RSS
Write some words about you and your blog here

WANITA DAN DAKWAH

Salam semua.
Alhamdulillah, hari ini berkesempatan untuk berkongsi dengan kalian tentang sesuatu yang penting iaitu dimana kepentingan wanita dengan dakwah.
Selamat membaca.
^_^




Hukum amal dakwah wajib syarie, tidak gugur selagi tidak wujud kerajaan bertanggungjawab terhadap mempraktikkan dan mempertahankan Islam, malah setelah penubuhan negara Islam pun masih wajib untuk mempertahankan negara Islam. Sebarang kecuaian tidak melakukannya adalah dosa.

Status kewajipannya adalah Fardu `ain, bukan kifayah. Kalau kifayah pun ia masih wajib dilakukan kerana persoalan berkaitan pelaksanaan Islam dan penegakan negara Islam belum selesai.

Apa pun status kewajipan berdakwah, mukmin mestilah melakukannya, kerana jika benar ia fardu `ain dan kita tidak melakukannya kita akan berdosa, jika kita melakukannya kita telah melangsaikan kewajipan di samping mendapat ganjaran. Kalau benar ia fardu kifayah dan kita melakukannya kita akan mendapat pahala. Dalam semua keadaan melakukannya adalah laba. Dalam keadaan tertentu tidak melakukannya mungkin akan mendapat dosa.

Timbul pula persoalan samaada ada perbezaan hukum di antara lelaki dan wanita dalam berdakwah. Apakah ianya hanya wajib kepada lelaki sahaja dan tidak perempuan? Berdasarkan hakikat yang boleh dikutip daripada al-َQuran surat at-Taubah ayat 71;

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Dapat dilihat kesepaduan kerjasama antara lelaki dan wanita dalam melakukan amal dakwah ke arah Islam dan pengukuhan hukum-hukumnya.

Penjelasan di atas menunjukkan bahawa tidak syak lagi wanita Islam mempunyai peranan istimewa dan amat penting dalam melaksanakan amal dakwah bagi melengkapkan peranan kaum lelaki. Bahkan dalam sesetengah keadaan peranan mereka lebih penting, malah mengatasi peranan lelaki, terutama dalam bidang yang didominasi oleh kaum wanita. Ini kerana kaum wanita mempunyai beberapa keistimewaan tersendiri dari sudut kesediaan, kemampuan, sifat-sifat keperibadian, kejiwaan dan perasaan yang berbeza daripada kaum lelaki.

Jelas bahawa kewajipan dakwah sama sahaja antara lelaki dan wanita. Semua hujah yang mewajibkan dakwah terpakai ke atas wanita. Semua hujah wajib amal jama`ie terpakai ke atas wanita. Kewajipan wala’ `ammah dan khassah juga wajib ke atas wanita. Hakikat masa kini menunjukkan bahawa penglibatan wanita dalam dakwah dan kerja-kerja kemasyarakatan amat penting, kerana wanita adalah salah satu dari sumber kekuatan Islam. Tidak menggunakan kekuatan ini adalah satu pembaziran ke atas kekuatan yang ada. Selain dari itu masuk Islam menggunakan wanita dalam usaha menentang Islam, malah melihat wanita sebagai pintu masuk paling penting dalam usaha merosakkan Islam, oleh itu kaum wanita mesti disedarkan. Dalam hubungan ini wanitalah yang paling sesuai menyedarkan wanita.

Masyarakat Islam terawal memberikan contoh yang praktikal mengenai peranan wanita di dalam dakwah. Ummu ‘Atiyyah al-Ansariyyah umpamanya menjadikan rumahnya tempat tumpuan kaum lelaki di dalam menimba ilmu. Beliau begitu terkenal kerana keaktifannya di dalam memberi nasihat dan menyampaikan ajaran Islam di kalangan pelbagai qabilah pada zaman Nabi s.a.w. Baliau pernah diseksa dan dipenjarakan. Namun semangatnya tidak patah.

Menurut Zainab al-Ghazali di dalam bukunya yang berjudul Ila Ibnati, keadaan umat masa kini sangat memerlukan kaum wanita memainkan peranan yang aktif di dalam dakwah. Ini disebabkan penjajah Barat mengeksploitasi wanita di dalam menabur benih-benih kejahatan dan keruntuhan nilai-nilai akhlak dan kemanusiaan. Wanita Islam yang lemah pegangan agamanya serta cetek ilmunya akan terus menjadi alat propaganda syaitan di dalam melariskan kemungkaran yang ditajanya melalui media massa, sama ada media cetak mahupun media elektronik.

Menurut penelitian beliau, wanita adalah orang yang paling layak diketengahkan untuk menjalankan operasi dakwah di kalangan kaum sejenis mereka. Mereka lebih memahami tabiat, kedudukan dan permasalahan yang dihadapi kaum sejenis mereka. Dengan itu mereka lebih berupaya menembusi hati-hati mad’u dengan pendekatan yang bersesuaian serta lebih serasi dengan fitrah mereka.

Dengan penegasan oleh nas syarak mengenai kewajipan dakwah yang tidak membatasi gencer , pengamalan wanita di awal Islam, kenyataan dan amalan wanita Islam kini tiada lagi alasan bagi wanita untuk tidak terlibat dalam kerja-kerja dakwah. Alasan untuk memfokuskan usaha mendidik anak di rumah tidak boleh lagi dijadikan hujah untuk tidak terlibat dalam kegiatan dakwah di luar rumah. Dalam hubungan yang sama amatlah songsang jika ada wanita yang tidak sedia terlibat dalam kegiatan dakwah di luar rumah dengan berbagai hujah syar`ie sedangkan dalam masa yang sama mereka bekerja di luar rumah dengan menjawat jawatan-jawatan kerajaan.

Medan-medan Dakwah

Dakwah bukan terbatas pada menyampaikan ceramah di masjid-masjid, memberi tazkirah di dalam liqa’ mingguan atau memberi syarahan di dalam suatu perhimpunan. Sebaliknya dakwah merangkumi usaha-usaha membentuk tingkah laku dan gaya hidup seseorang; membentuk manusia yang memiliki akhlak mulia, tutur kata yang baik, kasih sayang yang mendalam, persaudaraan yang jujur, kegigihan dalam bekerja, sabar ketika bencana, teguh setia menanggung suka dan derita.

Jelas kepada kita, medan dakwah cukup luas dan pelbagai. Setiap orang boleh dan berhak malah wajib memainkan peranan dalam mana-mana medan dakwah. Beliau bertanggungjawab menyesuaikan diri, kemampuan, kesesuaian masa, tempat, kebolehan serta kelebihan yang dimiliki untuk kerja-kerja dakwah. Seseorang wanita tidak harus memenjarakan dirinya di dalam permasalahan keluarga dan rumah tangganya yang sempit, sehinggakan seolah-olah rumah itulah sahaja dunianya, suami dan anak-anaknya sahajalah segala-galanya dalam hidup ini. Akhirnya dia menjadi seorang ukhti yang tidak mempunyai wawasan, tidak mengendahkan masa depan agama dan dakwahnya. Lama kelamaan dia menjadi wanita biasa yang larut di dalam masyarakat, lupa pada tanggungjawab serta cita-cita untuk membangunkan rumah tangga dan masyarakat Muslim yang soleh.

Pengimbangan Antara Keluarga dan Dakwah.

Jadi, perseimbangan antara tanggungjawab dakwah dengan urusan rumah tangga amatlah dituntut. Sebagai da’iah yang memiliki kesedaran yang mendalam tentang tanggungjawab, ukhti mestilah mengatur kehidupannya secara seimbang. Rumah tangga tidak harus diabaikan kerana dakwah. Begitu juga sebaliknya dakwah tidak harus dikorbankan kerana sibuk melayani suami serta kerenah anak-anak. Ukhti mesti memahami keutamaan bagi setiap perkara, masa dan keadaan. Ketika anak-anak masih kecil, tumpuan mesti diberikan kepada mereka,didik mereka supaya menjadi pelapis yang bakal meneruskan risalah. Namun pada masa yang sama ukhti tidak boleh meninggalkan medan dakwah sepenuhnya atas alasan mendidik anak. Tindakan ini akan membawa kerugian kepada ukhti dari segi pendedahan, pengalaman dan pahala.

Dalam membuat pengimbangan antara kegiatan dakwah dan urusan rumah tangga wanita mestilah benar-benar mengetahui takat kemampuan maksimum yang boleh atau mampu diberikannya kepada kegiatan dakwah. Dia juga mesti benar-benar tahu takat maksimum urusan rumah tangga yang boleh dikongsi dengan kegiatan dakwah. Dia mesti tahu takat yang kalau dilanggar rumah tangganya akan mengalami kemudaratan. Dia juga mesti tahu takat kegiatan dakwah yang kalau ditinggalkannya akan memudaratkan dakwah. Dalam menentukan kedua-dua takat ini wanita mesti jujur terhadap dirinya, keluarganya dan dakwah yang dipikulnya. Pertimbangannya juga akan dipengaruhi bantuan dan kerjasama suami.

Kerjasama Suami.
Seperti penjelasan di atas, kegiatan dakwah adalah kewajipan lelaki dan wanita. Pengurusan rumah tangga, termasuk mendidik anak-anak juga adalah tanggungjawab bersama lelaki dan wanita, cuma sifat semula jadi wanita membuatkannya lebih berkesan dalam mengurus rumah tangga, terutama mendidik anak-anak. Oleh itu menyerahkan 100% urusan rumah tangga dan mendidik anak-anak kepada isteri di samping memintanya memainkan peranan aktif dalam kegiatan dakwah di luar rumah adalah satu ketidakadilan kepada wanita. Berdasarkan hakikat ini maka:
1. Suami mestilah peka dan sadar tentang peranan dan hak isteri dalam kegiatan dakwah dan kemasyarakatan.
2. Suami mestilah membuang sikap dan pendirian bahawa oleh kerana peranan asasi dan terpenting wanita ialah membentuk generasi Muslim maka wanita mestilah berfungsi dan berperanan dalam rumah tangga sahaja.
3. Suami mestilah membenarkan isteri terlibat dalam kegiatan dakwah dan kemasyarakatan
4. Suami mestilah memberikan kerjasama yang secukupnya bagi menjamin isteri dapat memainkan peranan yang sempurna dalam urusan rumah tangga dan kegiatan dakwah.
5. Suami mestilah sedia berkorban dan bertolak ansur dalam hal-hal mengenai hak dan kewajipan dalam rumah tangga.
6. Isteri tidak mengambil kesempatan ke atas sikap kerjasama, tolak ansur dan kesediaan suami berkorban.

