia takut putera-puteranya terpengaruh oleh da’wah yang dilancarkan Mush’ab bin ‘Umair. Karena dalam tempo singkat Mush’ab berhasil merubah agama orang banyak dan menjadikan mereka muslim.

Karena itu ‘Arnr berkata kepada isterinya, “Hai, Hindun! Hati-hatilah menjaga anak-anak, agar mereka jangan sampai bertemu dengan orang itu (Mush ‘ab bin ‘Umair)!”

Jawab isterinya, “Adinda patuhi nasihat kakanda. Tetapi pernahkah kakanda mendengar putera kakanda Mu ‘adz bercerita mengenai orang itu?”

“Celaka ! Apakah si Mu’adz telah masuk agama orang itu? “tanya ‘Amr gusar.

Wanita yang saleh itu kasihan melihat suaminya yang sudah tua.

“Tidak! Bukan begitu! Tetapi si Mu’adz pernah hadir dalam majelis orang itu, dia ingat kata-katanya,” jawab isterinya menenteramkan hati ‘Amr.

‘panggillah dia kemari!” kata suaminya.

Ketika Mu’adZ hadir di hadapan bapaknya, ‘Amr berkata, “Coba baca kata-kata yang pernah diucapkan orang itu. Bapak ingin emndengarkannya

Mu’adz membacakan surat Al Fatihah kepada bapaknya.

“Alangkah bagus dan indahnya kalimat itu,” kata ‘Amr.

“Apakah setiap ucapannya seperti itu?” tanya ‘Armr.

“Bahkan lebih bagus dari itu. Bersediakah Bapak bai’at dengannya? Rakyat Bapak telah bai’at semuanya dengan dia,” kata Mu’adz.

Orang tua itu diam sebentar. Kemudian dia berkata, “Saya tidak akan melakukannya sebelum musyawarah lebih dahulu dengan “Manat”. Saya menunggu apa yang dikatakan Manat.”

“Bagaimana Manat bisa menjawab? Bukankah itu benda mati tidak bisa berpikir dan tidak bisa berbicara?” kata Mu’adz.

“Saya katakan kepadamu, saya tidak akan mengambil keputusan tanpa dia!” kata ‘Amr menegaskan.

‘Amr bin Jamuh menyembah Mamat di altar tempat dia biasa memuja. Dipujinya patung itu dengan puji-pujian setinggi Kemudian dia berkata, “Hai, Manat! Saya tidak ragu, engkau tentu tahu mengenai seorang Da’i yang datang dari Makkah. Dia tidak bermaksud jahat kepada siapa pun, inelainkan kepada engkau sendiri. Dia datang kemari, melarang kami menyembah engkau. Sekalipun saya terpesona mendengarkan kalimat-kalimatnya yang indah, saya tidak mau melakukan bai’at dengannya sebelum bermusyawarat dengan engkau. Karena itu berilah saya petunjukmu.”

Sudah tentu Manat tidak menjawab apa-apa. Dia diam seribu bahasa seperti biasa, dan akan terus diam.

Kata ‘Amr, “Mungkin engkau marah kepada saya. Padahal saya tidak pernah menyakitimu selama ini. Tetapi tidak apalah. Engkau akan saya tinggalkan beberapa hari sampai marahmu hilang.”

Putera-putera ‘Amr tahu benar kapan waktunya bapak mereka memuja berhala itu. Mereka juga tahu iman bapaknya telah goyang terhadap Manat. Karena itu mereka berusaha hendak mencabut Manat dari hati yang telah goyang itu sampai tuntas. Itulah jalan satu-sa tunya menuju iman yang benar.

Pada suatu malam putera-putera ‘Amr dan kawan mereka Mu’adz bin Jabal pergi ke altar tempat Manat berada. Manat mereka ambil, lalu mereka bawa ke lobang kotoran Bath Salamah dan mereka lemparkan ke sana. Tidak seorang pun yang mengetahui dan melihat perbuatan mereka.

Setelah hari Subuh, ‘Amr pergi ke altar hendak memuja. Tetapi alangkah terkejutnya ‘Amr ketika diihatnya Manat tidak ada di tempatnya.

“Celaka Kemana Tuhan kita? Siapa yang mengambilnya tadi malam?’ tanya ‘Amr.

