RSS
Write some words about you and your blog here

PERIHAL DIRI :)

dari barisan usrah....

dari umbi tarbiah...

Salam semua....
Hari ini terkenang dikala diri ini dididik dan dibentuk supaya menjadi orang berguna dalam ISLAM...
Supaya untuk terus kekal dlm jalanNYA...
Supaya dapat menyeru manusia ke arah kebaikan...
Supaya dapat menaikkan nama ISLAM...
Supaya bekerja untuk ISLAM...
Supaya menjadi hamba abdiNYA...
Supaya menjadi seorang yang penyayang...
Supaya menjadi seorang yang mencintaiNYA melebihi cinta manusia...

Tapi....
Kadang2 diri ini rasa x layak nk memikul amanah yg diberi....
Kadang2 diri ini rasa futur yang teramat...
Kadang2 diri ini sering melakukan perkara yang tak layak seorang ISLAM tu buat...
Kadang2 diri ini sering buat orang lain rasa marah...
Kadang2 diri ini tak dapat menjadi qudwah...
Kadang2 diri ini kecewa dengan keadaan nya...

Alhamdulillah....
Diri ini ada sahabat yang selalu mengingat kan nya...
Diri ini ada naqib yang selalu betul kan perkara yang salah...
Diri ini ada mama dan abah yang sering doakan kejayaan nya...
Diri ini ada adik yang selalu membahagiakan nya...
Diri ini ada seseorang yang boleh dijadikan qudwah...
Diri ini ada manusia yang sering menyuruh diri ini kekal dalam jalanNYA...
Diri ini ada tanzim yang sentiasa memberi jalan untuk melakukan sesuatu...


Sekadar coretan hati....:)







JAYA :)









Salam semua....

Hari ini suka berjaya.....
Kita sebenarnya seorang kreatif..
Seorang yang berkebolehan tinggi...
Seorang yang sangat berjuang tinggi...
Seorang yang sangat ingin kan KEJAYAAN...
Tapi...
Akibat malas...
Kita susah untuk dapatkan sesuatu yang ingin dimiliki....
Moralnya....
Malas tonggak KEGAGALAN...

HIKMAH PENANGGUHAN :)

salam semua....alhamdulillah...hari ini diberi kesempatan sangat2 oleh Ilahi untuk terus menaip sekaligus cuba mengupate blog yang setelah sekian lama tidak di update...:)

Hari ini sedang cuba bercerita tentang penangguhan....apa yang ada dengan penangguhan yang berkaitan dengan diri ini....

Alhamdulillah apabila diberitahu tentang tarikh diri ini boleh fly ke sana, diri ini melonjak kegembiraan sambil memuji Tuhan yang Esa. Sangat teruja kerana hasrat ke sana kesampaian juga. Dengan begitu excited, diri ini menghebahkan kegembiraan hati ini ke facebook yang tersedia ada. Setelah mendengar ucapan2 dari sahabat yang tertera di komen status, diri ini sangat tidak sabar untuk ke sana. Hati ini sentiasa nak ke sana. Tiba2 dapat 1 sms dari abah bahawa akan ada taklimat ke sana yang akan diadakan di WAMY. Saat itu, hati terlalu gembira kerana hari yang ditunggu semakin tiba.

Tapi, 10 hari sebelum ke sana, diri ini mendapat sma dari ayahanda tercinta bahawa taklimat ke sana di tangguhkan. Tiba2 hati ini terasa agak tidak sedap. Diri ini cuba mencari rahsia apakah gerangan yang menyebabkan taklimat tersebut ditangguhkan. Setelah puas mencari, akhirnya diri ini dapat mencari punca kenapa taklimat ke sana di tangguhkan. Rupanya masalah yang menyebab kan taklimat ini ditangguhkan ada kene mengena dengan pemergian diri ini ke sana. Masalahnya ialah KEDUTAAN MALAYSIA di SANA TAK BAGI KEBENARAN UNTUK TINGGA DISANA. Dengar sahaja masalah tersebut, diri ini terkedu, diri ini bertanya, kenapa tika saat diri ini sangat ingin ke sana, masalah seperti ini melanda. Memang ujian DIA nak bagi kepada hambanya.

Setiap sesuatu yang berlaku mesti ada hikmahkan...so memang berhikmah perkara ini berlaku.

Antara hikmahnya diri ini dapat berbual dengan adik dengan lebih lama dan dapat jumpa adik. Selain tu, diri ini dapat menziarahi sahabat2 di Kelantan dan Terengganu[ mohon supaya planning ni menjadi :) ]. Diri ini juga boleh menghadiri satu mukhayam sekolah dimana tugasnya sebagai fasilitator.

insyaallah, sekadar itu dahulu coretan diri ini.

ASSALAMUALAIKUM...