Sesungguhnya kita sangat berhajat kepada ukhti Muslimat da’iah yang memahami betapa umat ini amat memerlukan dakwahnya, sumbangan tenaga serta kepakaran yang ada padanya bagi membimbing wanita-wanita Islam dan mendidik mereka agar beriltizam dengan ajaran Islam. kita sangat berhajat kepada ukhti Muslimat da’iah yang prihatin terhadap hal ehwal masyarakat dan umat Islam, yang memahami tugas yang diamanahkan kepadanya, yang bercita-cita untuk mengangkat dirinya ke martabat du’at yang berjuang dan berjihad mendaulat serta mempertahankan din yang agung ini.

Contoh-contoh Penglibatan Wanita di Dalam Masyarakat di Zaman Nabi s.a.w.

Contoh-contoh ini telah dibentangkan oleh Dr Layth Su’ud Jasim di dalam bukunya Khidmat Masyarakat, Peranan Wanita di Zaman Rasulullah s.a.w.,

Rasulullah s.a.w. meninggalkan kepada kita suatu manhaj dan sumbernya yang terpelihara. Ia menjadi asas pembinaan tamadun Islam yang menjadi agama penutup kepada agama-agama langit terdahulu. Tamadun ini mengadaptasi tabiat manhaj rabbaniy tersebut. Iaitu suatu manhaj yang sifatnya sentiasa menyumbang dan memenuhi keperluan manusia sehingga hari kiamat.

Menerusi hakikat inilah kaum wanita menjalankan aktivitinya dalam kehidupan masyarakat Islam. Ia bertindak sebagai satu komponen penting dalam sistem dan tamadun Islam. Kaum wanita turut menyertai anggota masyarakat lain dalam memperkayakan sudut-sudut amali bagi tamadun yang hebat ini. Penyertaan kaum wanita berlaku dalam paksi-paksi berikut:

Paksi Pertama : Menubuhkan dan Mengaktifkan Institusi Khidmat Kemasyarakatan
Paksi Kedua : Pembiayaan Program Institusi Kemasyarakatan

Paksi Pertama : Menubuhkan dan Mengaktifkan Institusi Khidmat Kemasyarakatan

i. Penubuhan Badan Kebajikan (Suffah Wanita)

Orang pertama yang mengeluarkan idea ini ialah Asma’ binti Yazid bin al-Sakan al-Ansariyyah. Beliau pernah menjadi wakil bagi kaum wanita menemui Rasulullah s.a.w. bagi bertanyakan tentang kewajipan wanita dalam masyarakat dan peranan mereka dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Ini dapat difahami daripada kata-kata beliau: “Aku adalah utusan kepada seluruh kumpulan kaum wanita yang berada di belakangku. Mereka semua sependapat denganku.” Rasulullah s.a.w. memuji beliau kerana kepintaran dan keprihatinannya terhadap agama. Semua ini menunjukkan kaum wanita dibenarkan berpersatuan sendiri dan mengeluarkan pendapat dalam permasalahan-permasalahan penting, terutama yang bersangkutan dengan kaum wanita, kepentingan agama dan kepentingan dakwah.

Antara aktiviti yang mereka jalankan:
a. Menuntut ilmu
b. Aktiviti Pekerjaan
c. Aktiviti memelihara alam sekitar
d. Mengadakan Perayaan, Sambutan, Bernasyid dan Menyanyi
e. Menghadiri Perhimpunan Tergempar dan Penting

ii. Membina Rumah Tamu dan Membiayainya

Antara wanita yang memberikan sumbangan dalam pembinaan rumah tetamu dan mengeluarkan biaya terhadap tetamu negara Islam ialah Ramlah binti al-Harith bin Tha’labah yang dikenali dengan Umm Thabit. Rumah beliau mempunyai ruang yang besar dan dikelilingi dengan taman luas yang dipenuhi pohon tamar. Rasulullah s.a.w. pernah mengurung Bani Quraizah yang berjumlah 400 orang atau lebih menurut sesetengah riwayat di dalam rumah tersebut.

Delegasi-delegasi yang pernah menghuni rumah tersebut antara lain:
- Delegasi Salman yang terdiri daripada tujuh orang
- Delegasi Bani Kilab yang berjumlah 13 orang
- Delegasi Bani Murrah yang terdiri daripada 13 orang
- Delegasi Bani Fuzarah
- Delegasi Bani ‘Abd Qays
- Delegasi Bani Tamim
- Delegasi Bani Hanifah
Kesemua delegasi tersebut menjadi tetamu di rumah itu pada masa yang sama.

Paksi Kedua : Pembiayaan Program/Projek Institusi Kemasyarakatan

Allah s.w.t. menyifatkan harta sebagai paksi serta asas kehidupan masyarakat Islam. Lantaran itu Islam meletakkan antara matlamat syara’ ialah memelihara harta. Islam juga memperundangkan hukum-hukum tertentu berkaitan dengan pemeliharaan harta seperti zakat,sedekah, wasiat, waqaf dan sebagainya.

Perundangan ini tidak khusus kepada lelaki sahaja, malah turut melibatkan kaum wanita. Terlalu banyak contoh-contoh yang terkandung di dalam sirah mengenai keterlibatan wanita secara langsung di dalam memberi sumbangan material sama ada zakat, sedekah, hadiah pembebasan hamba dan lain-lain.

Institusi Khidmat Kesihatan

Dr. Lyth juga menyebutkan bahawa institusi khidmat kesihatan merupakan salah satu institusi yang berkaitan dengan masjid. Dan para sejarawan dalam bidang perubatan menganggap khemah yang didirikan oleh Rufaydah binti Ka’ab al-Aslamiyyah merupakan hospital pertama dalam Islam. Beliau mempunyai ilmu tentang perubatan dan mewakafkan dirinya untuk membantu umat Islam yang memerlukan. Ketika Sa’ad bin Mu’az r.a cedera dalam satu peperangan, Rasulullah s.a.w. membina khemah untuknya di kawasan masjid bagi memudahkan baginda sentiasa melawatnya. Semua ini membawa banyak manfaat dari aspek perundangan dan kemajuan:

1. Wanita dibolehkan mempelajari ilmu perubatan. Bahkan kadangkala hukumnya menjadi wajib dalam keadaan tertentu.
2. Keperluan untuk membina hospital-hospital atau pusat-pusat perubatan di masjid atau di kawasan sekitarnya.
3. Wanita dibolehkan bekerja di dalam sebarang bidang pengkhususan yang membawa manfaat kepada masyarakat.
4. Doktor wanita boleh mengubati pesakit lelaki sekiranya tidak wujud doctor lain atau mana-mana pakar yang lain.
5. Wanita dibolehkan mendalami ilmu kejururawatan. Contohnya Ku’aibah yang membantu saudaranya Rufaydah.
6. Doktor Muslimah atau pembantunya wajib memakai pakaian yang menutup aurat. Ia tidak bertentangan dengan tugas yang diberi.
7. Perlunya mengambil berat terhadap ketua turus tentera dengan diberikan perhatian khusus terhadapnya. Contohnya Sa’ad bin Mu’az.
8. Mengganjari doctor wanita yang cemerlang dan pakar. Rasulullah s.a.w. memberikan sejumlah harta rampasan perang Khaybar kepada Rufaydah sebagaimana ia diberikan kepada kaum lelaki.
9. Orang-orang Islam begitu maju dalam penubuhan hospital-hospital yang merangkumi pelbagai pengkhususan.

Medan Aktiviti Wanita Kini

Dari apa yang dibentangkan di atas, jelas kepada kita bagaimana wanita berperanan memberikan saham kepada masyarakat menerusi institusi dan aktivitinya tanpa merosakkan nilai dan etika yang ditetapkan syarak. Ia telah dikembangkan menerusi pelbagai usaha dalam ruang lingkup yang seimbang dan difahami dengan sebaiknya oleh wanita Islam. Mereka memberikan komitmen sebagaimana komitmen mereka terhadap amal ibadat yang lain.

Wanita hari ini mengikut segala pemikiran dan perilaku yang diimport sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga akhirnya membawa kepada pelanggaran batas serta sempadan yang telah digariskan Allah dan Rasul.

Lantaran itu wanita Islam memerlukan badan atau institusi kemasyarakatan yang berkaitan dengan aspek-aspek kewanitaan. Melaluinya tenaga mereka dapat disalurkan kepada masyarakat secara tersusun menurut konsep Islam.

Saling bertukar pengaman kejayaan di kalangan institusi-institusi wanita Islam juga merupakan satu perkara yang amat diperlukan. Begitu juga tolong menolong secara berterusan bagi memberikan galakan kepada institusi yang baru muncul meneruskan khidmat baktinya.

UMAR MUKHTAR

Salam semua.
Post kali ini berkisar dengan seorang tokoh yang sanagt dikenali iaitu Umar Mukhtar.
Akhir hayat nya telah berakhir di tali gantung.
Selamat membaca.
^_^



Melangkah sejenak ke tahun 1892, kita menyingkap sejarah tentang kelahiran seorang bayi serba daif di sebuah kampung pada zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Selepas ayahnya meninggal dunia pada usianya 16 tahun, anak muda ini diletakkan di bawah asuhan dan perhatian seorang syeikh (guru) di antara syeikh-syeikh yang ada di kampung beliau.