Tidak seorang pun yang menjawab. ‘Amr mencari Manat ke mana-mana. Dia marah-marah. Akhirnya patung itu ditemukannya ke comberan dalam keadaan terbalik, kepalanya kebawah dan kakinya ke atas. Manat diambilnya, lalu dimandikan dan diminyaki dengan minyak wangi. Sesudah itu diletakkannya kembali ke tempat semula.

“Demi Allah! Seandainya saya tahu siapa yang menganiaya engkau, niscaya saya hukum dia!” kata ‘Amr kepada Manat.

Malam kedua anak-anak remaja itu bertindak pula seperti yang dilakukan mereka kemaren. Setelah Subuh tiba, ‘Amr mencari Manat dan menemukannya dalam lobang comberan bergelimang kotoran. ‘Amr mengambil Manat, lalu dibersihkannya, kemudian diminyakinya dengan harum-haruman. Sesudah itu diletakkannya pula kembali ke tempat pemujaan. Begitulah remaja-remaja itu memperlakukan Manat setiap malam. Akhirnya habislah kesabaran ‘Amr. Maka diarnbilnya pedang, kemudian digantungkannya di leher patung Manat.

Kata ‘Amr, “Hai, Manat! Demi Allah! Sesungguhnya saya tidak tahu siapa yang menganiaya engkau. Seandainya: engkau memang sanggup, cobalah lawan orang yang menganiayamu itu. ini pedang untukmu’

`Kemudian orang tua itu pergi tidur. Setelah putera-putera ‘Amr yakin ayahnya telah tidur pula, mereka pergi ke tempat Manat. Mereka ambil pedang yang tergantung di leher Manat, kemudian Manat mereka bawa ke luar. Sesudah itu Manat mereka ikat jadi satu dengan bangkai anjing lalu mereka lemparkan ke comberan Bani Salarnah. Setelah orang tua itu bangun, dilihatnya Manat tidak ditempatnya. ‘Amr pergi mencari-cari dan ditemukanr dalam comberan. Muka Manat menghadap ke tanah bersatu dengan bangkai anjing. Pedangnya tidak ada. Sekarang Manat tidak diambilnya, tetapi dibiarkannya tercampak dalam comberan.

Kata ‘Amr, “Kalau benar engkau Tuhan, niscaya engkau tidak mau masuk comberan bersama dengan bangkai anjing.”

Tidak lama kemudian ‘Amr masuk Islam.

‘Amr bin Jamuh merasakan bagaimana manisnya iman. Dia menyesali dosa-dosanya selama dalam kemusyrikan. Maka setelah Islam, diarahkannya seluruh hidupnya, hartanya, dan anak.anaknya dalam menta’ati Allah dan Rasul-Nya.

Tidak berapa larna kemudian terjadi perang Uhud. ‘Amr bin Jamuh rnelihat ketiga puteranya bersiap.siap hendak memerangi musuh-musuh Allah. Mereka bersemangat dan tangkas bagaikan singa jantan. Dalam hati mareka bergelora keinginan hendak mati syahid dan memperoleh ridha Allah. Apa yang dilihat ‘Amr berbekas di hatinya dan membakar semangat dan tekadnya untuk turut berperang bersama.sama dengan Putera-puteranya di bawah bendera Rasulullah saw.

Tetapi putera-putera ‘Amr sepakat melarang bapak rnereka turut berperang Dia sudah tua dan berjalan terpincang Allah telah memberi kelonggaran baginlya karena sudah ‘uzur dan cacat. Putera berkata kepada ‘Amr, ‘Wahai Bapak kami! Sesungguhnya Allah telah membebaskan Bapak dari kewajiban berperang. Mengapa Bapak harus memaksakan diri. Bukankah Allah telah mema ‘afkan Bapak?”

Orang tua itu marah mendengar keberatan putera puteranya. Dia pergi menemui Rasulullah mengadukan mereka kepada beliau.

“Wahai Rasulullah! Putera-putera saya melarang saya berbuat baik. Mereka keberatan saya turut berperang karena saya sudah tua dan pincang. Demi Allah! Walaupun saya sudah tua dan pincang, saya tidak ingin bersantai santai untuk mendapatkan surga. Sungguh pun saya pincang, saya pengendara kuda yang tangkas!” kata ‘Amr mengadu kepada Rasulullah.

Maka bersabda Rasulullah kepada putera-puteranya, “Biarkanlah ayah kalian! Mudah-mudahan Allah memberinya rezki surga.”

Putera-putera ‘Amr membiarkan bapaknya turut berperang, karena patuh kepada perintah Rasulullah.

