RSS
Write some words about you and your blog here

MANUSIA AWESOME! YEAH!

Salam Alaikum.

Hari ini terasa begitu teruja untuk bercerita mengenai dua manusia sumpah awesome! YEAH! hoho.

Cerita 1

Bagi mereka-mereka yang terlibat dengan dakwah dan tarbiah memang tidak akan asing bagi mereka untuk mendengar nama Syeikh Mustafa Masyhur. Yaa, beliau terkenal dengan buku karangannya yang berjudul طريق دعوة atau dalam bahasa melayunya ialah Jalan Dakwah.

Huh! peluh menitik-nitik lantas terbaca perihal ke'awesome'an beliau.

Antara sebab mengapa saya merasakan beliau ini awesome ialah bila terbaca satu petikan yang pernah beliau ungkapkan. hoho. bila anda terbaca, pasti anda akan ternganga lantas sukar untuk mempercayainya.(haha.yeke? agak je) Inilah yang telah beliau katakan.

hoh! ini mmg smgt!

"Aku memimiliki dua orang isteri, isteriku pertama ialah DAKWAH,
isteriku kedua ialah isteriku sekarang.
Jika bertembung keduanya, aku akan utamakan isteri pertamaku,
iaitu DAKWAH"

Ok, see, kalau anda tidak ternganga, anda sungguh pelik.(hoho.sorry.just kidding)

Fuhh! sudah pasti susah untuk mencari orang yang berkata sedemikian. Orang itu, sebenarnya faham akan apa yang menyebabkan dia berada di dunia ini.

Cerita 2

Anda kenal dengan Raida Swidan ?? hoho. sungguh rugi sekiranya anda tidak kenal dengan beliau. Beliau ini juga termasuk didalam kalangan manusia-manusia yang awesome!

Ok. Ini adalah kisah yang menyebabkan saya kata beliau ini awesome. Baca dengan perlahan-lahan, hayatilah dengan sebaiknya, maka anda akan merasakan ke'awesome'an beliau.(hoo.sila muntah kalau geli.huahua)

Beliau mempunyai seorang suami yang bernama Rawhi Mustaha, sebelum berkahwin, dan ketika itu mereka telah bertunang, suaminya berkata bahawa suaminya itu akan ditangkap, tapi Raida Swidan berkata tidak mengapa. Lantas, selepas sahaja pernikahan mereka, suaminya itu ditangkap oleh pihak Israel dan dipenjara dalam masa yang lama.

Anda tahu berapa lama ?? 30 TAHUN! Lama ok! sudahlah ditahan tanpa alasan yang kukuh. Huargh! saya memang geram. Ok, sambung cerita balik.(haha)

Suaminya berulang kali menawarkan perceraian kepada beliau supaya boleh bina hidup baru, tapi, beliau tak nak, beliau sanggup menunggu suaminya. Beberapa hari yang lepas, suaminya telah dibebaskan dan mereka berpelukan kerana terlalu rindu.

mereka berpelukan ketika bertemu.sobsob.

Ok. Sedih bukan? (sila ambil tisu untuk lap airmata anda)

Kepada isteri-isteri diluar sana, setialah kepada suami kalian, kalau tidak, kalian telah kalah kepada wanita yang bernama Raida Swidan

Beginilah orang-orang awesome ini terpaksa lalui demi menegakkan Islam di dunia Allah.


p/s: huh! Inche Batusuci sedang bercuti, so memang agak teruja untuk berkarya. yeah! Alhamdulillah. ^_^







KEMBALI MENULIS ? INSYAALLAH.

Salam alaikum.

hoho. Sudah lama tidak berke'update'an di blog ini. Tuannya terlalu membusykan diri sehingga terabai tanggungjawab keatas blog ini.haa~

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi. Yang telah menurunkan rezeki kepada hambaNya. Yang menganugerahkan Iman dan Islam kepada hamba-hambanya yang dikehendaki.

budak baik seh.heh.

Yaa, sudah lama tidak menaip menyebabkan berlaku pemerahan otak yang terlampau tatkala ingin menyumbang sesuatu untuk dibaca(ok.sila muntah sapa rasa geli.haa~). Setelah lama tidak menaip aka menulis di blog ini, ada beberapa manusia ajaib yang memberi semangat kepada saya untuk terus dan terus dan terus menulis. Maka, dengan keajaiban yang mereka lakukan, saya terpengaruh lalu terpanggil untuk kembali berkarya(ceewah).