Berkat didikan Syeikh tersebut, lama kelamaan beliau mula mengamalkan cara hidup Islamiyyah di mana beliau hanya tidur selama 3 jam setiap malam agar mudah bagi beliau untuk bangun bersembahyang pada sepertiga malam. Tidak cukup sekadar itu, beliau juga gemar membaca ayat-ayat suci Al-Quran hingga fajar menyinsing. Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran sepanjang hidupnya, beliau berjaya menghafaz Al-Quran, dan mengulanginya dengan lengkap setiap tujuh hari.

Keberanian dan kebijaksaan beliau memang dikenali di setiap pelusuk daerah. Malah, beliau menjadi ikutan dan contoh kepada orang ramai pada ketika itu. Bukti keistimewaan beliau terserlah pada ketika beliau berkafilah (berdagang) ke Sudan semasa beliau masih muda. Ditakdirkan Tuhan, seekor singa telah menghalang kumpulan kafilah-kafilah ini daripada memasuki satu laluan sehingga mereka terpaksa mengubah hala mereka kerana takut akan si singa tadi. Untuk menyelamatkan diri, ada yang terpaksa mengorbankan unta mereka sebagai percubaan terakhir untuk melepaskan diri, walaupun unta pada ketika itu merupakan salah satu harta yang berharga buat mereka. Beliau yang mengetahui tentang ancaman singa berkenaan, lantas tampil untuk cuba meleraikan kekecohan. Tidak seperti kafilah-kafilah lain yang buntu mencari jalan penyelesaian, beliau tangkas menunggang kudanya bersama senapang beliau dan memburu singa tersebut. Sejurus kemudian, beliau mengejutkan kumpulan-kumpulan kafilah tadi apabila pulang dengan membawa kepala singa berkenaan. Mereka sangat bersyukur akan pengorbanan yang dilakukan beliau dan sejak dari itu lah beliau digelar ”Singa Cyrenaica”

Dibesarkan dengan ajaran agama dan diserapkan dengan nilai-nilai keberanian seorang pahlawan, telah memberi impak yang hebat buat beliau. Akhlak dan karisma yang dimiliki bukan hanya memberi kesan pada kaum, negara dan bangsanya, malah kepada umat Islam sedunia selepas zaman penjajahan.

Apabila umur beliau menjangkau lingkungan 20-an, beliau semakin dikenali berikutan kematangan dan kehandalan beliau dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang ditimbulkan suku bangsa beliau pada ketika itu. Pandangan serta nasihat beliau didengari oleh setiap penduduk kampung tidak kira di mana beliau berada. Kesopanan dan tata tertib yang dipamerkan dalam sikapnya yang disenangi ramai, memang cukup disegani. Kepetahan beliau tatkala berbicara, susunan ayat yang teratur, membuatkan orang ramai tertarik untuk mendengar ucapan mahupun ceramah yang disampaikan beliau. Keunikan inilah yang menjadi aset untuk beliau menyatukan puak-puak pada ketika itu di samping memudahkan usaha beliau untuk mengumpul kumpulan perang bagi melawan penjajah-penjajah yang datang untuk mengambil alih pemerintahan pada ketika itu.

Pada usia beliau 30an, bermulalah zaman penjajahan yang mula berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Fenomena ini telah membayangi kehidupan beliau untul tampil bertindak. Pada ketika dunia dirosakkan oleh anasir-anasir Eropah, beliau bangkit mempertahankan kedaulatan Islam dengan semangat kentalnya. Beliau bersama-sama dengan satu kumpulan bernama Banu Sanus, yang selepas itu dikenali dgn nama Sanusi, menentang penjajahan Perancis tanpa rasa takut walau sedikit pun. Mereka juga pernah menentang penjajah-penjajah Inggeris yang diselubungi rasa tamak dan haloba untuk menakluki tanah air mereka.

Apabila Itali bersekongkol dengan negara-negara Eropah yang lain dalam membuat kacau-bilau di hemisfera selatan dengan menjajah Afrika Utara, beliau yang ketika itu sudah pun menjangkau usia 50-an, mula mengumpulkan pejuang-pejuang bagi menentang penjajahan di tanah air mereka, Libya.

Itali yang mula resah akan tindakan berani beliau dan pengikut-pengikutnya, mula mengatur strategi dengan cuba untuk merasuah beliau agar menyerah diri, dan menerima tawaran mereka untuk mentadbir dengan jawatan tinggi dalam kerajaan, selain menjanjikan harta kekayaan buat beliau. Taktik kotor mereka ditolak mentah-mentah. Kata-kata beliau terhadap mereka ketika itu yang amat terkenal berbunyi..”Saya bukannya orang yang mudah dipengaruhi. Betapa kuat cabaran dan desakan mereka untuk mengubah pendapat dan kepercayaan saya, Allah tidak akan mengizinkannya.”

Gagal dengan strategi pertama, Itali mula menggunakan taktir kotor kedua mereka dengan menggesa beliau supaya meninggalkan bandar kediamannya, dan berpindah ke bandar yang lain, berhampiran dengan pusat pemerintahan kerajaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga cuba menawan hati beliau dengan menawarkan gaji bulanan yang tinggi supaya beliau akur dengan kehendak mereka. Walaubagaimanapun, sekali lagi usaha mereka gagal apabila beliau menolak dengan berkata, ”Tidak! Aku sesekali tidak akan meninggalkan tanah airku sehinggalah tiba waktunya aku bertemu Tuhanku. Ajal adalah perkara yang paling hampir denganku berbanding yang lain. Aku menunggunya setiap waktu.”

Keazaman dan kesungguhan beliau untuk menentang penjajahan walaupun pada usia 70-an telah berjaya membakar semangat bangsa dan kaum beliau untuk terus berjuang walaupun menderita. Beliau berikan mereka harapan dan keyakinan bagi menentang bala tentera penjajah yang jauh lebih ramai daripada pejuang-pejuang mereka sendiri. Di kala pihak penjajah dilengkapi alat-alat kelengkapan perang serba moden dan canggih, pejuang-pejuang ini tabah menahan lapar dan dahaga berbekalkan hanya senjata dan kuda-kuda mereka. Selepas kedudukannya kukuh, golongan Ummah mula mengelilinginya. Beliau berjaya menyerang bangsa Itali pada tempat kelemahan mereka. Beliau menyerang balas dengan tegas dan pantas terhadap golongan penjajah yang menyangka menguasai tanah orang Islam dan menindas mereka merupakan suatu kerja yang mudah.

Seorang pejuang yang berusia 90-an dari oasis Jalu, Abu Karayyim, merupakan salah seorang sahabat yang setia berjuang bersama beliau di selatan pedalaman. Walaubagaimanapun, kesukaran mendapatkan bekalan makanan menyebabkan kebanyakan daripada mereka kelaparan dan diserang penyakit. Ekoran itu, semakin berkuranglah bilangan pejuang-pejuang mereka bagi menentang Itali. Mengetahui situasi ini, askar-askar Itali telah mengambil kesempatan dengan membakar dan merompak kampung-kampung. Kaum wanita, warga tua, dan kanak-kanak tidak terkecuali dalam perbuatan jijik mereka. Atas desakan hidup, mereka terpaksa ditempatkan di kem-kem tahanan kerana tiada pilihan lain.

Muhammad az-Zaway, seorang pahlawan yang dulunya pernah bersama beliau memerangi tentera Perancis, cuba memujuk beliau untuk berundur ke Mesir dengan pejuang-pejuang yang lain. Tetapi beliau enggan untuk menyerah kalah walaupun mengetahui bahawa peluang beliau semakin tipis untuk mengalahkan musuh yang boleh menghapuskan beliau dalam sekelip mata dek kerana bilangan mereka yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Bila ditanya, mengapa beliau masih setia berjuang, beliau menyatakan yang beliau berjuang kerana agama dan beliau tidak sanggup untuk melihat pihak musuh menduduki tanah airnya. Beliau akan terus menentang dan menentang kezaliman, tidak kira sama ada menang atau kalah. Yang pasti, kejayaan datang hanya dari Allah swt. Beliau juga menolak untuk mengadakan perundingan damai dengan pihak penjajah dengan menyatakan bahawa ’mereka tidak mempunyai apa-apa melainkan untuk melawan musuh-musuh Allah.’

Selepas mengharungi beberapa peperangan yang tidak terkira banyaknya, akhirnya beliau tewas juga di tangan musuh. Di akhir peperangan tersebut, tinggal hanya beliau serta salah seorang pengikut setianya yang masih teguh berdiri di medan perang. Tangan dan kaki mereka dirantai dan dibawa ke bandar yang bernama Suluq di mana kubu tentera Italy berpusat.

Pejuang yang dihormati ini percaya bahawa Jihad adalah disyariatkan pada setiap umat Islam sekiranya tanah air mereka dikuasai penjajah. Dengan semangat yang berkobar di dalam jiwanya, di samping keberanian dan sifat kesungguhan yang tinggi, menyebabkan beliau dihormati dan disegani oleh sesiapa saja termasuklah musuh-musuh beliau sendiri.

Pegawai tentera yang menyoal siasat beliau berkata, “Apabila beliau tiba sampai ke pejabat saya, beliau kelihatan seperti seorang daripada beribu murabiteen yang saya lihat di medan perang padang pasir. Tangan beliau dirantai. Tulangnya patah akibat perang tetapi beliau memaksa dirinya berjalan dalam keadaan derita kesakitan. Beliau tidak seperti tawanan lain yang biasa ditangkap sebelum ini. Beliau berdiri di dalam pejabat saya dan menjawab segala soalan yang kami kemukakan dengan suara yang tenang dan jelas. Apabila beliau mahu mula beredar, tampak mukanya yang kelihatan bercahaya membuat saya terpegun dan terkejut. Terketar bicara saya di akhir perbualan kami semasa saya mengarah beliau kembali ke sel penjaranya sebelum upacara pengadilan di mahkamah pada sebelah petangnya.”