Ketika waktu berangkat sudah tiba, ‘Amr bin Jamuh pamit kepada isterinya mengucapkan salam perpisahan. Berpisah untuk tidak bertemu lagi. Kemudian dia meng hadap ke kiblat sambil menadahkan kedua tangannya ke langit. Dia mendo’a, “Wahai Allah! Berilah saya rezki sebagai syuhada. Janganlah saya dikembalikan kepada keluarga saya dengan kecewa

Sesudah mendo’a dia berangkat diiringi ketiga orang puteranya dan pasukan besar kaumnya, Bani Salamah. Ketika pertempuran telah berkecamuk, tentara muslimin terpencar-pencar, banyak yang meninggalkan Rasulullah. ‘Amr bin Jamuh berada di barisan depan pasukan berkuda. Dia jatuh terbanting dari kudanya. Dia bangun dan menyerang musuh terpincang-pincang sambil berteriak, “Saya tertarik ke surga Saya tertarik ke surga Saya tertarik ke surga !“

‘Amr selalu didampingi puteranya Khallad. Kedua beranak itu melindungi Rasulullah dengan menebaskan pedang mereka kepada musuh-musuh yang mendekat. Namun akhirnya kedua beranak itu tewas di medan tempur sebagai syuhada’ dalam waktu hampir bersamaan.

Selesai pertempuran, Rasulullah memeriksa korban korban yang syahid untuk menyaksikan mayat-mayat mereka. Beliau memerintahkan kepada para sahabat, “kuburkan mereka dengan pakaian mereka yang berlumuran darah. Saya menjadi saksi bagi mereka, bahwa mereka syahid karena Allah. Tidak seorang pun muslim yang terluka dalam perang fi sabilillah, melainkan darahnya mengalir di hari kiamat menjadi za ‘faran dan baunya seperti kasturi. Kuburkan ‘Amr bin Jamuh satu kuburan dengan Khallad bin ‘Amr. Keduanya saling mencinta dan berada dalam satu barisan di dunia.”

Semoga Allah meridhai ‘Amr bin Jamuh dan seluruh syuahada dalam perang Uhud. Ya Allah! Berilah cahaya dalam kubur mereka

Amin!!!




AL-BIRUNI

Salam semua.
Hari ini ingin bercerita tentang ketokohan seorang ilmuwan Islam yang tidak asing lagi bagi kita.
Selamat menghayati.
^_^

Al-Biruni
Ahli falsafah yang serba boleh.
Pada zaman awal kedatangan Islam, masyarakat Islam tidak begitu terdedah kepada ilmu falsafah. Walau bagaimanapun menjelang abad ke-3, para sarjana Islam mulai memberikan perhatian kepada persoalan dan pemikiran yang berkaitan dengan falsafah.

