RSS
Write some words about you and your blog here

FATRAH (penangguhan) WAHYU

Salam semua.
Alhamdulillah kerana Allah masih sayang kan diri ku serta pembaca2 sekalian dengan memberi kesempatan untuk hidup bagi melaksanakan tugas sebagai hamba dan khalifah.^_^

Insyaallah, hari ini terasa ingin berkongsi mengenai kisah nabi Muhammad SAW. :)
gua hira' (tmpt pertama rasulullah terima wahyu.)


Seperti yang kita ketahui, bahawa Rasulullah sebelum menjadi nabi dan rasul, baginda telah mendapat wahyu seumpama menerima mandat dari Allah supaya menyebarkan ISLAM di pelosok dunia.

Seperti yang kita ketahui juga bahawa surah pertama yang diturun kan kepada Rasulullah ialah ayat 1-5 surah al-alaq. Tetapi terdapat 4 pendapat mengenai penurunan wahyu pertama ini. Pertama ialah ayat 1-5 surah al-alaq, kedua ialah ayat 1-2 surah al-mudathir, ketiga ialah surah al-fatihah, dan yang keempat ialah bacaan basmallah iaitu bismillahirahmanirrahim. Pendapat paling rajih atau pun yang paling disepakati oleh ulama' ialah pendapat yang pertama.

Berdasarkan tajuk diatas, saya ingin bercerita tentang apa yang berlaku kepada Rasulullah tatkala Fatrah Wahyu (penangguhan wahyu) berlaku.

Mengikut mengikut riwayat Ibn Saad daripada Ibn Abbas yang bermaksud bahawa penangguhan itu adalah beberapa hari, pendapat paling rajih, malah itulah pendapat yang tepat, iaitu setelah dilihat dari beberapa aspek. Manakala pendapat yang masyhur mengatakan iainya berlaku selama 3 tahun atau pun 2 tahun setengah. Tapi, ini bukan lah pendapat yang sahih dari mana2 sudut. Namun bukan ini yang ingin diperkatakan.

Di hari2 penangguhan wahyu, Rasulullah hidup dalam keadaan muram dan berduka, Baginda juga dilanda kehairanan dan kebimbangan.

Hal ini telah diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam kitab al-ta'bir dengan nas nya yang bermaksud ;-

" Dan wahyu tertangguh beberapa ketika menyebabkan Baginda berduka, mengikut maklumat yang sampai kepada kita pada hari ini, bahawa Baginda sangat berdukacita, hingga telah mendorong Baginda berkejar berkali2 ke kemuncak bukit, hendak menghumban diri, namun apabila sampai ke kemuncak bukit sana untuk menghumbankan dirinya, lalu Jibril pun menampilkan diri sambil berkata: 'Wahai Muhammad ! Sesungguhnya engkau adalah utusan Allah yang sebenar.' Dengan itu, gelora dihati Rasulullah pun kembali tenang dan jiwa kembali tenteram, dengan itu Baginda pulang ke rumah."

Antara hikmah penangguhan wahyu ini kepada Rasulullah ialah untuk menghilang kan rasa gerun dari hati Baginda dan untuk membangkitkan perasaan rindu akan wahyu seumpama Rasulullah senantiasa menanti2 akan kedatangan wahyu.

Cuba kita check balik diri kita, adakah kita ni tergolong dalam golongan yang sentiasa rindu akan ayat2 Allah. Tatkala tidak membaca kalam Allah dalam sehari akan merasa tidak enak atau pun biasa sahaja. Marilah kita sama2 bermuhabah diri dalam memperbaiki diri kita.

Insyaallah, sekadar disini dulu coretan saya.

Assalamualaikum. =)

2 luahan hati:

Thinkers KIAS said...

Assalamualaikum. sebelum kita check diri kita ada baiknya kita check hadis mengenai nabi hendak bunuh diri. saudara boleh nilainya dalam kitab Fathul Bari. Hadis ini ada penambahan pada matannya. Secara logiknya bolehkah saudara menjawab bahawa nabi Muhammad ini adalah insan yang lemah dan tidak memiliki jati diri kerana ingin membunuh diri? Adakah orang seperti ini yang akan dilantik menjadi rasul yang paling mulia? dan banyak lagi hujah2 yang boleh dikemukakan untuk menolak dakwaan ini. wallahua'alam.

Habib al-Jundi said...

Makasih Saudaraku Tulisannya

Thinkers KIAS said...

Assalamualaikum. sebelum kita check diri kita ada baiknya kita check hadis mengenai nabi hendak bunuh diri. saudara boleh nilainya dalam kitab Fathul Bari. Hadis ini ada penambahan pada matannya. Secara logiknya bolehkah saudara menjawab bahawa nabi Muhammad ini adalah insan yang lemah dan tidak memiliki jati diri kerana ingin membunuh diri? Adakah orang seperti ini yang akan dilantik menjadi rasul yang paling mulia? dan banyak lagi hujah2 yang boleh dikemukakan untuk menolak dakwaan ini. wallahua'alam.

Habib al-Jundi said...

Makasih Saudaraku Tulisannya

Post a Comment

sape nk comment sila klik disini