`Umar Al-Mukhtâr, ditahan oleh tentera Itali

Beliau adalah seorang lagenda yang tetap teguh pada agamanya walaupun teruk ditentang. Bilamana menteri-menteri dan ketua-ketua negara beliau yang lain menyerah diri begitu saja kepada Itali serta menyelamatkan diri sendiri dengan berpindah ke negara lain, beliau tanpa ragu-ragu tetap berjuang mempertahankan Islam dan tanah air daripada terus dijajah. Salah seorang ulama dari kalangan Sanusi, yang pernah bertarung bersama beliau menentang Perancis dan British, gagal menghantar bantuan kepada beliau tepat pada masanya. Malah, ramai di kalangan ulama-ulama ini sanggup berpaling tadah dengan menggadaikan tanah orang Islam bagi memperoleh belas simpati, gaji bulanan, serta bebas dari cukai pendapatan. Sikap seumpama inilah yang sering kita lihat pada sesetengah umat Islam yang belot pada hari ini.

Berlawanan dengan tindakan kebanyakan orang Islam pada waktu itu, beliau mengeluarkan sebuah Al-Qur’an, dan bersumpah dengan nama Allah s.w.t. bahawa beliau akan terus menentang golongan penjajah, biarpun secara berseorangan mahupun sehingga syahid. Dalam 20 tahun terakhir hidupnya, beliau telah memimpin dan berjuang dalam 1000 peperangan.

`Umar Al-Mukhtâr bersedia untuk syahid

Apabila Ketua Panglima perang Itali menawarkannya peluang terakhir untuk hidup di bawah pemerintahannya, dengan syarat beliau mesti mematuhi segala arahannya, beliau menjawab, “Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku, atau sehinggalah aku mati. Dan aku bersumpah kepada Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan kerana tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong, biarpun dalam keadaan yang tua dan cedar sebegini.”

Pada waktu itulah, Ketua Panglima perang itu ketawa, sambil mengarahkan supaya beliau digantung, selepas mengadakan sebuah perbicaraan ‘olok-olok’ yang direka untuk menjaga maruah kerajaan Itali. Walaupun perbicaraan untuk beliau masih belum bermula, tali gantung telah pun disediakan untuk beliau di luar mahkamah.

Penggantungan beliau telah disaksikan oleh ratusan puak pada tahun 1931. Namun demikian, kerjaan Itali tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menakutkan golongan orang Islam. Bahkan, yang sebaliknya pula yang terjadi. Kematian beliau telah menggoncang jiwa umat Islam seluruh dunia, dan dari situlah pelbagai penentangan bermula, terutamanya di Utara Afrika.

Semoga Allah meninggikan darjatnya di syurga.

Orang-orang Itali yang berjiwa kotor telah mengambil gambar mayat beliau yang diikat, sambil dikelilingi oleh panglima-panglima perang yang tersenyum puas bersama mereka-mereka yang riang gembira dengan kematian beliau. Tanpa disedari mereka, kematian di tangan musuh demi memperjuangkan hak Allah inilah yang sebenarnya menjadi idaman setiap orang Islam sejati.

Syahid di tali gantungan

Pejuang unggul ini, tidak lain dan tidak bukan, adalah Omar Al Mukhtar, dan cerita tentang keperwiraannya akan kekal sehinggalah ke hari kiamat, insyaAllah. Dengan darahnya, beliau telah membawa cerita kejayaan, beliau telah menjadi lagenda di kalangan lagenda, dan beliau telah menjadi teladan untuk mereka yang ingin hidup dengan maruah Islam yang dihormati, walaupun pada saat-saat ditindas.

Golongan yang menyerah kalah dan para ilmuan yang telah berpihak kepada kerajaan Itali tidak dibunuh ataupun dipenjarakan. Mereka mati dalam keadaan biasa’ dan mugkin di dalam keadaan mewah dan selesa, di bawah perlindungan golongan penjajah Itali. Naumn demikian, kematian mereka tidak membawa sebarang erti. Dan, Neraka Jahanam adalah tempat bagi mereka yang bersekongkol dengan golongan penjajah yang kafir. Omar Al Mukhtar hidup dan berjuang demi Islam sepanjang hayatnya. Beliau diikat, dipenjarakan, dan dihukum gantung. Namun, cerita keperwiraannya kekal berterusan, dan insyaAllah, Syurga adalah tempat bagi mereka yang syahid.

Omar Al Mukhtar terikat kepada Allah s.w.t, bergantung hidup padaNya, dan sentiasa menerima takdir Ilahi. Beliau telah meminta daripada Allah s.w.t. untuk mati syahid, dan itulah yang telah beliau capai, InsyaAllah

EL HAJJ MALIK EL SHABAZZ a.k.a MALCOLM X

Salam semua.

Hari ini terlintas untuk bercerita tentang tokoh yang memang terkenal bagi yang mengenalinya.

Selamat membaca.

^_^

Di mana-mana sahaja di pelosok dunia, terdapat cahaya-cahaya perjuangan Islam yang dibawa oleh insan-insan yang telah diberi hidayah oleh Allah swt. Tidak kira samaada mereka orang Arab atau tidak, namun jika mereka memahami hakikat Islam yang sebenar, mereka akan terkesan dengan kehebatan cara hidup beragama Islam yang indah dan syumul. Kisah hidup Malik el- Shabbaz menjadi pengajaran kepada kita bagaimana teguhnya memperjuangkan kebenaran, melawan taghut kebatilan dan penyelewengan, serta kembali kepada ajaran Islam yang suci dan bebas daripada unsur Jahiliah.

El Hajj Malik el Shabazz, atau lebih dikenali sebagai Malcolm X di kalangan masyarakat bukan Muslim Amerika, ialah seorang insan yang sangat berkebolehan dan disegani. Kisah hebat sejarah hidupnya bermula sejak usia mudanya lagi. Anak kepada seorang Garveyite (pengikut Marcus Aurelius Garvey) ini sentiasa terkenang seluruh hayatnya kejadian menyayat hati yang telah membunuh ayahnya di tangan sekumpulan pelampau Kulit Putih. Malik Shabazz dilahirkan sebagai Malcolm Little di Omaha, Nebraska pada 19 May 1925. Beliau adalah anak keempat daripada lapan kepada pasangan Reverend Earl Little, seorang pendakwah Kristian, dan Louise, seorang wanita West Indies yang berkulit agak cerah. Disebabkan latarbelakang warna kulitnya, Malcolm terpaksa menanggung kebencian pelampau Kulit Putih yang sangsi dengan asalnya, sama seperti yang ditanggung oleh ayahnya sebelum dia dibunuh.

Kesukaran hidup dalam arus perkauman yang menekan ditambah pula dengan kekurangan harta dan bimbingan ibubapa, Malcolm Little tenggelam dalam dunia jenayah dan dosa. Beliau terlibat dalam aktiviti haram yang akhirnya mengakibatkannya dipenjarakan. Dalam autobiografinya yang ditulis oleh Alex Haley, Malcolm menceritakan hidupnya sebagai seorang pemuda Kulit Hitam yang terpaksa menanggung prejudis perkauman dan penindasan golongan Kulit Hitam dalam masyarakat Amerika. Beliau juga menegaskan bagaimana hidupnya berubah setelah saudara kandungnya memperkenalkannya kepada ajaran yang dibawa oleh Elijah Muhammad. Elijah, pemimpin Nation of Islam (NOI), memperkenalkan mesej yang cuba mmembawa golongan Kulit Hitam di US keluar daripada penindasan perkauman dan juga mentaliti bahawa warna kulit mereka dan bangsa mereka adalah faktor yang memberi mereka status yang hina dalam sistem sosial Amerika.

Menurut Ron Karenga, seorang aktivis Afrika-Amerika terkemuka dalam perjuangan Hak Asasi sekitar 60an hingga 70an, terdapat enam aspek dalam doktrin Nation of Islam, yang diperjuangkan oleh Elijah Muhammad. Aspek pertama dan yang paling utama ialah ‘Islam ialah agama sebenar untuk golongan Kulit Hitam manakala Kristian pula agama untuk musuh iaitu Kulit Putih’. Keduanya, ‘kepercayaan bahawa Allah sebenarnya seorang Kulit Hitam dan orang Kulit Hitam itu tuhan’. Aspek ketiga pula menekankan bahawa Kulit Hitam ialah ‘Golongan Terpilih yang penciptaannya dan asalnya berasaskan kebenaran’. Aspek keempat menggariskan ‘Golongan Kulit Putih sebenarnya syaitan’. Kelima, ‘Pengasingan sosial dan politik daripada golongan Kulit Putih ialah keutamaan yang suci dan mulia’. Aspek keenam teori Elijah menekankan ‘keperluan perpaduan kaum dan dalam Islam di seluruh dunia’. Bertentangan dengan tanggapan yang dicipta oleh Euro-America, beliau berpandangan bahawa semua penduduk negara membangun ditakdirkan untuk bersatu kerana mereka semua berasal dari golongan Kaum Asal (Original People).

Dalam usaha kita untuk memahami perjalanan Malik Shabazz mencari hidayah, perlu bagi kita menyelami usahanya mendalami idea-idea Elijah Muhammad tersebut dan bagaimana hidupnya berubah apabila menemui Islam.

Sejurus selepas menyertai Nation of Islam (NOI), Malcolm Little menukar namanya kepada Malcolm X dan menjadi seorang penganut yang begitu gigih dan bersemangat memperjuangkan falsafah Elijah Muhammad itu. Kekentalan usahanya berdakwah telah membawanya ke segenap ceruk komuniti Kulit Hitam di US. Malcolm X, sebagai jurucakap kebangsaan NOI, boleh dikatakan pemangkin utama di sebalik penyebaran gerakan agama bangsa Kulit Hitam di peringkat US mahupun di peringkat antarabangsa. Ucapan-ucapannya di pelbagai kolej dan universiti serta di telecisyen dan radio menyemarakkan semangat ribuan pemuda Kulit Hitam yang tinggal di kawasan mundur di US. Ramai dari kalangan pemuda-pemuda ini kemudiannya menerimapakai falsafah NOI lantas menjadi pejuang dan promoter kepercayaan baru mereka itu.

