Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, atas rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan.. Sekarang ni kami iaitu hishamcrew sedang mengikuti program Road To Jawa IV.


"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami atas kelemahan dan kefaqiiran diri kami.. Betapa Engkau tetap memberikan nikmat kepada kami sedangkan kami terus menerus melakukan dosa terhadapMu.. Sesungguhnya engkaulah Yang MahaKuasa yang mengetahui apa yang lebih baik bagi diri kami di dunia ini walaupun kami merasakan ianya buruk buat kami.. Oleh itu, Kau tetapkanlah segala yang terbaik buat kami.. Ya Allah, kami mengharapkan agar pengembaraan kami ini sentiasa diiringi redhaMu kerana tanpa redhaMu, semua ini sia-sia.. Ya Allah, dunia ini penuh dengan onak dan cabaran.. Perkuatkanlah diri kami agar kami mampu mengharungiNya dan tetap berada di atas jalanMu sehingga roh kami terpisah dengan jasad.."
[Ameen..]
"Sinaran cahaya yang ditunggu-tunggu itu pasti kembali menerangi segenap pelusuk dunia.."