Asas kepada falsafah yang dipelopori oleh para ilmuwan Islam, berpaksikan ajaran Islam dan kalimah syahadah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan ketakwaan umat Islam. Berbeza dengan falsafah Yunani yang lebih tertumpu kepada pencarian kebenaran berlandaskan pemikiran dan logik semata-mata sehingga menimbulkan kekeliruan serta kecelaruan yang tidak berpanjangan.
Aliran falsafah pada zaman Islam tidak sekadar membataskan perbicaraan kepada persoalan yang berkaitan dengan metafizika ketuhanan dan kejadian alam. Tetapi juga meliputi perbincangan yang berkaitan dengan nilai-nilai akhlak, masyarakat, dan kemanusiaan. Walaupun ahli falsafah pernah dicap oleh Imam Al-Ghazali sebagai golongan yang sesat lagi menyesatkan, tetapi perkembangan ilmu falsafah itu telah berjaya membantu menyelesaikan pelbagai persoalan keagamaan, ekonomi, politik, sosial, budaya, dan bidang-bidang lain.
Wahyu sebenarnya tidak bercanggah dengan akal. Menerusi paduan wahyu dan akal seperti yang dicernakan oleh para ilmuwan Islam telah berjaya membantu meletakkan batu asas yang kukuh kepada pembinaan peradaban
Islam.
Kerana itu, umat Islam digalakkan mencari dan menimba ilmu hatta sampai ke negara China. Dorongan yang diberikan oleh Islam itu telah memberikan semacam motivasi kepada para sarjana Islam untuk terus menggali dan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan sama ada di timur ataupun barat.
Salah seorang ilmuwan tersebut ialah Al Biruni atau nama asalnya Abu al-Raihan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) diBirun, ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Gurunya yang terawal ialah Abu Nasr Mansur ibn Alt ibn Iraqin yang juga merupakan seorang pakar ilmu matematik dan alam.
Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India. Tetapi semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi. Setelah menyedari keilmuwannya beliau ditugaskan di istana sebagai salah seorang ulama. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India.
Di sana beliau mengambil kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan falsafah India. Hasilnya beliau telah menulis beberapa buah buku yang mempunyai hubungan dengan masyarakat India dan kebudayaan Hindu.
Dalam satu tulisannya, beliau menyatakan bahawa ajaran Hindu berasaskan konsep penjelmaan yang mempunyai persamaan dengan syahadah Tauhid dalam Islam dan triniti dalam agama Kristian.
Tembok penjara tidak menjadi penghalang kepada Al-Biruni untuk terus menuntut dan menghasilkan karya-karya yang besar dalam pelbagai bidang. Sumbangannya kepada ilmu dan peradaban India amat besar. Sumbangannya yang paling penting ialah dalam penciptaan kaedah penggunaan angka-angka India dan kajiannya mencari ukuran bumi menggunakan kiraan matematik. Beliau juga telah berjaya menghasilkan satu daftar yang mengandungi peta dan kedudukan ibu-ibu negara di dunia.
Semasa berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan seluruh ruang dan peluang yang ada untuk menjalinkan hubungan antara para ilmuwan sekolah tinggi Baghdad dan para sarjana Islam India yang tinggal dalam istana Mahmud al Ghaznawi.
Selepas dibebaskan, beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab Tahdid al Nih-ayat al Amakin Lita'shih al Masafat al Masakin. Di samping itu, beliau turut mendirikan sebuah pusat kajian astronomi mengenai sistem solar yang telah membantu perkembangan pengajian ilmu falak pada tahun-tahun yang mendatang. Kajiannya dalam bidang sains, matematik, dan geometrik telah menyelesaikan banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini.
Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang telah menyebabkan beliau digelar sebagai "Ustaz fil Ulum" atau guru segala ilmu. Penulisannya tentang sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul "Chronology of Ancient Nation". Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di Eropah dan tersimpan dengan baiknya di Museum Escorial, Sepanyol. Dalam sepanjang hidupnya
Al-Biruni telah menghasilkan lebih 150 buah buku termasuk satu senarai kajian yang mengandungi 138 tajuk.
Antara buku itu ialah Al-Jamahir fi al-Jawahir yakni mengenai batu-batu permata; Al-Athar al-Baqiah berkaitan kesan-kesan lama tinggalan sejarah dan Al-Saidalah fi al-Tibb, tentang ubat-ubatan. Karya ini dikatakan karyanya yang terakhir sebelum meninggal dunia pada 1048M.
Al-Biruni bukan sahaja dapat menguasai bahasa Sanskrit dengan baik tetapi juga bahasa-bahasa Ibrani dan Syria. Beliau yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tentang falsafah Yunani menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan oleh dunia Islam. Al-Biruni berjaya membuktikan bahawa gandingan falsafah dan ilmu pengetahuan telah membolehkan agama terus hidup subur dan berkembang serta membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat.
Pemikiran falsafahnya tidak semata-mata bersandarkan kepada imaginasi dan permainan logik tetapi berdasarkan kepada kajian yang dilakukannya secara empirikal. Kepakarannya dalam ilmu Islam tidak boleh dipertikaikan kerana dalam umur yang masih muda lagi beliau telah menghasilkan sebuah karya besar yang berjudul Kitabul Asar al baqiya 'Anil Quran al Khaliya.
Sebelum ke India, Al-Biruni sering menjalinkan hubungan dengan Ibnu Sina. Keadaan ini menjadi bukti pengiktirafan ilmuwan Islam lain terhadap ketokohan dan kesarjanaannya. Sekali gus menjadikan beliau seorang ahli falsafah Islam yang serba boleh dengan sumbangan yang telah memberikan manfaat yang besar kepada manusia seluruhnya.
Dalam masa yang sama, Al-Biruni juga membuktikan bahawa golongan ahli falsafah bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-awangan. Sebaliknya mereka merupakan golongan ilmuwan yang perlu diberi pengiktirafan. Peranan dan kedudukan mereka amat besar dalam pembinaan tamadun Islam serta peradaban manusia.
Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah mengangkat martabat ahli falsafah daripada terus diberikan pelbagai stigma dan label yang berbentuk negatif serta merubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli falsafah itu sendiri.