Kegiatan Malcolm bagi pihak NOI tersebut menimbulkan suasana yang cukup hangat di US pada penghujung 50an dan awal 60an. Ini kerana pada ketika itu di US, gerakan-gerakan hak asasi sedang bersungguh-sungguh untuk menghentikan semua polisi berbaur perkauman dalam kehidupan dan masyarakat Amerika. Untuk mencapai matlamat tersebut, satu bentuk gabungan antara Kulit Hitam dan Kulit Putih perlu diwujudkan. National Association for the Advancement of Colored People (NAACP), Urban League dan Southern Christian Leadership Conference yang dibentuk oleh Martin Luther King Jr dan beberapa yang lain adalah antara penyokong kuat usaha ini. Sebelum ini, mereka telah berjaya mengatasi lawan mereka apabila Mahkamah Agung US menghapuskan undang-undang perkauman yang mengasingkan mengikut kaum kemudahan pendidikan untuk 40% kanak-kanak sekolah rendah di negeri-negeri Selatan US. Matlamat gerakan ini bertentangan dengan idea yang dibawa oleh Malcolm dan ketuanya. Malcolm begitu lantang mengisytiharkan kepada Kulit Hitam bahawa “Kulit Putih dan Kulit Hitam tidak boleh hidup bersama-sama dan sebarang usaha untuk bersatu-padu akan membawa kerugian besar kepada Kulit Hitam”.

Mesej ini sentiasa diulang-ulang dalam setiap perbahasan yang berlangsung sepanjang hayat Elijah Muhammad. Walaupun pengikut NOI bukanlah tonggak dalam lingkungan kepimpinan Kulit Hitam, keunggulan dan keaktifan Malcolm telah memberi NOI lebih perhatian daripada apa yang diperlukan. Ramai penganalisis pergerakan hak asasi melihat mesej Malcolm dan NOI sebagai alternatif kepada mesej Martin Luther King yang tidak memilih kekerasan dalam memperjuangkan perubahan. Malah, dalam beberapa majlis, golongan liberal Kulit Putih sentiasa mengingatkan golongan konservatif tentang bahaya yang mengancam masa depan US jika permusuhan antara kaum ini diselesaikan secara ganas. Persepsi terhadap NOI ini, dan jurucakap kebangsaannya iaitu Malcolm X, telah mencemarkan nama pengikut-pengikut yang lain dan mengundang liputan media yang langsung tidak menyebelahi mereka. Media golongan liberal Kulit Putih seperti The New York Times, The Chicago Tribune telah mengecam Malcolm X dengan label-label seperti “penghasut” dan “pencetus masalah”.

Imej tersebut kekal terpalit padanya dan hanya berubah dalam dua tahun terakhir hayatnya. Pada November 1963, berikutan pembunuhan Presiden John F Kennedy, Malcolm telah mengeluarkan satu kenyataan yang akhirnya memisahkan dirinya dan Elijah Muhammad. Beliau dilaporkan dalam satu akhbar US sebagai menyifatkan pembunuhan Presiden itu adalah contoh jelas satu balasan terhadap dosa mereka (masyarakat US) sendiri selama ini (frasa asal: chickens coming home to roost). Bagi Malcolm, masyarakat US ialah masyarakat yang kejam dan kekejaman mereka telah lama ditujukan kepada golongan Kulit Hitam. Kepincangan ini tidak perlu dinafikan lagi kerana hinggakan Presiden sendiri boleh menjadi sasaran pembunuhan yang tidak berperikemanusiaan.

Walaupun Malcolm X cuba untuk menjelaskan maksud sebenar kenyataan itu, pimpinan NOI melihat tindakan itu sebagai satu kegagalannya mematuhi pemimpin agung mereka, Elijah Muhammad. Malcolm telah digantung keahlian selama 90 hari sebagai hukuman dan puak konservatif yg membenci cara kerja Malcolm melihat hukuman itu sebagai peluang untuk terus menjatuhkannya. Kebanyakan spekulasi berkisar kepada perselisihan antara Malcolm dan pembimbingnya, Elijah. Sesetengah penganalisis seperti Karenga menyifatkan perpecahan Malcolm daripada NOI bertitik tolak daripada kedengkian dan persaingan di kalangan ahli-ahli senior pergerakan itu. Penganalisis-penganalisis ini percaya bahawa insiden kenyataan pedas Malcolm itu dimanipulasi sebagai alasan untuk menyingkirkannya; sebab yang sama digunakan oleh pihak berkuasa US untuk memperbesarkan masalah dalaman NOI. Biar apapun penilaian terhadap insiden itu, masa hadapan Malcolm bersama NOI hampir berkubur kerana Elijah sendiri semakin sangsi dengan kesetiaan Malcolm. Ini ditambah lagi apabila rakan-rakan Elijah di Chicago, yang jelas memusuhi Malcolm, mengambil kesempatan ini untuk meluaskan jurang perselisihan dua individu ini.

Pada perspektif seorang penuntut Islam, perkembangan ini menjadi asas kepada kemunculan Malcolm yang baru. Dalam erti kata lain, perselisihan ini membuatkan Malcolm memikirkan dan menilai kembali keseluruhan falsafah perjuangan NOI. Beberapa perubahan besar dalam diri Malcolm berlaku ketika krisis ini berlangsung.

Selepas berpisah dengan Elijah, Malcolm menukar namanya kepada Malik el Shabazz. Gelaran El Hajj ditambah setelah beliau kembali daripada perjalanan menunaikan Haji di Makkah. Malik Shabazz juga telah memilih aliran Sunni Islam sebagai pegangannya. Dengan memilih Sunni, beliau menjadi seorang yang lantang mengkritik bekas ketua dan ajarannya. Dalam beberapa pertemuan umum seluruh US, beliau mengaku mendedahkan banyak kepincangan dan penyelewengan dalam ajaran NOI. Beliau menjelaskan bahawa setelah menemui sinar Islam yang sebenar, beliau akan melakukan apa saja untuk mengajar, menerangkan dan menyampaikan ajaran sahih Islam kepada masyarakat Afrika-Amerika. Misi baru Malik Shabazz ini mendapat sokongan golongan minoriti Sunni Afrika-Amerika yang sebelum ini mengecamnya sebagai agen gerakan yang mensyirikkan Allah (NOI). Bertitik tolak daripada pengembaraannya ke Makkah di mana beliau memerhatikan perpaduan pemimpin-pemimpin Muslim, Malik Shabazz mula membentuk imej baru dalam dunia Islam.

Kesannya, beliau mula memperkenalkan dengan lebih jelas pegangan ortodoks Islam yang sahih di US. Perubahan Malcolm X menjadi pemimpin Muslim ortodoks ini turut menjadi mangkin kepada kelahiran pelbagai pertubuhan Muslim Afrika-Amerika. Tiga daripada pertubuhan ini yang telah mengangkat Malik Shabazz sebagai saudara dan pejuang Islam ortodoks ialah Pergerakan Darul Islam, Islamic Brotherhood, Inc., dan Parti Islam Amerika Utara. Dalam penerbitan al Jihadul Akbar dan al Taqwa pula, penerbitnya iaitu Dual Islam Movement mempertahankan Malik Shabazz daripada kecaman pihak NOI dan pergerakan Nasionalis Kulit Hitam lain yang mendakwa keputusan Malik menyertai komuniti Islam antarabangsa sebagai menyimpang daripada penyelesaian masalah sebenar Kulit Hitam di US. Beberapa artikel turut diterbitkan dalam al Islam, sebuah penerbitan Parti Islam Amerika Utara yang berpusat di Washington serta The Western Sunrise keluaran Islamic Brotherhood, Inc. yang beroperasi dari New York.

Dari satu aspek, penghijrahan Malik Shabazz ini bukan sahaja meletakkan Islam ortodoks pada mata masyarakat, malah dari satu aspek lain, turut menghangatkan lagi konflik dalaman yang membara di kalangan komuniti kecil Afrika-Amerika yang mengaku Muslim. Bagaimanapun, kesan daripada penghijrahan Malik ini telah menjadi asas kepada pemulihan hubungan antara kumpulan Sunni masyarakat Afrika-Amerika dan komuniti imigran Muslim yang semakin bertambah jumlahnya. Sebelum ini, kesatuan komuniti imigran Muslim langsung tidak tersusun malahan pegangan mereka terhadap Islam juga longgar. Mereka terpecah kepada dua serpihan iaitu kumpulan imigran awal yang terdiri daripada mereka yang berasal dari Timur Tengah, Eropah dan Asia Selatan; dan satu kumpulan lagi yang terdiri daripada para pelajar Muslim antarabangsa dari seluruh dunia.

Apa yang pasti, era awal 1960an menjadi satu titik penting dalam sejarah Islam kerana pada masa inilah Sunni ortodoks muncul di khalayak menerusi masjid Malik Shabazz di Harlem dan pelajar muslim antarabangsa mula menubuhkan persatuan-persatuan pelajar Muslim. Perkembangan dua elemen inilah yang menjadi asas kepada apa yang wujud pada hari ini. Pada masa ini, idea Malik Shabazz telah diperkukuh lagi dengan usaha Imam Warith Deen Mohammed, anak dan pengganti kepada Elijah Muhammad. Sejak 1975, Warith Deen telah menukar pergerakan yang diasaskan ayahnya kepada badan yang berasaskan Sunni Islam yang sahih. Tindakan tersebut tidak terlepas daripada bangkangan dan perpecahan oleh golongan senior pergerakan itu. Kesannya, beberapa kumpulan muncul daripada perpecahan itu. Yang pertama dan yang paling utama ialah di bawah pimpinan Warith Deen sendiri. Pendirian kumpulan ini terhadap isu agama dan sekular termaktub dalam penerbitan mereka, Muslim Journal. Kumpulan yang kedua penting ialah NOI yang diberi nafas baru dan dipimpin oleh Louis Farrakhan. Selebihnya dipimpin oleh Silas Muhammad di Atlanta, John Muhammad di Detroit dan Khalifa Emmanuel Muhamad di Baltimore. Sebuah kumpulan baru di New York yang dinamakan Five Percenters juga muncul sebagai sebuah kumpulan yang agak kukuh. Setiap kumpulan serpihan ini kini beroperasi di satu atau lebih bandar-bandar besar US. Pengikut Warith Deen Mohammed pula telah menjadi mata rantai utama yang menghubungkan Muslim Sunni Afrika-Amerika dan kumpulan imigran Muslim di US.