Dalam masa 5 bulan++ saya tidak meng'update', saya telah menjelajah dari satu blog kepada blog lain demi mencari secebis ilmu yang barangkali berguna kepada saya(ahaa.ini macam ayat gebang, tp percayalah, ianya benar). Antara blog yang selalu saya 'usha' ialah Angel Pakai Gucci dan Muharikah. Hooh, saya sungguh berminat dengan penulisan APG ini kerana bahasa yang digunakan mudah untuk difahami serta dapat bersantai bila membacanya. Bagi blog Muharikah pula, apa yang best tentangnya ialah isinya. Ia kadang-kadang bisa menyentap hati yang agak selalu juga ego ini(ok.saya mmg agak ego.huaa!)

Insyaallah, mungkin bermula hari ini, saya akan terus menulis. Doakan saya istiqamah yaa. ^_^


Kemungkinan besar pemulisan saya ada unsur-unsur pengaruh dari APG. Maaf ye tuan punye APG, saya terasa syok pula.hee~

ok.mulai hari ini, saya gelarkan diri saya Inche Batusuci.haha

p/s: sorry sekiranya tak tersusun.baru nak mula balik, so kurang biasa sikit.heh.(ok.ini alasan ye)

Apabila Datangnya Pertolongan Allah dilihat dari surah An-nasr

Salam semua.

Insyaallah, hari ni post berkisar tentang tafsiran surah An-nasr. Semoga kita ambil iktibar.

Muqaddimah
An-Nasr bermaksud bantuan ataupun pertolongan. Surah ini juga dinamakan sebagai surah at-taudi' yang bermaksud selamat tinggal(i.e. tawaf wida’ – tawaf selamat tinggal). Ia memberi erti tugas nabi Muhammad saw telah sempurna, juga membayangkan ajal Rasulullah saw. Nabi saw tahu beliau akan wafat (lihat hadis Ibnu Abbas dan juga hadis Saiyiditina Fatimah).

Asbabun Nuzul dan Mulabasat Surah An-Nasr
Ia adalah surah yang terakhir yang turun sebagai satu surah (bukan wahyu yang terakhir ye). Dari segi urutan, ia adalah selepas al-Lahab. Allah akan memberikan kemenangan dan kejayaan selepas ujian dan halangan (Surah al-Lahab menceritakan banyak halangan yang akan dilalui dalam berdakwah)
Secara ijma’, surah ini adalah merupakan surah madaniyah. Tiada khilaf dalam hal ini. Namun begitu terdapat dua pendapat samada ia diturun sebelum atau selepas pembukaan kota Makkah (Fathu Makkah) yang berlaku pada tahun 8 Hijrah.
Bagi pendapat pertama, ulama mentafsirkan surah ini diturunkan untuk mengembirakan Nabi Muhammad saw. Kota Makkah dapat dibuka (Fathu Makkah) dan Islam akan mendapat kemenangan. Dari segi nahu bahasa arab, walaupun kalimah “Ja’a” adalah fi’il madhi(past tense) tapi maksud ayat ini adalah `present/future tense’. Bila ada kalimah إِذَا didepannya. جَآءَ إِذَاbermakna `apabila datang….’, yakni merujuk kepada peristiwa yang akan berlaku.
Untuk pendapat kedua pula, ulama’ tafsir membahaskan perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas mendapat kemenangan; iaitu kena bertasbih, bertahmid dan istighfar.


Fikrah Ayat
“Apabila datangnya pertolongan Allah dan kemenangan.”
1. Batas keupayaan manusia adalah terhad. Allah swt memberi kemenangan dan memperkenan doa nabi. Pertolongan dan kemenangan datang dari Allah pada masa yang ditentukan-Nya dan dalam bentuk yang dikehendaki-Nya. Jangan kita berputus asa, kemenangan dan kejayaan akan tiba walaupun sekuat mana musuh Islam.
2. `Fathu Makkah’ berlaku 2 tahun selepas perjanjian Hudaibiyah. Dalam perjanjian ini, kedua pihak (kafir Quraisy dan Islam) berjanji untuk menghentikan peperangan selama sepuluh (10) tahun. Namun, pihak Quraisy telah mengkhianati perjanjian dengan menolong sekutunya (sila baca sirah), maka ini adalah sebab utama berlakunya `Ghazwah Fathu Makkah’. Pada hakikatnya, kesemua ini adalah perancangan dan pertolongan dari Allah swt.
3. Al-Quran menggunakan perkataan `Fath’ yang bermaksud `buka’. Di-dalam islam tidak ada konsep penjajahan atau penaklukan. Pembukaan Negara-negara Islam dipanggil sebagai `futuhat islamiyah'.
4. Bila sesuatu negeri tidak islam, sebenarnya negeri itu ditutup untuk menerima hidayah. Oleh itu, Islam datang bukanlah untuk menawan negeri tersebut, tapi menyampaikan da’wah dan Islam. Diberi tiga (3) pilihan samada menerima islam atau bayar jizyah atau perang sehingga kuasa yang menghalang hidayah kalah. Kemudian terpulang kepada rakyat itu memilih samada ingin memeluk Islam atau tidak – La iqra ha fi ad-din


“ Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai “
1. Kesukaran orang kafir Quraisy dan orang di semenanjung Arab menerima Islam ada kaitan dengan peristiwa tentera bergajah. Mereka masuk Islam selepas `Fathu Makkah’ … kenapa ?
Bila tentera bergajah menyerang Makkah, Allah datangkan burung memusnahkan tentera bergajah. Cerita pelik ini tersebar di seluruh semenanjung Tanah Arab dan tahun tersebut dinamakan TahunGajah. Peperangan tersebut sebenarnya di antara Habsyah dan Arab kerana kaum Quraisy adalah ketua bagi kabilah-kabilah Arab. Bila burung Ababil menolong tolong kaum Quraishy, maka tertanamlah dalam pemikiran orang Arab bahawa benarnya kaum Quraishy ini.
Tiba-tiba Nabi Muhammad saw datang dan mengatakan bahawa kaum Quraishy ini tak betul, Org arab tak boleh terima ...ada satu hadis yang mafhumnya “… Kami tak kan terima Muhammad sehingga Muhammad berjaya kalahkan Quraisy” ..Hadis Bukhari.
Bila Nabi Muhammad Berjaya membuka Kota Makkah dan Allah tidak menolong orang Quraisy, maka oran Arab baru percaya bahawa Nabi Muhammad saw yang betul dan mereka memeluk Islam.
2. Manusia sukar untuk menerima benda yang `teori’ walaupun perkaitan dengan `ad-din’. Berlaku depan mata baru percaya. Tidak ramai seperti Saiyidina Abu Bakar rah. Mereka yang menerima Islam sebelum dan selepas `Fathu Makkah’ adalah tidak sama nilainya. Firman Allah :
3. Jangan menunggu benda ajaib berlaku untuk kita beriman, jika Allah kata betul, maka betullah. Seperti yang berlaku pada Tsunami di Aceh, kita kagum bilamana masjid tak runtuh... maka kata kita benarlah Islam; tapi apa pulak yang berlaku jika gereja yang tidak runtuh, dan bukannya masjid. Jadilah kita seperti orang Arab jahiliyah yang bersikap ragu-ragu.


“ Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat “
1. Ayat ini menerangkan apa arahan Allah dan cara kita meraikan kemenangan/kejayaan(bertasbih, memuji Allah, meminta ampun dan bertaubat). Ini adalah adab sopan Nabi Muhammad saw di sepanjang hidupnya dan dalam masa mendapat pertolongan dari Allah dan mencapai kemenangan menakluk Makkah, beliau membongkok di atas untanya, kerana bersyukur kepada Allah dan memasuki negeri Makkah, sedangkan negeri itulah yang telah menyakitinya, mengusirnya keluar, memeranginya dan menentang dakwahnya dgn penuh kedegilan. Itulahsunnah nabi dan diikuti sahabat selepasnya bila merai kemenangan.
2. Cara mengagungkan Allah … (a) Menjadikan Allah swt sebagai yang terpenting dalam hidup kita, lebih dari segala-galanya (b) Allah swt paling sempurna, tiada kelemahan dan kita tidak boleh ada sifat ragu-ragu dengan Allah swt.
3. Tujuan istighfar di saat kemenangan dan kehilangan kesabaran
(a) Beristighfar terhadap pelbagai perasaan – bangga, sombong yang berkecamuk dalam hati di saat mabuk kemenangan.

(b) Beristighfar terhadap perasaan tidak sabar, perasaan terkilan, kerana lambatnya Allah menunaikan janji member bantuan dan pertolongan.
(c) Beristighfar kerana tidak cukup bersyukur kepada Allah yang sentiasa melimpahkan ni’mat dan rahmat-Nya yang tidak putus-putus
(d) Beristighfar agar ia tidak berlaku zalim kepada musuhnya. Hakikat sebenar adalah Allah yang memberi kemenangan.
4. Nabi beristighfar 70 x sehari (ada riwayat 100 x)… Bagaimanakah kita ?

Disampaikan oleh UQY.

Sekadar ini dahulu coretan saya.

Assalamualaikum. ^_^