Semua ini telah mengingatkan penulis kepada beberapa perkara mengenai Malik Shabazz setelah mengenang hampir 25 tahun beliau dibunuh.

Beliau seorang yang berani, seorang pemidato yang berkarisma dan sangat fasih. Beliau adalah contoh seorang manusia yang bersungguh-sungguh untuk membawa dirinya keluar daripada belenggu kemiskinan dan kemunduran ilmu, dua masalah utama yang telah meletakkan masyarakat Kulit Hitam US di kelompok terendah masyarakat.

Beliau seorang Afrika-Amerika yang telah melontar dirinya ke barisan hadapan untuk menentang ketidak adilan masyarakat Kulit Putih dengan caranya sendiri yang akhirnya telah membawanya menerokai siapa dirinya. Beliau seorang yang cukup bijak untuk menerima kesilapannya seperti yang ditonjolkan ketika beliau meninggalkan NOI setelah beliau mula sedar pergerakan itu berprinsipkan perkauman semata-mata.


Rujukan:

Artikel pada sekitar penghujung 1980an oleh Sulayman S. Nyang (Ph.D.) dan diterbitkan oleh The Message Magazine dalam ruangan Great Muslims of the 20th Century.

TANDA-TANDA BAHAGIA & SENGSARA

Salam semua.

Hari ini terasa ingin berkongsi dengan kalian tentang tanda-tanda BAHAGIA dan SENGSARA.

Selamat membaca.

^_^

Tanda-tanda Bahagia

1. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang
kepada urusan akhirat
2. Kemahuan kuat terhadap ibadah dan
membaca al-Quran
3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak
diperlukan
4. Sangat memelihara sholat lima waktu
5. Menjaga diri dari yang haram dan syubhat,
sedikit atau banyak
6. Bersahabat dengan orang-orang soleh dan
baik
7. Rendah diri
8. Bersifat dermawan yang ikhlas
9. Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah
yang lain
10. Bermanfaat kepada orang lain
11. Selalu ingat mati dan bersiap sedia
menghadapinya


Tanda-tanda Sengsara


1. Rakus terhadap harta dunia
2. Kemahuan nafsu yang kuat dan cenderung pada
kelezatan dunia
3. Perkataan yang kotor dan banyak ghibah
(menceritakan cela orang lain)
4. Menganggap remeh sholat 5 waktu.
5. Bersahabat dengan orang-orang fasik
6. Buruk prilakunya
7. Sombong dan tinggi hati
8. Enggan memberi kebaikan kepada orang lain
9. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang
beriman
10. Pengecut
11. Lupa terhadap mati

(Dipetik dari kitab Tanhibul Ghafilin)

MUZIK & ISLAM


Salam semua.

Hari ini sangat teringin berkongsi dengan kalian mengenai kehukuman muzik dan Islam.

Selamat mem baca.

^_^

Kedudukan hukum muzik itu sebenarnya bergantung kpd 3 faktor.
1) Jenis alat muzik yang digunakan
2) Penyanyinya dan pendengarnya
3) Jenis lagu

Para ulama' berpendapat bahawa :
a) Menggunakan alatan muzik yang dilarang syara' maka kedudukan muzik ini adalah haram
b) Menggunakan alatan muzik yg harus pada syara' maka kedudukannya adalah harus umpama memukul 'ghirbal' (sejenis rebana) sewaktu majlis perkahwinan.
c) Menggunakan alatan muzik yang harus namun tercemar dgn perkara2 haram spt nyanyian lagu asmara cinta, percampuran lelaki wanita disertai arak, judi seumpamanya... ketika ini hukumnya dah bertukar menjadi haram.

Adapun mengenai hukum penggunaan alatan muzik bertali menurut para ulama' hukumnya haram krn alatan muzik bertali itu sendiri sudah haram di sisi syara' dan di sini disertakan beberapa dalil hadis :

Diriwayatkan oleh Abu Umamah r.a telah bersabda Rasulullah saw : Bahawa Allah 'Azza wa jalla membangkitkanku menjadi nabi dgn mbawa hidayah dan rahmat kpd org2 mukminin dan memerintahkanku mhapuskan alat ma'azif (alat bunyi-bunyian) dan alat2 mazamir (alat bertiup, seruling) dan alat awtar (bunyi-bunyian bertali), salib dan perkara2 jahiliah dan tuhanku telah bersumpah dgn kebesarannya dan kekuasaanNya serta kemuliaannya : Tiada minum seorg dari hamba2ku itu akan seteguk drpd arak dgn sengaja ketika berada di dunia melainkan aku meminumkan dia ganti arak itu drpd darah nanah pada hari kiamat, sama ada diampunkan dia atau diazabkan dia dan tiada siapa hambaku yang meninggalkan arak di dunia krn takutkan Aku dan aku berinya minum arak di syurga. Tiadalah halal dijual perkara2 itu dan tiadalah halal diperniagakan dan harganya adalah haram....
(hadis riwayat Abu Daud)

Adapun hadis riwayat dari Ibnu Abbas r.a pula :
"Kubah (sejenis gendang yg panjang dan ramping tgh) itu haram, dannu itu haram, ma'azif itu haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram"

Dalam hadis yg lain Rasulullah saw bersabda, "ditukarkan keadaan satu golongan drpd umatku keadaan yg lebih buruk dgn sbb mereka meminum arak dan bermain kubah dan ma'azif"...

Banyak hadis2 yang memperihalkan ttg haramnya alatan tertentu yg byk digunakan dlm industri muzik masa kini, namun malangnya tidak ramai yang mengambil berat mengenainya malah turutbersama dalam meraikannya..

Adapun firman Allah Allah swt dlm surah Luqman : 6
"Dan ada di antara manusia, org memilih serta membelanjakan hartanya kpd cerita2 dan perkara hiburan melalaikan, yg berakibat menyesatkan /(dirinya dan org ramai) drpd agama Allah"

berkata Ibnu Abbas mengenai ayat ini : "sesungguhnya itulah alat2 hiburan"

Di sini ingin membentangkan pendapat qaul ulama' muktabar bagi mengukuhkan hujah mengenai hukum alatan muzik.

"Dan berkata Abu al-'Abbas al-Qurtubi : Adapun alat2 muzik yang ditiup (almazamir) , alat yang bertali (al-awtar) , alat2 muzik yg digendang (kubah) , maka tiada khilaf (perselisihan) ulama' mengharamkan mendengarnya dan aku tidak dgr seorg pun drpd ulama yg muktabar sama ada ulama' salaf mahupun ulama' khalaf berpendapat mengharuskannya... bagaimanalah tidak haram, sedangkan yg demikian itu adalah syiar (tanda/lambang) bagi penggemar2 arak dan syiar penyokong2 fasiq, pendorong kpd syahwat dan kerosakan serta syiar bg org2 tidak waras.. Dgn hanya demikian x syak lagi mengharamkannya dan tidak syak lagi ttg fasiq dan org yang melakukannya.."

KELEBIHAN WANITA :)

Salam semua.
Terasa ingin menceritakan tentang kelebihan wanita.
^_^

Firman Allah (yang bermaksud):-
Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yg dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yg lain. Kerana bagi lelaki ada bahagian daripada apa yg mereka usahakan, dan bagi wanita pun ada bahagian daripada apa yg mereka usahakan. Dan mohonlah kpd. Allah sebahagian daripada kurniaanNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (An-Nisa’:32)


-Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yg lebih kuat
berbanding lelaki
-Sesiapa di kalangan wanita yg mendapat hadiah, sekiranya diberikan kepada
keluarganya maka pahalanya seperti bersedekah
-Syurga terletak di bawah ‘telapak kaki’ ibu
-Panggilan ibu perlu dijawab lebih dulu berbanding bapa jika kedua-duanya
memanggil
-Seseorang wanita yg taat kepada suaminya menyebabkan tertutup pintu
neraka dan terbuka pintu syurga
-Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah, siapakah lebih berhak ke atas
wanita. Baginda menjawab:”Suaminya.” Aisyah bertanya lagi, siapa yg
berhak ke atas lelaki? Jawab baginda:“Ibunya.”
-Wanita yg sempurna solatnya, puasanya, memelihara kehormatan dan taat
kepada suami, dibenarkan masuk syurga dari mana-mana pintu yg disukainya
-Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, Allah mencatatkan
baginya pahala seperti orang yg berjihad pada jalanNya
-Apabila lahir anak, lalu diberikan susunya, setiap satu tegukan diberi satu
kebajikan
-Bahunya cukup kuat untuk memikul dunia, tetapi cukup lembut untuk
memberikan kenyamanan
-Memiliki kekuatan melahirkan anak dan menerima penolakan yg seringkali
datang daripada anak-anaknya
-Kudrat lebih lemah (berbanding lelaki) tetapi tabah dan berjuang ketika orang
lain menyerah. Mereka mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan
kelelahan tanpa mengeluh
-Memiliki kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,
walaupun ketika anaknya bersikap menyakitkan hatinya
-Kuat mendukung suaminya ketika kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya
-Dianugerahkan Allah kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami
yg baik tidak pernah menyakiti isterinya, tetapi kadangkala diuji untuk berada
di sisi suaminya dalam apa jua keadaan
-Diberikan Allah air mata untuk dititiskan. Ia adalah anugerah khusus miliknya
untuk digunakan pada apa keadaan yg memerlukan

-bila wanita ini berukhuwah dan sampai masanya untuk berpisah, mereka menangis mengalirkan air mata tanda kenangan mereka yang sentiasa bermai di minda, ya mereka punya perasaan yang halus dalam menjiwai ukhuwah ini.

-wanita bisa buat lelaki menangis lantas menjatuhkan ego lelaki itu.

2 KALI SAYA MENANGIS

Salam semua.

Rasanya semalam hari yang agak sedih yang saya rasa. Semalam dua kali kali saya menangis.

Kisah pertama yang menyebabkan saya menangis ialah bila mana saya telah melihat pentomen yang di lakukan oleh adik-adik darjah 6 Sekolah Menengah Islam Hidayah di mana mereka telah melakuakan pentomen yang bertajuk Di Pondok Kecil.

Wah, serius, memang menyentuh hati saya, walaupun mereka yang berlakon itu berkemungkinan tidak merasa apa-apa, tapi bagi saya kisah nya memang menyayat hati. Kisah dimana seorang bapa yang terlalu memperjuangkan Palestin. Tiap harinya hanya untuk Palestin dan di suatu hari, tika pulang dari usrah, mereka makan malam bersama. Tika makan bersama itulah si bapa ini telah menyatakan bahawa dia di pilih untuk bersama-sama sukarelawan ke Gaza.

Tika itu terkaluar dari mulut comel anaknya,

"ayah akan pergi jauh, sapa nak bermain dengan adik lagi."

saat aku mendengar perkataan itu keluar, maka manik-manik dari mataku sudah mula jatuh. Si isteri dengan tenang membenarkan si bapa ini pergi, oh indah nya. Belum cukup dengan itu, bila mana 'scene' untuk si bapa ini berangkat ke Gaza, si anak dan si isteri ini cukup tabah untuk membenarkan si bapa ini pergi. Si anak dengan nada bersedih berkata,

"abah, abang selalu doakan abah selamat sampai dan pergi".

Si isteri pula berkata

"abah, ummi redha sekiranya abah pergi untuk selamanya sebagai syahid dan ummi juga redha sekiranya abah pulang dengan selamat kerana abah dapat lagi berbakti di sini"

yaa, 'scene' ini memang menyedihkan. Mereka berpelukan sebelum si bapa ini pergi.

Pentomen ini diserikan lagi dengan nyanyian lagu yang bertajuk Di Pondok Kecil menambahkan lagi kehangatan untuk menghayati. Serius, makin kuat manik-manik ini jatuh.

Tirai tutup, memang terharu, terima kasih kepada mereka yang menjayakan pentomen ini. :)

Kisah kedua yang menyebabkan saya menangis ialah mengenai adik-adik SRIH ini.

Kisah ini bermula bila saya pulang ke rumah. Saya telah 'online' mukabuku saya. Tiba-tiba terbaca status seorang adik ini, statusnya berbunyi,

"awak!
saya sayang awak,
jangan tinggalkan saya !
saya tak tahu nak kawan dengan siapa ?
awak !
nanti saya rindu awak !

semoga ukhuwah kita berkekalan ~

saya <3>
credit to awak"

Saya tak tahu apa yang berlaku dengan diri saya, tiba-tiba air mata ini teringin lagi sekali untuk mengalir keluar. Tidak mengapa, saya benarkan ia mengalir. Lepas itu saya lihat pula gambar mereka, mereka sampai menangis untuk berpisah, lihat sahaja air mata itu, maka manik di mata saya semakin laju untuk mengalir. Mereka bersahabat kerana Allah dan berpisah juga InsyaAllah kerana Allah.

~:: ukhuwah yang dibina atas keimanan sungguh nikmat apabila dirasa, gembira bersama, menangis bersama, kene denda samasama, dia tegur kita, kita tegur dia, kadang2 bila dia tiada disisi seperti sunyi yang melanda, bila kehilangan dia kita selalu rindukan dia, terkenang saat bersama, oh indahnya berukhuwah ni :) ::~

6 ALASAN MENGAPA 'SAYA' HAMPIRI ZINA

Salam semua.
hari ini saya ingin kongsikan satu perkara.
Selamat membaca.

MEMANDANG seseorang terutama yang saya sayang, sangat sukar di tahan. Daripada padangan itulah akan timbulkan sautu perasaan yang akhirnya meruntun keinginan saya. Jarang nikmat penglihatan ini saya gunakan sebaiknya.

SENTUHAN bagi saya adalah untuk melahirkan kasih sayang. Tetapi, apabila saya mula menyentuh tangan pasangan yang bukan muhrim, terasakan sesuatu bergelora dalam jiwa.

BERSOLEK dan berhias menyerlahkan seri dan kecantikan saya. Ramai yang memuji wajah, rambut dan susuk tubuh saya yang menarik. Suruhan Allah agar saya menutup aurat tidak mampu saya tunaikan.

HARUMAN yang saya sering gunakan membuat orang laki berasa senang bersama saya. Alangkah bangga nya saya apabila mereka terpesona dan tergoda.

DUDUK berdua-duaan apa salahnya. Sesekali saya perlukan privacy. Lagi pun kami bukannyan apa-apa. Tetapi, bila berdua-duaan begini, dorongan syaitan sukar saya tepis.

HIBURAN menjadi pengubat kesunyian saya. Tanpanya terasa kosong dunia ini. Saya selalu bersama kawan-kawan lelaki dan perempuan ke konsert atau pesta. Masa saya banyak dihabiskan begitu daripada melakukan ibadat dan kadang-kadangsaya sukar mengawal batas-batas pergaulan.

ISTERIKU NURJANNAH

salam semua.
Saya ada kisah untuk kalian.
Harap menghayati.
^_^

Sebak! Hati ini terlalu sebak. Lutut ini terasa lumpuh untuk menanggung beban yang teramat berat. Tak mampu lagi dipikul oleh bahuku,
apatah lagi di usia yang telah agak banyak ini. Kalaulah aku tahu beginilah hatinya, sumpah aku tidak lakukan semua ini. Dia tetap berwajah tenang. Tidak kelihatan walau secalit resah di kelopak mata, di pipinya malah bibirnya. Segalanya masih sama seperti dulu. Aku leka. Leka dengan setiap kehendak hatiku. Semua tingkah laku ku tidak pernah dipersoalkan.

Cuma ketika dia menurunkan tanda tangan keizinan, aku lihat ada titisan air mata gugur di pipinya. Itulah kali terakhir aku lihat dia menangis. Dia tidak menuntut apa-apa dariku untuk dirinya selain dari mengingati aku tentang nafkah anak-anak kami yang seramai lima orang.

Dia meninggalkan perkarangan mahkamah, setelah sedikit sesi kaunseling selesai. Aku mempelawa untuk menghantar pulang. Dalam senyuman yang kukira dibuat-buat, dia menolak dengan alasan, mulai dari hari ini dia akan belajar untuk mengurus hidupnya sendiri.

Aku tidak ambil pusing dengan perkara itu. Aku meneruskan niatku mengahwini Normi. Dia tidak sedikit pun membentak bila aku memintanya menggosok sepasang baju Melayu, pakaian pengantinku. Cuma di kala itu aku kehilangan senyuman manja daripadanya. Dia terus berwajah tenang dan syahdu. Sebelum aku melangkah pergi, dia masih seperti selalunya, bersalaman dan mencium tanganku sambil berpesan jaga diri
baik-baik.

Aku mengahwini Normi setelah setahun menjalin persahabatan. Aku sendiri kurang pasti mengapa aku tertarik dengan Normi. Cuma yang
aku sedar, aku kasihankan kepada anaknya yang sedari awal memanggil aku ayah. Mungkin juga kerana Normi cantik. Perwatakannya yang manja
membuatkan ramai lelaki tergoda. Dan akulah yang paling kalah dengan kemanjaannya.

Walau apa pun alasan, antara aku dan Normi memang ditakdirkan ada jodoh, kerana itu kami berkahwin. Walau ibu dan ayahku malah s audara mara menentang hebat kemahuanku. Apa kurangnya Nurjannah, soal mereka. Memang aku akui, tiada cacat celanya Nurjannah. Dia memiliki
semuanya. cantik dan seorang perempuan yang lengkap memenuhi ciri-ciri seorang isteri, ibu dan pengasuh anak-anak yang baik. Dia juga pernah
menjadi rebutan pemuda sekampung. Di antara mereka, aku orang yang paling bertuah menjadi pilihan Nurjannah. Tuah itu aku sambut dengan penuh rasa kesyukuran. Dia melahirkan zuriatku seramai lima orang. Dia tidak pernahmengeluh keletihan melayan kerenah anak-anak walau aku kurang membantu. Keperluanku juga dijaga sepenuhnya. Tiada apa yang dimusykilkan dihati ini terhadapnya. Segalanya cukup sempurna. Pendidikan agama untuk anak-anakku juga diberikan oleh Nurjannah.

Semua anak-anakku khatam Al Quran di usia sepuluh tahun. Semua itu Nurjannah
>> >yang ajarkan. Anak-anakku tahu akan tanggungjawab mengerjakan
>>sembahyang
>> >seawal usia enam tahun. Itu juga Nurjannah, isteriku juga yang
>> >ajarkan. Bukan sekadar anak-anak malah aku sendiri pun diuruskan
oleh
>> >Nurjannah.
>> >Ketika aku sedang mandi, pakaian kerjaku dari baju hinggalah ke
stokin
>> >Nurjannah sudah aturkan. Aku cuma capai sahaja. Ketika aku
berwuduk,
>> >Nurjannah telah siap membentang sejadah sembahyang. Setiap kali aku
>>pulang
>> >kerja, sekurang-kurangnya, segelas minuman telah tersedia di
>> >ruang rehat. Nurjannah tidak pernah menyusahkan aku walau
menghantarnya
>>ke
>> >pasar.
>> >Katanya, dia boleh pergi sendiri. Selama sebelas tahun hidup
>>bersamanya,
>> >Nurjannah faham benar seleraku. Selama sebelas tahun itu juga
>> >seingatku tidak pernah sekalipun Nurjannah menyakiti hatiku.
>> >
>> >Menjelang hari-hari perayaan, ketika rakan-rakan sepejabatku
mengeluh
>> >kerana isteri di rumah minta menukar langsir baru, Nurjannah
isteriku
>> >di rumah terbongkok-bongkok mencuci langsir lama. Bila kami diberi
>>bonus
>> >tahunan oleh majikan, rakan-rakanku resah kerana isteri
masing-masing
>> >turut meminta imbuhan untuk membeli seutas dua barang kemas. Tetapi
>> >isteriku Nurjannah tidak pernah meminta semua itu. Nurjannah
>> >menasihati aku agar menyimpan wang lebihan. Untuk kegunaan masa
depan
>> >katanya. Akhirnya aku menggunakan wang simpanan tersebut untuk
>> >perkahwinanku dengan Normi, madu Nurjannah. Setelah berkahwin
dengan
>>Normi,
>> >barulah aku merasai segala masalah seperti yang dihadapi
teman-teman
>> >sepejabatku. Apa nak buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak
>> >perbuatan sepahit mana sekalipun, terpaksalah ditelan jua. Apatah
lagi
>> >aku dan Normi telah dikurniakan seorang cahaya mata.
>> >
>> >Sepanjang perkahwinan dengan Normi, aku memang jarang-jarang sekali
>> >pulang ke rumah Nurjannah. Kadang-kadang seminggu sekali,
kadang-kadang
>>
>> >sebulan sekali. Itupun untuk memberi wang perbelanjaan anak-anak.
>> >Nurjannah tetap dengan sifat sabarnya. Walau aku memperlakukannya
>> >sedemikian, dia tidak pernah marah-marah apalagi mengamuk. Setiap
kali
>> >kepulanganku, dia sambut tanpa secebis riak kemarahan. Bersalam dan
>>mencium
>> >tanganku. Dia tetap menyediakan makanan kegemaranku. Cuma yang
>> >amat aku terasa, aku ke! hilangan senyuman mesranya. Dia pernah
meminta
>>
>> >izinku membantu abangnya yang berniaga di kedai
>> >runcit berhampiran dengan rumah kami. Aku sedar, mungkin
perbelanjaan
>> >harian dariku tidak mencukupi, tetapi aku buat-buat tidak tahu.
>> >Lagipun Nurjannah tidak pernah menyebutnya. Aku lihat tubuhnya
kurus
>> >sedikit. Aku bertanya padanya apakah dia sakit atau ada apa-apa
>>masalah.
>> >Namun dia hanya menggeleng kepala.
>> >
>> >Aku tidak pasti reaksi anak-anak terhadapku setelah aku berkahwin
lain.
>>
>> >kelima-lima anakku dengan Nurjannah tidak pernah menunjukkan
>> >tanda-tanda membantah atau marah. Cuma antara kami kurang mesra,
>>mungkin
>> >kerana sudah jarang berjumpa. Alhamdulillah aku punyai anak-anak
sebaik
>>
>> >Nurjannah.
>> >
>> >Kelima-lima anakku sudah berjaya. Semuanya sudah menjejaki menara
>>gading.
>> >Terasakan begitu cepat masa berlalu. Anak-anakku sudah
>> >menjangkau dewasa. Fahmi anakku yang sulung menjawat jawatan
doktor,
>>Fariza
>> >menjadi pensyarah, Fakhrul pu la pegawai di jabatan kerajaan,
>> >Farihin seorang guru dan Farina telah tamat dan majlis
konvokesyennya
>>akan
>> >diadakan dua hari lagi. Aku pulang hari ini, di atas permintaan
Farina
>>agar
>> >aku dan ibunya hadir di majlis bersejarah baginya. Seingat aku
telah
>>dua
>> >bulan aku tidak menjengah Nurjannah. Namun kepulanganku tetap
disambut
>>baik
>> >oleh Nurjannah. Bersalam dan mencium tanganku seperti dulu-dulu.
Dia
>>tidak
>> >pernah menunjukkan riak kurang senang padaku. Walhal sudah banyak
>> >perkara yang telah aku lukai hatinya, namun sukar untuknya
menunjukkan
>>rasa
>> >memberontak. Kesabarannya banyak mengajarku apa erti kesetiaan
>> >seorang suami. Aku akui bukan seorang suami yang adil. Adil dalam
>> >mencurahkan kasih sayang. Mungkin juga pengaruh isteri mudaku,
namun
>>aku
>> >tidak menyalahinya. Keterlanjuranku mengahwini memberi satu
>>perbandingan
>> > yang nyata antara keduanya.
>> >
>> >Namun kesalahan masih berpihak padaku seolah-olah tidak mampu untuk
>>berlaku
>> >adil.! Hari ini Nurjannah memasak lauk kegemaranku, udang masak
lemak
>>cili
>> >padi. Selera sungguh aku makan. Suasana di meja makan sunyi sepi.
>> >Fariza yang juga makan bersama kami, aku lihat asyik menyuap nasi
ke
>>mulut.
>> >Nurjannah membisu seribu bahasa dan aku sendiri bagai kehilangan
>> >cerita. Sebenarnya jauh di sudut hati, aku terlalu lama rindukan
gelak
>>tawa
>> >Nurjannah. Entah kenapa hari ini aku kehilangan punca mencari
>> >kemesraannya. Sesudah makan malam aku duduk-duduk di ruang tamu di
>>samping
>> >Fariza. Nurjannah menghampiriku sambil menghulur satu sampul surat
>>berwarna
>> >jingga. Aku masih ingat, itulah sampul surat kad undangan
perkahwinanku
>>
>> >dengan Normi. Aku bagaikan tersentak. Borang permohonan cerai.
Telah
>> >lengkap diisi hampir terlepas dari tanganku. Aku terpempan.
Terkedu.
>>Hilang
>> >sudah segala kekuatan yang ada. Aku cuba menolak rasa sangsi.
>> >Adakah aku berdepan dengan realiti atau sebaliknya. Aku lihat
reaksi
>> >Nurjannah, tenang dan bersahaja. Ada sesuatu yang ingin
diutarakannya.
>> >Aku menunggu dengan sabar, mahu penjelasan yang wajar darinya.
"Bang,
>>lapan
>> >belas tahun yang lalu, Jannah dengan rela hati
>> >menandatangani borang permohonan poligami, Jannah harap abang juga
>>boleh
>> >elakukannya sekarang," pintanya dengan suara yang aku rasakan bagai
>> >belati menghiris hati. Rasanya ingin gugur air mata lelakiku.
>> >
>> >Namun kutahan. Adakah ini balasan untuk pengorbanan yang telah kau
>>lakukan.
>> >
>> >Kukira langkah mu tidak akan terlanjur sejauh itu. Nurjannah,
barang
>>kali
>> >beginilah deritanya hatimu dulu, ketika mahu melepas pergi orang
>> >yang dikasihi.. 'Jannah tak mahu abang terus dihumban dosa kerana
>> >sememangnya abang tidak pernah berlaku adil. Selama ini pun Jannah
>>hanya
>> >tak mahu kehidupan anak-anak kita terganggu lantaran sikap kita.
Jannah
>>
>> >rasa pengorbanan Jannah sudah sampai ke penghujungnya. Lagi pun
>>kesabaran
>> >Jannah sudah tinggal sia-sia. Jannah tidak mahu jadi isteri derhaka
>>apabila
>> >kesabaran sudah tiada lagi. Anak-anak kita pun sudah dewasa,
>> >mereka sudah boleh hidup sendiri," Nurjannah bersuara lagi tanpa
>>sebarang
>> >riak api kebencian kepadaku.
>> >
>> >"Kami adik beradik telah lama kumpul wang untuk hantar ibu tunaikan
>> >fardhu haji tahun ini," sambung Fariza. Aku merenung mata Fariza
>> >dalam-dalam. Lama. Sehinggalah Fariza
>> >bersuara. "Kami bukan tak mahu hantar ayah ke Mekah, tapi kalau
ayah
>>pergi
>> >nanti,
>> >siapa nak jaga mak cik Normi, kan ayah tak pernah tinggal mak cik
Normi
>>
>> >sorang-sorang." "Jannah, abang tak mahu kehilangan Jannah, biar
abang
>> >tinggalkan Normi," pintasku cuba melerai! kekusutan yang membelit
diri.
>>
>> > "Sejauh mana sekali pun abang tinggalkan Normi, hati Jannah tetap
>> >terluka. Tanda tangan borang tu bang," pinta Nurjannah
sungguh-sungguh.
>>
>> >
>> > Aku rasakan itulah dentuman petir yang paling kuat pernah memanahi
>> >pendengaranku dan beban yang teramat sarat yang menghempap bahuku.
>> > Tiba-tiba aku terkenangkan sejadah yang sering dihampar oleh
Nurjannahisteriku. Dengan langkah yang longlai aku mengambil wuduk,
Nurjannah
>> > hanya memerhati dari jauh. Di dalam bilik sembahyang aku
mencari-cari
>> >sejadah yang terbentang. Tiada. Aku jatuh terduduk.
>> >
>> >Sesal dulu pendapatan.......sesal kemudian...ini lah jadi nye...

INDAHNYA UKHUWAH

Salam semua.

Semoga post kali ini bermanfaat untuk kalian.

^_^


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikianlah keindahan Islam. Jauh dari unsur mementingkan diri atau nafsi-nafsi sehinggakan kasih sesama saudara diletakkan sebagai syarat kesempurnaan iman.

Untuk menyahut seruan ini, cuba kita praktikkan perkara di bawah. Semoga dengan cara ini ukhwah yang terjalin akan bertambah kukuh dan manis.

1. Nyatakan rasa kasihmu terhadap saudaramu.

Sabda Rasulullah: “Jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa dia kasih kepadanya.” (Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)


2. Mintalah supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah.

Umar al-Khattab r.a berkata, “Saya minta izin kepada baginda Rasulullah s.a.w untuk mengerjakan umarah. Baginda Rasulullah s.a.w membenarkan dan berpesan; “Jangan lupa berdoa untuk kami bersama.” (Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi).

3. Segeralah bersalam apabila bertemu.

Sabda Rasulullah s.a.w, “Tiadalah dua orang muslim yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah.”

4. Bermanis muka apabila bertemu “Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil, sekalipun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan”.

5. Memberi ucapan tahniah kepada saudaranya dan menyukakan hatinya.

“Siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menyukakannya, nescaya Allah akan menyukannya pada hari kiamat.”

6. Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu, satu kerumitan daripada kerumitan Akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutupkan keaibannya di dunia dan akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya. (Riwayat Muslim)

KALAU FACEBOOK ADA PADA MASA DAHULU :)

Salam semua.
Disini ada sedikit lawak sekadar merehatkan minda.
^_^